MPU23012-PENGAJIAN ISLAM TOPIK : JELASKAN TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KELUARGA DAN IBU BAPA YANG TELAH BERUSIA KELAS : DPR2D NAMA PENSYARAH : PUAN NAJIAH BINTI MOHD KHOLID
AHLI KUMPULAN NUR FATIN NABILA BINTI AHMAD FITRI (03DPR23F1131) AINA SHAHIRAH BINTI ABDUL SHUKUR (03DPR23F1003) NURAIN SYAFIQAH BINTI ZAKRI (03DPR23F1022) UMAIRAH AISYAH BINTI AHMAD KHAIRUDDIN (03DPR23F1001)
PENDAHULUAN 1 DALIL 2 MAKSUD TANGGUNGJAWAB, ANAK, KELUARGA DAN IBU BAPA 3-5 TANGGUNGJAWAB ANAK SEMASA IBU BAPA HIDUP 6 BAKTI YANG BOLEH DILAKUKAN SETIAP ANAK TERHADAP IBU BAPA MEREKA 7-12 TANGGUNGJAWAB SETELAH IBU BAPA MENINGGAL 13-15 PUNCA PENGABAIAN ANAK TERHADAP IBU BAPA 16-19 KESAN PENGABAIAN ANAK TERHADAP IBU BAPA 20-23 LANGKAH MENGATASI ISU PENGABAIAN IBU BAPA 24-27 KESIMPULAN 28 RUJUKAN 29 SENARAI KANDUNGAN
Seorang anak yang soleh dan solehah bertanggungjawab tidak akan mengabaikan kebajikan kepada kedua ibu bapanya. Jika si anak mengorbankan seluruh harta dan tenaganya untuk membalas jasa yang telah diberikan oleh kedua ibu bapanya ke atas dirinya, nescaya dia tidak akan mampu membalasnya. PENDAHULUAN
DALIL Firman Allah SWT bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” [Al-Israk:23]
MAKSUD TANGGUNGJAWAB Kewajiban yang dipikul oleh seseorang ; segala yang wajib ditanggung. MAKSUD ANAK Baka yang diturunkan oleh ibu bapa.
MAKSUD KELUARGA Keluarga asas: Terdiri daripada bapa, ibu dan anak. Satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
MAKSUD IBU BAPA Orang tua (yakni emak dan ayah) ; keibubapaan (sifat, hal dan sebagainya) yang berkaitan dengan ibu bapa.
Seorang anak yang soleh dan solehah bertanggungjawab tidak akan mengabaikan kebajikan kepada kedua ibu bapanya. Jika si anak mengorbankan seluruh harta dan tenaganya untuk membalas jasa yang telah diberikan oleh kedua ibu bapanya ke atas dirinya nes caya dia tidak akan mampu membalasnya. Hadis Nabi SAW ْيِه" اَل َرُسوُل ِهَّللا َصىَّل ُهَّللا َع َل اَل َق ِبي ُه َرْي َر َة َق َعْن َأ وًك ا ُل ْن َيِجَدُه َمْم ِإاَّل َأ َم اَل َيْج ِزي َو َلٌد َوا ِلًدا َّل َوَس ُيْعِتَقُه َيْشَت ِر َيُه َف " َف Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak akan mampu untuk membalas kebaikan orang tuanya, kecuali ia mendapatinya dalam keadaan hamba, lalu ia membeli dan memerdekakannya.” TANGGUNGJAWAB ANAK SEMASA IBU BAPA HIDUP
BAKTI YANG BOLEH DILAKUKAN SETIAP ANAK TERHADAP IBU BAPAMEREKA — K a si h s a y a n g a d a l a h s e b a g a i m e m b a l a s k a si h s a y a n g y a n g s e l a m a i n i t e l a h d i c u r a h k a n i b u b a p a . K a si h s a y a n g i b u d a n b a p a t i d a k p e r n a h p a d a m t e r h a d a p a n a k n y a . J a d i s e h a r u s n y a k a si h s a y a n g i t u d i b a l a s d e n g a n s e b a i k - b a i k n y a . 1.MEMBERI KASIH SAYANG
— Memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas lain. Malah berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim. 2. MEMENUHI HAJAT MEREKA
— Contoh yang dapat kita lakukan dalam memberi perhatian terhadap ibu bapa adalah sentiasa meluangkan masa untuk bersama mereka dengan aktiviti bekeluarga. Sekecil-kecil perkara yang dapat dilakukan sekiranya seorang anak berada jauh daripada ibu bapa adalah dengan menghubungi mereka untuk bertanya khabar. 3. MEMBERI PERHATIAN
