The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummialfarezel, 2023-06-23 06:12:21

Buku Program Mesy Agung PIBG kali ke 40

Buku Program Mesy Agung PIBG kali ke 40

Dirasmikan Oleh En. Ahmad Zafran Bin Abd Aziz YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kongsi 24 JUN 2023 / Sabtu 08.15 - 11.30 Pagi DEWAN ASPIRASI SK KONGSI


1 Isi Kandungan BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Atur Cara Majlis 2 2. Ucapan Alu-Aluan Guru Besar 3 3. Ucapan Alu-Aluan YDP PIBG 4 4. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40 Sesi 2023/2024 5 5. Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2023 6 6. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 Sesi 2023/2024 7 7. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 Sesi 2022/2023 8-13 8. Laporan aktiviti tahunan Sesi 2022 /2023 14 9. Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-Kira 15 10. Penyata Kewangan PIBG 1 Januari 2022 Hingga 31 Disember 2022 16-17 11. Perbahasan Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 Sesi 2023/2024 18 -19 12. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 20 13. Sekalung Penghargaan 21


10.00 pagi : Pendaftaran para ibubapa dan guru 10.05 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis 10.10 pagi : Bacaan Doa 10.15 pagi : Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Penasihat PIBG (Guru Besar ) 10.25 pagi : Ucapan Aluan YDP PIBG 10.35 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 38 11.30 pagi : Majlis Bersurai 2 Aturcara majlis MASA PERKARA 08.15 PAGI Pendaftaran Para Ibu bapa Dan Guru 08.30 PAGI Ucapan Pengerusi Majlis • Lagu Negaraku • Lagu Negeri Pulau Pinang Bacaan Doa Persembahan Choral Speaking 9.00 pagi Ucapan Guru Besar •En. Md Nazri Bin Othman Ucapan Aluan Dan Perasmian YDP PIBG • En. Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Taklimat Program Intervensi Kesihatan • En. Mohd Khadri bin Saad Penerimaan Sumbangan Wang Zakat murid dari Koperasi Kenderaan Pulau Pinang Berhad 9.45 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40 11.00 pagi Cabutan Bertuah 11.30 pagi Bersurai


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Kongsi sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak- anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. Guru Besar SK Kongsi En Md Nazri Bin Othman 3 Sekapur Sireh


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya dapat saya menitipkan sepatah dua kata di ruangan ini sebagai perkongsian sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kongsi kali ke-40 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu misi dan visi Sekolah Kebangsaan Kongsi. Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2022 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SK KONGSI. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini , agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi membantu sekolah dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua- kedua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim,saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kongsi, Balik Pulau ke-40 sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih YDP PIBG En. Ahmad Zafran Bin Abd Aziz 4 Seulas Pinang


5 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 40 2023/2024 Pengerusi En Md Nazri Bin Othman Timbalan Pengerusi Pn Ooi Phaik Kooi Naib Pengerusi En Muhammad Rizal Bin Ahmad En Abdul Rahim Bin Abdullah Setiausaha Pn Siti Salwa Binti Ahmad Tayib Bendahari Pn Naqib Hanis Binti Md Dali Penyelaras Cik Azlina Binti Zainol Sambutan/ Protokol En Md Nazri Bin Othman En Ahmad Zafran Bin Abd Aziz En Afzal Nasir Bin Ibrahim Pn Ooi Phaik Kooi En Muhammad Rizal Bin Ahmad En Abdul Rahim B Abdullah Persiapan dan mengemas dewan En Muhammad Khadri Bin Saad En Boslim Bin Md Hassan En Assrudi Bin Musa En Mohd Nazri Bin Arshad En Mohd Zaki Ikramullah Bin Zakaria En Muhammad Ikram Bin Abdullah Pekerja kebersihan Pengacara majlis Pn Azna Edayu Binti Md Azizi Siaraya En Narendran A/L Rajagopal Buku program Pn Sharifah Wahida Binti Syed Ali Pn Siti Norzaiedah Bt Muhammad Sunaji Persembahan Pn Nur Adzelinda Binti Rosmi Pn Nor Azlina Binti Mohd Khalid Pencatat Minit Pn Nurul Aqmar Binti Romli Pn Asmahwati Binti Shaary Persiapan meja Pn Tawa Mani A/P Nadarajan Pn Siti Rohane Binti Rasid Pendaftaran Pn Nurul Syuhadak Binti Abdul Rahman Jurufoto Pn Ismadziah Binti Mohd Isa Bacaan doa En Mohd Zaki Ikramullah Bin Zakaria Pengira Undi Pn Anitha A/P Murty Pn Kalyani A/P RRV Suppiah Cabutan Bertuah Pn Hamizah Binti Hassini Pn Suhailah Binti Hussin Pn Siti Aminah Binti Saad Pn. Siti Sakharahani Binti Abdullah Pentas dan backdrop Pn Noor Aida Affida Binti Abdul Rahman Pn Jurina Binti Idrus Pn Norlida Binti Saad Pn Nur Aishah Binti Adnan Makanan/ minuman Pn Rodziah Binti Shariff Pn Norazian Binti Ab Razak Pn Siti Zabadiah Binti Mat Kasim Cik Zulaikha Natasha Binti Abdul Rashid Pn Ahmathujan Binti M.Shaik Dawood


