The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-08230675, 2022-09-14 04:13:34

Mesyuarat guru bil.1 2022

Mesyuarat guru bil.1 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI AHMAD
SAID SUNGAI DUA, 13800 BUTTERWORTH PULAU PINANG.

TEL : 04-3563994
FAKS : 04-3566094

____________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 / 2022

Tarikh : 19 Mac 2022
Hari : Sabtu
Tempat : Premis masing-masing
Kaedah : Google Meet
Masa : 9.00 pagi
Kehadiran : Rujuk Lampiran A

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Bismillahirrahmanirrahim, mohon redha Allah yang Esa

1.2 Selamat kembali bertugas kepada semua guru.

1.3 Terima kasih banyak-banyak khas buat semua guru yang komited dengan tugasan tahun 2021
dan selamat datang guru baharu.

1.4 Selamat bekerja untuk tahun 2022/23. Semoga cuti yang sedikit telah dimanfaatkan sebaik
mungkin. Guru yang berpeluang berjumpa ibu dan bapa, tahniah diucapkan. Kepada yang dapat
memenuhi hasrat keluarga terutama anak-anak, bagi yang melancong semoga ada ilmu dan
idea luar yang dapat dikongsi bersama untuk kecemerlangan sekolah. Guru yang terpaksa
bertugas sepanjang cuti, sudah pasti khidmat bakti kalian sentiasa diganjari pahala oleh Allah.
Manakala, bagi yang diuji sakit, semoga kembali sihat.

1.5 Jutaan terima kasih buat semua guru yang melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
bagi sesi 2021/22 dengan cemerlang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabarab, dugaan,
masalah dan halangan.

1.6 Saya amat menghargai amanah yang telah dilaksanakan oleh semua. Saya sedar ucapan terima
kasih ini amat kecil jika dibandingkan dengan tugasan dan amanah yang telah tuan/puan
berikan. Syukran jazakallahukhairin. Terima kasih juga kepada Pn. Nur Azliza Zizi SUP atas
komitmen penuh yang diberikan untuk memasyikan SPM berjalan lancar. Terima kasih juga
buat pengawas SPM dan pemeriksa kertas SPM yang terpaksa mengorbankan cuti hanya kerana
menjalankan tugas. Terima kasih juga kepada guru yang sudi hadir sepanjang peperiksaan SPM
dan barisan pentadbir.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat dan Perkara Berbangkit

1

Cadangan : Nur Salimi binti Abu Bakar
Sokongan : Hasniza binti Yusof

3.0 Taklimat Pengetua

3.1 Fokus pendidikan:
1. Menghasilkan sekolah berkualiti
2. Memastikan kemenjadian murid

3.2 Kalender akademik
1. Bermula penggal pada 21 Mac 2022
2. Kelas PDPR mulai 21 Mac hingga 1 April
3. Bersemuka mulai 4 April 2022 tanpa penggiliran untuk semua tingkatan
4. Semua guru wajib hadir ke sekolah seperti biasa mengikut masa yang telah ditetapkan
5. Guru laksanakan PDPR di sekolah dan murid ikut PDPR dari rumah
6. Pelaporan PDPR perlu diisi sepeprti biasa di dalam sistem SPDPR

3.3 Murid digalakkan memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir secara bersemuka.
Namun, murid boleh pakai pakaian yang sesuai dan sopan.

3.4 Guru tidak dibenarkan mengambil tindakan dan menyindir jika mereka tidak memakai
pakaian uniform sekolah.

3.5 SOP Covid:
1. Memakai mask setiap masa
2. Patuhi penjarakkan fizikal
3. Jadikan membasuh tangan sebagai budaya.

3.6 Kebersihan dan keselamatan:
1. Semua kelas dan kawasan di sekolah berada dalam keadaan bersih, selamat dan tip-top
2. Jika ada kawasan atau laluan bahaya, perlu dilabel
3. Tidak melonggokkan alat/besi/kayu yang boleh menjejaskan keselamatan murid.
4. Bilik elektrik tidak boleh dijadikan stor dan perlu dikosongkan
5. Kerusi tidak sesuai diletakkan di bawah tangga
6. Aset perlu diurus dengan baik dan diletakkan di lokasi yang betul dan selamat.
7. Aset yang rosak perlu dibuat pelupusan.

