FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR
KOD KURSUS : HBEF2803
TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
SEMESTER : SEPTEMBER 2012
NAMA :IBRAHIM BIN DRAHMAN
NO MATRIK :73062013530701
NO KAD PENGENALAN : 730620135307
NO. TELEFON : 0194841775
EMAIL : [email protected]
SEMESTER
SEPTEMBER 2012
SENARAI HALAMAN
KANDUNGAN Muka Surat
1.0 Pengenalan ………………………………………………… 3
4-5
2.0 Latar Belakan Hari Gawai Dayak ………………………… 5-7
7-9
3.0 Upacara Khusus Dalam Perayaan ………………………… 9-12
13-15
4.0 Persediaan sebelum Menyambut Perayaan ………… 16
17
5.0 Pakaian Tradisonal Kaum Iban …………………………
6.0 Makanan Dan Minuman Tradisonal Kaum Iban ...............
7.0 Kesimpulan ...........................................................................
8.0 Rujukan ...........................................................................
2
1.0 PENGENALAN
Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka
mendiami daerah dan bahagian di negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat hinggalah
ke Limbang di timur laut pulau Borneo, namun kepadatan kaum Iban adalah di bahagian
Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Amalan cara hidup
kaum Iban adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang dan berteraskan
perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan
masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebangai pegangan, tetapi dalam
masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang
menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Perayaan utama yang disambut oleh kaum Iban
setiap tahun adalah Hari Gawai Dayak. Selain daripada Hari Gawai Dayak, Kaum Iban di
Sarawak turut menyambut beberapa jenis hari gawai iaitu :-
i. Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang
tidak baik)
ii. Gawai Batu (permulaan musim menanam padi)
iii. Gawai Kenyalang
iv. Gawai Mangkung Tiang
v. Gawai Manang
vi. Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).
vii. Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai)
3
2.0 LATAR BELAKANG PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK
Perayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaun Dayak di Sarawak untuk meraikan
tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun. Sejarah
perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum dikelolakan di sebuah stesen
radio pada tahun 1957 bagi membincangkan kepentingan mewujudkan suatu perayaan
bagi suku kaum Dayak di Sarawak. Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan
mengiktiraf perayaan tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri
Sarawak pada 25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa
pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa tersebut. “Hari
Gawia” dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1 Jun 1965 oleh Dayak
Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan
harapan kaum Dayak di Sarawak.
Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamaan bagi
suku kaum Dayak yang terdiri daripada tiga suku kaum utama termasuklah Iban, Bidayuh
dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara' pada setiap kali selepas
musim menuai dan sebelum memulakan penanaman padi untuk musim seterusnya.
Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan
‘semangat’ padi sentiasa dan terus dihormati. Selain itu ,tujuan perayaan ialah tandanya
bermula tahun baru bagi kaum dayak yang bererti tamatnya musim menuai dan tidak
lama lagi akan bermula pula musim menanam padi yang baharu .
Dengan itu , sejarah atau asal-usul hari perayaan hari gawai ialah upacara yang
ada kaitannya dengan kepercayaan kepada Dewa-Dewa dan semangat-semangat seperti
Dewa-Dewa Sempulang Gana dan Dewa Aki Lang Senggalang Burung .
Namun terdapat juga mitos mengenai bagaimana perayaan ini bermula. Mengikut
mitos, cerita perayaan Gawai bermula apabila sepasang suami isteri zaman dulu,
bermimpi diarahkan mencincang bayi mereka. Ketika itu, manusia di bumi dikatakan
menghadapi masalah kehabisan sumber makanan.
4
Dijadikan cerita, si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban
bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban. Akibat terdesak dengan masalah
kekurangan sumber makanan untuk hidup, pasangan suami isteri itu akhirnya menurut
perintah dewa lalu menabur isi bayi mereka ke tanah.
Cerita lain yang disampaikan penduduk tempatan ialah kisah dewa dan dewi
kepercayaan Iban yang dikenali Keling dan Kumang dari kayangan, turun mengajar
manusia menanam padi. Selain itu, manusia juga dikatakan diajar membuat minuman
tradisi daripada beras iaitu tuak.