6 Penasihat : En Md Nazri Bin Othman Pengerusi ( YDP PIBG ) : En Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Naib pengerusi ( NYDP PIBG ) : En Afzal Nasir Bin Ibrahim Setiausaha PIBG : Pn. Siti Salwa Binti Ahmad Tayib Setiausaha PIBKS : Cik Azlina Binti Zainol Bendahari : Pn. Naqib Hanis Binti Md Dali Ahli Jawatankuasa ibu bapa : En Noranuar Bin M.Noor : En Faizal Bin Husin : Pn Sri Ayu Sellywatty Binti Sulaiman : Pn Salmiah Binti Shaidin : Pn Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin : Pn Noriesha Binti Mohamed Noor : Puan Suria Binti Sharimi Ahli Jawatankuasa guru : Pn Noor Aida Affida Binti Abdul Rahman : Pn Hjh Aniza Binti Abu Hassan : En Mohd Zaki Ikramullah Bin Zakaria : Pn Siti Zabadiah Binti Mat Kasim Juruaudit ( ibu bapa ) : Pn Zety Zarena Binti Mohamad Nor Juruaudit ( guru ) : Pn Tawa Mani A/P Nadarajan Ex-Officio : Pn Ooi Phaik Kooi : Pn Nahimah Binti Ijon : En Abdul Rahim Bin Abdullah Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2023


7 Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Penasihat 2. Ucapan YDP PIBG 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 40 4. Membentangkan laporan aktiviti tahunan sesi 2022/2023 5. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PIBG sesi 2022/2023 6. Membincangkan usul-usul yang diterima 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 8. Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 9. Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2023/2024 10. Hal-hal lain 11. Mesyuarat bersurai


8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK KONGSI KALI KE 39 Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.15 pagi Tempat : Dewan Balora Mastika Kehadiran : AGENDA : Ucapan aluan pengerusi. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Membentangkan dan mengesahkan laporan aktiviti 2021/2022. Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan. Membahaskan usul yang diterima. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023 Hal-hal lain. Penutup 1.Kata – kata Aluan Pengerusi ( En Ahmad Zafran bin Abd Aziz ) 1.1 Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat PIBG SK Kongsi. Beliau berharap semua ahli mesyuarat memberi kerjasama serta memberikan cadangan dan penambahbaikan. 1.2 Beliau juga berterima kasih kepada PK Pentadbiran Pn. Nahimah bt Ijon, PK HEM Pn. Ooi Phaik Kooi, ahli jawatankuasa PIBG yang telah bersama-sama berganding bahu menggalas tanggungjawab dan menjalankan amanah yang diberikan oleh tuan puan kepada kami. 1.3 Beliau memaklumkan bahawa guru besar sebagai penasihat tidak dapat bersama-sama kerana ada urusan. Beliau telah menyerahkan kuasa penasihat kepada guru Penolong Kanan Pentadbiran ,Pn.Nahimah binti Ijon. 1.4 Naib YDP En Afzal Nasir bin Ibrahim tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan beliau sedang menjalani rawatan di luar Pulau Pinang. Makluman 1.5 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta warga SK Kongsi yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung pada kali ini. 1.6 Beliau berharap pemilihan calon AJK PIBG terbaharu ini boleh memberi penglibatan dan komitmen yang tinggi. Tindakan :AJK PIBG 2022/202 1.7 Beliau menyeru agar ibu bapa memberi sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah agar hasrat sekolah untuk melakar kejayaan akan tercapai. Makluman Minit Mesyuarat