3.7 Minggu pembelajaran:
1. 43 minggu
2. Minggu akademik-32 hingga 39 minggu
3. Mesyuarat JK kurikulum- 4 kali setahun
4. Ketua Panitia- Guru opsyen paling kanan
5. PBD- Perlu dibuat berterusan
6. Fokus kepada lulus BM dan % layak sijil

2

3.8 Pengurusan Covid:
1. Perlu lapor kepada PKD, PPD dan JPN.
2. Guru terlibat perlu serahkan tangkap layar Mysejahtera dan keputusan ujian kepada
ketua jabatan.
3. Tempoh kuarantin yang telah mendapat suntika booster adalah selama tujuh hari
4. Tempoh kuarantin yang mendapat dua suntikan vaksinasi adalah tujuh hari
5. Tempoh kuarantin yang tidak mendapat vaksinasi adalah selama 10 hari
6. Kontak rapat yang telah mendapatkan suntikan booster, tempoh kuarantin adalah
selama lima hari
7. Kontak rapat yang mendapat dua dos suntikan sama ada bergejala atau tidak, tempoh
kuarantin adalah selama lima hari
8. Tempoh kuarantin kontak rapat yang mendapat satu doa suntikan atau tidak vaksin
adalah selama tujuh hari.

3.9 10% ujian kendiri dibuat secara rawak sebanyak lima kali.
3.10 Aktiviti Kokurikulum

1. 21 Mac 2022 aktiviti Ko-ko boleh diadakan secara bersemuka dalam kawasan sekolah.
2. Sukan tahunan dan lain-lain aktiviti boleh dilaksanakan di sekolah sahaja dan
melibatkan warga sekolah sahaja tanpa penglibatan orang luar.

3.11 Waktu bekerja guru sebagai penjawat awam:

PERKARA KEKERAPAN SEMINGGU JAM SEMINGGU

PELAKSANAAN PDP 40 WAKTU X 30 MINIT 20 JAM

SEBELUM PDP 1 JAM X5 HARI 5 JAM

SELEPAS PDP 1 JAM X 5 HARI 5 JAM

KOKURIKULUM 60 MINIT X 3 WAKTU 3 JAM

LAIN- 1 JAM X 5 HARI 5 JAM
35 JAM
LAIN TUGAS RENCAM

JUMLAH JAM BEKERJA

WAKTU REHAT 7 JAM

3.12 Guru mempunyai tugasumum dan khusu ddan tugassampingan (ad-hoc)
3.13 Guru tidak perlu disuruh baru melakukan kerja dan tidak hanya mengajar tetapi berusah

membangnkan kompetensi murid.
3.14 Enrolmen guru dan AKP:

3

3.15 Fokus utama SMKDHAS:
1. Sekolah Transformasi 2025
2. Sekolahku sejahtera
3. Amalan pembelajan Abad ke-21
4. Amalan KBAT
5. STEM & STEMEC

3.16 Jawatankuasa TS25

3.17 14 Elemen sekolahku sejahtera:

4

3.18 PAK-21 meiputi aspek kmunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif dan kritis dan nilai
murni seta etika.

3.19 Amalan KBAT brtujuan menaiktaraf pendidikan negara dan menyediaka pelajar
berhadapan degan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Selain itu, menekankan konsep ilmu
tanpa sempaadan dam memupuk pemikiran yang matng dan sikap ketebukaan.

3.20 60% aliran sains da 40% aliran biasa
3.21 Memastikan 6 objektif dalam PdP di dalam kelas:

3.22 Amaan sekolah hijau:

3.23 Kerja itu adalah amanah , guru perlu bertanggungjawab tanpa salah guna kuasa dan
kedudkan. Sentiasa mejalanka tugas dengn amanah.

3.24 Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan upah, patuh dan taat kepada Allah dan sanggup
serah diri kepada Allah. Tugas dan tggungjawab dilaksanaka untuk mendapat keredhaan

3.25 Persepsi Islam terhadap kerja
5

“Orang yang kerja mendapt keampunan Allah”
3.26 Makanan nafsu adalah banyak makan, banyak cakap, banyak tidur dan banyak rehat.
3.27 Budaya kerja kelas pertama:

1. Amalan terpuji lebih daripada biasa
2. Aspek pemikiran dan pemgurusan emosi
3. Integriti
4. Proses memahami/mengurus, mengawal perasaan diri dan orang lain
3.28 7 Prinsip PERDANA:

3.29 Membudayakan kerja kelas pertama:

3.30 Kesilapan lalu:

6

3.31 Terima kasih kepada semua jawatankuasa pengurusan yang menyiapkan buku
manual.Anatara yang terkandung dalam buku manual adalah maklumat penting Pdpr dan
persekolahan bersemuka

3.32 Tindakan yang perlu dilakukan:
1. Perancangan 2022
2. Pakej tingkatan 4
3. Urusa rasmi gunakan logo baharu
4. Gunakan letterhead rasmi sekolah untuk urusan rasmi

