KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL
Diterbitkan oleh: HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL Jalan Korma, 83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim Terbitan Pertama 2012 ISBN 978-967-11504 Terbitan Khas 2024 Buku: 130 TAHUN HSNI 1894 – 2024 © Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenar mengeluarkan mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL VISI Komited ke arah kecemerlangan perkhidmatan perawatan pesakit. MISI 1.Menyediakan prasarana rawatan yang selamat melalui perkhidmatan kepakaran sejajar dengan teknologi. 2.Perawatan pesakit diberikan oleh anggota yang kompeten. 3.Mengamalkan sikap berintegriti dalam melindungi hak dan maruah pelanggan. 4.Menyampaikan perkhidmatan melalui semangat kerja berpasukan, penyayang dan professional dalam mengutamakan kepuasan pelanggan. 5.Menggunapakai amalan kerja yang bernilai tambah melalui penambahbaikan berterusan kepada pelanggan.
DR. HJ MOHTAR BIN PUNGUT @ HJ. AHMAD Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Johor 5 Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Dalam kelestarian memberi perkhidmatan perawatan kepada pesakit, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) telah melangkah ke satu era yang semakin cemerlang semenjak diwujudkan pada tahun 1894 sehingga kini. Pelbagai pengalaman berharga dalam pengurusan dan perawatan pesakit telah banyak dilalui. Keseluruhan tenaga kerja telah memberikan usaha tanpa mengenal penat lelah dalam memastikan perkhidmatan adalah pada tahap yang terbaik. Penerbitan buku sempena ulang tahun 130 HSNI ini diharap dapat dijadikan panduan dan kenangan di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada sidang pengarang atas penerbitan buku ini. Melalui buku ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota HSNI yang telah memberikan usaha terbaik dalam menjalankan tugas. Semoga segala usaha diberikan ganjaran sebaik-baiknya. Semoga HSNI terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Daerah Batu Pahat khususnya dan Negeri Johor amnya.
6 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya diberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjayakan Penerbitan Edisi Khas Buku 130 Tahun HSNI (1894 – 2024). Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat (HSNI) merupakan jendela maklumat yang menyimpan seribu satu sejarah yang tersendiri dalam memasyarakatkan kesejahteraan kesihatan. Penyampaian perkhidmatan kepada segenap umur dan lapisan masyarakat dalam bingkai waktu yang tiada penghujung. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja HSNI Batu Pahat yang tidak pernah lelah menyumbang bakti dalam perkhidmatan perubatan kepada semua lapisan masyarakat dan kesihatan seawal penubuhan HSNI Batu Pahat selama 130 tahun sehingga kini. Semoga wadah kandungan buku ini yang sarat dengan gambar yang menarik dapat mengimbas kembali nostalgia dan kecemerlangan dalam perkhidmatan HSNI Batu Pahat. DR. KHURSIAH BINTI DAUD Pengarah Hospital Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat 6
Hospital Batu Pahat pada mulanya telah ditempatkan di sebuah bangunan di kawasan Simpang Rantai ketika Bandar Penggaram dibuka pada tahun 1894 yang dikenali sebagai Rumah Sakit Batu Pahat. Hospital ini telah memberikan perkhidmatan ditempat tersebut sehingga tahun 1914 apabila ianya dipindahkan ke tempat baru yang lebih selesa di Jalan Kluang dan dikenali sebagai Hospital Batu Pahat. Ianya meliputi kawasan seluas 15 ekar dan mengalami beberapa pengubahsuaian. Ia telah mengalami pembesaran dari segi rekabentuk struktur bangunannya dan pertambahan saiz anggota perkhidmatannya seiring dengan kepesatan pembangunan Daerah Batu Pahat. Tahun 1894 - 1904 11
Tahun 1914 Bangunan ini menempatkan Pejabat Unit Pentadbiran Am, Jabatan X-Ray, Dewan Bedah dan Makmal Kaji Penyakit. Tahun 1905 – 1915 12
. Tahun 1916-1926 Tahun 1921 Bangunan JKR 108 dibina bagi menempatkan Wad Perbidanan dan Sakit Puan kelas tiga. Tahun 1926 Bangunan JKR 158 ini menempatkan Wad Perubatan Perempuan. Tahun 1925 Bangunan JKR 95 menempatkan bilik kurungan bagi pesakit jiwa. 13
. Tahun 1927-1937 Tahun 1928 Bangunan ini dibina bagi menempatkan Wad Bersalin, Bilik Bersalin dan Bilik Bayi. Tahun 1937 Bangunan JKR 85 dibina bagi menempatkan stor alat tulis, Pejabat Pentadbiran. Pada mulanya dibina sebagai kuarter untuk Penolong Pegawai Perubatan. 14
. . Tahun 1938-1948 Tahun 1939 Bangunan JKR 832 ini pada asalnya dibangunkan bagi menempatkan dispensari. Oleh kerana ruang agak sempit ia telah dijadikan bilik perpustakaan. 15
Tahun 1949-1959 Tahun 1952 Bangunan JKR 604 dibina bagi menempatkan Wad Bersalin Kelas Dua yang mempunyai 8 buah katil. Tahun 1952 Bangunan JKR 607 ini menempatkan Wad batuk kering (Perempuan) dan mengandungi 18 buah katil. 16
