The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO tragedi 13 Mei ( Kumpulan 1) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hernandezlouiskhan, 2021-12-23 21:19:19

E-FOLIO tragedi 13 Mei ( Kumpulan 1) (1)

E-FOLIO tragedi 13 Mei ( Kumpulan 1) (1)

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH

PUAN ZAHRATUN SAKINAH BINTI JAMALUDDIN
PUAN SURYA ADLIZA BINTI ABDUL KADIR

NAMA KELAS NO. PENDAFTARAN
DAT1A 05DAT21F1076
NURNABILA BINTI JAMALI DAT1B 05DAT21F1073

NUR SHAILLAH DAT1A 05DAT21F1054
ADYAWIYAH BINTI DAT1A 05DAT21F1064

ROMIZAN

LOGESWARAN A/L
SURENDRAN

HERNANDEZ LOUIS
ANAK FRANCIS KHAN

ISI KANDUNGAN

UNITS ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 OBJEKTIF 1
2-3
2.0 PENGENALAN TRAGEDI 13 MEI
1969

3.0 LATAR BELAKANG TRAGEDI 13 4-14

MEI 1969 15-18
19-21
4.0 Punca Berlakunya Peristiwa 13
Mei 1969

5.0 KESAN DARIPADA PERISTIWA

13 MEI 1969

6.0 IKTIBAR DARIPADA PEISTIWA 22-23

13 MEI 1969

7.0 KESIMPULAN 24

1.0 OBJEKTIF

I. Untuk mengenal pasti faktor-faktor
rusuhan kaum dan kepentingan kaum
bagi negara yang berbilang kaum seperti
di Malaysia.

II. Mengetahui punca-punca berlakunya
dan mempelajari sejarah peristiwa 13
Mei 1969.

III. Mengenal pasti dasar yang baik yang
perlu dilakukan oleh kerajaan untuk
membentuk perpaduan selepas peristiwa

13 Mei ini berlaku.

IV. Mengenal pasti langkah-langkah yang
perlu diambil oleh semua pihak untuk
mengekalkan perpaduan.

V. Memastikan peristiwa 13 Mei tidak
berlaku lagi di Malaysia.

1

2.0 PENGENALAN

Peristiwa Tragedi 13 Mei merupakan satu
tragedi yang banyak meninggalkan kesan
terhadap ekonomi, politik dan masyarakat di
Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan

‘Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969’ yang menjadi

satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Kesan penduduk Jepun di Tanah Melayu pada
masa itu merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain
itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga

dilihat sebagai punca kepada peristiwa
tersebut.Amalan diskriminasi oleh orang Inggeris

contohnya telah merenggangkan hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut
ekonomi pula, Peristiwa 13 Mei ini banyak
meninggalkan kesan yang negatif terhadap

masyarakat Melayu dan golongan Bumiputera.
Kejadian ini telah menyebabkan kemerosotan
ekonomi Malaysia dan kerajaan telah mengambil
tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap

kaum melayu.

2

Peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis
perkauman yang terbesar di negara ini,
yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu
Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu
memakan korban yang besar iaitu seramai
196 orang mati dan 149 orang cedera.
Dalam melaksanakan tugas untuk
mendamaikan negara semasa berlakunya
peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya
memainkan peranannya dengan berkesan,
bukan sahaja disebabkan oleh
kemampuan dan kecekapan anggota-
anggotanya bertindak tetapi cara tindakan
mereka yang tidak berat sebelah, adil dan
saksama. Pasukan polis menerusi
Cawangan Khas terus bertindak dengan
lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-
isu yang sensitif yang boleh mencetuskan
penentangan dan pergaduhan antara
kaum.

3

3.0 LATAR BELAKANG

▪ Semasa Kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
Pilihan Raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada Parti Pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal sensitif yang berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

▪ Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami
kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.

▪ Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi

▪ Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti 4
Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi
dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi.

▪ Pihak pembangkang yang memperoleh
pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka dengan berarak
pada 11 Mei 1969.