3.33 Sasaran 2022:
1. Pegurusan organisasi
2. Waktu rasmi bekerja

3.34 Pengurusan kurikulum:
1. Pdpc secara berterusan
2. Tiada guru lewat masuk kelas, selari dengan rancangan tahunan dan DSKP
3. Pdpc yang berkualiti
4. Proses pdpc setiap guru akan dipatau sekurang-kurangnya dua kali
5. KPI mencapai target yang ditetapkan

3.35 Pengurusan Kurikulum:

7

1. Fail Rekod Mengajar dihantar dan ditanda setiap minggu
2. Jadual waktu sentiasa dipatuhi dan dikemaskini
3. Semasa relief perlu ada pengisian/smart relief fokus kepada subjek kritikal
3.36 Pengurusan Kokurikulum:
1. Penglibatan murid 100%
2. Penyertaan 100% sekolah
3. Patuhi SOP
3.37 Pengurusan HEM:

3.38 Prosedur kewangan:
1. Bincang dengan ahli panitia barangan yang nak dibeli dan program yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun.
2. Sediakan anggaran perbelanjaan 2022 dan serah kepada pengetua.
3. Prosedur perbelanjaan:
i. Bincang dengan CC (sama ada boleh beli barangan itu ataupun tidak)
ii. Dapatkan tandatangan pengetua
iii. Dapatkan sebut harga
iv. PT akan isi LO
v. Bayaran akan dibuat
vi. Tandatangan bahagian penerimaan dalam LO
vii. Semua borang hantar kepada pengetua telebih dahulu

3.39 Maklumat tambahan:
1. Mesej integriti KPM

2. Bangunan tambahan akan mula dibina. Kos sebanyak 13 juta. Tarikh pembinaan
bermula 15 Mac 2022 dan dijangka siap pada 15 Januari 2024. Pihak kontraktor akan
menggunakan pintu pagar belakang sebagai laluan pembinaan. Warga sekolah tidak
boleh menggunakan pagar belakang.
3.40 Akhir kata, pikullah amanah yang Allah beri sepenuh hati, insyaAllah ganjaran jikatidak
di dunia, nanti di akhirat.
3.41 Pandanglah anak didik yang dianugerahi kepada kita sebaik-baiknya. Ambil tahu masalah
yang mereka haapi, di mana mereka tinggal. Kenali kemampuan dan keupayaan mereka,

8

tahap pembelajaran mereka supaya mudah kita berikan mereka ilmu dan mentaksir merka.
Hubungan baik akan menghasilkan kenjadian murid.
3.42 Ubah cara kita mengajar, tekankan kepada KBAT,elak berlaku defisit pembelajaran.
Jangan ada anaka-ana SMKDHAS yang miskin akademik. Minimumkan penguasaan
minimun.
3.43 Jangan tunggu ultraman datang untuk ubah anak-anak kita. Kitalah adiwira untuk
mereka.
3.44 Marilah kita sama-sama tingkatkan kecemerlangan dir kita seerusnya ana didik dan
sekolah kita.
3.45 Bantu pengetua jad adil, tidak “double standard”, tidak punyakroni, tidk hukum sebela
pihak, sentiasa mendengar keluhan dan rungutan semua agar mampu menjalankan amanah
dan tanggungjawab dengan sempurna.
3.46 Bantu jadi sahabat. Bantu jadi ketua sedaya mungkin untuk majukan SMKDHAS.
3.47 Mohon sedikit rasa hormat daripada semua. Mohon sedikit rasa hormat untuk jawatan
pengetua.
3.48 Selamat maju jaya cikgu-cikgu. Mohon maaf segala kekhilafan dan kelemahan diri. Saya
alu-alukan idea, buah fikiran, tenaga dan kewangan.
3.49 Ketahuilah orang yang suka megkritik belum tentu betul. Hargailah orang yang sentiasa
berikan pandangan.
3.50 Akhir kata, pengarah berpesan agar tidak timbul sebarang isu di hari pertama pembukan
sekolah.
3.51 Yang baik datang dari Allah swt, yang buruk dan jelek datang daripada diri saya sendiri.
Assalammualaikum wbt.

4.0 Ucapan Penolongan Kanan Pentadbiran

4.1 PKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pentadbir dan para guru yang sama-sama hadir

dalam mesyuarat pada pagi ini. Tidak lupa juga buat semua rakan guru yang sama-sama bertungkus

lumus dalam membangunkan sekolah bagi sesi persekolahan 2021. Juga buat semua petugas SPM 2021

dan Puan Zizi yang banyak membantu dalam pengurusan SPM

- PKP memaklumkan bahawa beliau akan menyentuh berkaitan Buku Pengurusan 2022 dan tugas-tugas

yang terdapat dalam unit pentadbiran, HEM dan kurikulm. Maklumat secara terperinici akan disentuh

dalam mesyuarat kurikulum.