— Selagi mana arahan daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan syariat Islam, seharusnya kita melakukan sesuatu yang baik untuk pandangan mereka. Jika kita melakukan yang sebaliknya, ia seperti menderhaka. Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya malah diberikan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. 4 . MELAKUKAN APA YANG MEREKA GEMARI
— Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk sentiasa mendoakan kebaikan ibu bapa kita. Malah amalan mendoakan mereka tidak habis untuk dunia sahaja, tetapi akhirat mereka juga. Antara doa yang lazim kita amalkan adalah sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Isra’ : 24)” 5. MENDOAKAN KEBAIKAN UNTUK IBU BAPA
— Sebagai anak yang punya kudrat yang lebih kuat berbanding ibu bapa, seeloknya hasil daripada usaha pendapatan kita dihulurkan kepada ibu bapa semampunya. Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mampu lagi membanting tulang bagi meraih pendapatan lagi atas faktor lanjut usia. Lagi pula seusia mereka seharusnya tidak lagi terbeban dengan kerja-kerja berat tetapi bersenang lenang dan menikmati ibadat. 6. MENGHULURKAN BANTUAN KEWANGAN
TANGGUNGJAWAB ANAK SETELAH IBU BAPA MENINGGAL Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas R.anhuma : َم، َفَقاَل: َيا َرُسوَل ِهَّللا َّل ْيِه َوَس ُجٌل ِإىَل الَّنِبِّي َصىَّل ُهللا َعَل َجاَء َر اَل: َنَعْم، ِضيِه َعْنَها؟ َق ْق َف َأ َأ ، ٍر ْيَها َصْوُم َشْه ِّمي َماَتْت َوَعَل ُأ ِإَّن ُيْقَضى ْن َحُّق َأ َأ َفَدْيُن ِهَّللا اَل: َق Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]
LANGSAIKAN HUTANG-HUTANG IBU BAPA YANG TELAH PERGI KEPADA MANUSIA SETAKAT YANG MAMPU Sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya melalui firman Allah SWT : ل َّرِّب اْرَحْمُهَما َكَما: ُق ْحَمِة َو ُهَما َجَناَح الُّذِّل ِمَن الَّر َواْخِفْض َل ًرا َياِني َصِغي َّب َر Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibubapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja. Ini berdasarkan kepada umum nas, daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: َيِصْل َرِحَمُه ِرِه، َف ْل َث ُه ِفي َأ َل ْنَسَأ ُي ُه ِفي ِرْزِقِه، َو َسَط َل ُيْب ْن َحَّب َأ َمْن َأ Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]
Masyarakat zaman ini tidak dididik atau diasuh dengan baik oleh ibu bapa mereka. Contohnya, apabila anak melihat kelakuan ibu bapa tidak menghormati orang tua mereka itu sudah pasti anak tersebut akan memahami sesuatu lalu mengambil jalan yang sama juga. 1. PUNCA PENGABAIAN ANAK TERHADAP IBU BAPA
2. Kos kehidupan yang tinggi terutama di bandar telah mendesak segelintir masyarakat untuk membiarkan ibu bapa mereka begitu sahaja. Golongan berpendapatan rendah semestinya akan mengalami masalah kewangan kerana kos hidup yang terlalu tinggi untuk menyara keluarga sendiri apatah lagi menyara ibu bapa.
3. Sikap golongan muda ini yang terlalu taksub dengan dunia kebendaan dan mementingkan diri. Bagi golongan muda, mengejar kekayaan, kemewahan dan kesenangan adalah segala-galanya, sama ada kebajikan ibu bapa mereka terbela atau tidak, bukan persoalan yang perlu difikirkan serta diambil tindakan yang sewajarnya.
4. Sikap ibu bapa yang terlalu bergantung harap kepada anak. Sikap bergantung harap ini mudah mencetuskan pergaduhan sesama anak sehingga hubungan ibu bapa dengan anak akan terjejas pada masa akan datang.
