1 LAPORAN DIALOG PRESTASI BIL 1 2023/2024 UNIT KURIKULUM, SK KEPAYAN Tajuk Program : Dialog Prestasi PBD Pertengahan Tahun (Mata Pelajaran Teras) Tarikh/Hari : 12 Jun 2023 (Isnin) Masa : 7.30 -9.30 pm Tempat : Kediaman masing-masing Medium : Secara atas talian (Gmeet: https://meet.google.com/muv-xwei-fmg) Kehadiran : 65 orang (Rujuk lampiran) 1.0 OBJEKTIF: 1.1 Menganalisis keputusan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) pertengahan tahun bagi setiap mata pelajaran teras bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. 1.2 Mengenal-pasti justifikasi (isu) yang timbul dan intervensi (program/tindakan) yang diambil untuk menangani isu yang timbul. 2.0 KUMPULAN SASAR: 2.1 Semua guru 3.0 AGENDA / PELAKSANAAN AKTIVITI: 3.1 UCAPAN PENGERUSI (EN. A MALEK BIN MAT, GURU BESAR SK KEPAYAN) 3.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru pada Dialog Prestasi (DP) kali ini. 3.1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan dialog prestasi adalah sebagai satu forum yang dilaksanakan di semua peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah bagi membincangkan prestasi pendidikan berdasarkan data dan fakta. Ianya disusuli dengan tindakan yang mantap dan berfokus bagi mencapai sasaran Key Performance Indicator (KPI). 3.1.3 Maksud prestasi Pendidikan merangkumi kehadiran murid, keberadaan guru, disiplin murid, peperiksaan dalaman sekolah, subjek-subjek kritikal dan SKPM Kualiti@Sekolah. 3.1.4 Objektif Dialog Prestasi: ▪ Memantau prestasi : sasaran mesti ditetapkan dan prestasi mestilah diukur dengan tindakan susulan. Semua program yang dijalankan mestilah berdasarkan Plan-Do-Check-Action. ▪ Mengenalpasti masalah: Mengenalpasti isu-isu dan mencari jalan penyelesaian (intervensi) bagi menyelesaikan masalah tersebut. 3.1.5 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas penganjuran DP kali ini yang lebih tersusun dan berharap ianya dapat diteruskan untuk meningkatkan prestasi SK Kepayan. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN KEPAYAN Peti Surat 395 88858 Tanjung Aru KOTA KINABALU, SABAH. Tel/Faks : 088-221490 E-mel : [email protected] Web : www.skkepayan.edu.my _____________________________________________________________________________________________ __
2 3.2 PEMBENTANGAN SEMUA KETUA PANITIA (MATA PELAJARAN TERAS) 3.2.1 PANITIA BAHASA MELAYU (PN. ROHANA BINTI AG.ASAL) ▪ Analisis Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah setakat Jun 2023 Maklum balas Guru Besar: ➢ Isu disiplin pelajar dan kehadiran perlu dilihat dan diambil maklum oleh unit Disiplin dan Hal-ehwal murid untuk intervensi selanjutnya. ➢ Guru besar merakamkan ucapan terima kasih di atas inisiatif yang telah diambil oleh Panitia Bahasa Melayu bagi pelaksanaan Program Bacalah Sayang. Ianya setakat ini memperlihatkan kesan positif kepada murid yang terlibat. ➢ Perancangan untuk melaksanakan program sedemikian bagi murid tahap 1 akan dijalankan. Ianya bagi mengatasi isu belum menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid tahap 1. ➢ Isu motivasi/keyakinan diri (murid) pula memerlukan bimbingan berterusan daripada semua guru bagi mengembangkan potensi mereka. Semua guru perlu mengambil inisiatif untuk membimbing mereka. Maklum balas GPK Pentadbiran: ➢ Data PBD tidak selari dengan data murid pemulihan.
3 ➢ Terdapat isu lain iaitu murid boleh membaca tetapi tidak faham apa yang di baca. Tindakan: Kenalpasti isu dan intervensi Cadangan: Menyediakan bahan bacaan di sekitar kawasan sekolah. Contoh: Rak buku di kantin sebagai galakan untuk murid membaca. ➢ Respon Guru Besar(GB): GB meminta untuk memfokuskan dahulu untuk menangani isu murid yang belum menguasai kemahiran membaca sebelum mefokuskan isu lain. 3.2.2 PANITIA BAHASA INGGERIS ( EN. ZULHADI BIN MOHD ZAINEY) ▪ Analisis Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah setakat Jun 2023 Maklum balas Guru Besar: ➢ Intervensi: Penggunaan kamus. GB mempersoalkan sejauhmana pelaksanaan kamus di sekolah dapat digunakan secara optimum oleh murid bagi mengatasi isu murid menguasai kemahiran asas dalam penulisan. ➢ Saranan GB: Fikirkan program/aktiviti yang dapat dijalankan untuk mengoptimakan penggunaan kamus dalam kalangan murid. ➢ Guru besar mengucapkan tahniah kepada Panitia BI atas inisiatif menyediakan data yang telus dan merancang/melaksanakan langkah intervensi bagi isu yang timbul.