4.2 Beliau memaklumkan bahawa CUP 3 akan dilaksanakan bermula 21/3 hingga 15/4 melibatkan empat

mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

- KP bagi mata pelajaran tersebut akan dipanggil untuk dibincangkan cara pelaksanaannya. CUP 3

melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang memperoleh TP1 hingga TP3 dan guru subjek perlu

memastikan pelajar boleh mencapai TP4 sehingga 15 April.

4.3 BRM 2021 belum dimaklumkan tarikh penghantaran ke pejabat. Diminta guru menghantar pada minggu

hadapan 21/3 untuk disemak oleh tuan pengetua.

9

4.4 Markah peperiksaan tingkatan 4 – masih ada beberapa subjek yang belum selesai. Perlu disiapkan dan
dimasukkan segera untuk dibuat TOV dan diserahkan ke PPD dan PPD akan membentangkan ke JPN.
Tarikh akhir di peringkat PPD adalah pada 15/3 namun di peringkat sekolah pada 20/3. Kesulitan yang
dihadapi sudah dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan.

4.5 PKP turut menyentuh berkaitan Buku Pengurusan 2022. Antara kandungannya ialah :
• helaian hadapan disertakan maklumat guru – perlu diisi oleh guru untuk dijadikan rujukan yang
pantas.
• Maklumat profil sekolah, lencana sekolah, piagam pelanggan SMKDHAS, misi dan visi, matlamat
sekolah.

• Falsafah Pendidikan Negara:
- PKP mengajak semua guru merenung dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara iaitu suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
- apabila menguasai FPN ini, dapat membantu anak-anak kita membangunkan negara.

• Aspirasi murid. Terdapat 6 elemen dalam aspirasi murid iaitu :
i. pengetahuan
ii. kemahiran memimpin
iii. kemahiran berfikir
iii. etika dan kerohanian
v. kemahiran dwibahasa – sekurang-kurangnya dapat menguasai BM, BI, Bahasa Arab dan Bahasa
Jerman.
vi. Identiti Nasional - boleh menerapkan semangat sayang dan cinta akan negara.

• Program Transformasi Sekolah (TS25)
- sekarang berada dalam kohort yang keempat
- melibatkan elemen kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Guru yang berkualiti akan
menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid dan melahirkan persekitaran
yang kondusif.
- Guru menjalankan pedagogi dan pentaksiran sama ada secara sumatif atau formatif, seterusnya
pelaksanaan PBD secara berterusan. Pedagogi adalah berdasarkan DSKP dan rancangan pengajaran

10

tahunan.
- pemimpin yang berkesan pula melibatkan pengetua, pentadbir dan semua guru.
-Sokongan PIBG dan komuniti, akan melibatkan sumbangan idea, tenaga dan sebagainya.

• Perkara lain yang terkadung dalam buku pengurusan ialah Objektif Pendidikan Sekolah Menengah, dan
Panduan Am Staf Sekolah. Dari aspek berpakaian, digalakkan guru lelaki memakai baju melayu pada
setiap hari Jumaat.

4.6 Jadual waktu akan dibekalkan bersesuaian dengan PdPR dan bersemuka kepada semua guru.
4.7 Kalendar akademik boleh rujuk Buku Pengurusan 2022

- takwim sekolah bermula bulan Mac
4.8 Senarai guru
-statistik guru dan AKP seramai 73 orang guru. Masih kekurangan 2 orang guru dan sudah berhubung

dengan PPD. Seramai 7 orang guru DG 54, 5 orang DG52 dan 27 orang DG48. Kenaikan pangkat
adalah berdasarkan time based. Justeru, guru perlu memegang jawatan agar tidak menjadi isu dan
diharap tiada rungutan sekiranya diberi tugas yang besar
-Senarai guru kelas dan pembantu guru kelas 2022 akan dimaklumkan kemudian apabila telah
disempurnakan Buku Pegurusan.

4.9 Jadual penyemakan fail rekod mengajar dan pencerapan PDPC
- melibatkan pencerapan untuk SKPMG, kurikulum dan e-prestasi. Guru boleh merujuk penilai pertama
dan penilai kedua. Perlu diserahkan satu keberhasilan kepada penilai yang pertama, dan 1 untuk simpanan.
- Keberhasilan dibuat berdasarkan tugas-tugas guru dan ditetapkan markah penilaian. Guru boleh selalu
berbincang dengan penilai masing-masing.