2.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. YDP PIBG En Ahmad Zafran bin Abd Aziz membentangkan minit mesyuarat kali ke-38 untuk disokong dan disahkan. Minit mesyuarat kali ke-38 telah disahkan oleh: •Dicadang sahkan oleh : En Noranuar bin M.Noor •Disokongkan oleh : Pn Ahmathujan binti M.Shaik Dawood 3.Membentangkan dan mengesahkan laporan aktiviti PIBG tahun 2021/2022. En Ahmad Zafran bin Abd Aziz membentangkan aktiviti tahunan PIBG tahun 2021/2022. Laporan aktiviti telah disahkan oleh: •Dicadang sahkan oleh : En.Faizal bin Husin •Disokong oleh : En.Mohd Khairi bin Din 4. Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan Pn Naqib Hanis binti Md Dali membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan memohon untuk disahkan.(rujuk lampiran penyata kewangan) Penyata kewangan 2021 telah disahkan oleh:. •Dicadang sahkan oleh : Pn.Siti Norakma binti Ariffin •Disokongkan oleh : Pn.Rozita binti Ismail 5.Membahaskan Cadangan dan Usul 5.1 Sebanyak 12 cadangan telah diterima tanpa bahas dan diluluskan untuk dilaksanakan secara berperingkat oleh jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 manakala 5 cadangan telah ditolak kerana tidak dapat hadir mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. 5.1.1 Isu beg berat. ( Penyediaan almari/loker untuk pengisian buku.) Makluman - Pihak sekolah dan AJK PIBG bersetuju melaksanakan secara berperingkat.Anggaran RM10 bagi sebuah meja. - Boleh diberikan kepada guru kelas masing- masing. 9 Minit Mesyuarat


10 5.1.2 Besarkan jalan untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah 5.1.3 Jejantas untuk laluan basikal,jalan kaki untuk melintas jalan dari padang bola ke Kampung Permatang Timbul 5.1.4 Laluan pejalan kaki untuk pelajar dari jalan besar ke sekolah untuk menggalakkan pejalan kaki dan kurangkan kenderaan . Makluman - Diluar bidang kuasa pihak sekolah.AJK PIBG akan lanjutkan kepada pihak JKR,JKKK dan majlis Bandaran. - Berkongsi dengan masyarakat setempat(Qariah) 5.1.5 Memperbanyakkan aktiviti sukan di padang Makluman - Pejabat Daerah telah benarkan penggunaan padang. - Pelaksanaan aktiviti sukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 5.1.6 Dapat mengetahui tentang hal murid-murid dan perjalanan sekolah. Makluman -Segala maklumat tentang aktiviti dan perjalanan sekolah akan dimaklumkan dalam telegram jaringan waris. 5.1.7 Dapat bersua muka dengan ibu dan bapa dengan cikgu-cikgu di sekolah. 5.1.8 Dapat memberi pandangan antara guru-guru dan ibu bapa. Makluman -Hari terbuka akan dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan di sekolah. -Hari Apresiasi akan diadakan selepas cuti sekolah pada bulan 9.Sebarang masalah boleh berjumpa dengan guru besar 5.1.9 Menetapkan peraturan lalu lintas (sehala) pada waktu puncak (7.00 pagi-8.00 pagi) dan (12.00 tengah hari- 2.00 petang) pada hari persekolahan.Peraturan ini melibatkan semua jenis kenderaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Makluman -Telah berbincang dengan AJK PIBG akan buat banner di pagar sekolah dan padang kongsi setelah mendapat kebenaran daripada Penghulu Kampung dan Pejabat Daerah dan juga JKKK. Minit Mesyuarat


