BAHASA MELAYU KLASIK DISEDIAKAN OLEH : NURISFARINI BINTI SULONG
1.3 BAHASA MELAYU KLASIK 1.3.1 Konsep Bahasa Melayu Kuno 1.3.2 Ciri Bahasa Melayu Klasik (a) Sistem Tulisan dan Ejaan (b) Tatabahasa (c) Kosa kata 1.3.3 Perkembangan Aksara Jawi 1.3.4 Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik 1.3.5 Fungsi Bahasa Melayu Klasik
KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK
KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK Selepas bahasa Melayu Kuno, muncul 2 zaman iaitu : 1. Bermula abad ke-13 hingga ke-14 Masihi. 2. Menurut Ismail Hussein (1984), abad 13 & 14 merupakan zaman peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. 3. Mula menerima pengaruh bahasa Arab yang menyebabkan kosa kata Sanskrit bercampur aduk dengan bahasa Arab.
: 1. Bermula pada abad ke-14. 2. Pada masa itu, tulisan jawi (Arab) wujud. 3. Mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. 4. Bukti kewujudan BM Klasik ialah tulisan pada : - Prasasti / batu bersurat - Manuskrip Melayu lama - Surat (cthnya surat Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 & 1522 yang merupakan manuskrip Melayu tertua).
CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Ciri Bahasa Melayu Klasik : (a) Sistem Tulisan dan Ejaan (b) Kosa kata (c) Tatabahasa
CIRI BAHASA MELAYU KLASIK (a) Sistem Tulisan dan Ejaan BM Klasik menggunakan tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab yang disesuaikan dengan bunyi bahasa. Menggunakan 29 aksara Jawi yang diambil daripada bahasa Arab kecuali aksara hamzah.
29 Aksara Jawi (ra) ر (dzal) ذ (dhal) د (kha) خ (ha) ح (jim) ج (tha) ث (ta) ت (ba) ب (alif) ا (fa) ف (ghain) غ (ain) ع (dzo) ظ (tho) ط (dhad) ض (shad) ص (syin) ش (sin) س (zai) ز (ya) ي (lam alif) ال (ha) ه (wau) و (nun) ن (mim) م (lam) ل (kaf) ک (qaf) ق
Terdapat 5 aksara ditambah kepada aksara bahasa Arab kerana terdapat bunyi bahasa Melayu yang tiada padanannya dengan bunyi dalam bahasa Arab, iaitu : Bukti penggunaan tulisan Arab dalam bahasa Melayu : Batu bersurat di Sungai Teresat, Kuala Berang, kira-kira 20 batu dari muara Sungai Terengganu pada 1303 Masihi. (ca) چ (pa) ڤ (nga) ڠ (ga) ݢ (nya) ڽ
CIRI BAHASA MELAYU KLASIK (b) Kosa Kata BM Klasik banyak menggunakan kosa kata klasik, kosa kata bahasa Arab, kata pangkal ayat dan partikel. Terdapat perkataan dalam BM Klasik yang jarang atau tidak lagi digunakan dlm BM Moden. Contohnya, • “Ratna mutu manikam” bermaksud “pelbagai intan permata” • “Ningsun” bermaksud “kasih” • “Masyghul” bermaksud “dukacita”
Kosa Kata Klasik Amarah, berahi, ceritera, hilang, masyghul Kosa kata Arab Akal, darurat, fasih, insan, wakaf Pangkal Ayat Alkisah, arakian, hatta, sebermula, syahdan Partikel -pun, -lah KOSA KATA BM KLASIK
(c) Tatabahasa PERBEZAAN BM KUNO BM KLASIK (1) Menurut Ismail Hussein, terdapat banyak perubahan. tida tyada (2) Awalan mar- menjadi ber- Marbuat Berbuat (3) Awalan ni- menjadi di- Niparbuat Diparbuat (4) Awalan KKA maN- menjadi meNMawawa Manglari Manghidupi Mangujari Membawa Melarikan Menghidupkan mengujari
(c) Tatabahasa CIRI TATABAHASA BM KLASIK Contoh (5) Banyak menggunakan ayat majmuk Hatta tujuh hari tujuh malam, siang sama malam serupa, tiada berhenti lagi sehinga kelam kabut kabur kuala, siang pun seperti malam, tiada bertentu lagi… (6) Banyak menggunakan ragam ayat pasif “Akulah hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati…” (7) Banyak menggunakan ayat songsang Disanalah ia (Hang Jebat) menantikan laksamana…
PERKEMBANGAN AKSARA JAWI