4.10 PKP membacakan jawatankuasa yang terdapat dalam Buku Pengurusan. Antaranya melibatkan :
• Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
• Jawatankuasa Pengurusan Pejabat
• Jawatankuasa Akaun dan Kewangan Sekolah
• Jawatankuasa Data dan Maklumat – Pn. Azlina sentiasa membantu dalam data sekolah
• Jawatankuasa SKPMG
• Jawatankuasa LDP dan PLC – akan perkasakan LDP bagi tahun 2022 dan PLC peringkat panitia
• Jawatankuasa Mesyuarat Guru – setiausaha Pn. Nurshazwani Mohd Saad
• Jawatankuasa TS25
11

• Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan (JKPAK)
• Jawatankuasa ICT
• Jawatankuasa Jadual Waktu dan Jadual GANT
• Jawatankuasa Keceriaan Sekolah dan Sekolah Hijau
• Jawatankuasa Inovasi dan Kreativiti

- perlu merancang dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 inovasi. Tanggungjawab yang besar
diberi kepada Pn. Nasibah dan AJKl ain.
• Jawatankuasa Siaraya – Encik Mohd Azhar akan memastikan siaraya sekolah berada dalam
keadaan yang baik apabila diperlukan.
• Jawatankuasa Bilik-bilik Khas – maklumat-maklumat lama perlu ditanggalkan dan dikemas kini
dengan maklumat yang terkini
• Pengumpulan Dokumentasi – dibawah pengawasan Pn. Rohana. Telah ditetapkan setiausaha bagi
setiap program yang akan dilaksanakan

4.11 Sasaran umum kurikulum

Kriteria TOV ETR 2021

SPM 5.04 4.85

- Terdapat 14 subjek elektif yang ditawarkan di peringkat SPM iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik
Tambahan, Prinsip Perakaunan, Perniagaan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Ekonomi, MPV Produksi
Multimedia, Reka Cipta, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Tasawwur Islam.

• Jawatankuasa Kurikulum Sekolah– Setiausaha ialah Pn. Siti Nurin
• Ketua dan Penyelaras Panitia
• Jawatankuasa Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – setiausaha Pn. Nor Rohayu
• Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
• Jawatankuasa Program Kecemerlangan Akademik – di bawah kendalian Pn. Siti Nurin

- Program Kecemerlangan Sekolah juga melibatkan pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Melibatkan mata
pelajaran Sains, Matematik, BM dan Sejarah. Bagi subjek Sains dan Matematik, sekiranya pelajar
tidak menguasai semasa di tingkatan 3, akan bermasalah apabila naik ke tingkatan 4. Rungutan
yang diterima ialah pelajar masih belum menguasai perkara asas Matematik dan Sains.

12

• Program Kecemerlangan Akademik PT3 dan SPM yang disediakan oleh ketua panitia (rujuk Buku
Pengurusan). Program yang disediakan oleh KP ialah :

- Jadual kekerapan latihan merujuk mata pelajaran (mesti memenuhi ketetapan yang telah dibuat)
- takwim panitia – perlu dibincang semasa mesyuarat panitia.

5.0 Ucapan Penolongan Kanan Hal Ehwal Murid

Sasaran Hal Ehwal Murid 2022

5.1 Puan Zarina menyampaikan pesanan agar guru tingkatan mengemas kini maklumat dalam APDM

terutamanya bahagian pendapatan sebelum 19 April bagi mengelakkan keciciran pelajar memohon bantuan.

Berikut merupakan sasaran HEM 2022 :

Bil Kriteria 2021 (%) Sasaran 2022 (%)

1 Purata peratus kehadiran murid ke sekolah 90.0 91.0

2 Peratus murid yang datang lewat ke sekolah 8.0 7.0

3 Peratus murid yang terlibat dalam kes salah 15.0 14.0
laku RINGAN 0.5 0.4
2.0 1.9
4 Peratus murid yang terlibat dalam kes salah
laku SEDERHANA

5 Peratus murid yang terlibat dalam kes salah
laku BERAT

5.2 Sasaran – peratus kehadiran yang ditetapkan oleh tuan pengarah ialah 92%.
- sama-sama kita membantu PK HEM dalam menangani kes salah laku dan semua guru memainkan peranan
untuk mengurangkan kes salah laku dalam kalangan pelajar.