4 3.2.3 PANITIA MATEMATIK (EN. SAMSUL AKBAR BIN SAHIBE) ▪ Analisis Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah setakat Jun 2023 Maklum balas Guru Besar: ➢ Isu: kelemahan penguasaan sifir asas (darab/bahagi) Intervensi : Program bijak sifir diteruskan. ➢ Isu : Soalan KBAT – GB meminta agar pihak panitia dapat memikirkan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menangani isu murid dalam penguasaan soalan KBAT bagi subjek Matematik. ➢ Isu: Bukan subjek pilihan / tidak diminati oleh murid. Intervensi: Fikirkan satu sistem /pendekatan untuk mendekati dan membimbing murid.
5 3.2.4 PANITIA SAINS (PN. NOOR AINAH BINTI PINDATUN) ▪ Analisis Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah setakat Jun 2023 Maklum balas Guru Besar: ➢ Isu: Murid belum menguasai konsep / bentuk soalan . ➢ Intervensi: Murid diberikan pendedahan bentuk soalan/ulangkaji oleh guru. ➢ Guru besar mencadangkan untuk melaksanakan aktiviti yang praktikal/amali untuk meningkatkan minat murid , ➢ Perbanyakkan aktiviti PBL (Project Based Learning) – boleh diberikan pada program WET (Weekend Task)
6 3.2.5 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM (PN. HALINA BINTI KASSIM) ▪ Analisis Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah setakat Jun 2023
7 Maklum balas Guru Besar: ➢ Isu: Murid yang lemah ➢ Intervensi: Murid diletakkan di kedudukan hadapan untuk bimbingan secara berfokus. Ianya merupakan tindakan susulan yang baik bagi mengatasi masalah dalam kalangan murid yang lemah. 3.2.6 PANITIA PENDIDIKAN MORAL (PN. NG LEE ZU) ▪ Analisis Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah setakat Jun 2023
8 Maklum balas Guru Besar: ➢ Isu: Murid tidak boleh membaca bukan isu utama dalam penguasaan pencapaian tahap minimum (MTM) -TP3 . Pentaksiran boleh dibuat secara pemerhatian , lisan selain daripada bertulis. ➢ Panitia Moral bolehlah merangka intervensi yang lebih berkesan untuk mencapai penguasaan tahap yang lebih tinggi. 3.3 RUMUSAN ( EN. A MALEK BIN MAT, GURU BESAR SK KEPAYAN) 3.3.1 Isu disiplin murid: Semua guru hendaklah mengenalpasti isu disiplin di dalam kelas masing-masing seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk tangani isu tersebut. Cadangan GB: Tetapkan peraturan, memastikan kelas kondusif, pemberian ganjaran dan ketegasan guru perlu ada dalam membentuk disiplin murid. 3.3.2 Program yang dilaksanakan hendaklah memberi impak yang berkesan kepada murid. Contohnya: Program Bacalah Sayang mendapat maklum balas yang positif daripada murid. 3.3.3 Perbincangan di antara panitia, ahli panitia mahupun bersama kalangan pentadbir hendaklah dilakukan secara kerap mengikut keperluan. Ianya bertujuan agar program yang ingin dilaksanakan lebih memberi impak yang tinggi. 3.3.4 3.3.5 Kejayaan pentaksiran sumatif pertengahan tahun antaranya dapat mengenalpasti isu murid yang tidak tahu bentuk/konsep untuk menjawab soalan pentaksiran dengan betul. Guru besar meminta pihak panitia mengambil tindakan susulan bagi mengatasi isu ini. Selain itu, pelaksanaan pentaksiran sumatif juga memberikan kesan positif dari aspek peningkatan peratusan kehadiran murid ke sekolah. Maklum balas yang positif juga diperolehi daripada ibu bapa yang menyambut baik tentang pelaksanaan pentaksiran sumatif di sekolah. Selain daripada sebagai menguji kefahaman apa yang telah dipelajari, pentaksiran sumatif yang diadakan juga dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid bagaimana untuk menjawab soalan. 3.3.6 Pembudayaan sikap untuk belajar dalam kalangan murid hendaklah seiring dengan pematuhan disiplin, Prasarana untuk belajar hendaklah tersedia dan mencukupi. Contohnya bahan bacaan yang mencukupi. Guru besar meminta semua panitia teras untuk merancang satu program yang terbaik untuk dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi kemenjadian dan kecemerlangan murid. 3.3.7 Guru besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua panitia atas pembentangan dalam Dialog Prestasi kali ini.