▪ Perarakan tersebut sebenarnya untuk
menimbulkan isu perkauman dan terdapat
segelintir pengikut telah mengeluarkan slogan
bersifat sensitif berkenaan isu perkauman
semasa mengadakan perarakan di jalan raya
sekitar bandaraya Kuala Lumpur

▪ Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei dengan
permit polis dan laluan yang telah ditetapkan.

▪ Perarakan telah melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, dikatakan sebagai
simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala
Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan (Logo
Perikatan)

5

KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN

● Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman

keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969.

● Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan dimana
majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor.

● Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak
bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor
yang menyaksikan 50:50 di Selangor.

● Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

● Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale

dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di

Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu

yang menjadi kubu UMNO ketika itu berasa terancam

dengan kemenangan pihak pembangkang. 6

● Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak
dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.

● Ada pendapat yang mengatakan bahawa penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.

● Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai
konotasi yang amat negatif (sial).

● Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari
atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

7

PERARAKAN KEMATIAN
CINA

➢ Di Jinjang Kepong, kematian seorang Cina akibat
sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran
polis.

➢ Namun perarakan kematian tersebut bertukar
menjadi perarakan kemenangan pilihan raya
dengan menghina orang Melayu.

➢ Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku
Presiden Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan
kebiadapan terhadap orang Melayu semasa
perarakan tersebut.

10 8

RUMAH MENTERI BESAR DI
SELANGOR

❖ UMNO telah mengadakan perarakan balas
pada pagi 13 Mei kerana perasaan emosi
dan kurangnya kawalan dari kedua-dua
pihak.

❖ Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri
Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul
Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan
Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu cuba untuk mengawal
keadaan.

❖ Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah 9
membawa senjata seperti pedang dan
parang panjang dan menunggu isyarat lampu
hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

❖ Orang Melayu bercerita tentang kebiadapan
orang Cina malah berpendapat bahawa kaum
Cina dari Parti MCA juga turut bersatu padu
dengan kaum Cina dari Gerakan dan DAP
untuk menghina dan menghapuskan orang-
orang Melayu.

❖ Jam 3.00 petang, datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya
2 km dari rumah Menteri Besar Selangor iaitu
pemuda-pemuda dari PKM dan samseng Cina
telah bertindak ganas dan membunuh orang-
orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.

❖ Rupa-rupanya orang Cina dan samseng Cina
ini juga lengkap dengan pelbagai senjata
seperti besi, tombak dan lembing berparang
di hujung.

❖ Rusuhan besar telah terjadi dan perintah
darurat dikeluarkan agar semua orang tidak
boleh keluar dari rumah dan pasukan polis
dan tentera dari Rejimen Renjer dikerahkan
untuk menjaga keselamatan di sekitar Kuala
Lumpur.

10

REGIMEN RENJER

o Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan
askar dari Regimen Renjer ambil alih.

o Malangnya pasukan ini dari Melayu, Iban, Cina, India
dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu
dan menyebabkan orang Melayu semakin tercabar.

o Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina dan
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru telah mengamuk kerana merasakan
diri mereka telah terkepung antara orang Cina dan
Regimen Renjer.

ASKAR MELAYU

o Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan
digantikan dengan Askar Melayu.

o Pentadbiran diambil oleh Askar Melayu.

o Malangnya beberapa askar Melayu telah masuk 11
ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta
benda di sana.

PANGGUNG ODEON

o Orang Melayu di Panggung Odeon ramai yang
mati termasuklah dua askar Melayu, dan
seorang polis bernama Rahim yang turut
menonton wayang di panggung itu telah
terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup sehingga kini.

o Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari
Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut
terperangkap dan terkejut dengan rusuhan
kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei
itu.

o Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari
Sungai Manik dan tentera Selempang Merah
dari Muar dan Batu Pahat hendak datang ke
Kampung Baru tetapi disekat oleh pihak polis.

o Namun rusuhan kaum tidak terjadi di
Kelantan,Terengganu dan Pahang.Di
Perak,Kedah, Pulau Pinang, Johor, Negeri
Sembilan serta Perlis juga tidak ada sebarang
pergaduhan. Cuma ada sedikit di Melaka dan
di Betong ada tembakan oleh PKM.