11 5.1.10 Mengekalkan penggunaan panggilan sistem pangilan nama murid (waktu pulang). Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Makluman - Prosedur mengikut SOP sebelum COVID-19 - Waris boleh berbincang dengan anak terlebih dahulu supaya memudahkan pergerakan aliran kenderaan. 5.1.11 Jangan banyak memberi pelajar kerja rumah mewarna. Makluman - Latihan pergerakan psikomotor bagi tahun 1. 5.1.12 Memastikan jadual mata pelajaran dengan jelas. Contoh : perlu membawa buku jilid 1 atau jilid 2. Makluman -Sentiasa dimaklumkan kepada anak-anak dan waris dalam group whatsapp kelas masing-masing. Murid-murid dan waris perlu peka pada arahan yang telah diberi. 5.2 Terdapat satu usul telah diterima dan diluluskan oleh jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 untuk dibentang dan di bahaskan semasa Mesyuarat Agung kali ini. 5.2.1 Satu usul yang dikemukakan oleh En Noranuar bin M.Noor mengenai kamera litar tertutup (CCTV) bagi isu keselamatan murid Makluman - Melibatkan kos yang banyak dan perlu pemantauan dari semasa ke semasa supaya tidak timbul sebarang isu yang tidak diingini. - Perlukan kepada dana ,sumbangan atau sponsor untuk pemasangan CCTV - Perlu cari perkhidmatan atau syarikat yang sesuai dan pastikan,adakah pemasangan CCTV ini berbaloi atau tidak. - Setelah perbincangan bersama,,keputusan akan dibuat kemudian selepas mendapat maklumat yang lengkap. 5.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En. Noranuar bin M.Noor untuk menaikkan sumbangan PIBG untuk satu keluarga daripada RM30 kepada RM50. 5.4 En. Noranuar bin M.Noor juga mencadangkan cara untuk menarik waris untuk datang ke aktiviti sekolah dengan mengadakan penambahan dan pemotongan dimerit murid. Makluman -PK Hem menjelaskan sistem dimerit memang telah dijalankan sebelum Covid.Sekiranya mendapat persetujuan dari semua waris,pemarkahan dimerit akan dijalankan semula dengan melibatkan ibu bapa. -Dimerit akan ditambah sekiranya kurang 70 peratus dengan penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah dalam aktiviti rasmi sekolah. Minit Mesyuarat


12 6.Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 6.1 En Ahmad Zafran bin Abd Aziz selaku pengerusi mesyuarat dengan rasminya membubarkan jawatankuasa PIBG SK Kongsi sesi 2020/2021 bagi tujuan pemilihan jawatnkuasa yang baru. 7.Memilih dan melantik jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk melantik jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 seperti berikut : Pengerusi (YDP ) : Encik Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Naib Pengerusi (NYDP) : Encik Afzal Nasir Bin Ibrahim Setiausaha PIBG : Puan Siti Salwa Binti Ahmad Tayib Setiausaha PIBKS : Cik Azlina Binti Zainol Bendahari : Puan Naqib Hanis Binti Md. Dali AJK Ibubapa : Encik Noranuar Bin M.Noor : Encik Faizal Bin Husin : Puan Sri Ayu Sellywatty Binti Sulaiman : Puan Salmiah Binti Shaidin : Puan Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin : Puan Noriesha Binti Mohamed Noor : Puan Suria Binti Sharimi AJK Guru : Puan Noor Aida Affida Bt Abdul Rahman : Puan Hajjah Aniza Bt Abu Hassan : Encik Mohd Zaki Ikramullah Bin Zakaria : Puan Siti Zabadiah Bt Mat Kasim Juruaudit (ibu bapa) : Puan Zety Zarena Bt Mohamad Nor Juruaudit (guru) : Puan Tawa Mani A/P Nadarajan Ex-Officio : Pn Ooi Phaik Kooi : Pn Nahimah binti Ijon : En Abdul Rahim bin Abdullah Minit Mesyuarat


13 8.Hal – hal lain 8.1 Pn Siti Norakma minta rancangan tahunan tentang PBD dan Ko kurikulum untuk pemantauan waris demi kecemerlangan sekolah. 8.2 Pelaksanaan aktiviti Ko kurikulum dan PBD tersebut minta dimasukkan dalam group whatsapp atau telegram . 8.3 Makluman kepada semua waris bahawa sekolah akan mengadakan lawatan diluar sekolah bagi tahap dua dan akan diadakan kutipan bagi murid yang berminat untuk menyertai lawatan yang akan dianjurkan. 9.Penutup 9.1YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir bagi melancarkan mesyuarat PIBG yang dijalankan. 9.2Beliau juga berterima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi baharu 2022/2023 . Beliau akan memberi komitmen yang terbaik demi kemajuan murid-murid SK Kongsi. 9.3Mesyuarat AJK PIBG akan datang akan dilaksanakan secara google meet dan berharap semua AJK dapat memberi kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi. . Minit Mesyuarat


