The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBook Hukum Jenayah Islam ini disediakan bagi membantu para pengajar dan pelajar yang mengikuti kursus Pengajian Islam di peringkat pengajian diploma Politeknik Malaysia. Isi kandungan eBook ini disusun sesuai dengan matlamat pembelajaran topik ini yang menghendaki para pelajar memahami struktur etika dan profesionalisme Islam dalam menangani isu-isu kehidupan sosial manusia. Antara topik yang dibincangkan dalam penulisan eBook Hukum Jenayah Islam ini ialah Konsep Jenayah, Objektif Hukuman, Kategori Hukum Jenayah Islam, Hukuman dan Kesalahan Hudud, Qisas, Diat dan Takzir. EBook ini juga dilengkapi dengan latihan pengukuhan bagi topik-topik yang dibincangkan bagi menguji kefahaman pelajar terhadap topik ini. Para penulis cuba menyampaikan isi kandungan pembelajaran topik ini dalam gaya bahasa yang mudah dan persembahan bahan yang menarik agar ia dapat membantu pemahaman para pembaca dan menimbulkan minat untuk menghayati dan mencintai syariat serta perundangan hukum jenayah Islam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wnnorina, 2022-07-22 04:23:35

e-Note Jinayah: Hukum Jenayah Islam

EBook Hukum Jenayah Islam ini disediakan bagi membantu para pengajar dan pelajar yang mengikuti kursus Pengajian Islam di peringkat pengajian diploma Politeknik Malaysia. Isi kandungan eBook ini disusun sesuai dengan matlamat pembelajaran topik ini yang menghendaki para pelajar memahami struktur etika dan profesionalisme Islam dalam menangani isu-isu kehidupan sosial manusia. Antara topik yang dibincangkan dalam penulisan eBook Hukum Jenayah Islam ini ialah Konsep Jenayah, Objektif Hukuman, Kategori Hukum Jenayah Islam, Hukuman dan Kesalahan Hudud, Qisas, Diat dan Takzir. EBook ini juga dilengkapi dengan latihan pengukuhan bagi topik-topik yang dibincangkan bagi menguji kefahaman pelajar terhadap topik ini. Para penulis cuba menyampaikan isi kandungan pembelajaran topik ini dalam gaya bahasa yang mudah dan persembahan bahan yang menarik agar ia dapat membantu pemahaman para pembaca dan menimbulkan minat untuk menghayati dan mencintai syariat serta perundangan hukum jenayah Islam.

PENULIS
WAN NORINA WAN HAMAT

NORHASLINA SULAIMAN
HAZWANI UBAIDILLAH
EDITOR

NORHASLINA SULAIMAN

REKA BENTUK DALAMAN
HAZWANI UBAIDILLAH
WAN NORINA WAN HAMAT

PRUF
DR AHMAD FIRDAUS MOHD NOR

DR INTAN IDIANA HASSAN
DR AHMAD FKRUDIN MOHAMED YUSOFF

RAMNIZA ABD RAHMAN

PENYEMAK BAHASA
MOHAMMAD CHE MAJID

Sebuah terbitan

eISBN 978-967-2421-09-2
HUKUM JENAYAH ISLAM

Modul mengikut silibus kursus Pengajian Islam Politeknik Malaysia dan

sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat.

JABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Jalan Raja Musa Mahadi

31400 Ipoh, Perak.

No Telefon : 605-5457656/ 7652

No Faksimili : 605-5471162

Email : [email protected]

Laman sesawang : https://www.puo.edu.my

Hak Cipta @2021 Politeknik Ungku Omar
Edisi ke2 2022

Terbitan Edisi ke2 2022
Penerbitan © Politeknik Ungku Omar

Teks © Penulis

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk jua dan dengan apa
cara jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
kecuali dengan keizinan bertulis daripada pemegang hak cipta.

Diterbitkan oleh:
Politeknik Ungku Omar
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.




