The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E folio nilai masyarakat malaysia group hari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haritharanloganathan03, 2022-12-01 09:32:15

E folio nilai masyarakat malaysia group hari

E folio nilai masyarakat malaysia group hari

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU23042

TAJUK : E – FOLIO

NAMA PENSYARAH :
PUAN SALWA AMIRAH BINTI AWANG

HARITHARAN A/L
LOGANATHAN
15DPR21F2015

JESURUH SHAILESH
EDWIN A/L DAVID
15DAT21F2021

RIVALDO CARLOS JUSTIN
A/L DAVID

15DRM21F2017

SATHYA SEELAN A/L G.
SUBRAMANIAM
15DRM21F2041

KISHAN RAJ A/L
SELVAM

15DET19F1042

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dengan limpah rahmatnya dapat
kami menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan
Salwa Amirah Binti Awang, Pensyarah Matapelajaran
Nilai Masyarakat Malaysia kita, di atas kesudian beliau
memberi tugasan kepada kami. Terima Kasih atas
sokongan dan meberikan masa yang sepenuhnya untuk
menyiapkan tugasan kita dapat kita selesaikan dengan
teliti. Begitu juga, kita ingin untuk mengucapkan ribuan
terima kasih supaya memberi tunjuk ajar yang jelas
bagi permulaan tugasan tersebut. Akhir kata, kami juga
mengucapkan terima kasih kepada kawan- kawan yang
membantu kita secara langsung sepanjang proses
menyelesaikan tugas ini. Sikap Kerjasama yang di
tunjukkan oleh rakan- rakan ternyata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi
ini. Tanpa bantuan, dari semua pihak, kami tidak
mungkin dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan



PENGENALAN

Rogol adalah satu bentuk keganasan seksual yang lazim,
tetapi tidak semua keganasan seksual adalah rogol. Istilah
sering digunakan sebagai definisi perundangan secara
khususnya melibatkan aktiviti seksual seperti kemasukan
zakar atau sebarang objek ke dalam faraj, dubur, mulut atau
mana – mana bahagian badan tanpa keizinan atau secara
paksaan. Dalam undang – undang Malaysia, rogol adalah
terhad kepada memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa
kerelaan orang itu. Sekiranya anda berumur 16 tahun, seks
dengan ATAU tanpa keizinan adalah rogol statuary. ( Ini
adalah satu jenayah kerana undang – undang menggangap
bahawa pemerkosa mengambil kesempatan mangsa yang
masih muda, disebabkan kedudukan yang lebih tinggi,
hubungan professional mereka atau hubungan Amanah yang
lain ). Tidak kira bentuk jenis rogol, Ia adalah satu jenayah
yang tidak boleh diterima. Rogol yang berlaku tidak
sepatutnya dianggap salah mangsa.

JENIS ROGOL

ROGOL
MENGUNAKKAN

DADAH

ROGOL JANJI ROGOL OLEH
TEMU / ROGOL PASANGAN
OLEH KENALAN INTIM

ROGOL OLEH ROGOL
ORANG TAK BERKUMPULAN
DIKENALI

CONTOH – CONTOH LAPORAN KES
DI MALAYSIA

PUNCA JENAYAH ROGOL

Kekurangan Didikan Agama
Media Elektronik
Berpakaian Tidak Sopan
Pergaulan Bebas
Hilang Sifat Perkemanusiaan
Penyakit Paedofilia
Perasaan Dendam

Kekurangan didikan
agama

❖ Agama memainkan peranan penting dalam
kehidupan seseorang kerana ia memandu
seseorang untuk bertindak mengikut jalan
keberanan.

❖ Agama juga dapat menghalang seseorang
daripada melakukan perkara yang jahat. Jika
agama tidak di titikberatkan maka akan
berlaku kekacauan kepada masyarakat dan
negara. Ini terbukti dengan berlakunya
berbagai jenayah yang tidak bermoral
termasuklah jenayah rogol.

Media elektronik

❖ Hal ini termasuklah filem-filem, klip
video dan laman web lucah yang dapat
dimuat turun dari internet juga penjualan
DVD lucah yang mudah didapati dipasaran.
Melalui sumber tersebut ia akan memberi
dorongan dan idea kepada perogol untuk
bertindak kepada mangsanya.

Cara berpakaian

❖ Cara berpakaian sesetengah golongan kaum
wanita di masa ini sangat bertentangan
dengan budaya dan adat melayu sekaligus
bertentangan dengan suruhan agama.
Mereka terlalu ghairah mengikut budaya
asing yang dianggap maju dan modern inilah
antara punca penyumbangan kes rogol yang
berlaku pada masa kini.

Pergaulan bebas

❖ Pada saat ini remaja dengan bebas dapat
bergaul diantara lelaki dan perempuan.
Sering kita temukan pemandangan
bermesra-mesraan antara mereka di tempat
awam tanpa mempedulikan masyarakat
sekitar. Bagi mereka hal itu merupakan
suatu tindakan yang dapat dibanggakan.
Akibatnya pada zaman sekarang banyak kes
rogol yang dapat kita ketahui.

