The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazidah1629, 2020-02-24 21:51:22

2020_Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras

2020_Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras

SK RUMBIA, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
Tel/faks: 06-316 2653; Emel: [email protected]

KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS TS25
SK GONG NANGKA, MARANG TERENGGANU
12 - 14 JUN 2020 (JUMAAT - AHAD)

0

KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS TS25
KE SK GONG NANGKA, MARANG, TERENGGANU.

TAHUN 2020

1. TAJUK
Lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Marang, Terengganu.

2. PENGENALAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang
berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita. Program ini
dapat melahirkan modal insan unggul melalui kriteria berikut, iaitu (i) persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan, (ii) disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, (iii) guru yang
kompeten dan beraspirasi tinggi, dan (iv) komitmen komuniti yang padu.

Oleh yang demikian, lawatan penanda aras ini dirangka agar dapat membantu warga SK
Rumbia khususnya pentadbir dan para guru melengkapkan diri bagi mencapai agenda TS25 ini.

3. OBJEKTIF
Melalui Lawatan penanda aras ini, para guru berupaya untuk:
3.1 mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik.
3.2 membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan

kemenjadian murid.
3.3 membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur

melalui setiap sub unit di SK Rumbia.

4. PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SK Rumbia.

5. KUMPULAN SASARAN
Guru-guru, kakitangan sokongan dan Jawatankuasa PIBG SK Rumbia.

1

6. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 12, 13 dan 14 Jun 2020

Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad

Tempat lawatan: SK Gong Nangka, Marang, Terengganu.

Pengangkutan : Bas

7. JAWATANKUASA PROGRAM
- Rujuk Lampiran 1

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Rujuk Lampiran 2

9. JADUAL LAWATAN
- Rujuk Lampiran 3

10. PENUTUP
Penganjur berasa yakin bahawa Program Lawatan Penanda Aras TS 25 ke SK Gong Nangka,
Terengganu ini dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi iltizam yang tinggi dan
kesungguhan semua pihak yang terlibat. Usahasama dan keprihatinan yang positif pihak luar
memberi sokongan dan impak positif dalam program lawatan ini. Ilmu pengetahuan tidak akan
mendatangi sebaliknya didatangi. Atas prinsip itulah kami berusaha sebanyak mungkin meraih
ilmu tentang TS25 supaya SK Rumbia dapat melahirkan modal insan yang unggul.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ………………………………
Pn. Mazidah binti Ali Pn. Wan Noraini binti Wan Embong
Setiausaha Program Pengerusi Kelab Guru & Staf
Lawatan Penanda Aras
Disahkan oleh:

……………………………………………
En. Mohd Isa bin Barum

Guru Besar SK Rumbia, Alor Gajah, Melaka.

2

AHLI JAWATANKUASA INDUK Lampiran 1
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS TS25 3
SK GONG NANGKA, MARANG, TERENGGANU

Penasihat : En. Mohd Isa bin Barum
Guru Besar SK Rumbia

Pengerusi : Pn. Wan Noraini binti Wan Embong
Ketua Kelab guru dan Staf SK Rumbia

Timbalan Pengerusi : En. Mustafa bin Rashid

Setiausaha : Pn. Zaidah binti Abd Rahman

Bendahari : Pn. Masitah Hayati binti Mad Isa

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS TS25
SK GONG NANGKA, MARANG, TERENGGANU

Ketua Program : En. Zool Fahmi bin Md Kamsor
Setiausaha
Bendahari : Pn. Mazidah binti Ali
JK Pengangkutan
JK Makanan : Pn. Masitah Hayati binti Mad Isa
JK Dokumentasi
: En Zool Fahmi bin Md Kamsor
JK Keselamatan
: Pn. Wan Noraini binti Wan Embong
JK Penginapan
: Pn. Zaidah binti Abd Rahman
: Pn. Hafsah binti Jalil

: En. Mohd Yusazli bin Md Yusof
En. Mustafa bin Rashid

: En. Nazi bin Tuah

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS TS25
SK GONG NANGKA, MARANG, TERENGGANU

Makanan (RM7 x 44 orang x 2 hari) RM 616.00
RM 3200.00
Pengangkutan RM 1000.00
RM 4816.00
Penginapan

ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN

4

Lampiran 3

ATURCARA

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS TS25

SK GONG NANGKA, MARANG, TERENGGANU

HARI MASA ATURCARA
Jumaat
12/06/2020 10.00 malam Bertolak ke Kuala Terengganu
Sabtu
13/06/2020 6.00 pagi Tiba di Masjid Terapung, Kuala Terengganu.
- Pengurusan diri
Ahad 8.00 pagi - Solat Subuh
14/06/2020
10.30 pagi Sarapan pagi

2.00 petang Lawatan sekitar Kuala Terengganu
5.00 petang
8.00 malam - Mempelajari cara-cara mencanting batik di Noor Arfa
7.00 pagi Craft Complex (NACC)
8.00 pagi
8.30 pagi - Melihat monumen-monumen Islam dari serata dunia di
12.00 tengahari Taman Tamadun Islam (TTI)
1.00 tengahari
8.00 malam - Melihat cara membuat keropok lekor di Kampung
Losong.

Tiba di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu
- Rehatkan diri/Aktiviti Bebas

Aktiviti Team Building di Pantai Teluk Ketapang

Makan malam & berehat

Sarapan pagi

Bertolak ke SK Gong Nangka, Marang, Terengganu

Tiba di SK Gong Nangka, Marang Terengganu.

Makan tengahari

Bertolak pulang ke sekolah

Tiba di SK Rumbia

5

6


Click to View FlipBook Version