Nota: Semua model dan gambar yang terlibat dengan penggambaran

adalah untuk manfaat kefahaman dan tidak terlibat atau kena mengena

dengan isi kandungan buku ini.

SINOPSIS

EBook Hukum Jenayah Islam ini disediakan bagi membantu
para pengajar dan pelajar yang mengikuti kursus Pengajian
Islam di peringkat pengajian diploma Politeknik Malaysia. Isi
kandungan eBook ini disusun sesuai dengan matlamat
pembelajaran topik ini yang menghendaki para pelajar
memahami struktur etika dan profesionalisme Islam dalam
menangani isu-isu kehidupan sosial manusia. Antara topik
yang dibincangkan dalam penulisan eBook Hukum Jenayah
Islam ini ialah Konsep Jenayah, Objektif Hukuman, Kategori
Hukum Jenayah Islam, Hukuman dan Kesalahan Hudud,
Qisas, Diat dan Takzir. EBook ini juga dilengkapi dengan
latihan pengukuhan bagi topik-topik yang dibincangkan bagi
menguji kefahaman pelajar terhadap topik ini. Para penulis
cuba menyampaikan isi kandungan pembelajaran topik ini
dalam gaya bahasa yang mudah dan persembahan bahan
yang menarik agar ia dapat membantu pemahaman para
pembaca dan menimbulkan minat untuk menghayati dan
mencintai syariat serta perundangan hukum jenayah Islam.

PRAKATA

Salah satu aspek yang melatari keadilan dan keamanan hidup manusia "Hukum hudud menjadi
ialah dengan pelaksanaan undang-undang dan peraturan mengawal kontroversi kerana
jenayah. Kawalan kesalahan dan jenayah dengan adil menurut
kefahaman Islam bukan sekadar memberi keadilan terhadap mangsa masyarakat awam kurang
dan menjatuhi hukuman terhadap pesalah, bahkan ia melunaskan memahaminya berdasarkan
tanggungjawab kehambaan terhadap Allah SWT. kehendak al-Quran dan hadis".

Pemahaman umat Islam terhadap undang-undang jenayah Islam i | Hukum Jenayah Islam
sangat mustahak. Ini kerana, ia mampu menghapuskan keraguan
masyarakat terhadap keupayaan undang-undang atau hukum jenayah
Islam untuk menyelesaikan masalah-masalah jenayah semasa.
Kefahaman terhadap perundangan hukum jenayah Islam akan
menggerakkan umat Islam untuk bersegera kembali bertindak
mendaulatkan syariat Islam dalam segenap sistem kehidupan.

Keyakinan umat Islam terhadap undang-undang jenayah Islam
sangat besar maknanya terhadap manifestasi pengabdian diri dan
ketundukan terhadap perintah Allah SWT. Diharapkan penghasilan
ebook ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar kursus
Pengajian Islam dalam memahami Hukum Jenayah Islam.

Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah buat kita semua
dalam memahami syariat-Nya dan melaksanakannya dalam
kehidupan, mudah-mudahan penulisan ebook ini menjadi amal jariah
warisan ilmu yang bermanfaat dan termasuk dalam mizan hasanat
buat sekalian penulis.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Politeknik Ungku
Omar khususnya pihak JPPKK serta semua panel yang bertungkus
lumus demi merealisasikan penerbitan ebook ini. Sebarang komentar
dan cadangan yang bernas dan membina amatlah dialu-alukan bagi
penambahbaikan kandungan ebook ini.

Wan Norina Wan Hamat| Norhaslina Sulaiman | Hazwani Ubaidillah
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar
2022

KENALI PENULIS

WAN NORINA WAN HAMAT
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Am.
Beliau merupakan penyelaras kursus Pengajian Islam
MPU23012 dan MPU23032 di Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Ungku Omar. Berpengalaman mengajar
selama 14 tahun dan terlibat dengan penulisan modul
Kursus Pengajian Islam, Sains Teknologi dan
Kejuruteraan Dalam Islam, penulisan artikel dan jurnal
sains sosial serta menghasilkan inovasi pembelajaran
mata pelajaran Umum.

