The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan nota Hukum A-Ha yang terdapat di dalam sistem ejaan Jawi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirahnursiti, 2023-06-30 09:37:01

NOTA HUKUM A-HA

Berikut merupakan nota Hukum A-Ha yang terdapat di dalam sistem ejaan Jawi.

Keywords: hukum A-Ha

BSJ3043 SISTEM EJAAN JAWI DALAM PENGAJARAN DI SEKOLAH HUKUM A-HA


NAMA SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHD FAIROS NOMBOR MATRIK D20202096277 TAJUK HUKUM A-HA


BIL. PERKARA HALAMAN 1 Pendahuluan 1 2 Nota Hukum A-Ha 2-4 3 Kesimpulan 5 4 Latihan Pengukuhan 6 ISI KANDUNGAN


Ejaan pada suku kata pertama perkataan yang terlibat dengan Hukum A-Ha tidak menggunakan huruf Alif namun digunakan pada suku kata yang kedua. PENDAHULUAN Hukum A-Ha merupakan salah satu hukum yang terlibat dalam sistem ejaan Jawi. Hukum A-Ha ini melibatkan pengejaan kata dasar lebih daripada dua suku kata dan juga pengejaan yang melibatkan tiga suku kata ke atas. 1


Ejaan Rumi Ejaan Jawi هريماو Harimau هلوبا Haloba هاليلينتر Halilintar هديه Hadiah هروان Haruan Mengeja Kata Dasar Tiga Suku Kata ke Atas bagi Hukum A-Ha Setiap perkataan yang mempunyai tiga atau empat suku kata dan bermula dengan huruf ha (ه ( diikuti dengan vokal [a], suku kata pertama itu dieja tanpa menggunakan huruf alif. Antara contoh perkataan tersebut ialah harimau, haloba, halilintar, hadiah dan juga haruan. 2


Ejaan Rumi Ejaan Jawi هاال Hala هاري Hari هاالجو Halaju هادڤن Hadapan Namun terdapat kekecualian bagi perkataan dua suku kata seperti hala dan hari. Hal ini melibatkan perkataan yang terdiri daripada gabungan seperti halaju (had laju) atau perkataan berimbuhan seperti hadapan (hadap+an). Oleh itu, perkataan hala, hari, halaju, dan hadapan dieja seperti berikut: 3


Hukum Ha kedua ialah hukum yang digunakan bagi mengeja perkataan yang mengandungi suku kata pertamanya terbuka menggunakan vokal [a], kemudian diikuti suku kata berbunyi [ha]. Ejaan suku kata pertama tidak menggunakan alif, tetapi suku kata akhir menggunakan alif. Hanya dua patah kata dwisuku yang memenuhi syarat ini, iaitu maha dan paha. Ejaan Rumi Ejaan Jawi مها Maha ڤها Paha 4


Tuntasnya, Hukum A-Ha ini sememangnya unik dan hanya dipakai pada situasi tertentu dan melibatkan kata dasar lebih daripada dua suku kata dan juga pengejaan yang melibatkan tiga suku kata ke atas. Selain itu, kepelbagaian hukum di dalam Sistem Tulisan Jawi menunjukkan keunikan yang eksklusif bagi yang mempelajarinya kerana Hukum A-Ha ini tiada dalam tulisan Rumi. KESIMPULAN 5


Bil. Ejaan Rumi Ejaan Jawi 1. Pahala 2. Mahadewa 3. Bahana 4. Maharani 5. Cahaya 6. Sahaja 7. Bahagia LATIHAN PENGUKUHAN Sila jawikan perkataan Rumi yang berikut: 6


Sekian, Terima kasih.


Click to View FlipBook Version