KESAN PENGABAIAN ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak yang mengabaikan ibu bapa telah menafikan hak dan keperluan ibu bapa yang sepatutnya dilindungi dan dihormati. Nilai kasih sayang dan menghargai jasa mereka yang telah luntur boleh mengakibatkan bukan sahaja menghantar mereka ke pusat jagaan malah melakukan kekejaman terhadap mereka seperti memukul, menendang dan membunuh. Adat resam masyarakat akan tercemar sekiranya warga emas diabaikan. 1.RUNTUH NILAI AGAMA DAN ADAT RESAM
2.PERSEPSI NEGATIF MASYARAKAT Sekiranya anak tidak mempedulikan ibu bapa dan melepaskan tanggungjawab kepada masyarakat dan kerajaan maka ibu bapa akan dipandang sebagai bebanan dan bukan sebagai satu tanggungjawab.
3.BERLAKUNYA TEKANAN EMOSI Ibu bapa yang terabai akan mengalami tekanan emosi kerana mereka diabaikan. Mereka yang mengalami penyakit kronik seperti penyakit strok, kanser dan kecacatan fizikal akan lebih tertekan kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri. Ia boleh menyebabkan ibu bapa mengalami penyakit kemurungan dan rasa ingin bunuh diri.
4.MENCEMARKAN IMEJ NEGARA Jika ramai warga emas hidup melarat dan mengemis di khalayak ramai, imej negara akan terjejas kerana ia melambangkan masyarakat negara kita kurang perasaan prihatin, hormat dan menyayangi orang tua. Malahan, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membantu pengoperasian pusat-pusat jagaan yang menguruskan warga emas.
LANGKAH MENGATASI ISU PENGABAIAN IBU BAPA -Pihak kerajaan perlu menitikberatkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran moral dalam kotak fikiran anak-anak Malaysia sekali gus menyedari mereka bahawa adalah tanggungjawab mereka untuk menjaga ibu bapa. Dengan itu,mereka akan mentaati ibu bapa mereka sebagaimana ibu bapa mereka menyayangi mereka sejak kecil. 1.MENITIKBERATKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ATAU PENDIDIKAN MORAL.
-Maknanya kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat agar segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah. Nasib warga tua akan lebih terbela. Justeru itu,bantuan dari kerajaan dan baitulmal adalah satu-satunya sinar kehidupan mereka. 2.KERAJAAN PERLU MENYEDIAKAN SATU SISTEM PENDAFTARAN PENJAGA SERTA BANTUAN.
3.Mengadakan kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitan warga tua. -Sebagai contoh, kita mengadakan hari ibu dan hari bapa.Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan hari bapa ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak -anak yang tidak mempeduli ibu bapa mereka.
-Anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka.Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna lagi .Sekiranya tiada akta khusus dan kerangka undang-undang yang terbatas bagi melindungi warga tua di negara ini menyebabkan kes penderaan serta pengabaian warga tua sukar dikenal pasti. Jika ada undang-undang khusus yang menyabitkan kesalahan pengabaian warga tua adalah satu jenayah sudah pasti isu pengabaian warga tua di negara kita semakin berkurangan.Hal ini pasti dapat diatasi secara langsung. 4.Mewujudkan undang-undang khusus terhadap pengabaian org tua.
KESIMPULAN Kesimpulan mengenai tanggungjawab anak-anak terhadap keluarga dan ibu bapa warga emas dapat menekankan kepentingan ikatan kekeluargaan, saling menjaga dan menghormati. Ia boleh menekankan bahawa walaupun merupakan kewajipan budaya dan moral untuk kanak-kanak untuk menyokong ibu bapa mereka yang semakin tua, ia juga merupakan hubungan timbal balik di mana ibu bapa telah menjaga anak-anak mereka dan kini memerlukan penjagaan sebagai balasannya. Selain itu, ia boleh menyerlahkan keperluan untuk komunikasi terbuka, empati dan persefahaman untuk mengemudi kerumitan penjagaan dan memastikan kesejahteraan ibu bapa dan anak-anak.
RUJUKAN https://www.scribd.com/document/423974765/PuncaPengabaian-Anak-Terhadap-Ibu-Bapa https://anyflip.com/vycui/hnct/basic https://www.scribd.com/document/408959886/Pengab aian-Warga-Tua-docx https://www.almukhlisin.my/cara-berbakti-kepadaibubapa/ https://id.scribd.com/doc/268603838/10-Bakti-PerluDilakukan-Setiap-Anak-Terhadap-Ibu-Bapa https://www.scribd.com/doc/234753664/PengabaianIbu-Bapa https://utusantv.com/2023/02/25/semasa-ibu-bapahidup-dan-selepas-kematian-ini-tanggungjawabanak-menurut-perspektif-islam/
SEKIAN, TERIMA KASIH!