NORHASLINA SULAIMAN
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Am.
Beliau merupakan Penolong Panel kursus Pengajian
Islam MPU23012 dan MPU23032 di Jabatan Pengajian
Am, Politeknik Ungku Omar. Berpengalaman mengajar
selama 15 tahun dan terlibat dengan penulisan modul
Kursus Pengajian Islam, Komunikasi Penyiaran Islam dan
Pengurusan Islam.

HAZWANI UBAIDILLAH
Pensyarah, Jabatan Pengajian Am.
Beliau merupakan Setiausaha Panel kursus Pengajian
Islam MPU23012 dan MPU23032 di Jabatan Pengajian
Am, Politeknik Ungku Omar. Berpengalaman mengajar
selama 11 tahun dan terlibat dengan penulisan modul
Kursus Pengajian Islam, penulisan artikel dan
pembinaan laman web pembelajaran.

KANDUNGAN Muka Surat

Prakata i
1
1 Konsep Jenayah
Kategori Hukum Jenayah 4
Objektif Hukuman 5
7
2 Perbincangan Hukum Jenayah Hudud 8
Hukuman dan kesalahan Hudud 10
Zina 11
Menuduh orang berzina (Qazaf) 14
Minum Arak 16
Mencuri 18
Merompak 20
Memberontak 21
Murtad 22
23
3 Perbincangan Tentang Qisas dan Diat 24
Hukuman dan kesalahan Qisas dan Diat 25
Membunuh 26
Memukul 28
Menggugurkan Kandungan

4 Perbincangan Tentang Jenayah Takzir
Hukuman dan kesalahan Takzir
Bahagian Takzir

5 Latihan Uji Minda 29
Soal Jawab Isu Hukum Jenayah Islam 30
Kesimpulan 31
Rujukan 32

Konsep

JENAYAH

Definisi Jenayah

Perkataan lain yang digunakan bagi merujuk maksud
jenayah dalam Bahasa Arab ialah jarimah.
Perkataan jenayah atau jarimah secara umum memberi
makna perbuatan jahat.
Sebahagian fuqaha memberi makna jenayah sebagai
segala perbuatan jahat yang diharamkan oleh syarak.
Sebahagian fuqaha lain mengelaskan perkataan jenayah
kepada perbuatan jahat yang mengenai tubuh badan
dan nyawa sahaja, manakala perkataan jarimah merujuk
kepada perbuatan jahat terhadap selainnya (harta benda
dan lain-lain).

Konsep Jenayah Islam

Sekurang-kurangnya terdapat DUA aspek yang perlu
diberi perhatian dalam menentukan konsep jenayah Islam:

Pihak yang dicabuli keselamatannya/ kepentingannya.
Jenis hukuman yang dikenakan sama ada berbentuk
rigid atau fleksibel.

Penentuan Hukum Jenayah

Tanggungjawab jenayah terbentuk atas TIGA elemen
utama:

Adanya perbuatan jahat.
Pelakunya mempunyai pilihan sendiri.
Pelakunya seorang yang waras.

1 | Hukum Jenayah Islam

Kategori

HUKUM
JENAYAH ISLAM

Keadilan hukuman LAM IT
Islam adalah RA IS
U SE
terjamin kerana ia JAHTE
datangnya

daripada Yang
Maha Adil.

Ketiga-tiga 1 HUDUD
perbuatan
jenayah ini Hukuman yang dikenakan ke atas pencabulan
mempunyai kepentingan dan keselamatan awam
berdasarkan ketetapan wahyu.
ciri-ciri
tersendiri 2 QISAS & DIAT

yang Hukuman yang dikenakan ke atas pencabulan
membezakan kepentingan dan keselamatan individu
berdasarkan ketetapan wahyu.
implikasi
hukuman yang 3 TAKZIR

diterima Hukuman yang dikenakan terhadap
antara satu pencabulan kepentingan dan keselamatan
masyarakat dan individu yang diputuskan oleh
sama lain. pemerintah atau mahkamah.

pn

2 | Hukum Jenayah Islam

OBJEKTIF
HUKUMAN
Setiap syariat pasti ada

tujuannya.