12

ANGKA KORBAN

❖ Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,
39 hilang dan 9143 ditahan serta 211
kenderaan musnah.

❖ Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati
terbunuh

DI MANA TUNKU

• Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru
pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di
sana.

• Pada jam 6.45 petang, Encik Mansor selaku Ketua Polis
Trafik Kuala Lumpur, memaklumkan tentang kejadian
pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

• Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain
macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.

• Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai
punca Tragedi 13 Mei. Tetapi bagi orang Melayu, Dato'
Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika itu.

13

MAGERAN

❑ Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh
negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul
Razak.

❑ Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia.

❑ Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.Buku Malay
Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan.Ada pendapat yang
mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedi
berdarah 13 Mei 1969.

❑ Selepas tragedi tersebut, Dr Mahathir dengan lantangnya telah
memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

❑ Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah
diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah menubuhkan
beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.

❑ Ternyata Langkah Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura
dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah
perkauman.Sebenarnya Peristiwa 13 Mei ini merupakan kemuncak
kemarahan lama orang melayu kerana mereka miskin di tanah air
mereka sendiri.

❑ Tahun 1969 Pilihan raya diadakan semula dan memberi
kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memeruntah.

14

4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKU

PERISTIWA 13 MEI 1969

❖ Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun.
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah
Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang
pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan
antara orang melayu dan cina.

❖ Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yang mewujudkan jurang
antara kaum dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandr berniaga, orang-
orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan
kecil manakala orang India kebanyakannya sebagai buruh kasar
kerajaan dan bekerja di ladang. Keadaaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah
menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

15

❖ Latar belakang pendidikan
Latar belakang pendidikan yang berbeza
juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13
Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu
sebelum merdeka terbahagi kepada empat
aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu,
Cina, India dan Inggeris.

16

❖Penyertaan parti baharu

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan
Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya . Walaupun
sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang
tidak akan menyertai pilihan raya
itu.Namun apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang. Bagaimanapun
setelah Tunku membuat perisytiharan
bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, maka
PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan
telah menukar corak kempennya dengan
menyerang UMNO dan orang-orang
Melayu. Mereka mula membangkitkan
kedudukan istimewa orang Melayu, soal
bahasa, malahan taraf bumiputera orang-
orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-
orang Melayu.

17

❖ Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang
Melayu.

PAP telah menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa
orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah paling rendah
berbanding dengan kaum Cina. Isu bahasa juga
telah menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13
Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan
telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi
negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan
akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan Bahasa Melayu
diiktirafkan sebagai Bahasa Rasmi.

18

5.0 KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Kesan politik zaman Inggeris ini telah
menyebabkan sistem masyarakat Negara ini
yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah
pemerintahan raja dan sultan telah mengalami
satu perubahan yang drastik. Kuasa raja serta
sultan Melayu telah dihadkan dan hanya
menjadi lambang kepada sesebuah negeri
atau negara. Kemudian penjajah Inggeris telah
menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti
pula dengan sistem penasihat British di
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Dengan adanya sistem yang berbeza antara
negeri, pemerintah percaya bahawa setiap
negeri tidak akan bersatu untuk menentang
mereka kerana tiada persefahaman. Inilah
antara kesan yang telah terpendam lama
dalam diri masyarakat hingga tercetusnya
peristiwa hitam 13 Mei.

19

Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
telah mengakibatkan perubahan dalam sistem
ekonomi tradisional yang sekian lama diamalkan di
Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang
dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan
sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan
penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan
disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar
ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem
ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan
semata-mata.