3.0 UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN
Pada malam menjelang Gawai, penduduk akan berkumpul di ruai (serambi) ketua
rumah panjang dan membawa juadah masing-masing menunggu sementara menunggu
detik 12 malam. Tepat jam 12 malam, mereka akan melaungkan jeritan `wooo haaa' tiga
kali dan disusuli upacara meminum air pengayu (air tuak) yang menandakan perasmian
Gawai. Mulai saat itu, pelbagai acara diadakan termasuk ngajat (tarian tradisional),
gendang tandak (joget) dan pukulan gendang berterusan sehingga awal pagi, 1 Jun.
Tarian Tradisonal Kaum Iban : Ngajat
5
Pada pagi itu juga, mereka yang mempunyai anak kecil akan memandikan
beramai-ramai dalam upacara ‘meri anak mandi' (memandikan anak). Ia bertujuan
meminta restu dari dewa sungai supaya anak mereka mempunyai kehidupan yang
sejahtera pada masa depan.
Upacara “Merik Anak Mandi
Dalam pada itu , upacara penting dalam perayaan ini ialah upacara ‘Miring..
Upacara ini adalah sebagai memberi persembahan kepada dewa dan Petara agar
memberikan kesejahteraan dan kesenangan.
Upacara ‘Miring’
6
Bagi upacara penutup perayaan gawai. Satu dikenali sebagai ‘ngiling tikai’
(menggiling tikar) atau ‘ngiling bidai’ diadakan. Ini bermaksud sambutan gawai pada
tahun tersebut tamat.
Upacara ‘Ngiling Tikai’
4.0 PERSEDIAAN SEBELUM SAMBUTAN PERAYAAN
Sebelum perayaan, satu perkara penting yang mesti diadakan pada masa sebelum
menyambut hari gawai ini ialah menyediakan minuman tuak, iaitu air yang dibuat
daripada larutan pulut bercampuran ragi yang disimpan beberapa lama ’benda’
(tempayan) sehingga ia menjadi air yang jernih mengandungi alkohol dan boleh
memabukkan seperti arak.
Beberapa lama sebelum menjelangnya hari gawai, kaum wanitanya sudah mula
sibuk membuat tuak ini di samping kuih-kuih dan lain-lain makanan yang untuk
menyambut perayaan gawai. Kaum lelaki pula akan pergi ke hutan untuk mengambil
hasil-hasil hutan seperti ’upa’(umbut), memburu haiwan-haiwan dan segala persiapan
yang memerlukan tenaga.
Perayaan Gawai di rumah panjang bermula beberapa hari sebelum 1 Jun dan ia
dimulakan dengan aktiviti gotong royong membersihkan halaman rumah serta kubur
datuk, nenek atau ahli keluarga masing-masing.
7
Pada siang 31 Mei pula, lazimnya penghuni rumah panjang akan mengadakan
pelbagai kegiatan termasuk pertandingan menyumpit, lumba lari, sukaneka dan sepak
takraw.
Menjelang pada pukul 12 malam ketua keluarga maka masing akan mengucap
selamat hari gawai atau dalam bahasa iban disebut “Selamat Hari Gawai , Gayu Guru ,
Gerai Nyamai Lantang Senang” yang bererti Selamat sejahtera murah rezeki dan hidup
senang. Dalam pada itu , semasa berkumpul pada malam itu biasanya setiap keluarga
mengadakan makan malam beramai-ramai sambil meminum ai pengayu.
Menunggu detik 12 malam
Bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke rumah panjang, pada pagi 1 Jun
adalah masa terbaik untuk melawat kerana ketika sesi ’ngalu ka temuai' (sesi menyambut
tetamu), semua orang boleh ‘ngabang' (melawat) walaupun tidak mengenali penghuni
rumah panjang berkenaan.
Ketika upacara `ngalu ka temuai', semua ‘pengabang' (pelawat) akan diminta
turun ke tanah semula dan berbaris untuk mengelilingi seluruh serambi rumah sambil
disambut dengan tuak oleh wakil setiap keluarga. Semua tetamu yang datang akan
dilayan dan dijamu seadanya.
8
Menjamu pengabang yang datang
5.0 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN
Pakaian Tradisonal Kaum Iban
5.1 Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan
Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum
Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain
ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian
yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini
9
digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
5.2 Pakaian tradisonal wanita Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang
merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju
Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan
sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak
tenunan yang sangat halus.