9 3.4 UCAPAN PENUTUPAN ( UST MUHAMMAD FAIZUL BIN YUSOFF, GPK PENTADBIRAN SK KEPAYAN) 3.4.1 GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua panitia di atas pembentangan data, isu dan intervensi bagi pencapaian PBD pertengahan tahun bagi subjek masing-masing. 3.4.2 Beliau memaklumkan Dialog Prestasi bagi mata pelajaran elektif iaitu Sejarah, RBT, Bahasa Arab, PJPK, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik akan diadakan pada esok hari (Selasa). 3.4.3 Harapan beliau , hasil dapatan dialog prestasi ini dapat diambil maklum dan tindakan oleh semua guru bagi mengatasi isu yang timbul demi meningkatkan prestasi kemenjadian murid SK Kepayan. 3.4.4 Beliau memohon maaf sekiranya ada sebarang kekhilafan atau kekurangan sepanjang pelaksanaan dialog prestasi hari ini. Dialog Prestasi ditangguhkan pada jam 9.30 malam. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: (NOOR HABIBAH BINTI OSMAN) Setiausaha Kurikulum SK Kepayan (MUHAMMAD FAIZUL BIN YUSOFF) GPK Pentadbiran SK Kepayan (A. MALEK BIN MAT) Guru Besar SK Kepayan
10 LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN Pautan Kehadiran (Google form): https://forms.gle/zyJmfRrxDZDLefMF9 NAMA PENUH: *Sila guna HURUF BESAR 1 Jamat Jaafar 2 ROHANA BINTI AWANG ASAL 3 ANIS YASSILAH BINTI MUHAMMAD YASSIN 4 NARANJIT SINGH SANDHU 5 JOSEFINA VILLALOBOS 6 RAZANA BINTI AWANG ASRI 7 NORZIAH BINTI ISMAIL 8 JENNY ANAK EMPATIE 9 JUWAIRIYAH HIDAYAHBINTI JUMAHAT 10 MARIHNI ABD RAHMAN 11 JOYCE J. MANDASA 12 ZULHADI BIN MOHD ZAINEY 13 Jahara binti Adama 14 SAMSUL AKBAR BIN SAHIBE 15 RAIHANA BINTI EMBRAN 16 DAYANG RUZIAH DATU KASEHAN 17 MOHD SHAM BIN SAIMAN 18 NORAISHAH BINTI YUSOP 19 HALINAH HJ ZAMRI YONG 20 SITI NORAZZILA BUYIN 21 NUR ARTIKA BINTI ABDUL RAZAK 22 NUR AZIERA BINTI NAHAR 23 AG AZMI BIN AG UNTONG 24 ERMA BINTI JAIL 25 VOO LEE MOI 26 RONAIL JULIUS GIDONG
11 27 NOOR AINAH PINDATUN 28 SITI NORLELA BT MOHAMED NOR 29 ROLEX LAMINIT 30 SANRIA CIKITA AHYIT 31 NANCY DIANA PATRICK 32 FATIN SYUKRIAH BINTI ABDUL HALIM 33 RABAIYAH BINTI ABD GHANI 34 NUR NADHIRAH SALABAN ABDULLAH 35 DG SUZANAH BINTI AG SUHAILI 36 ABD GHANI A SALIM 37 NOR IFTITAH MASITAH BINTI MD.ALLI 38 SITI AISYAH BINTI MUCHLISH 39 MADZZAINI BIN MOHD SAPUAN 40 DG. ADIZMAH AG. MUMIN 41 MOHD JUSRI BIN KASSIM 42 ASLINAH BINTI SALIM 43 Annie sidin 44 HALINA KASSIM 45 ROHAYAH BINTI RAFFAE 46 DORLY@DOROTHY T MALINTAN 47 DG MAIMUN BINTI HJ AG BINTING 48 JAMILAH BINTI LEMAN 49 IBRAHIM S LATIP 50 LESYAWATI BT MOHD ZAKARIA 51 A MALEK BIN MAT 52 AMIRAH AYU BINTI ALIAS 53 MOHD AFIQ BIN HASAN 54 NG LEE ZU 55 MOHD HILMI BIN ARIS 56 NORHAIZAM A.M 57 SAPAR BIN MAKAL 58 MUHAMAD KHARIZAL BIN ADZEMY 59 Dg Norinsan Binti Awang Bakar 60 Muhammad Faizul Yusoff 61 NOOR HABIBAH BINTI OSMAN 62 RAHMA BINTI SABRI 63 ZURAIDAH BINTI SANIN 64 LILIANA BINTI AMBO MASE 65 DG. HASLINA BINTI JUMAT 66 ERNAHWATI EMRAN 67 HALINAH BINTI JAIS 68 MOHD SYAHMAN BIN ABU MOS ONN 69 ROSEMARIE @ ROSIMAH ANTING
12 LAMPIRAN LAPORAN BERGAMBAR