The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqdantau, 2021-08-30 15:05:48

Kes kajian sejarah bab 6 tingkatan 4

Semoga faham

BAB 6:

ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT.

NAMA MUHAMMAD HAZIQ DANIAL BIN
MOHAMED HANIF
KELAS
NOMBOR MAKTAB 4 CAMBRIDGE (4C)
CP 190276

PENGHARGAAN:

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. Muhammad Haziq
Danial bin Mohamed Hanif telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan
menyiapkan Kerja Kursus Sejarah.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Sejarah iaitu Puan Norahima kerana telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan.
Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua bapa saya iaitu Encik
Mohamed Hanif kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya
tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan
sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan
saya iaitu, Wan Adam Hazim Bin Wan Zalini kerana telah bekerjasama dan
membantu menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat
bermakna. Sekian, terima kasih.

JADUAL KERJA:

ISI KANDUNGAN:

BIL: SUBTOPIK MUKA SURAT
1
2 KAEDAH KAJIAN
3
4 OBJEKTIF KAJIAN
5
PENGENALAN
6
CARA KEMASUKKAN
7 KOMUNIS DI NEGARA
8 PERKARA YANG DILAKUKAN
9 OLEH KOMUNIS UNTUK
10
MENGUGATKAN
KEAMANAN DAN
KESEJAHTERAAN NEGARA

KITA
CARA DAN KAEDAH
KERAJAAN UNTUK
MENANGANI ANCAMAN

KOMUNIS
HURAIAN BERDASARKAN
PENGETAHUAN PELAJAR
HURAIAN BERDASARKAN
PENGETAHUAN PELAJAR

RUMUSAN

SUMBER RUJUKAN

KAEDAH HURAIAN

MELAYARI INTERNET Saya melayari internet
untuk mengumpul
MERUJUK BUKU maklumat lebih banyak
MENYOAL SIASAT untuk bab ini iaitu
Ancaman Komunis Dan
Perisytiharan Darurat.
Saya merujuk buku Teks
Sejarah Tingkatan 4
Saya menyoal siasat rakan
rakan dan orang sekeliling
saya tentang tajuk ini.

OBJEKTIF KAJIAN:

• Kita akan belajar bagaimana
pengaruh komunis masuk ke
negara kita.

• Kita ketahui ancaman komunis di
negara kita.

• Kita akan belajar tentang usaha
menangani komunis ancaman
komunis.

• Kita akan belajar kesan zaman
darurat terhadap negara kita.

PENGENALAN:

Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan
Friedrich Engels. Mereka menulis karya Conrnunist Manfesto
dan Das Kapital . Perkataan komunis membawa maksud
orang yang menganut fahaman komunis. Komunisme ialah
suatu fahaman politik yang rnenjadikan ekonomi dan barang
pengguna sebagai milik negara.

CARA KEMASUKAN KOMUNIS

DI NEGARA KITA.

Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Pada
masa itu, terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu China
dan Indonesia.Pada mulanya, Ideologi komunis mula dibawa masuk ke negara kita sejak awal tahun
1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.Kemudian,
menjelang tahun I924,cawangan KMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri melayu bagi
menyebarkan pengaruh komunis. Antara bandar tersebut termasuklah Muar,Melaka. Seremban,
Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani. Selain KMT, terdapat sebuah lagi pertubuhan, iaitu Main
School yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC). Pada
tahun I 927 , perpecahan berlakuantara Parti KMT dengan PKC. The Communist International
(Comintern) yang berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada
tahun 1928.Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini mendorong
Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM).

