EDUP3093- FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : PUAN ZAKIRAH IMANA HO BINTI ABDULLAH
AHLI KUMPULAN 2 (11D)
NUR AUNI SYAHIRAH NUR ALYAA NASUHA
NUR AIN BINTI
BINTI AZMAN BINTI MOHD NASIR ABD.KADIR
KOD KURSUS : EDUP3093- FALSAFAH PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
NAMA AHLI KUMPULAN :
1) NUR AUNI SYAHIRAH BINTI AZMAN
2) NUR ALYAA NASUHA BINTI MOHD NASIR
3) NUR AIN BINTI ABD.KADIR
NO KAD PENEGENALAN
1) 030509030948
2) 031021110420
3) 030629110176
NO ANGKA GILIRAN
1) 2021252340351
2)2021252340341
3)2021252340334
TARIKH HANTAR
15 SEPTEMBER 2022
ISI KANDUNGAN 5-6
7-9
PENGENALAN PENYATA RAZAK 1956
10-14
TUJUAN PENYATA RAZAK 1956 15-20
21-24
CADANGAN PENYATA RAZAK 1956
IMPLIKASI PENYATA RAZAK TERHADAP FALSAFAH 25
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
RUMUSAN INDIVIDU
RUJUKAN
PENGENALAN PENYATA
RAZAK 1956
PENGENALAN PENYATA RAZAK 1956
Tun Abdul Razak Hussein telah
menubuhkan Jawatankuasa
Pelajaran yang dikenali sebagai
Penyata Razak 1956. Jawatankuasa
ini bertujuan untuk mengkaji
semula sistem pendidikan dan
berusaha untuk membentuk
perpaduan antara kaum dan
penghasilan tenaga kerja.
TUJUAN PENYATA
RAZAK 1956
Tujuan Penyata Razak 1956
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
mengembangkan sistem pendidikan
Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu
Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi
Tujuan Penyata Razak 1956
Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan
Melahirkan masyarakat yang berdisiplin , bertoleransi dan
progresif
Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun
bangsa di Tanah Melayu.
CADANGAN PENYATA RAZAK
1956
Cadangan Penyata Razak 1956
Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi
semua sekolah rendah dan menengah
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan bahasa Tamil menjadi
bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan
Dasar pelajaran menjadi tanggungjawab Menteri Pelajaran
yang juga bertanggungjawab terhadap pelajaran menengah
dan latihan guru
Pihak berkuasa Pelajaran Tempatan bertanggungjawab
terhadap pelajaran sekolah rendah dan pelajaran
pertukangan.
Cadangan Penyata Razak 1956
Guru diletakkan di bawah satu sistem perkhidmatan
profesional dan latihan yang sama.
Penubuhan Jemaah Nazir Sekolah.
Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah di semua
sekolah.
Penubuhan skim perkhidmatan yang sama bagi
semua guru.
Cadangan Penyata Razak 1956
Dua jenis sekolah, iaitu sekolah rendah dan menengah
persendirian serta sekolah rendah dan menengah yang
menerima bantuan.
Pendidikan rendah terdiri daripada sekolah umum dengan
pengantar bahasa Melayu dan sekolah jenis umum dengan
bahasa pengantar Mandarin, Tamil atau Inggeris.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib
di semua sekolah. Bahasa pengantar dalam bahasa lain
boleh digunakan.
Hanya satu jenis sekolah menengah ditubuhkan dan terbuka
kepada semua bangsa serta menggunakan sukatan pelajaran dan
kurikulum yang sama.
Cadangan Penyata Razak 1956
Calon dari semua sekolah menengah yang ditubuhkan perlu
mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran
Malaysia Persekutuan Tanah Melayu.
Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan dirancang.
Penyusunan semula pelajaran teknik.
Pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.
Semua sekolah diorientasikan supaya bersifat
kemelayuan dan memperkenalkan sukatan pelajaran
serta jadual waktu yang sama bagi semua sekolah
IMPLIKASI PENYATA RAZAK 1956
TERHADAP FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)
Memperkembang potensi individu
Antara Implikasi Penyata Razak 1956 ialah rakyat Malaysia diberi
peluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Bukan itu sahaja, aliran persekolahan juga dipelbagaikan ke aliran
teknik, akademik dan vokasional. Hal ini telah membuka peluang
kepada seluruh pelajar di Malaysia untuk memperkembang potensi
yang ada dalam diri masing-masing sesuai dengan kandungan yang
terdapat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Misalnya, pelajar
yang mempunyai kelebihan dalam memasak boleh menyambung
pengajiannya dalam bidang kulinari di sekolah vokasional. Selain itu,
seseorang itu juga mampu memenuhi keperluan mereka dalam
menjalani kehidupan dengan mempratikkan kemahiran yang ada
dalam diri mereka untuk meneruskan kehidupan.
Melahirkan rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia
Sistem keseragaman sukatan pelajaran dapat membantu guru-
guru dalam menerapkan unsur-unsur jati diri dan nilai
perpaduan secara berpusat kerana semua sekolah di bawah
kerajaan menggunakan silibus yang sama. Melalui
keseragaman Kurikulum Kebangsaan ini, pihak pemimpin dapat
menggunakan pendidikan sekolah sebagai alat kawalan sosial
yang positif dengan menerapkan nilai murni dan
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan
berkesan.
Perkembangan Potensi Secara
Menyeluruh dan Bersepadu
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk mewujudkan
keperibadian ke arah pembentukkan perpaduan kaum di negara
kita. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal dengan
bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berilmu
pengetahuan disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti
semangat patriotik dan sikap saling menghormati. Sekolah rendah
telah mewujudkan subjek sivik dan kewarganegaraan untuk
memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Jelaslah, pendedahan awal melalui subjek sivik dan
kewarganegaraan dapat menyumbang kepada rakyat Malaysia akan
lebih liberal atau bersifat terbuka, termasuk dalam hal-hal berkaitan
dengan agama.
Melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan
Salah satu usaha yang telah disyorkan dalam Penyata Razak
1956 dalam melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan ialah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). DBP berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan
pengajiaan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penubuhan
DBP ini membuka peluang yang lebih luas kepada seluruh
rakyat Malaysia khususnya para pelajar untuk
memperkembang penggunaan Bahasa Melayu dengan tepat
dalam pendidikan mereka. Hal ini jelas membuktikan bahawa
penubuhan DBP mampu menyumbang dalam usaha melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis
Cadangan penyata Razak berkaitan bahasa Melayu menjadi
bahasa Kebangsaan perlu diterima oleh rakyat Malaysia sebagai
tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan
rakyat kerana ia berperanan sebagai bahasa pengantaraan
antara masyarakat kita yang berbilang kaum. Oleh itu, bahasa
Melayu digunakan dalam semua mata pelajaran di sekolah
rendah dan menengah selaras dengan usaha FPK dalam
melahirkan generasi yang dapat menguasai bahasa dengan
mahir dan cekap. Jelaslah bahawa Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.
Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Cadangan berkaitan penggunaan kurikulum serta kokurikulum
yang seragam di setiap sekolah rendah dan menengah dilihat
mampu membantu dalam melahirkan rakyat Malaysia yang
seimbang dan harmoni. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum. Syor yang dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 juga
membenarkan sekolah vernakular diteruskan tetapi hanya
sehingga darjah 6 sahaja. Oleh itu,penggunaan sukatan pelajaran
yang sama di setiap sekolah akan melahirkan individu yang
mempunyai tahap pemikiran yang sama walaupun berada di
sekolah yang berbeza jenis. Selain itu, penggunaan kurikulum
yang sama di setiap sekolah juga mampu untuk mengurangkan
jurang perkauman di negara kita. Hal ini kerana, setiap rakyat di
Malaysia diberikan tahap pendidikan yang sama rata. Oleh itu,
jelas di sini bahawa kurikulum yang seragam di setiap sekolah
mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
RUMUSAN INDIVIDU
RUMUSAN
NUR AUNI SYAHIRAH BINTI AZMAN
Sebagai rumusannya, Penyata Razak 1956 telah menunjukkan
bahawa sistem pendidikan harus dirancang dan dilihat secara
meluas dari segala aspek termasuklah aspek sosioekonomi
masyarakat, budaya, sejarah dan latar belakang masyarakat.
Hal ini bagi memastikan proses pendidikan dapat berlangsung
dengan baik dan berkesan seterusnya dapat melahirkan insan-
insan yang mampu memberi sumbangan kepada negara kita
sesuai dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Sebagai kesimpulannya, cadangan yang dikemukakan
dalam Penyata Razak 1956 sememangnya mempengaruhi
pendidikan masa kini serta memberi banyak kesan kepada
masyarakat yang berbilang kaum di negara kita seperti dapat
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara kita
dengan menggunakan bahasa sebagai alat perpaduan.
RUMUSAN
NUR ALYAA NASUHA BINTI MOHD NASIR
Secara kesimpulannya, Penyata Penyata Razak 1956 ialah
kesinambungan daripada Penyata Fen-Yu (1951) yang menolak
cadangan pendidikan satu aliran yang telah dicadangkan
daripada Laporan Barnes 1950. Oleh hal yang demikian ,
Laporan Penyata Razak 1956 telah memberi impak yang besar
dalam negara dalam merealisasikan FPK iaitu dapat
menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia. Hal demikian
kerana bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan telah menjadi
bahasa pengantar di semua sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Secara tidak langsung dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Negara dan berintegrasi seperti yang
ditekankan dalam Rukun Negara. Di samping itu, sistem
pendidikan juga dapat diperkembang dan melahirkan Insan
yang seimbang dan harmoni.
RUMUSAN
NUR AIN BINTI ABD.KADIR
Melalui Penyata Razak 1956 yang dapat saya rumuskan ialah bahasa
perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang telah ditubuhkan
menampakkan kejayaan bahawa Bahasa melayu yang menjadi bahasa
kebangsaan amatlah wajar bagi sebuah negara yang mempunyai pelbagai
bahasa dan kaum. Sejarah pendidikan negara kita membuktikan bahawa
untuk mencapai matlamat FPK yang kita kecapi hari ini bukanlah sesuatu
perkara yang mudah. Bermula dari zaman penjajahan sehinggalah selepas
negara mencapai kemerdekaannya pelbagai cabaran yang dihadapi oleh
rakyat negara ini. Dalam konteks Malaysia pada hari ini, cabaran globalisasi
dan liberisasi menuntut perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan.
Oleh itu, betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan
negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara serta
usaha dalam melahirkan generasi yang bersatu padu yang menyumbang
kepada keharmonian negara.
RUJUKAN
Ishak Saat .(2009) . Pendidikan negara bangsa Malaysia .Karisma
Faridah Mohd Sopah, Mat Ali Abdul Ghani, Kamisah Buang & Rosli Kayar. (2022).
Falsafah dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Local Publication (M) Sdn Bhd.
Noriati A.Rashid, Lee Kook Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016).
Falsafah dan pendidikan di Malaysia edisi ketiga. Herald Printers Sdn Bhd.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (2003). Pengurusan Pendidikan. UMP
Press.
SEKIAN TERIMA
KASIH