Pengkaji Berasal daripada perkataan “Jawa” - Pulau Jawa. Omar Awang Berasal daripada perkataan Arab, “al-Jawah” yang merujuk Pulau Sumatera. William Marsden Sama pendapat dengan W.G. Werdnly yang menganggap berasal daripada perkataan Jawa yang dirujuk sbg Pulau Sumatera spt yg dinyatakan oleh Marco Polo Stamford Raffles Dikaitkan dengan orang Melayu yang bersifat kacukan spt dlm ungkapan “anak jawi” – kacukan bapa India dan ibu Melayu. PERKEMBANGAN AKSARA JAWI Terdapat beberapa pendapat tentang istilah “Jawi” daripada beberapa pengkaji :
PERKEMBANGAN AKSARA JAWI Terdapat 2 pengaruh dalam perkembangan tulisan Jawi: 1. Pada tahap 1, tanda baris/diakritik digunakan dalam tulisan Jawi & tidak menggunakan huruf vokal. 2. Pada tahap 2, tanda baris digugurkan dan masih tidak menggunakan vokal, dikenali sebagai tulisan Arab gondol. 3. Penguguran baris telah menimbulkan masalah bagi perkataan berhomograf (sama ejaan berbeza sebutan). - تمبق : tambak, tembak, tembok, tombak, tumbuk. - تمبڠ : tambang, tumbang, tembung, tembang, timbang.
PERKEMBANGAN AKSARA JAWI 1. Pada tahap 1, huruf vokal/saksi, iaitu (alif ا) ,(wau و (dan (ya ي( diwujudkan. Huruf-huruf ini diletakkan pada suku kata pertama sahaja. • contohnya – hati, guna, bumi, tiba 2. Penggunaan huruf vokal pada suku kata pertama juga menimbulkan masalah bagi perkataan berhomograf (sama ejaan, berbeza bunyi dan maksud). • contohnya – buta atau bot, bumi atau bom. -- laga, lagi atau lagu.
PERKEMBANGAN AKSARA JAWI 3. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, sistem ejaan Jawi tahap kedua diperkenalkan. 4. Huruf vokal/saksi telah diletakkan pada kedua-dua suku kata. • contohnya – lagu, bumi, tumbuk, kumbang 5. Penambahan huruf vokal untuk melambangkan fonem vokal dalam bahasa Melayu. Disebabkan huruf Jawi hanya ada 3 vokal maka satu huruf jawi akan melambangkan 2 vokal dalam BM. - ا melambangkan a dan e pepet - و melambangkan o dan u - ي melambangkan bunyi I dan e taling
SISTEM EJAAN JAWI (1931) Rahsia Tulisan Jawi : Disusun oleh Za’ba (1949) Daftar Ejaan Melayu : Jawi Rumi Disempurnakan oleh Za’ba (1937) Panduan bagi hejaan PBmPB Diraja Johor: Disusun oleh Mejar Dato’ Haji Mohd Said bin Hj Sulaiman (1988) Daftar Ejaan Rumi-Jawi : Diterbitkan oleh DBP (1986) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan : Diterbitkan oleh DBP (1970- 1973) Ejaan Jawi Dian : Majalah Dian di Kelantan
BAHAN BUKTI PENGGUNAAN MELAYU KLASIK
BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BM KLASIK Bukti penggunaan BM Klasik dilihat berdasarkan : Batu bersurat Batu nisan Hukum kanun Surat awal Naskhah sastera klasik
Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau Bertulis dengan huruf India. 1. BATU BERSURAT Kata tida – tyada, awalan mar- dan nimenjadi ber- dan di-. Tulisannya mengandungi sedikit prosa bahasa Melayu kuno dan beberapa sajak Sankrit. Isi tulisan pada batu bersurat itu adalah tentang pemerintahan raja pada Ketika itu.
Batu Bersurat di Minye Tujuh Ditemukan di Acheh, di bahagian utara Sumatera Utara (1380 Masihi). BATU BERSURAT Menggunakan tulisan dari India tetapi bahasanya mengandungi kata daripada bahasa Arab. Mengandungi lapan baris sajak Sanskrit. Menunjukkan keupayaan bahasa Melayu meningkat apabila menjadi bahasa penyataan puisi.
Batu Bersurat Terengganu Ditemukan di Sg Teresat (1303-1397 Masihi). BATU BERSURAT Menggunakan tulisan jawi dengan kombinasi system ejaan Arab dan s.e Melayu. Menunjukkan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu. Kandungan tentang undang-undang dan hukuman berasakan hukum Islam.