Selain daripada China Indonesia juga menyebarkan pengaruh mereka.Bermula pada Pada tahun
1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka,Alimin, Moeso,
Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sultan Perpateh menyebarkan fahaman komunis di
Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah. fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau
Pinang, Perak Utara dan Kedah.Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa
(1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Namun begitu,
usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

Akhir sekali, Pada 30April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan.PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
Seterusnya, PKM menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis.Pada
tahun (1941-1925) iaitu pada Zaman Pemerintahan Jepun PKM menjalinkan kerjasama dengan British
dalam usaha memerangi Jepun,membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau
Bintang Tiga pada tahun 1942 dan menerima bantuan senjata,latihan, kewangan, bekalan logistik dan
perubatan daripada pihak British.Kemudian, Selepas Jepun menyerah kalah, kekosongan politik
berlaku di Tanah Melayu disebabkan oleh kelewatan British kembali ke Tanah Melayu. Keadaan ini
memberikan peluang kepada PKM untuk meluaskan pengaruhnya.Ia bermula Bintang Tiga PKM
melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan. Mereka melakukan kekejaman dan
pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat dengan
Jepun.

Apabila BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember
1945. Walau bagaimanapun, PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah di
Tanah Melayu. Keadaan ini memberikan peluang kepada PKM untuk mempengaruhi beberapa
pertubuhan tertentu dengan ideologi komunis. Seterusnya, PKM menyusup dalam kesatuan sekerja,
iaitu Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). Menjelang bulan Disember 1947 hingga
bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM,
MDU dan PUTERA-AMCJA. Oleh sebab pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan
negara, maka British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948. Ordinan ini
menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.

CARA DAN KAEDAH UNTUK

MENANGANI MASALAH

KOMUNIS:

Bagi menangani ancaman komunis, beberapa usaha telah diambil seperti penguatkuasaan

Undang-Undang Darurat, pemerkasaan pasukan keselamatan, pengenalan pendaftaran kebangsaan,

Rancangan Briggs, tawaran pengampunan, Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, perintah
berkurung, perang saraf dan rundingan Baling.

Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat diambil alih oleh British pelbagai tindakan yang mereka
lakukan iaitu menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa
sebarang perbicaraan.Hal ini adalah untuk memastikan mengurangkan penyebar komunis di negara
kita.Seterusnya, mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis.Hal ini
akan membuatklan mereka takut untuk menyebarkan pengaruh komunis.Akhir sekali,menggeledah
rumah kediaman, memagar kampung, mengadakan perintah berkurung, mewujudkan Kampung Baru
dan memindahkan serta menempatkan penduduk.Hal ini untuk mengelakkan komunis berada di
kawasan kita.

Selain itu,British memperkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk membanteras kegiatan
komunis.British menubuhkan kumpulan yang terdiri dariapda golongan polis iaitu Cawangan Khas,
Special Constables (SC), Polis Hutan, Polis Wanita, Senoi Praaq (Urang Perang), Auxiliary Police
(AP).Bagi askar terdiri daripada Pasukan Askar Melayu, Pasukan Askar Komanwel, Sarawak
Rangers.Bagi sukarelawan terdiri daripada Home Guard.

Antara jasa POLIS:

CAWANGAN KHAS:

-Pada bulan Ogos 1950, Guy C. Madoc dilantik mengetuai badan per!sikan.
Beliau menubuhkan

Cawangan Khas (Special Branch) yang kemudiannya menjadi sebahagian
claripada pasukan polis.

-Tugas risikan yang dilakukan oleh pasukan ini embolehkan pihak berkuasa
mengetahui operasi PKM.

- Terdapat anggota pasukan yang menyamar sebagai komunis untuk
mendapatkan maklumat tentang PKM.