Ia bukan sia-sia. 1 Pencegahan

Cara mencegah kemungkaran Pencegahan umum- Penyediaan
hukuman adalah sebagai usaha
1. Beritahu & beri ingat. mencegah kejahatan. Tidak
2. Nasihat & teguran. ditujukan kepada orang tertentu.
3. Guna kekerasan.
4. Ubah dengan tangan. Pencegahan khusus- pemulihan
5. Ugut pukul/ bunuh. bagi penjenayah yang
6. Pukul/ bunuh. bermatlamat untuk menghukum
7. Minta bantuan orang penjenayah dan mencegah
penjenayah daripada mengulangi
lain. jenayah pada masa akan datang.

2 Ganti rugi

Hukuman ini bertujuan untuk
menjaga kepentingan pihak yang
menjadi mangsa.

3 Pemulihan

Penyediaan hukuman bersifat
pemulihan dan bukan bertujuan
membalas dendam, menghina
atau selainnya.

4 Penghapus dosa

Hukuman yang dijalani oleh
pesalah di dunia tidak
menghapuskan dosa. Ia perlu
disertai oleh taubat.

3 | Hukum Jenayah Islam

BAB

HUDUD

Perbincangan tentang Jenayah Hudud

Takrif Hudud:

Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh
syarak. Hukuman ini tidak boleh ditambah atau dikurangkan
kerana hukum ini adalah hak Allah SWT.

HUKUMAN, KESEKSAAN DARIPADA ALLAH

4 | Hukum Jenayah Islam

"Hukum hudud di bawah kes jenayah syariah bagi
melaksanakan perundangan Islam yang diwahyukan

Allah SWT melalui al-Quran dan hadis"

MAIS

JENAYAH HUDUD7 KESALAHAN YANG DIKATEGORI MEZNMIUNIDNMAUUEHMMMNMOEECMARURUARORBNRAETMIGAKRPODBANERKTZAINKA

Hukuman hudud bukan untuk menyeksa atau menzalimi seseorang tetapi
mengandungi hikmah yang sangat besar. Namun, terdapat segelintir
masyarakat yang kurang faham dan mengatakan bahawa hukuman hudud
adalah kejam serta melanggar hak asasi manusia.

"Dan sesiapa yang melanggar hukum-hakam
Allah SWT, maka mereka itulah yang zalim"
Surah al-Baqarah 2: 229
pn

5 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman dan
Kesalahan

HUDUD

Hudud merujuk kepada hukuman atau keseksaan yang bentuknya
telah ditentukan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan
menjaga hak Allah SWT.

Kesalahan-kesalahan hudud
ialah kesalahan-kesalahan yang
telah ditentukan secara detail
keseksaan atau hukumannya
oleh syarak. Tiada kuasa hakim
atau pemerintah boleh
mengubahnya dan ia bertujuan
menjamin hak Allah atau dengan
kata lain disebut kepentingan
awam.

Pendakwaan bagi kesalahan hudud
yang melibatkan keselamatan awam
dibuat secara hisbah, tetapi dalam
kes-kes yang menyentuh
keselamatan individu dibuat secara
pendakwaan biasa.

Keseksaan yang ditetapkan bagi
kesalahan-kesalahan hudud tidak
boleh berubah selama-lamanya.