5.3 BUTIRAN MENGENAI PAKAIAN TRADISONAL KAUM IBAN
Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain
yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai
hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan;
mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada
kain yang ditenun dengan cara ikat.
10
Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada
sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain
seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak
banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-
jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang
perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna
merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi
dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau
perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara
tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi
empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang
lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas
punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam
motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada
pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan
figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan
dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun
dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan
burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil
tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
11
Kalambi
BAJU BURUNG
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung atau Gagung (sejenis baju
yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak
dijahit kiri dan kanannya)dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala
memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.
Marek Empang
Marek empang atau hiasan dada yang diperbuat dari manik dan berbola kain bertujuan
untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban . Hiasan diri wanita iban, sarat
dengan barangan perak seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan sugu
tinggi (perhiasan di kepala).
12
6.0 MAKANAN DAN MINUMAN TRADISONAL KAUM IBAN
6.1 Minuman Tradisonal Kaum Iban
Air tuak
6.2. Makanan Tradisonal Kaum Iban
Manok Pansoh
Manok Pansoh adalah sejenis makanan di mana ayam dimasak dalam buluh.
Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya
sama seperti menyediakan lemang di semenanjung. 'Manok' bermaksud ayam dan
'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai
'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada
masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan
disediakan mengikut cara yang sama
13
PEKASAM ENSABI
Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban
merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang
masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan
sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.
Kasam
Kasam ikan atau "Pekasam" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat iban. Tidak sah
lagi nya kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi.Selalunya, ikannya
diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama makin sedap rasa isinya. selain
itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah,
baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada
itu juga, ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya yang
tersangat busuk dan bagi sesetengah orang yang biasa sahaja dengan pekasam dapat
menerima makanan ini.
14
6.3 Kuih-muih Tradisonal Kaum Iban
Kuih Jala
Penganan
Kuih Chap dan kuih jala
15
KESIMPULAN
Kaum Iban amat mementingkan adat dan budaya. Hal ini demikian jelas dilihat
setiap upacara berkaitan adat dan budaya disambut dengan meriah tidak mengira kawasan
luar bandar mahupun bandar malah dari segi umur juga tidak mengira tua atau muda.
Hasil daripada pegangan tersebut adat dan budaya kaum Iban masih dapat bertahan
sehingga sekarang. Amat perlu bagi genarasi sekarang meneruskan adat dan budaya
nenek moyang kita agar generasi akan datang masih dapat melihat dan merasakan sendiri
keunikan adat dan budaya setiap kaum. Sekiranya adat dan budaya ini tidak diteruskan.
Kemungkinan besar, generasi akan datang hanya mengenali adat dan budaya melalui
muzium dan bahan bacaan sahaja. Oleh itu, semua pihak harus bergandingan dalam
mendekatkan masyarakat dengan adat dan budaya masing-masing.
16
Suriayazati Binti Mohd Shariff.Kepelbagaian Budaya Pemakaian Di Malaysia. Atas
Talian pada 5 November 2012. Laman Web:
http://budayapakaiandimalaysia.blogspot.com/2010/08/pakaian-tradisional-kaum-
iban.html
Pakaian Tradisonal. Atas Talian pada 30 Oktober 2012. Laman Web:
http://www.ppas.gov.my/pdf/edaran%20-%20pakaian%20tradisional.pdf
Bintang Popular (Berita Minggu - 26 Oktober 2008, oleh Suzan Ahmad). Atas Talian
pada 30 Oktober 2012. Laman Web:
http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMtnpg.htm
Anizyn. Rutin Sambutan Gawai Di sarawak . Atas Talian pada 23 Oktober 2012. Laman
Web:
http://anizyn.blogspot.com/2009/05/rutin-sambutan-perayaan-gawai-
di.html#ixzz2CXuy404w
Wikipedia Bahasa Melayu ,ensiklopedia bebas. Hari Gawai . Atas Talian pada 18
Oktober 2012. Laman Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak
Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Emosi. Atas Talian pada 18 Jun 2012. Laman
Web:
http://www.emoss.com.my/info/rakansarawak/062002/coverpage/cp07.shtml
17