20

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British
secara langsung telah mengasingkan kaum-
kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-
orang Cina, India dan Melayu mengikut
kegiatan ekonomi masing-masing dimana
masyarakat telah dikelaskan berdasarkan
pekerjaan dan penempatan mereka. Perkara
ini telah menyebabkan masyarakat tidak dapat
mempelajari untuk memahami antara satu
sama lain. Mereka juga tidak dapat
berinteraksi dengan baik dan menyebabkan
kesukaran untuk mewujudkan perpaduan
kaum. Perkara ini telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati antara kaum sehingga
mencetuskan konflik seperti Peristiwa 13 Mei.
Selain itu, Pendidikan di negara Malaysia tidak
disukai oleh sesetengah individu.Hal ini
menyebabkan banyak suara yang inginkan
keadilan daripada kerajaan supaya
menyamaratakan sistem.Ramai antara mereka
yang tidak berspendapat dan ada di antara
kalangan anak-anak mereka yang tidak
bernasib baik tidak mendapat pendidikan
kerana masalah pertelingkahan ini.

21

6.0 IKTIBAR DAN PENGHAYATAN YANG PERLU DIAMBIL

1. Kehilangan nyawa dan harta benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak
menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya
perbalahan antara kaum Melayu , India dan Cina dan
mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar
malah yang paling malang ialah nyawa yang
terkorban, kejadian seperti ini meninggalkan kesan
dan pengajaran yang pahit dan getir kepada
saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Keuntungan kepada musuh-musuh negara

Peristiwa ini telah menguntungkan pihak musuh-
musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan
dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin
menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan
negara.

22

3. Perpaduan Nasional

Kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara
masyarakat untuk dijadikan panduan dan pegangan
masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan
hidup secara aman dan sentiasa bersifat bersangka
baik antara satu sama lain .Kesedaran penting di
kalangan rakyat bahawa sikap hormat menghormati,
bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat
yang keji seperti dengki , iri hati dan menanam sifat
curiga di antara kaum sangat penting.

4. Keadilan ekonomi

Menunjukkan bahawa matlamat perpaduan
masyarakat sukar dicapai jika masyarakat
Malaysia dalam kemiskinan dan menjadi lebih
sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk
itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan
ekonomi dan demografi penduduk Malaysia
menunjukan bahawa majoriti penduduk
Bumiputera tinggal di luar bandar kebanyakan
adalah berpendapatan rendah dan miskin.

23

7.0 KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan antara kaum dan turut mencetuskan
satu titik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana

telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda.Dapat kita lihat
pada hari bahawa sesetengah masyarakat saling
tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah
wujudnya perbalahan yang melibatkan kaum.Negara
kita sepatutnya menetapkan Tarikh 13 Mei sebagai

hari penting dalam calendar agar masyarakat
mengingatinya dengan harapan mereka tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh tejadi seperti

peristiwa hitam tersebut. Peristiwa 13 Mei
merupakan pengajaran yang boleh kita pelajari. Kita

seharusnya bangga dengan apa yang telah kita
capai. Dengan semangat perpaduan dan

keharmonian serta kerjasama dan rasa musibah,
maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk
mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada
tolok bandingnya. Oleh itu, amatlah penting bagi
kita semua untuk cuba sedaya-upaya untuk hidup
bersama-sama dan cuba memahami antara satu
sama lain dengan hormat menghormati agar kita

terus memelihara keharmonian dan keamanan
negara.

24

RUJUKAN

1. PENGENALAN
http://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogs
pot.com/

2. KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969
PENGAJIAN MALAYSIA: Kesan Peristiwa 13

Mei 1969 (poovarasidns.blogspot.com)

3. PUNCA-PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13mei: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
PERISTIWA 13 MEI 1969
(pengajianmalaysia9798.blogspot.com)

4. LATAR BELAKANG

Peristiwa 13mei: LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI
(pengajianmalaysia9798.blogspot.com)

5. KESIMPULAN
http://my13mei.blogspot.com/p/kesimpulan.h

tml


Click to View FlipBook Version