6 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

BERZINA

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Bahasa: Persetubuhan yang tidak sah ‫َالَّزاِنَيُة َوالَّزاِنْي َفاْجِلُدْو ا ُكَّل َواِح ٍد ِّم ْنُه َم ا ِم اَئَة َجْلَدٍة َّۖواَل‬
atau haram. ‫َتْأُخْذُكْم ِبِه َم ا َرْأَفٌة ِفْي ِدْيِن ِهّٰللا ِاْن ُكْنُتْم ُتْؤِم ُنْو َن ِبالّٰلِه َواْلَيْو ِم‬
Syarak: Persetubuhan haram yang ‫اٰاْلِخ ِۚر َوْلَيْش َه ْد َع َذاَبُه َم ا َط ۤإِى َفٌة ِّم َن اْلُم ْؤِم ِنْيَن‬
disengajakan.
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan
2 KATEGORI HUKUM HUDUD ZINA: lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali
sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum
agama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan daripada orang yang beriman".

[Surah al-Nur 24:2]

1. Muhsan (penzina telah SABITAN JENAYAH ZINA

berkahwin) - rejam sehingga

mati. LIMA unsur penting dalam pensabitan
jenayah zina:

2. Ghair Muhsan (penzina belum 1 Mukallaf.
berkahwin) - Penzina mestilah baligh dan berakal.

Sebatan sebanyak Tidak dipaksa.
kali
2 Tidak akan dihukum bagi wanita/ lelaki yang

berzina kerana diugut bunuh.

3 Bukan disebabkan oleh kekeliruan (syubhah).
Jika wujud kekeliruan, aspek pengampunan

lebih diutamakan.

4 Pengakuan penzina.
Memadai pengakuan sekali sahaja tanpa

perlu diulang.

Bukti.

5 Keterangan oleh empat orang saksi lelaki

yang adil.

7 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

TUDUH ZINA (QAZAF)

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Bahasa: Lempar. ‫َالَّزاِنَيُة َوالَّزاِنْي َفاْجِلُدْو ا ُكَّل َواِح ٍد ِّم ْنُه َم ا ِم اَئَة َجْلَدٍة َّۖواَل َتْأُخْذُكْم ِبِه َم ا َرْأَفٌة‬
Syarak: Melemparkan tuduhan berzina ‫ِفْي ِدْيِن ِهّٰللا ِاْن ُكْنُتْم ُتْؤِم ُنْو َن ِبالّٰلِه َواْلَيْو ِم اٰاْلِخ ِۚر َوْلَيْش َه ْد َع َذاَبُه َم ا َط ۤإِى َفٌة‬
‫ِّم َن اْلُم ْؤِم ِنْيَن‬

dengan tujuan mencaci dan memalukan.

Maksudnya: “Dan orang yang melemparkan

tuduhan (zina) kepada perempuan yang

terpelihara kehormatannya, kemudian mereka

tidak membawakan empat orang saksi, maka

sebatlah mereka 80 kali sebatan; dan janganlah

kamu menerima persaksian mereka itu selama-

lamanya kerana mereka adalah orang yang fasik

kecuali orang yang bertaubat sesudah itu (dari

kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki

amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

[Surah al-Nur 24:4-5]

SABITAN JENAYAH TUDUH ZINA
(QAZAF)

TIGA unsur penting dalam pensabitan
jenayah menuduh orang berzina:

1 Tuduhan zina atau menafikan nasab.
Tuduhan selain zina atau menafikan nasab

tidak kenakan hukuman hudud.

2 Orang yang dituduh seorang yang muhsan/
baik-baik.

Orang yang dituduh ialah orang yang bersih

daripada tuduhan zina.

3 Tuduhan dengan niat jahat.
Orang yang menuduh dianggap memiliki niat

jahat sekiranya tidak menyediakan bukti yang

lengkap bagi tuduhan.

8 | Hukum Jenayah Islam

STEUCDAURHAANPAZLINSAU
Fuqaha yang membincangkan tentang
kesalahan jenayah qazaf berdasarkan 3 Kaedah pensabitan
autoriti al-Quran, hadis dan ijmak Zina (Qazaf)
menjadikan ayat 4 daripada surah an-
Nur sebagai dalilnya. Firman Allah SWT Pengakuan penzina sendiri
yang bermaksud: dengan mengulang-ulang
pengakuan sekurang-kurangnya
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan empat kali.
(zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak Disyaratkan pula dia membuat
membawakan empat orang saksi, maka pengakuan tersebut dalam keadaan
sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan sedar dan siuman tanpa paksaan.
janganlah kamu menerima persaksian mereka Hukuman hudud tidak dilaksanakan
itu selama-lamanya; kerana mereka adalah ke atas pengaku jika dia menarik
orang-orang yang fasik.” balik pengakuannya.