Laporan aktiviti tahunan 2022/2023 Bil. Aktiviti Tarikh 1 Pembukaan Sekolah Sesi Mac 2022 21 Mac 2022 2 Program Ihya’ Ramadhan 4-29 April 2022 3 Infaq Qaseh Ramadhan 27 April 2022 3 Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 24 Mei 2022 4 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 24 Mei 2022 5 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke 39 29 Jun 2022 6 Hari Terbuka SKK 22 September 2022 7 Sambutan Hari Kanak-Kanak 14 November 2022 8 Kejohanan Sukan Tahunan SKK 8 Disember 2022 9 Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 11 Februari 2023 10 Majlis Apresiasi Tahun 6 16 Februari 2023 14


15 PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN SERTA KUNCI KIRA-KIRA Bagi Tahun Berakhir Pada : 31 Disember 2022 NAMA PERTUBUHAN: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK KONGSI, BALIK PULAU 1.AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN 2.KUNCI KIRA – KIRA Laporan Kewangan HARTA (ASET) TANGGUNGAN Penghutang Wang Di Bank Wang Tunai RM RM RM - 7,454.73 620.00 Pemiutang (Creditor) Pinjaman Dana Terkumpul RM RM RM -- -- 8,074.73 JUMLAH 8,074.73 JUMLAH 8,074.73


LAPORAN KEWANGAN PIBG SK KONGSI, BALIK PULAU BAGI TAHUN BERAKHIR 2022 16 Laporan Kewangan Bil Tarikh Perkara No. Resit Wang Masuk(RM) Wang Keluar (RM) Jumlah Baki(RM) 1 Baki pada 31.12.2021 5,466.61 5,466.61 2 19 Mac 2022 Sumbangan PIBG 780.00 6,246.61 3 23 Mac 2022 Sumbangan PIBG 3,060.00 9,306.61 4 24 Mac 2022 Sumbangan PIBG 420.00 9,726.61 5 25 Mac 2022 Sumbangan PIBG 30.00 9,756.61 6 28 Mac 2022 Sumbangan Ibu Bapa 800.00 10,556.61 7 29 Mac 2022 Sumbangan PIBG 1,770.00 12,326.61 8 30 Mac 2022 Sumbangan PIBG 870.00 13,196.61 9 31 Mac 2022 Sumbangan PIBG 30.00 13,226.61 10 5 April 2022 Sumbangan PIBG 810.00 14,036.61 11 8 April 2022 Sumbangan PIBG 210.00 14,246.61 12 12 April 2022 Sumbangan PIBG 1,020.00 15,266.61 13 13 April 2022 Sumbangan PIBG 180.00 15,446.61 14 21 April 2022 Sumbangan PIBG 30.00 15,476.61 15 29 April 2022 Sumbangan PIBG 780.00 16,256.61 16 13 Mei 2022 Sumbangan PIBG 90.00 16,346.61 17 24 Mei 2022 Sumbangan PIBG 30.00 16,376.61 18 24 Mei 2022 Sumbangan Hari Raya 15871 600.00 15,776.61 19 24 Mei 2022 Sumbangan Hari Guru 400.00 15,376.61 20 27 Mei 2022 Sanitizer (Untuk Kelas) 771611 45.80 15,330.81 21 3 Jun 2022 Sumbangan PIBG 570.00 15,900.81 22 25 Jun 2022 Hamper Mesyuarat Agung PIBG 70747 200.00 15,700.81 23 27 Jun 2022 Hand Sanitizer 5L Gel Type 10370 95.00 15,605.81 24 28 Jun 2022 Makanan Mesyuarat Agung PIBG 30530 450.00 15,155.81 25 7 Julai 2022 Pendaftaran Bola Baling MSSPP 27202 60.00 15,095.81 26 20 Julai 2022 Sumbangan PIBG 120.00 15,215.81 27 16 Ogos 2022 Sumbangan PIBG 60.00 15,275.81 28 17 Ogos 2022 Sumbangan Siaraya Mesyuarat Agung PIBG 50.00 15,225.81


