Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Bulan Dakwah Tahun 1445 Hijrah SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPADANG 25150, KUANTAN PAHANG TRUST SCHOOL 12 MAC 2024 1 RAMADHAN 1445H SELASA 8.00 PAGI DATARAN SK KEMPADANG TARIKH & HARI MASA & TEMPAT
Pendahuluan Program Ihya’ Ramadan merupakan salah satu program tahunan Sekolah Kebangsaan Kempadang. Program ini dilaraskan dan dikelolakan oleh Panitia Agama Islam serta dibantu oleh rakan-rakan guru yang lain. Program ini dirancang saban tahun bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan. Panitia Agama Islam telah mengadakan perjumpaan khas bagi membincangkan berkaitan perjalanan program Ihya Ramadan tahun 2023. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memenuhi hasrat menjadikan bulan ramadan ini sebagai madrasah menuju ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga program yang dirancang ini mendapat sokongan dari pihak pentadbir dan juga dapat dimanfaatkan oleh warga SK Kempadang dengan sebaik mungkin.
Objektif 1. Memupuk budaya dan amalan mengimarahkan bulan Ramadan. 2. Menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai budaya dalam kehidupan seharian. 3. Meningkatkan tahap amalan dalam beribadah dan bertaqwa kepada Allah SWT. 4. Membersihkan hati dan jiwa melalui amalan infaq dan sedekah sepanjang bulan Ramadan. 5. Mengukuhkan persaudaraan dan ikatan ukhwah islamiah dalam kalangan warga SK Kempadang.
Jadual Aktiviti TARIKH TEMPAT MASA PROGRAM/AKTIVITI TINDAKAN 12 MAC 2024 SELASA PAKAIAN BAJU SUKAN Tahun 4 Surau Tahun 5 Dewan Walinong Sari Tahun 6 Makmal Komputer 7.30am – 10.00am 7.30am – 10.30am : Program Modul Pahang Lead 1.0 1. Lagu Pahang 2. Identiti Negeri Pahang 3. Tatacara Berdoa : Program Bulan Dakwah : Ceramah Ihya Ramadhan • Guru mengikut jadual peribadi • Tahun 4 En. Hasbullah bin Ishak • Tahun 5 En. Fazrul Azman bin Ibrahim • Tahun 6 Pn. Faizah bt Mat Daud 10.00am – 10.30am 10.30am – 11.00am REHAT Kelas masingmasing 10.30am – 1.00pm 11.00am – 1.00pm : SENI KREATIF - Kraf Tradisional : Melukis Kulit Buku • Panitia Pendidikan Seni • Guru mata pelajaran • Penyelaras PSS
Jawatankuasa Pelaksanaan Penaung : Pn. Hajjah Rooshayati Bt Hashim (Guru Besar) Penasihat : Encik Rodzi Bin Sidek Guru Penolong Kanan Pentadbiran : Encik Ahmad Shahar Bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum : Puan Mariatulkiptiah Bt Muhammed Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Encik Zulkefli Bin Jantan Guru Penolong Kanan Petang : Puan Salamiah Binti Musa Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Ketua Panitia : Puan Dewi Binti Tan Setiausaha : Puan Sharimah Binti Abdullah Bendahari : Puan Sapinah Binti Mohamed Penyelaras : Puan Nur Solihah Binti Mohamad Rosli : Puan Wan Zalina Binti Wan Md Nor
Penghargaan Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Barisan SLT, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab, Unit Bina Insan dan Unit Bantuan Dan Kebajikan, Guru serta semua warga SEKEM yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Bulan Dakwah Tahun 1445 Hijrah secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah membalas setiap titik peluh yang mengalir dengan ganjaran yang hebat buat kita semua, Insya-Allah.
Terima kasih!