Tuduhan Penyaksian empat orang saksi
Zina palsu lelaki yang akil baligh dan adil

Sebatan sebanyak

Kali Setiap saksi melihat perbuatan itu
secara jelas tanpa sebarang
kesamaran. Jika tidak, mereka
dikenakan hukuman qazaf iaitu 80
kali sebatan.

1 Qarinah atau bukti

Sebagai contoh, gadis yang didapati
hamil atau; seorang perempuan yang
bersuamikan kanak-kanak yang
belum baligh didapati mengandung
atau; seorang perempuan melahirkan
anak yang sempurna sifatnya dalam
masa tidak sampai enam bulan
daripada tarikh pernikahannya.

9 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

MINUM ARAK

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Menurut jumhur ulama, jenayah minum arak ‫َكاَن َيْض ِرُب ِفى اْلَخْم ِر ِباْلَجِريِد َوالِّنَع اِل َأْرَبِع يَن‬
merujuk kepada perbuatan meminum segala
bahan yang menyebabkan mabuk sama ada Maksudnya: “Nabi SAW menyebat
ia diambil dalam kuantiti sedikit atau banyak. peminum arak sebanyak 40 kali
sebatan dengan pelepah tamar dan
selipar.” [Riwayat Muslim: 1706]

Sebatan sebanyak

Kali

SABITAN JENAYAH MINUM ARAK

TIGA unsur penting dalam pensabitan
jenayah minum arak:

1 Bahan yang memabukkan itu hendaklah
dalam bentuk minuman.

2 Diambil melalui mulut dan sekurang-kurangnya
telah sampai kepada halkumnya.

Sengaja meminumnya dan bukan bertujuan lain seperti
3 perubatan atau darurat.

4 Dilakukan secara sukarela.

5 Mencampurkan arak dengan bahan lain contohnya
makanan.

10 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

MENCURI

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Maksud: Dalam Bahasa Arab mencuri (‫َوٱلَّس اِرُق َوٱلَّس اِرَقُة َفٱۡقَط ُعۤو۟ا َأۡیِدَیُه َم ا َجَزۤاَۢء ِبَم ا‬
disebut sariqah. Sariqah merujuk kepada ‫)َكَس َبا َنَكٰـاࣰل ِّم َن ٱلَّلِۗه َوٱلَّلُه َع ِزیٌز َحِكیࣱم‬
perbuatan mengambil sesuatu secara

sulit.
Syarak: Mengambil harta orang lain secara Maksudnya: “Dan lelaki yang mencuri
sembunyi atau tanpa keizinan pemiliknya dan wanita yang mencuri, maka
dari tempat simpanan sepatutnya dengan potonglah (pergelangan) tangan
niat menghilangkan harta tadi daripada (kanan) mereka sebagai satu
jagaan atau milik tuannya. pembalasan terhadap apa yang
mereka telah kerjakan, dan sebagai
seksaan daripada Allah SWT. Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

[Surah al-Ma'idah 5:38]

SABITAN JENAYAH MENCURI

TIGA unsur penting dalam pensabitan
jenayah mencuri:

1 Keterangan saksi.
Keterangan kesaksian oleh dua orang saksi lelaki.

2 Pengakuan pencuri.
Adanya pengakuan daripada pencuri sendiri.

3 Sumpah.
Pihak yang menjadi mangsa kecurian boleh

meminta pihak yang dituduh untuk melafazkan

sumpah.

