The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ..., 2021-05-26 22:38:42

PJT3 Unit 2 Pergerakan Berirama

PJT3 Unit 2 Pergerakan Berirama

Unit 2 PERGERAKAN
BERIRAMA

Pendidikan Jasmani TINGKATAN 3

Pergerakan
Kreatif

• Pergerakan kreatif ialah
satu bentuk ekspresi
diri yang unik untuk
berkomunikasi melalui
pergerakan badan
secara simbolik.

• Prop yang digunakan
juga menggalakkan
imaginasi, inovasi,
kelestarian serta nilai
estetik murid.

Berskip dengan
pool noodle

mengikut warna
jalur gemilang.

Melentik ke
sisi kanan
dan kiri.

Mengayun pool
noodle secara
berselang-seli

untuk membentuk
ombak.

Mencongklang
mengikut arah

jam sambil
mengayun pool

noodle.

Kumpulan A: Membentuk bunga raya sambil memusing
ke arah lawan jam.

Kumpulan B: Melutut dan membentuk jalur gemilang
secara berselang-seli.Tukar peranan.

Menggelongsor ke formasi segi empat.
Gerakkan pool noodle dari tangan kanan ke tangan kiri secara

berselang-seli.
Tamat dengan menghulurkan pool noodle ke hadapan.

Tarian Zapin

• Tarian Zapin merupakan salah
satu daripada jenis tarian
Melayu tradisional.

• Zapin berasal daripada
perkataan Arab iaitu “Zaffan”
yang bererti penari dan “al-
Zapin” yang bermaksud gerak
kaki.

• Tarian ini diperkenalkan oleh
para pedagang dari Timur
Tengah pada abad ke-14 dan
amat popular di negeri Johor.

Tarian Zapin

• Tarian zapin biasanya
diiringi oleh beberapa
alat muzik tradisional
seperti gambus, rebana,
gendang dan marwas.

• Secara umumnya,
semua tarian Zapin
menggunakan langkah
kaki yang sama.

• Perbezaan dapat dilihat
pada pergerakan
tangan.

Langkah
Asas Zapin

Melayu
Johor

Langkah
Asas Zapin

Melayu
Johor

Langkah Asas Zapin Melayu Johor

Langkah Asas Zapin Melayu Johor

Asas Zapin
Pekajang

Asas Zapin
Pekajang

Asas Zapin
Pekajang

Asas Zapin
Pekajang

Tarian Ngajat

• Ngajat juga dikenali sebagai
“kajat” atau “ajat”, berasal
daripada perkataan
“engkajat” yang bermaksud
“lompat setempat”,
merupakan satu tarian etnik
kaum Iban yang unik.

• Tarian ini dilakukan apabila
mengadakan sesuatu majlis
dan masih ditarikan mengikut
perayaan kaum Iban.

Tarian Ngajat

• Penari lelaki dan perempuan
mempunyai gaya Ngajat yang
berbeza dan melibatkan banyak
pergerakan pusingan yang tepat.

• Ngajat untuk golongan lelaki
adalah lebih agresif dan
menggambarkan seorang lelaki
yang perkasa atau burung sedang
terbang.

• Corak Ngajat perempuan pula
terdiri daripada pergerakan yang
lembut dan anggun.

Langkah
Burung

Semalau

Langkah
Burung

Semalau

Langkah Bersilang

• Kaki kanan
bersilang di
hadapan kaki kiri
dan fleksi.

• Kaki kiri dibuka ke
sisi kiri.

Langkah
Bersilang

Kaki kiri bersilang di hadapan
kaki kanan dan fleksi. Kaki
kanan dibuka ke sisi kanan.

Langkah Burung Kenyalang
(Lelaki dan Perempuan)

• Kaki kanan bersilang di
hadapan kaki kiri dan
fleksi.

• Tangan diayun berselang-
seli ke atas dan ke bawah
secara lembut dengan
mata memandang ke
tangan atas.

• Tangan lelaki dibuka luas,
tangan perempuan rapat
pada badan

Langkah Burung Kenyalang
(Lelaki dan Perempuan)

• Kaki kiri bersilang
di hadapan kaki
kanan dan fleksi.

• Pergerakan tangan
seperti langkah 1
dan 2.

Langkah Burung Merak

• Kaki kanan
bersilang di
hadapan kaki kiri
dan fleksi. Kedua-
dua tangan ditarik
ke dada.

• Kaki kiri dibuka ke
sisi kiri. Kedua-dua
tangan ditolak ke
hadapan.

Langkah Burung Merak

• Kaki kiri bersilang
di hadapan kaki
kanan dan fleksi.

• Kedua-dua tangan
ditarik ke dada.

• Kaki kanan dibuka
ke sisi kanan.

• Kedua-dua tangan
ditolak ke
hadapan.

Langkah Bunga Ajat

• Berat badan pada
kaki kanan, tumit
kaki kiri dinaikkan
dan mengenjut.

• Kedua-dua tangan
dibawa ke dada.

• Tangan kanan
diangkat ke atas
dan tangan kiri
ditolak ke bawah.

Langkah Bunga Ajat

• Berat badan pada
kaki kiri, tumit kaki
kanan dinaikkan dan
mengenjut.

• Kedua-dua tangan
dibawa ke dada.

• Tangan kiri diangkat
ke atas dan tangan
kanan ditolak ke
bawah

Langkah Pusing ke Baruh
(Bawah)

• Kaki kanan
bersilang di
hadapan kaki kiri.

• Badan berpusing
360° ke arah
lawan jam.

Langkah Pusing ke Baruh
(Bawah)

• Badan diturunkan.
Kedua-dua tangan
ditarik ke dalam.

• Duduk di atas
kedua-dua kaki.

• Kedua-dua tangan
diletakkan di atas
paha.

Langkah Mengaut Air

• Duduk di atas kaki,
kedua-dua tangan
bertemu seperti aksi
menadah air.

• Tangan kanan dibawa
ke belakang dan
membuat lakuan
seperti mengaut air.

• Badan mencondong ke
kiri.

Langkah Mengaut Air

• Kedua-dua tangan
bertemu di hadapan
dada seperti langkah
1

• Tangan kiri dibawa ke
belakang dan
membuat lakuan
seperti mengaut air.

• Badan mencondong
ke kanan.

Langkah Titi Tiung (Lelaki
dan Perempuan)

• Melompat kecil ke
arah kanan seperti
burung tiung.

• Tangan ke atas dan
ke bawah secara
berselang-seli.

Langkah Titi Tiung (Lelaki
dan Perempuan)

• Bergerak ke arah
kiri dengan kaki
kiri dihentak-
hentakkan.

• Tangan lelaki dan
perempuan sama
seperti dalam
langkah Burung
Terbang.

Langkah Titi Batang (Lelaki
dan Perempuan)

• Bergerak ke kanan
dengan langkah
“step-close”.

• Tangan diayun ke
sisi secara
berselang-seli
seperti dalam
langkah Burung
Terbang.

Langkah Titi Batang (Lelaki
dan Perempuan)

• Bergerak ke kiri
dengan langkah
“step-close”.

• Tangan seperti
dalam langkah 2.

TAMAT


Click to View FlipBook Version