FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) TASKA / TADIKA Kelas Crystal Tarikh 19 April 2023 Hari Rabu Masa 10:00 - 10:30pagi Umur 3- 4 tahun Bil. Kanakkanak 13 orang Tema Haiwan di laut Sub Tema Jom buat obor-obor Bidang Pembelajaran: Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Tahap Perkembangan: 1. Boleh guna deria untuk memproses maklumat. 2. Mengetahui bahawa benda hidup, tinggal dalam persekitaran yang berbeza. Kesepaduan 1. Perkembangan kreativiti dan estetika. 2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan Literasi awal. Pengetahuan Sedia Ada: 1. Mengetahui beberapa haiwan laut seperti ikan. 2. Mengetahui huruf abjad Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti, kanak-kanak dapat: 1. Mengenal dan menyebut “obor-obor” & “jelly fish” 2. Mengetahui ciri-ciri obor-obor. 3. Mencipta obor-obor mengikut kreativiti masing-masing. Senarai BBM / Alat: Video, kad imbas, kotak, cat warna, berus cat, batang aiskrim, tali berwarna, pita pelekat dua muka, mata mainan, pinggan kertas dan gunting. Langkah/Masa Aktiviti P&P Catatan Set Induksi (3 Minit) 1. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk dan sedia untuk belajar. 2. Pendidik memberi salam dan kanakkanak menjawab salam pendidik. 3. Pendidik meminta murid untuk melihat gambar di tangan pendidik. 4. Pendidik berinteraksi dengan kanakkanak. Teknik: Penyoalan Soalan: 1. Apa yang kamu nampak di tangan cikgu? 2. Bayang - bayang apa ni? Hp 1 Langkah 1 (5 Minit) 1. Pendidik menayangkan gambar yang berwarna kepada kanak-kanak. 2. Pendidik menerangkan ciri-ciri “ jellyfish”. I. Bentuk badan II. Sesungut III. Tentakel Teknik: Penyoalan Soalan: 1. Gambar apakah yang kamu nampak? 2. Dalam gambar ada huruf apa yang kamu nampak? (huruf J).
3. Pendidik menunjukkan video “youtube” obor-obor yang sebenar. 4. Pendidik menyoal soalan kepada kanak-kanak. 3. Badan “jellyfish” lembut atau keras? 4. tengok video ni, obor-obor ini tinggal di mana? Hp 2 Langkah 2 ( 3 Minit) 1. Pendidik menunjukkan video youtube gerakan menari “jellyfish”. 2. Pendidik dan kanak-kanak meniru tarian dalam video. 3. Pendidik menjelaskan aktiviti seterusnya adalah membuat oborobor. Teknik : meniru dan menari Pautan video : https://youtu.be/494e4txpwSg Langkah 3 ( 15 Minit) 1. Pendidik mengarah kanak-kanak ke meja. 2. Pendidik menerangkan langkah-langkah membuat obor-obor. 3. Pendidik menunjukkan contoh oborobor yang sudah siap di hadapan kelas. 4. Pendidik memberikan bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak. 5. Kanak-kanak membuat obor-obor sendiri dan dibimbing jika diperlukan. Teknik : Tunjuk cara BBM: piring kertas, cat warna, tempat letak cat warna, kayu aiskrim, tali berwarna,mata mainan dan kotak bentuk separah bulat serta gam pita pelekat. Penutup ( 2 Minit) Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di tempat masing-masing. 1. Pendidik melihatkan kembali gambar yang berwarna kepada kanak-kanak. 2. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai tema hari ini. 3. Pendidik mengucapkan tahniah dan memuji atas hasil kerja kanak-kanak. Teknik: Penyoalan Soalan : 1. Haiwan apa kita belajar hari ini? 2. Siapa ingat “jellyfish” tinggal di mana? 3. Ada sesunggut? Badan lembut atau tidak?
Tahap Pencapaian Hasil Pembelajaran Bil. Nama Kanakkanak Penilaian HP 1 HP 2 HP 3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 T1 T2 T3 1. Jordan Juan / / / 2. Ael Ardhani / / / 3. Mohammad Ayden / / / 4. Mohammad Rizqi / / / 5. Adam Ziqry / / / 6. Azeel Isaac (TH) 7. Asher Milan (TH) 8. Aryan Danish (TH) 9. Fadhilah Inara / / / 10. Ahmad Fariz / / / Indikator T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran. T2: Kanak-kanak sedang menguasai hasil pembelajaran. T3: Kanak-kanak telah menguasai hasil pembelajaran. Refleksi Kekuatan: Pengajaran saya jelas dan kanak-kanak boleh mendengar dengan baik. Teknik bayangan haiwan Jellyfish berjaya menarik kanak-kanak untuk meneroka. Penggunaan video dan gambar maujud dan kartun yang menarik. Suara ada perubahan dan semakin lantang , berserta saya mengingat kesemua nama kanak-kanak di dalam kelas. Kelemahan: Penggunaan lagu jellyfish kurang tahu oleh kanak-kanak, oleh itu mereka lebih melihat video tersebut berbanding mengikut nyanyi atau menari sedikit. Kesediaan bahan bantu mengajar tidak teratur. Cat warna sangat sedikit disediakan. Penambahbaikan: Kesediaan bahan perlu di tingkatkan lagi, persediaan bahan bantu mengajar sepatutnya lebih awal disediakan di satu tempat untuk memudahkan pembelajaran. Bahan bantu mengajar disediakan dengan kuantiti yang mencukupi.
Lampiran:
Senarai Singkatan: BBM : Bahan Bantu Mengajar HP : Hasil Pembelajaran KB : Kemahiran Berfikir (Mengingat, Memahami, Mengaplikasi, Menganalisis, Menilai, Mencipta) KPN : Kurikulum PERMATA Negara 2013 KSPK : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) NT : Nilai Teras (Modul Sivik Prasekolah 2019) T : Tahap