Kesimpulannya, batu-batu bersurat tersebut merupakan batu bukti tulisan batu yang terakhir. Hal ini kerana selepas abad ke-14, muncul hasil kesusasteraan Melayu bercetak. Abad ke-14 merupakan zaman peralihan daripada pengaruh budaya India kepada pengaruh kebudayaan Islam. Didapati juga BM mengalami evolusi dari segi perbendaharaan kata dan huruf tulisan. Ketiga-tiga batu bersurat memuatkan undang-undang negeri dan segala perintah raja. Ini menjadi bukti bahawa BM digunakan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perantaraan dan bahasa kebudayaan. BATU BERSURAT
Malik al-Salleh merupakan Sultan Pasai dan Semudra yang mula-mula memeluk Islam dan meninggal pada tahun 1297 . 2. BATU NISAN MALIK AL-SALLEH Batu ini menjadi bukti bahawa terdapat sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Melayu, iaitu Semudra Pasai. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Arab dengan kosa kata khas yang berkaitan dengan agama Islam.
i) HUKUM KANUN MELAKA 3. HUKUM KANUN ii) HUKUM KANUN PAHANG
Hukum Kanun Melaka / Undang-undang Melaka merupakan peraturan yang bertulis untuk melindungi kerajaan, rakyat dan negeri Melaka. Walaupun sudah digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, HKM ini hanya ditulis dan disusun pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. HKM merupakan undang-undang tradisional yang tertua di negara ini. Antara kandungannya termasuklah undang-undang jenayah, muamalat dan kekeluargaan. HUKUM KANUN MELAKA
Sila teliti penggunaan bahasa klasik dalam petikan di bawah : Lima perkara, yang tiada beroleh kita itu, melainkan raja yang yang kerajaan juga. Pertama-tama ‘titah’, kedua ‘berparik’, ketiga ‘murka’, keempat ‘karunia’, kelima ‘anugerah. Maka, segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya. HUKUM KANUN MELAKA
Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah (1592 -1614 M) HK Pahang merupakan hukum kanun yang kedua tertua dan penggubalannya berasaskan HK Melaka. Kandungannya menampakkan perubahan dan penambahan, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan Islam. • Kedudukan raja adalah sebagai khalifah. • Peranan raja sebagai pentadbir negeri dianggap spt kedudukan nabi mentadbir umat. • Kedudukan raja/sultan ini diperkukuh dengan nas Quran dan Hadis. HUKUM KANUN PAHANG
4. Surat Awal Berdasarkan catatan Shellabear (1898), terdapat beberapa pucuk surat yang tersimpan di : • British Muzeum • The Bodlein Library Oxford • University Library di Leiden Surat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi.
4. Surat Awal SURAT-SURAT : 1. Surat Raja Tidore, Sultan Ternate yang bernama Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal di Lisbon - (SURAT YANG TERTUA DAN MENJADI BUKTI PENGGUNAAN BM DALAM PERHUBUNGAN ANTARA 2 KERAJAAN) 2. Surat kebenaran berniaga kepada Kapitan Inggeris, Sir James Lancester. 3. Surat kebenaran berdagang kepada Kapitan Inggeris Harry Midleton (1603)
4. Surat Awal 4. Surat daripada Sultan Aceh kepada King James I, England. 5. Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Birni kepada Kapitan Inggeris di Jambi.
i) SEJARAH MELAYU 5. NASKHAH SASTERA KLASIK ii) MISA MELAYU ii) HIKAYAT HANG TUAH
i) SEJARAH MELAYU Juga dikenali sebagai Sulalatus Salatin Ditulis oleh Tun Seri Lanang di Johor (1612) dan disiapkan di Aceh (1613) Ketika beliau dalam tawanan. Kandungannya mengenai keturunan raja-raja Melayu, peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan permulaan, perkembangan dan kejatuhan Melaka. • RO Winstedt – Sejarah Melayu banyak cerita ,mitos yang menyempang daripada ciri-ciri sejara
i) SEJARAH MELAYU • T. Iskandar, A.Teeuw & Mohd Taib Othman – Sejarah Melayu menjadi dokumen sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan memerihalkan kedatangan pengaruh asing, seperti Hindu dan Islam. • A. Teeuw - Sejarah Melayu kaya dengan kebudayaan masyarakat Melayu yang menggambarkan hubungan dalam kalangan masyarakat, perkembangan fikiran dan keadaan ekonomi orang Melayu.