Hilang sifat
perikemanusiaan

❖Seorang penjaga atau seorang ayah yang
diamanahkan oleh Tuhan untuk melindungi
anaknya. “Harapkan pagar, pagar makan
padi”. Itulah peribahasa yang selayaknya
diberikan kepada bapa yang sanggup merogol
darah dagingnya sendiri

Penyakit paedofilia

❖ penyakit Paedofilia iaitu minat dan keinginan
seks terarah kepada golongan kanak-kanak.
Paedofilia telah wujud dalam hati perogol
sejak remaja lagi tetapi mereka masih boleh
mengawalnya. Sampai ke satu tahap keinginan
untuk bersama anak-anak ini tidak mampu
ditahan-tahan lagi dan bercampur pula
dengan dorongan persekitaran, maka
berlakulah kejadian yang dikatakan rogol.

Perasaan dendam

❖ Kebanyakan jenayah rogol akibat dendam ini
ditujukan kepada pasangan kekasih. Disepak dan
ditumbuk malah disimbah asid adalah antara
padah yang diterima si gadis kerana menolak
cinta pasangannya. Dalam keadaan yang lebih
ekstrem, adakalanya tindakan agresif lelaki
kecewa itu membawa kepada jenayah berat iaitu
rogol dan bunuh.

KESAN ROGOL

Fizikal Mangsa

1. Mangsa mengalami penembusan yang menyakitkan.
Kesakitan boleh menjadi ketara dan boleh dirasai semasa
dan selepas perkosaan.

2. Mangsa mengalami jangkitan urin.

3. Mangsa boleh hamil. Ramai mangsa mungkin tidak mahu
menjaga bayi berkenaan kerana ia mengingatkan mereka
tentang peristiwa traumatik.

4. Mangsa boleh mendapat jangkitan seksual seperti HIV,
gonorrhea, chlamydia, hepatitis B. Kondisi-kondisi ini
adalah sukar untuk dirawat.

5.Mangsa mungkin mengalami kesukaran berjalan atau
mengalami patah tulang.

KESAN ROGOL

Mental Mangsa

1.Malu dan serba salah
masyarakat cenderung menyalahkan mangsa, walaupun mangsa
tidak melakukan apa-apa yang salah, mereka mungkin berasa
bersalah. Walaupun mangsa tahu ia bukan kesalahan mereka,
mereka masih boleh berasa bersalah. Mereka percaya bahawa
mereka membenarkan perogol menyerang mereka secara
seksual.

2. Hilang kawalan
mangsa kehilangan keyakinannya. Mereka berfikir bahawa
mereka tidak berkuasa, tidak berguna, dan tidak dapat mengawal
hidup mereka apabila membiarkan perkosaan berlaku. Oleh itu,
mereka mungkin tidak dapat mengawal perasaan, pemikiran dan
tingkah laku mereka dan jatuh ke keadaan kejutan atau
perasaan kaku.

3. Ketakutan
Mangsa kekal rasa takut bahawa pemerkosa itu akan kembali
dan mereka menderita akan diperkosa lagi. Selain itu, mereka
takut bahawa orang lain akan mengetahui mengenai kejadian itu
dan memandang rendah terhadap mereka. Di samping itu,
mangsa berasa takut di tempat di mana mereka dirogol

LANGKAH MENGATASI ROGOL

➢ Mengatasi Ahli keluarga yang kurang suiman atau
kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada
bahaya rogol.

➢ Memberi npendidikan agama dan moral tentang dan
kemudarataqn perbuatan persetubuhan haram.

➢ Mengawal dan memantau pergaulan anak – anak dan
memastikan mereka tidak melebihi batas.

➢ Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat –
tempat sunyi, gelap atau terpencil.

➢ Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan

➢ Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman
yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru
dikenali : Mungkin mengandungi dadah atau bahan
pelali atau perangsang nafsu

➢ Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin
menyerah kehormatan diri

KESIMPULAN

✓ Kesimpulannya, rogol telah memberi impak yang
serius dalam psikologi dan fisiologi mangsa dan
juga keluarga mangsa. Rogol juga mengakibatkan
kecederaan fizikal yang serius seperti kehamilan
dan penyait sebaran seksual. Golongan wanita akan
merasa takut ketika berjalan kaki sendiri di mana-
mana tempat.

✓ Oleh itu, hukuman-hukuman dan undang-undang
yang berat mesti dilaksanakan terhadap perogol
supaya dapat menghukum perogol yang memberi
impak yang serius kepada mangsa. Hukuman seperti
kasi dan kaedah pengasian serta hukuman mati boleh
dilaksanakan kepada perogol untuk memberi amaran
kepada masyarakat supaya dapat mengurangkan kes
rogol di negara kita.

RUJUKAN

❑ https://baixardoc.com/preview/
punca-punca-berlakunya-
jenayah-rogol-5cd9d4010dbed

❑ https://koranindependen.co/int
ernasional/r-5754/punca-dan-
kesan-kepada-berlakunya-kasus-
rogol

❑ http://k2kesrogol.blogspot.com/
2010/08/definisi-
rogol.html?m=1


Click to View FlipBook Version