. Tahun 1962 Bangunan JKR 873 dibina bagi menempatkan Jabatan Pesakit Luar. Tahun 1965 Bangunan JKR 1002 dibina bagi menempatkan pesakit kelas dua (Lelaki dan Perempuan) dan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Tahun 1970 Bangunan diubahsuai bagi menempatkan Wad Kanak – kanak. Tahun 1960-1970 17
. Tahun 1973 Bangunan ini telah buat pengubahsuaian bagi menempatkan unit – unit Pejabat Pentadbiran Am, Jabatan X- ray, Dewan Bedah dan Makmal Kaji Penyakit. Tahun 1974 Bangunan ini diubahsuai dan dibesarkan bagi menampung kadar kelahiran yang kian meningkat. . Tahun 1980 Bangunan telah diubahsuai untuk dijadikan wad 8 (kelas dua lelaki). Tahun 1971-1981 18
Tahun 1990 Upacara pecah tanah bangunan baru Hospital Batu Pahat yang berkonsepkan Nukleus di Jalan Korma yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri pada 14 Ogos 1990. Tahun 1991 Kerja – kerja meratakan tanah telah dimulakan pada tahun 1 Januari 1991. Tahun 1982-1992 19
Tahun 1993 Keseluruhan kerja – kerja landskap dan Infrastruktur telah disiapkan dalam bulan Disember 1993 termasuk bangunan kuarters kelas “G”. Tahun 1994 Kerja pembinaan bangunan baru di Jalan Korma telah siap sepenuhnya dalam masa 54 bulan. Tahun 1993-2003 20
12 Februari 1994 Perpindahan ke lokasi baru Hospital Batu Pahat di Jalan Korma. 21
Tahun 2008 Kerja – kerja pembangunan dilaksanakan secara berperingkat. Tahun 2004-2014 Tahun 2007 Upacara pecah tanah untuk projek naik taraf hospital serentak dengan majlis perasmian Hospital Batu Pahat oleh YB Menteri Kesihatan. 22
. . 30 Mei 2012 Majlis Penyerahan Blok Baru Dari Pihak JKR (Selaku Agensi Pelaksana) Dan Kontraktor Kepada KKM. Perpindahan Ke Blok Baru Secara Berperingkat. 23
10 Oktober 2012 Majlis Perasmian dan Pengisytiharan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. 24
10 Oktober 2012 “Mulai Dari Tarikh Ini Masyhurlah Hospital Ini Dengan Nama Hospital Sultanah Nora Ismail”
Tahun 2013 Tahun 2013 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. Tahun 2013 Lawatan Ke Last Lodge, Istana Bukit Serene. 26
Tahun 2014 Program Hospital Rakan Bayi Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. 27
Tahun 2015 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. Tahun 2015 Majlis Perasmian Pengurniaan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Pesakit Hospital Kerajaan Dan Penghuni Rumah Kebajikan Peringkat Negeri Johor. 30
Tahun 2016 Karnival Katarak Peringkat Negeri Johor. 31 Tahun 2016 Sambutan Hari Kejururawatan Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail.
Tahun 2017 Program Pesta Pantun Dan Zapin Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. 32
Tahun 2018 April 2018 Telah Berlangsung Majlis Serahan Sumbangan Dana Bagi Pembinaan Pusat Hemodialisis Hospital Sultanah Nora Ismail Oleh Pihak YAB Perdana Menteri Malaysia. Sumbangan Oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). 33
21 Oktober 2021 Telah Berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Prasarana Pusat Hemodialisis Hospital Sultanah Nora Ismail. .34
Tahun 2019 Bermulanya Pandemik COVID-19. 16 Mac 2020 “Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mulai 18 Mac 2020 dilaksanakan di seluruh Malaysia berikutan penularan wabak COVID-19’’… - Perdana Menteri Malaysia - Sumber : Radio Televisyen Malaysia Perdana Menteri Malaysia 35
Tahun 2020 Hospital Hybrid Covid pertama di Malaysia. 36
Tahun 2021 Pembukaan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Tanjung Laboh, Batu Pahat. 37
Tahun 2021 Penerimaan Vaksin COVID-19 pertama. 38
Tahun 2021 Program Imunisasi Covid-19 Kanak – Kanak (Pickids). 39
Tahun 2022 Penutupan PKRC Tanjung Labuh, Batu Pahat. 40
Tahun 2022 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Budaya Korporat. Tahun 2022 Penerbitan Buku Pengurusan Tatatertib Pertama HSNI Bertajuk Ada Jalan. 41
Tahun 2022 Program Fertigasi dan Hidroponik di Laman Edible HSNI. 42 Tahun 2022 Penjurian Bangunan Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat.
Tahun 2022 Majlis Perasmian Bangunan Unit Hemodialisis Hospital Sultanah Nora Ismail. 43
Tahun 2022 Program Pengukuhan Jalinan Mesra Hospital Kluster Johor Barat Hospital Sultanah Nora Ismail & Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Tahun 2022 Penjurian Pertandingan Keceriaan, Kebersihan, Keindahan Landskap Peringkat JKNJ Ke HSNI. 44
Tahun 2022 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. Tahun 2022 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Batu Pahat. 45
49 Tahun 2022 Majlis Penganugerahan Sijil Energy Managemenat Gold Standard (AEMAS). 46 Tahun 2022 Program HSNI Fun Ride.
Tahun 2022 Program International Day of Radiology Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. 47 Tahun 2022 Program Hand Hygiene Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail.
Tahun 2022 Rakaman Persada Jurnal Hospital Mesra Ibadah Di TV1 RTM. 48
Tahun 2022 Program Flag Off Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Hospital Sultanah Nora Ismail. 49