5.3 Berikut merupakan jawatankuasa HEM
• Senarai Jawatankuasa HEM – setiausaha Pn. Khairunniza
• Jawatankuasa Disiplin - setiausaha Pn. Nor Hanizan (ketua disiplin)
• Jawatankuasa Lembaga Pengawas Seolah – setiausaha Pn. Khairunniza
• Jawatankuasa Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
• Jawatankuasa Pengurusan Asrama

13

• Jawatankuasa Sekolah Penyayang / Pembudayaan Adab
• Jawatankuasa Mentor asrama
-dibawah tanggungjawab Pn. Norrasyidah dan Pn. Nur Hasshima
- semua guru adalah guru mentor asarama. Boleh datang untuk membantu anak-anak pelajar dan akan
dipantau oleh guru mata pelajaran.
• Jawatankuasa Rekod Kedatangan (APDM)
• Jawatankuasa Bantuan Murid – melengkapkan maklumat dalam APDM sebelum 19 April bagi

melayakkan mendapat bantuan biasiswa kecil negeri dan biasiswa kecil persekutuan
• Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
• Jawatankuasa Kesihatan, Perubatan dan Laporan Aedes
- Laporan aedes – laporan perlu dihantar setiap bulan ke PPD sama ada diminta atau pun tidak. 1salinan
disimpan oleh pihak sekolah.
- Pn. Nor Hidayu perlu membuat rondaan ke kawasan sekolah dan memastikan tiada peralatan yang
ditakungi air.
• Jawatankuasa Dakwah dan Kepimpinan Islam
• Jawatankuasa Sekolah Selamat – perlu pastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat
• Jawatankuasa Kantin Sekolah
• Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan – akan menyusun program untuk bulan kemerdekaan
• Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah
- Pn. Noor Aida perlu merangka supaya perhimpunan dapat berjalan dengan lancar
- setiausaha perlu bekerja rapat dengan guru bertugas mingguan
• Jawatankuasa Kebajikan Surau
• Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan dan Pencegahan Jenayah
• Jawatankuasa PIBKS Sekolah
• Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
• Jawatankuasa Bencana

5.4 Manual Pengurusan Bilik darjah (guru boleh rujuk Buku Pengurusan)

5.5 Carta Penghantaran Surat Ponteng Sekolah
- Guru tingkatan perlu keluarkan surat amaran bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah mengikut bilangan
hari yang telah ditetapkan. Tidak hadir 3 hari bertutur-turut terus dikeluarkan surat amaran pertama.Surat

14

boleh dihantar secara pos atau dilawati oleh guru bimbingan kaunseling atau pentadbir. PKP turut
menerangkan prosedur penghantaran surat amaran dan perlu diambil tindakan.

5.6 Carta Gant Tahun 2022 ( boleh rujuk buku pengurusan)

5.7 Pn. Nurin memaparkan pelan kelas. Terdapat sedikit perubahan iaitu Blok A akan digunakan untuk
semua kelas tingkatan 5. Kelas-kelas lain berada di kedudukan asal dan label setiap kelas akan ditampal
pada pintu kelas.

5.8 KPI HEM
- SSDM -PK HEM mensasarkan guru-guru merekodkan sahsian murid dalam SSDM

- id PEA2052, password DISPPEA2052
-Jadual kod sahsiah diri murid dipaparkan sebagai rujukan kepada guru dalam membantu memberi markah
kepada murid bermula no.1 – no.8, begitu juga dengan kod salah laku murid.
- kehadiran murid KPI 2022 - 92%
-Penganugerahan HEM akan dianugerahkan pada hujung tahun