ii) MISA MELAYU Ditulis oleh Raja Chulan. Ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dengan menggunakan tulisan Jawi. Antara kandungannya adalah tentang sejarah raja-raja yang memerintah negeri Perak. Penceritaannya menurut kronologi tanpa memuatkan unsur-unsur itu. Turut merakamkan tradisi pada zaman itu seperti amalan bertindik, berinai dan istiadat raja-raja.
iii) HIKAYAT HANG TUAH Dikarang pada zaman Kesultanan Melaka (1641-136). Ditulis dalam bentuk prosa dan terdapat pantun dan peribahasa yang dilengkapi glosari, rujukan dan peta. Gaya bahasa kontemporari dengan mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya. Kassim Ahmad – HHT menggambarkan pemikiran Melayu yang bersahaja dan belum dipengaruhi B. Arab. Manuskrip asal HHT merupakan Warisan Dunia 2001 yang mendapat pengiktirafan UNESCO dalam Memory of The World
FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK
i) LINGUA FRANCA FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK ii) BAHASA PENTADBIRAN iii) BAHASA ILMU iv) BAHASA UNDANG-UNDANG v) BAHASA PERSURATAN
i) LINGUA FRANCA • Bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua lingua franca atau alat perhubungan dalam kalangan masyarakat • Dengan BM, orang Barat seperti Portugis, Itali, Belanda, Inggeris, Perancis dan Sepanyol dapat menjalankan perniagaan, megembangkan agama Islam dan Kristian. • BM mampu menangani masalah yang berkaitan dengan perhubungan antara negara, perhubungan perdagangan, bahasa pentadbiran di Asia Tenggara Ketika itu.
ii) BAHASA PENTADBIRAN • Bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran atau pemerintahan kerajaan di rantau ini. • BM digunakan untuk tujuan surat-menyurat dalam kalangan kerajaan di Kepulauan Melayu dan surat memberi keizinan perniagaan kepada peniaga atau pedagang asing • Kerajaan lain yang turut menggunakan BM sebagai bahasa pentadbiran ialah Pasai Samudera, Aceh dan Johor-Riau.
iii) BAHASA ILMU • Bahasa Melayu menjadi alat menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu keagamaan. • Hal ini disebabkan kebanyakan ulama di Asia Tenggara mempelajari ilmu keagamaan di Makkah dan Madinah. • Golongan inilah yang menulis kitab agama dalam bahasa Melayu dengan pengaruh tatabahasa Arab. • Contohnya, Siyar Al-Asalikin dan Hikayat Al-Salikin oleh Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani.
iii) BAHASA ILMU • Pada zaman kerajaan Pasai-Samudera, terbit pula karya-karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu. Contohnya, Hikayat Raja-Raja Pasai. • Pada zaman Melaka, wujud Hukum Kanun Melaka, Hikayat Seri Rama, Hikayat Amir Hamzah dan lain-lain. • Pada zaman kerajaan Acheh, bahasa Melayu digunakan dalam penulisan dan berperanan sebagai bahasa utama mengatasi bahasa Aceh. • Selepas tahun 1750, terdapat tulisan dalam bahasa Melayu mengikut laras-laras masing spt laras agama, laras undang-undang, laras perubatan, laras kesusasteraan dan lain-lain.
iv) BAHASA UNDANG-UNDANG • Bahasa Melayu klasik digunakan untuk menggubal undang-undang atas arahan raja. • Antara kandungannya, termasuklah hal berkaitan dengan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah dan undang-undang pernigaan. • Contohnya : - Hukum Kanun Melaka - Undang-Undang Laut Melaka - Hukum Kanun Pahang
v) BAHASA PERSURATAN • Bahasa Melayu klasik digunakan dalam penghasilan karya sastera Melayu klasik. • Karya-karya tersebut menjadi sumber hiburan kepada rakyat pada Ketika itu. • Contohnya : - Cerita jenaka – Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai - Cerita binatang – Sang Kancil - Cerita Teladan – Si Tanggang - Cerita lipur lara – Hikayat Malim Deman
v) BAHASA PERSURATAN • Di Aceh pula, karya sastera yang bercorak tasawuf, syair, falsafah dan ketatanegaraan dihasilkan. • Contohnya : - Asrar al-Arifin - Mirat al-Mukminin - Rubai Hamzah Fansuri - Syair Burung Pungguk - Syair Dagang - Syair Perahu
- TAMAT -