SPECIAL CONSTABLE:
-Pasukan ini dituLruhkan pada tahun 1948 ketika
Rancangan Briggs sedang dilaksanakan.
-Seramai 24 rlbu orang Special Constables dilatih dan
dihantar ml'ngawal Iaclang dan kawasan lombong.
-Mereka menjadi barisan hadapan dalam menghadapi
ancaman komunis.
POLIS HUTAN:
- Pada asalnya, pasukan ini dikcnali sebagai Flying Squad.
-Pada tahun 1951 , pasukan ini dinamakan Jungle Squad
dan kemudiannya Jungle Companies.
-Seterusnya, pada tahun 1953, pasukan ini disusun
semula dan dinamakan Police Field Force (PFF)
POLIS WANITA:
-Ditubuhkan pada bulan Ogos 1955.
-Barbara D.R. Wentwoth merupakan pegawai polis wanita yang
pertama.Beliau ditugaskan melatih pelatih yang baharu dan menyusun
pasukan polis wanita.
SENOI PRAAQ (URANG PERANG)
- Pasukan Scnoi Praaq ditubuhkan pada tahun 1956.
. Senoi praaq dalam bahasa Semai dikenali sebagai Urang Perang.
. Mereka ditugaskan mengesan tempat persembunyian komunis di
dalam hutan.
AUXILIARY POLICE:
-Pada bulan Disember 1948, terdapat seramai
17 ribu orang anggota Auxiliary Police (AP)
di seluruh perseketuan Tanah Melayu.
-Mereka mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan
komunis.
-Mereka membantu polis menentang ancaman komunis.

Antara jasa ASKAR:

PASUKAN ASKAR MELAYU:
-Ditubuhkan pada tahun 1933
-Untuk membanteras gerila komunis di dalam hutan.

Antara jasa ASKAR:-Berjaya menumpaskan anggota komunis,malah memusnahkan kubu operasi komunis.

SARAWAK RANGERS:
-Pasukan inPi tAeSrUdiKriAdNarAipSaKdAaRoMraEnLgAlYbUan: .
. Tugas mer-eDkiatumbuenhjkeajnakppaedrasetamhbuunn1y9ia3n3komunis di dalam hutan.
. Mereka m-aUhnirtudkalmamemseblaonktbeeraloskgheruitlank.omunis di dalam hutan.

Antara-oBpjeearrjasasyaiakmoSmeUnuunKmis.ApasRkaEnLaAnggWotaAkoNm:unis,malah memusnahkan kubu

-Ialah PasukSaAnRPAeWngAaKwRaAl KNaGmEpRuSn: g.
-Membantu-Pmaesunkyaenkaint ipteerrgdeirriadkaanripmaadkaaonraanndgalbnapne.rubatan daripada jatuh ke tangan komunis.
-Diberikan l.aTtiuhgaanskmeteernetkearamaennujenjtaukkpmeresnegmabwuanl ykiaamn pkuonmgudnaisndpiedkaalanm. hutan.

. Mereka mahir dalam selok belok hutan.
Seterusnya,kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan

Antara jasa SUKARELAWAN:kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal pergerakan penduduk.Hal ini untuk

memudahka-InalpahihPakaskueksaenlaPmeantgaanwmaleKmabmepzuaknagn. orang awam dengan komunis.Peraturan
tersebut me-Mneermanbgaknatnubmaehnayweaksaettpiaeprglerlakiawnamnaitkaadnan kdaannapke-kraunbaaktaynandearbipearudma ur
12 tahun kejaattuahs kdeikteahnegnadnakoi meundisa.ftarkan diri dengan pihak berkuasa.Mereka dikehendaki
mebawa ka-dDpibeenrgikeannallaantihkeanmkaenteanmtearnaaansauhnatjua.k mengawal kampung dan pekan.

Tidak lupa juga,dengan Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney.
Pesuruhjaya- Tinggi British di Tanah Melayu
pada tahun 1950. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs pula dilantik menjadi Pengarah
Operasi. Tujuan utama langkah ini adalah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
yang membekalkan makanan, senjatata, maklumat clan ubat-ubatan kepada PKM. Rancangan
Briggs merupakan langkah yang berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis.Sebagai
contoh seperti suasana di Kampung Baru Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa
berpindahdari kampung halaman ke sebuah petempatan baharu yang aqak asing. Kawasan
penempatan semula ini digelar sebagai"Kampung Baru". Kampung Baru dilengkapi dengan
kemudahan tempat tinggal, bekalan elektrik. air paip. sekolahdan kemudahan kesihatan. Selain
itu. petempatan ini juga mempunyai kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat.
Jawatankuasa kampung ditubuhkan untuk memelihara danmemperbaik kemudahan di
Kampung Baru itu. KampungBaru juga dipagari dengan kawat berdr"rri dan dikarval
oleh Special Constables. Sehingga bulan Mac 1952,lebih daripada 423 ribu orang pendudLrk di
pinggir hutan dipindahkan ke 410 buah Kampung Baru.

Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis
supaya menyerah diri. Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan.
poster juga ditampal di merata-rata tempat. Sebanyak 40 juta risalah dan 12juta pas
pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina. Melayu dan Tamil. Penyebaran risalah ini
dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah disebarkan melalui pengangkutan udara. Iklan dan
wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya
menyerah diri.

Justeru kerajaaan mewujudkan perang Saraf iaitu rancangan yang dilaksanakan oleh British
untuk menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat. Pada tahun 1952,
Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Beliau bertindak untuk
memenangi hati dan fikiran penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Beliau ingin menjalinkan
hubungan baik dengan penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dengan pihak kerajaan dan
menyampaikan segala maklumat tentang komunis. Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang
kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman komunis.

Mengadakan Melonggarkan Mengadakan Memperkenalkan
Lawatan Syarat Pilihan Haya Mailis Kawasan Hitam dan
Perbandaran Kuala
Kewarganegaraan Kawasan Putih
Lumpur.

Memaiukan Memenangi Menawarkan
Perkhidmatan Kepercayaan 0rang Hadiah Wang Tunai
penerangan
Asli

Akhir sekali, Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul
Rahman mengadakan pertermuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah, pada
28 Disember 1955. Pertemuan tersebut melibatkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan
PKM. Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman yang ditemani oleh Tan Cheng
Lock dan David Marshall, sementara PKM diwakili oleh Chin Peng. Chen Tien dan Rashid
Maidin.Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM. meletakkan senjata dan
menyerah diri. Chin Peng pula menetapkan syarat, iaitu peletakan senjata dan penyerahan diri akan
dibuat seandainya kerajaan bersetu mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah. Tunku
Abdul Rahman enggan menerima syarat tersebut. Oleh hal yang demikian rundingan tersebut telah
menemui kegagalan.

ANCAMAN KOMUNIS
DI NEGARA KITA

Pengisytiharan Darurat

• membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Perak.
• memhunuh Arthur Walker,pengurus Ladang Ephil, John

Allison. pensurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian
Cristian.

Tindakan Komunis

• Komunis Melumpuhkan Ekonomi
• Komunis Merosakkan Infrastruktur
• Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat
• Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan.

Cara untuk mengekalkan

kedamaian dan kemakmuran

yang kita bina pada hari ini?