LAPORAN KEWANGAN PIBG SK KONGSI, BALIK PULAU BAGI TAHUN BERAKHIR 2022 17 Laporan Kewangan Bil Tarikh Perkara No. Resit Wang Masuk(RM) Wang Keluar(RM) Jumlah Baki(RM) 29 30 Ogos 2022 Sumbangan Hari Terbuka PPD Barat Daya 100.00 15,125.81 30 2 September 2022 Sumbangan PIBG 240.00 15,365.81 31 23 September 2022 Sumbangan PIBG 90.00 15,455.81 32 26 September 2022 PINJAMAN: (Unit Koko) Tambang Perjalanan Pasukan Bola Sepak 450.00 15,005.81 33 27 September 2022 Faedah Bank (2020) - 30/6/2020 2.21 15,008.02 34 27 September 2022 Faedah Bank (2020) - 13/12/2020 2.13 15,010.15 35 27 September 2022 Faedah Bank (2021) - 30/6/2021 2.08 15,012.23 36 27 September 2022 Faedah Bank (2021) - 31/12/2021 2.12 15,014.35 37 27 September 2022 Faedah Bank (2022) - 30/6/2022 2.08 15,016.43 38 27 September 2022 Sumbangan PIBG 30.00 15,046.43 39 27 September 2022 Sumbangan Ibu Bapa 500.00 15,546.43 40 27 September 2022 Penalti akaun Tidak Aktif (2021) – 1/2/2021 10.00 15,536.43 41 27 September 2022 Penalti Akaun Tidak Aktif (2022) – 1/2/2022 10.00 15,526.43 42 27 September 2022 OPS Covid SK Kongsi (Sanitizer) 859.20 14,667.23 43 27 September 2022 Wang Runcit (Petty Cash) 300.00 14,367.23 44 14 November 2022 Sambutan Hari Kanak-Kanak 31479 4,342.50 10,024.73 45 8 Disember 2022 Sumbangan Hari Sukan 2,400.00 7,624.73 46 30 Disember 2022 PEMULANGAN: (Unit Koko) Tambang Perjalanan Pasukan Bola Sepak 450.00 8,074.73 JUMLAH 18,447.23 10,372.50 BAKI TERAKHIR 8,074.73


18 USU Pembentangan Usul/Cadangan BIL NAMA CADANGAN/ USUL PERBINCANGAN 1 NOR ADILAH BINTI IBRAHIM § Berkaitan kantin. Diharapkan agar menjaga tahap kepedasan makanan yang di sediakan kepada anak-anak. Terlalu pedas sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kesihatan. • Ada pelajar komen tentang sambal nasi lemak (siap dibungkus) yang dihidangkan pedas. Pihak kantin telah dimaklumkan untuk menukar bahan cili yang kurang pedas 2 NURIN IZYANI BINTI MD DESA § Meletakkan papan tanda waktu pulang di hadapan kawasan sekolah supaya orang semua sedia maklum, waktu murid pulang akan jadi jalan sehala di hadapan kawasan sekolah. • GB/YDP akan berbincang lanjut dengan pengerusi qaryah/penghulu di pejabat daerah. Perlu dana sumbangan PIBG untuk membina papan tanda dan seterusnya menaikkan banner di simpang 3 Kg Paya Kongsi untuk perhatian penduduk. 3 FARAH SALWATI IBRAHIM § Pemantauan terhadap kes pelajar minta/ambil duit dari kawan secara paksa. Sekolah perlu buat satu inisiatif kesedaran atau tindakan tegas bagi mengelakkan perkara ini berlaku secara berterusan. • Unit bimbingan dan kaunseling akan mengadakan program bersama PDRM. Diharapkan akan menyuntik kesedaran kepada semua pelajar nanti. 4 ABDUL AZLIN BIN ABDUL LATIP § Diadakan spot check bacaan sifir terutama tahap dua di waktu perhimpuan harian. § Banyak buku yang perlu di bawa ke sekolah bagi setiap mata pelajaran.Cth: buku teks, latihan, jilid 1, jilid 2.Jadual perlu lebih spesifik. • PIBG meluluskan wang untuk program rintis membina locker yang boleh dikunci di bawah meja. 1 kelas akan dipilih. Akan dimaklumkan guru bertugas pada waktu perhimpunan. 5 URAZYHAN BIN ZAKARIA § Mohon pihak sekolah sediakan takwim/kalendar bulanan sekolah yang menyatakan aktiviti/ program/ tarikh peperiksaan/ hari sukan/ merentas desa supaya persediaan awal boleh dibuat. § Mohon pemberitahuan pelaksanaan aktiviti/ program dan hebahan yang dibuat melalui saluran telegram/ WhatsApp kelas dibuat lebih awal bukan 1@2 hari sebelum program. § Perkongsian kerja sekolah di dalam group whatsapp kelas oleh guru subjek untuk memudahkan ibu bapa memantau kerja sekolah anak-anak. • GB mencadangkan Sekolah Kongsi akan memberi takwim program sekolah sebulan lebih awal di dalam group jaringan waris. Jika boleh kongsi takwim peperiksaan lebih awal ini akan membantu ibu bapa membuat persediaan. Takwim sekolah (program yang Utama) akan dikongsi dalam group dalam masa terdekat CADANGAN DAN USUL UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40