5.9 Puan Siti Nurin turut memaparkan senarai guru kelas dan pembantu seperti dalam jadual.

SENARAI GURU KELAS DAN PEMBANTU

BIL KELAS GURU KELAS PEMBANTU GURU KELAS

PENYELARAS TINGKATAN 1: EN HASNOL NIZAM BIN ABDUL RAHMAN

1 1 Al-Biruni Noraini binti Salleh Rafidah binti Abdul Rahim

2 1 Al-Farabi Najmin binti Md Soleh Hasnol Nizam bin Abdul Rahman

3 1 Al-Ghazali Laila Nazneen bin Abd Halid Faezah binti Abdul Rahman

4 1 Al-Hanbali Nurul Nazreen binti Shaharom Jasni bin Md Isa

5 1 Al-Jazari Shahril bin Salleh Nasibah binti Daud

6 1 Al- Zurilawani binti Harun Mohd Shukri bin Abu Hassan
Khwarizmi

PENYELARAS TINGKATAN 2: PN. FAEZAH BINTI ABDUL RAHMAN

7 2 Al-Biruni Nor Rohayu binti Johari Roziah binti Mansor

8 2 Al-Farabi Jamel bin Abdullah Sukeri bin Abdul Hamid

9 2 Al-Ghazali Wan Emy Azura binti Ab Norirwani binti Md Ibrahim
Rahman

10 2 Al-Hanbali Danial bin Lin Siti Nurul Hajar binti Jamaluddin

11 2 Al-Jazari Khairunnisa binti Abdul Hamid Nur Hasshima binti Hamidun

12 2 Al- Mohd Zulyaznie bin Ibrahim Zulkarnain Hassan bin Sidek
Khwarizmi

15

PENYELARAS TINGKATAN 3: HASNIZA BINTI MOHD YUSOF

13 3 Al-Biruni Azizah binti Hamad Nurazliza Zizi binti Safar

14 3 Al-Farabi Hasnah binti Haroon Hasniza Binti Yusof

15 3 Al-Ghazali Hasliza binti Hassan Ros Zaisyaheda binti Muhamad Rosdi

16 3 Al-Hanbali Nor Hidayu binti Zainal Azhar bin Bakar

17 3 Al-Jazari Zarina binti Ramli Norazlina binti Ariffin

18 3 Al- Che Rodziah binti Ab Wahab Mohd Azhar bin Ahmad
Khwarizmi

PENYELARAS TINGKATAN 4: PN HAFIDZOH BINTI ZAINON

19 4 Al-Biruni Nur Salimi binti Abu Bakar Hafidzoh Binti Zainon

20 4 Al-Farabi Khairunniza binti Abdul Hamid Nina Hirnani binti Zinall Abidin

21 4 Al-Ghazali Zuriani binti Omar Siti Nurin Binti Mohd Farid

22 4 Al-Hanbali Rohaizar bin Zakaria Masitah binti Abd Rahman

23 4 Al-Jazari Rozie Asmielim binti Said Yusfizal bin Mat Yusof

24 4 Al- Rosmawati binti Mat Yusop Kasthury a/p Munisamy
Khwarizmi

25 4 Al-Maliki Siti Zahidah binti Salleh Nor Hidayu Binti Zainal

PENYELARAS TINGKATAN 5: PN. NOOR AIDA BINTI YUSOF

26 5 Al-Biruni Zuraini binti Abd Aziz Muhammad Yusri bin Yaakob

27 5 Al-Farabi Khairul Anuar bin Abdul Salam Mariam binti Mohd Hussain

28 5 Al-Ghazali Noor Azeah binti Mansor Nor Fazlina binti Rizwan

29 5 Al-Hanbali Nurshazwani binti Mohd Saad Noor Aida Binti Yusof

30 5 Al-Jazari Nur Faizura binti Faisal Nor Hanizan binti Abdul Halim
Mohamed

31 5 Al- Suhaila binti Khareidin Mohd Zamani bin Ghazali
Khwarizmi

32 5 Al-Maliki Mohtar bin Salleh Nor Fatimah binti Idris

6.0 Ucapan PK Kokurikulum
6.1 PK Kokurikulum mengalu-alukan kehadiran semua guru terutamanya guru-guru baharu

6.2 PK Ko memaklumkan berkaitan Jawatankuasa unit kokurikulum
- Mulai 21 Mac 2022, Pn Siti Zahidah akan memegang jawatan SU Kokurikulum menggantikan Pn.
Nurshazwani dan dibantu oleh En. Zulyaznie (pen. setiausaha). En Azhar sebagai SU Sukan menggantikan
EN. Ahmad Halimi dan dibantu oleh En. Jasni Md Isa.

6.3 Sasaran kokurikulum 2022

16

- sukan sebelum ini tertumpu pada bola baling, kini tertumpu kepada sepak takraw kerana kita PLD dan
mempunyai pakar dalam sepak takraw

Perjumpaan kokurikulum adalah setiap hari Rabu jam 7.30 – 8.30 (sesi pagi ) dan 5.30 – 6.30 (sesi petang)
- Aktiviti kokurikulum boleh dilaksanakan secara bersemuka dan hanya boleh dilaksanakan dalam kawasan
sekolah

-PK Ko amat mengalu-alukan sebarang idea dan cadangan yang membina untuk memastikan aktiviti
kokurikulum berjalan lancar.

6.4 PAJSK bagi tahun 2021
- peratus pencapaian keseluruhan : 100%
GPS kokurikulum : 2.2
Peratus GPS Kokurikulum : 70%
Markah kokurikulum : A = 22 pelajar (2.44%)

B = 680 pelajar (75.47)
C = 199 pelajar (22.09)

-tahniah kepada Pn. Shazwani, Pn. Siti Nurin, penyelaras-penyelaras kokurikulum dan semua guru yang
terlibat dalam memastikan pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum dalam suasana pandemik.
- Harapan pada tahun 2022, SMKDHAS lebih cemerlang dan berdaya saing.