Cara untuk mengekalkan kedamaia dan kemakmuran yang kita bina pada hari ini
ialah Ibu bapa perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan
seharian mereka untuk memberi inspirasi kepada anak untuk mencontohi kelakuan
baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil. Nilai seperti
kejujuran, integriti, toleransi, ketekunan, keadilan, menghormati orang tua dan
kesedaran sivik mesti dikekalkan.Selepas 61 tahun kemerdekaan, kita rakyat
Malaysia harus lebih bersatu kerana kita berkongsi harapan, aspirasi dan impian
yang sama. Kita semua harus bangga mengenali diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya sentiasa percaya untuk menjadi rakyat Malaysia tidak menjadikan orang
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Bidayuh kurang identiti masing-
masing.Perpaduan dan integrasi negara dapat lebih kuat dan lebih bersemangat
menerusi penanaman nilai patriotisme. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia
dapat mengatasi sebarang cabaran apabila rakyatnya bersatu.Kepelbagaian kita
ialah kekuatan kita dan resipi kejayaan dalam mencapai kemajuan dan peningkatan
sosioekonomi, serta keupayaan kita untuk mengatasi pelbagai masalah. Rakyat
Malaysia yang berbeza etnik, agama dan warna kulit melengkapi antara satu sama
lain dan kepelbagaian kita tidak boleh menjadi halangan bagi kita untuk menjalani
kehidupan yang bersatu dan harmoni.Selain itu semua rakyat Malaysia, terutama
generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan di bawah 1Malaysia dengan
setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita dapat hidup bersama dalam
saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman dan
kesejahteraan rakyat.Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika
generasi muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi
peranan warganegara dan kepemimpinan hari ini.Belia mempunyai kuasa untuk
mengubah negara menjadi tempat yang lebih baik dan membawa perubahan positif
di negara ini. Dilengkapi dengan nilai-nilai yang baik dan positif, mereka dapat
mempengaruhi rakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.Kita perlu
memberi peluang kepada anak muda kita untuk membuktikan diri mereka dan untuk
mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu menanamkan nilai sosial dan moral yang
baik di dalamnya untuk menangani konflik secara positif dan menangani masalah
yang berkaitan dengan gangguan sosial.Belia kita mesti mempunyai keupayaan dan
mengambil inisiatif untuk menjadi ‘pembina jambatan antara etnik’ untuk
meningkatkan hubungan etnik di negara ini dengan meneutralkan politik kebencian,
polarisasi kaum dan eksklusif kaum yang nampaknya semakin meningkat sekarang

Mengapakah generasi muda hari ini

perlu menghayati dan mengambil

iktibar perjuangan pemimpin tempatan

dalam usaha untuk mendapatkan

kemerdekaan Tanah Melayu?

Generasi muda hari ini perlu menghayati dan mengambil iktibar perjuangan pemimpin
tempatan dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu keranaKesedaran
generasi kini terhadap kepentingan sejarah boleh disifatkan sekadar bermusim
kerana kebiasaannya ramai akan mula mengambil kisah mengenainya hanya
menjelang tarikh penting tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia.Apabila berlalu sambutan itu, minat mereka dalam bidang ini kembali
hambar, malah kadang kala tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling setiap hari
dan kaitannya dengan sejarah.Kesannya, generasi muda yang diharapkan menjadi
pewaris masa depan dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat cetek
mengenai negara sendiri, lantaran kurang minat terhadap menghayati sejarah tanah
air.

RUMUSAN:

Berdasarkan tajuk ini menceritakan bagaimana tindakan yang dilakukan untuk membanteras ancama komunis.Contoh
-nya dengan mengetatkan undang undang darurat iaitu mengenakan hukuman berat kepadasesiapa sahaja yang membantu
komunis.Selain itu memerkasakan pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis askar dan sukarelawan yang berjaya
menumbangkan tapak persembunyian komunis.Seterusnya,pendaftaran kad pengenalan diwujudkan untuk menagsingkan
komunis dan bukan komunis.Selain mengajar tentang tindakan ataupun gerak balas kerajaan bab ini menceritakan ancama
-n yang kejam yang dilakukan oleh komunis iaitu dengan melumpuhkan ekonomi,merosakkan infrastruktur tanah melayu,
mengancam keselamatan rakyat dan mengancam pasukan keselaman.Akhir sekali bab ini menceritakan bagaimana
pengaruh komunis masuk ke negara kita dan negara negara yang terlibat dalam menyebarkan pengaruh seperti
Indonesia,China dan sebagainya.Jadi sebagai rakyat Malaysia saya berasa bangga dengan perjuanagan mereka dalam
mewujudkan keamanan di Malaysia.

SUMBER DAN

RUJUKAN:

Internet:

- https://drive.google.com/file/d/1xp7AsfkYnHeYvjMaMgC2cTkW5qB0Hz-
v/view

- https://www.youtube.com/watch?v=83VZgZPslNY


Click to View FlipBook Version