USU Pembentangan Usul/Cadangan BIL NAMA CADANGAN/ USUL PERBINCANGAN 6 SALMIAH BINTI SHAIDIN § Mencadangkan yuran pibg boleh dibayar secara online. • Mode bayaran online perlu dikaji lebih lanjut, buat masa sekarang perlu lebih perbincangan semasa mesyuarat agung 7 NORHAMIZAH BINTI AHMAD ROSLI § Untuk ibubapa yang ambil anak tunggu depan pintu pagar. Kalau boleh jangan tunggu lama-lama.Kalau tidak jumpa anak, tolong pusing satu round. Kalau tidak, habis sampai ke jalan utama sesak. • Cadangan diterima, sekolah akan meletakkan notis di pintu hadapan sekolah untuk mengingatkan semua waris. Kesesakan hanya pada waktu puncak lebih kurang 5 – 10 minit. 8 KHAIRILL MD KHIR § Mohon kelas tambahan Matematik • Diterima dan akan dibincangkan oleh pihak sekolah 9 SHAHRIN B. ARSHAD § Letak kon halang kereta-kereta parents letak kereta kiri kanan jalan menuju ke sekolah pada waktu pagi dan tengahari. Terima kasih • Cadangan kurang sesuai memandangkan jalan sempit di laluan menuju ke sekolah 10 SITI NADZIRAH BINTI MAHMOOD § Makanan yang disajikan perlulah yang sihat untuk anak bukan sebaliknya dan harga makanan mesti tidak begitu mahal seperti harga di luar • Cadangan diterima dan akan dirujuk lebih lanjut jawatankuasa kantin di kalangan guru (kualiti makanan dan harga) USUL BERMAKSUD – SESUATU PERKARA YANG PERLU DIBAHASKAN DALAM MESYUARAT UNTUK MENDAPATKAN PERSETUJUAN MAJORITI SAMA ADA MENERIMA ATAU MENOLAK PERKARA TERSEBUT. KEPUTUSAN USUL TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT AJK PIBG. CADANGAN BERMAKSUD – SESUATU PERKARA YANG BOLEH DISELESAIKAN SEMASA MESYUARAT AJK PIBG ATAU PIHAK PENTADBIRAN SAHAJA. CADANGAN TIDAK MEMERLUKAN PERSETUJUAN SEMUA AHLI UNTUK MEMUTUSKANNYA. CADANGAN SELALUNYA MELIBATKAN HAL-HAL YANG MEMERLUKAN TINDAKAN SEGERA DAN TIDAK MEMERLUKAN MESYUARAT AGUNG UNTUK MENYELESAIKANNYA. 19


20 Penasihat : En Md Nazri bin Othman ( Guru Besar) Pengerusi ( YDP PIBG ) : ……………………………………………………… ( Ibu bapa ) Naib pengerusi ( NYDP PIBG ) : ……………………………………………………… ( Ibu bapa ) Setiausaha PIBG : ......................................................... ( Guru ) Setiausaha PIBKS : ......................................................... ( Guru ) Bendahari : ......................................................... ( Guru ) Ahli Jawatankuasa ibu bapa : ……………………………………………………. : ……………………………………………………. : ……………………………………………………. : ……………………………………………………. : ……………………………………………………. Ahli Jawatankuasa guru : .......................................................... : .......................................................... : .......................................................... Juruaudit ( ibu bapa ) : ……………………………………………………… Juruaudit ( guru ) : ......................................................... Ex-Officio : Pn Ooi Phaik Kooi : En Muhammad Rizal bin Ahmad : En Abdul Rahim bin Abdullah Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024


21


Click to View FlipBook Version