6.5 Jawatan lain akan dibincangkan dalam mesyuarat kokurikulum.
6.6 Guru-guru boleh dapatkan diari pesca di kaunter pejabat pada minggu depan

7.0 Hal-hal lain
-Pn. Norasyidah memaklumkan bahawa taklimat tingkatan 4 akan diadakan pada hari Selasa, 22 Mac 2022
jam 9 – 11 pagi. Pelajar akan diterangkan berkaitan pakej mata pelajaran tingkatan 4. Mohon guru subjek
elektif untuk bersama-sama pada hari tersebut bertempat di Bilik Tayang. Guru yang terlibat dengan kerja
kursus boleh berikan slide jika ingin dikongsi dengan pelajar
- Ujian kepada semua pelajar tingkatan 4 (1 jam) melibatkan subjek Matematik, RBT, Sains dan ASK akan
diadakan pada hari Rabu, 23 Mac. Markah akan dijadikan panduan dalam menetapkan kelas tingkatan 4
mengikut pakej yang telah ditetapkan. Jadual akan diberikan kepada guru tingkatan 4 untuk dikongsi dalam
group kelas.

17

7.1 Encik Zulkarnain
- Jadual waktu – harapan beliau semua guru sudah mendapat jadual guru dan jadual kelas. Waktu bagi
subjek PJPK dirangkumkan sekali untuk tempoh PdPR.
- SPdPR – pelaporan perlu diisi selama 2 minggu dalam sistem
- penandaan kehadiran murid dalam APDM – Pn. Fazlina akan tanda sebagai PdPR.
- Tingkatan 1 - bilangan asal seramai 283 murid. Kini tinggal 211 murid
- 1AF – bilangan 47, (37 kekal, 10 pelajar MRSM)
- Data APDM tingkatan 1 boleh disemak untuk rujukan no telefon waris (tindakan guru tingkatan 1)
- PdPR – Guru subjek boleh wujudkan group subjek sendiri dan share link kepada pelajar untuk sertai.
- Terima kasih kepada penyelaras tingkatan 1 - menyusun pelajar tingkatan 1
- Akan dibentuk 1 jawatankuasa untuk menerima kehadiran murid pada 4 April 2022

7.2 Pengetua memaklumkan lantikan pengerusi kelab, akan disediakan 1 google form untuk pemilihan
pengerusi

- setakat ini tiada makluman terperinci berkaitan SPdPR.
- Fail rekod mengajar, ditulis seperti biasa bermula 21 Mac mengikut jadual PdPR yang telah disediakan
- Pastikan setiap guru ada dalam group DHAS Official dan Warga SMKDHAS
- Semua guru akan hadir pada sesi pagi bermula 21 Mac 2022.
- Guru kelas perlu memastikan kerusi dan meja anak-anak kita mencukupi apabila bermula sesi pesekolahan

secara bersemuka
- SMKDHAS menerima seorang guru praktikal pada 21 Mac hingga Mei 2022.
- Guru yang dikuarantin, perlu menyerahkan semua dokumen kepada Pn Zamzida. Begitu juga dengan MC

dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.
-Anugerah yang ada perlu diisi borang oleh guru untuk memperoleh anugerah-anugerah tertentu.
- Pengetua merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Nurin atas lantikan sebagai GK Teknik dan Vokasional.
Harapan beliau agar dapat bersama dengan jawatankuasa pengurusan sekolah untuk sama-sama
cemerlangkan SMKDHAS
- Pengetua turut menyampaikan makluman daripada guru data - mohon guru-guru bilik khas dan semua
warga sekolah maklumkan status bilik khas sekiranya ada sebarang kerosakan kepada Pn. Nor Azlina
termasuk juga kelas untuk diisi dalam emis online. Sekiranya ternampak perkara yang boleh
membahayakan keselamatan boleh diambil gambar dan dimaklumkan segera.

18

- Bagi menjawab persoalan guru, guru yang mengawas SPM terkecuali dengan PdPR sekiranya bertugas
pada hari berkenaan. Namun, boleh minta pelajar sertai kelas lain atau adakan pada waktu lain sekiranya
perlu.
- Harapan pengetua agar semua guru dapat menjalankan tugas dan khidmat bakti diteruskan untuk sesi 2022
dalam cemerlangkan SMDHAS
Disediakan oleh,
…………………………………..
( NURSHAZWANI MOHD SAAD )
Setiausaha Mesyuarat Guru 2022

19


Click to View FlipBook Version