'Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak'
PAMERAN BERTEMA ANJURAN PSS SMKBK
JOM KITA BELAJAR DAN MENDALAMI ILMU BERKENAAN PERAYAAN HARI GAWAI
Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial. ASAL USUL HARI GAWAI
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum peribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. ASAL USUL HARI GAWAI
Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran sejak 25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.
bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar. Persediaan menyambut Gawai Dayak bermula apabila tibanya bulan Mei dengan proses penapaian “tuak” iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa kira-kira sebulan. Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan. BILA BERMULA
Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotongroyong untuk pembersihan dan perhiasan rumah panjang atau kampung boleh diadakan seperti mengecat atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Rumah panjang dibina mengikuti peraturan-peraturan tertentu supaya ia digunakan sebagai tempat kediaman dan juga tempat beribadat. Selepas itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang yang telah meninggal seperti nenakmoyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat. Bagaimana Perayaan Hari Gawai disambut?
Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengatur acara sambutan gawai pada 31 Mei dan 1 Jun. Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok “ranyai” , bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan nyanyian puisi rakyat. Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil “begeliga” . Sorotan Hari Gawai 2022
Orang-orang memakai Nigepan, pakaian tradisional, semasa ketibaan para tetamu. Pakaian lelaki itu adalah kain renda, mantel kulit binatang, gelang perak dan gelang kaki, bulu burung enggang dan merak, pedang, dan tombak. Wanita memakai kain tenunan tangan di pinggang, korset cincin tembaga di bahagian atas badan, tali pinggang perak, rantai manik tenunan, sisir tinggi yang dihiasi, gelang kaki, gelang tangan, dan dompet buah orb. Pakaian Tradisional
Pakaian Tradisional
Pakaian Tradisional
Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang juga akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil “pua kumbu” pula digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Kraftangan yang lain seperti bakul dan topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik.
Apabila tibanya pagi 31 Mei, orang ramai akan turun mencari makanan di hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari sebagai lauk-pauk sebelum gawai. Nasi pulut “pansoh” (lemang) akan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperoleh jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut ini dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dalam kalangan komuniti itu yang menjamahnya.Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang.
HINAVA Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak yang disajikan semasa Hari Gawai. ASAL-USUL Diperkenalkan oleh pelayar dari China kepada masyarakat Iban di Sarawak. Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu, udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong menjadi kecil. PANTANG LARANG Kebersihan dan kesegaran amatlah dititikberatkan.Ikan,udang atau sotong haruslah yang segardan terus dimasak.
CAKAR AYAM MAKANAN YANG PASTI ADA SETIAP KALI PERAYAAN
AIR TUAK
"Di Sarawak, kami ada lebih 30 kumpulan etnik. Majoriti daripada mereka ini meraikan pesta menuai, " katanya pada Ahad. Berikut antara ucapan Hari Gawai yang dikongsikan Madeline mengikut etnik pribumi di Sarawak: Iban - 'Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak' Bidayuh - 'Silamat Andu Gawai Dayak' Kayan - 'Selamat Dau Gawai Dayak' Kenyah - 'Selamat Tau Gawai Dayak' Kelabit - 'Doo Adto Irau Dayak' Berawan - 'Selamat Enchiew Gawai Dayak' Saban - 'Selamat Siew Gawai Dayak' Lun Bawang - ' Do Aco Irau Dayak' Bisaya - 'Selamat Nyambut Adau Gawai Dayak" Melanau - 'Selamat Lau Gawai Dayak' Penan - 'Jian Dau Gawai Dayak'
SELAMAT HARI GAWAI DARI UNI T P S S SMKBK 202 2