11 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman ke atas 1/4 DINAR

Pencuri Iaitu bersamaan 1.0625g emas
1 gram emas?? Berapa RM??
Baginda Nabi Muhammad SAW telah
Berapakah jumlah 1/4 dinar dalam RM?
melaksanakan had potong tangan bagi Anda perlu rujuk kepada harga emas
semasa. Rujuk contoh pengiraan.
kesalahan mencuri yang mencukupi
FORMULA UTAMA PENGIRAAN
syarat bagi beberapa kes kecurian seperti
1 DINAR = 4.25G EMAS
kecurian jubah seorang wanita, perisai


besi, topi besi dan kes-kes lain yang
1/4 DINAR = 1.0625G
diriwayatkan al-Bukhari.
12 | Hukum Jenayah Islam
BAGI PENCURI YANG MENCURI
PADA KALI PERTAMA.
Dikenakan had potong tangan kanan

hingga pergelangan tangan.

BAGI PENCURI YANG MENCURI
PADA KALI KEDUA.
Dikenakan had potong kaki kiri hingga ke

buku lali.
BAGI PENCURI YANG MENCURI
PADA KALI KETIGA.

Dikenakan had potong tangan kiri hingga

ke pergelangan tangan.

BAGI PENCURI YANG MENCURI
PADA KALI KEEMPAT.

Dikenakan had potong kaki kanan hingga ke

buku lali.

BAGI PENCURI YANG MENCURI PADA
KALI KELIMA DAN SETERUSNYA.
Akan dikenakan takzir atau dipenjara

sehingga bertaubat.

PECNOGNITROAHAN

Andainya:
1gram emas bersamaan RM210

1/4 dinar = 1.0625g



1.0625g x RM210 = RM223.125

JUMLAH Semasa kes curi RM223.125 ke
atas jika cukup syarat akan dikenakan

hukuman had potong tangan.

BARASNYAGRYAATN-GSYDAICRUARTI

Pencuri yang memenuhi kelayakan seperti Apakah syarat barang
berakal dan baligh dikenakan had potong yang dicuri??
tangan. Namun, kanak-kanak dan orang
gila tidak dikenakan had berdasarkan Simpan Di Tempat yang Selamat
hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Barang yang dicuri disimpan di tempat yang
selamat dengan sebaiknya. Kebiasaan
"Tidak dikira amalan daripada tiga tempat simpanan barang berharga ialah
golongan iaitu kanak-kanak hingga dia dalam rumah, kedai, peti besi, khemah dan
bermimpi, orang gila sehingga dia sedar dan amanah individu.
orang yang tertidur hingga dia terjaga"

Harta Benda yang Bernilai Boleh Disimpan Lama
Maksudnya apa-apa sahaja yang dianggap Barang yang dicuri boleh disimpan dan
harta oleh manusia, kerana harta di sisi dipegang lama, tidak cepat rosak atau busuk.
manusia dirasakan sangat bernilai dan Contoh barang cepat rosak: Buah tin, anggur,
penting. sayuran, roti, daging basah, susu atau benda
Contoh: emas, perak, gangsa, jam tangan dan lain yang tidak boleh disimpan lama.
sebagainya.
Seseorang mencuri arak atau khinzir tidak Kerana benda-benda ini, kebiasaannya tidak
dikenakan had potong tangan disebabkan dikira harta, malah dianggap benda remeh.
ianya tiada nilai bagi Muslim. Tetapi
dikenakan hukuman takzir. Namun sekiranya ia dijadikan sebagai jus
buah-buahan, tamar basah, cuka atau
Bagaimana mahu bertaubat manisan anggur maka ia diwajibkan potong
tangan, kerana benda ini boleh disimpan
daripada mencuri? lama.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

"Tidak dikenakan hadd potong tangan
dalam kes mencuri buah dan tamar
sehingga ia ditempatkan di gudang"

Boleh Ditentukan Kadarnya
Harta dicuri boleh ditentukan kadarnya,
mempunyai sukatan (nisab)

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

"Dipotong tangan dalam kes curi 1/4 dinar
atau lebih"

https://tinyurl.com/taubatmencuri

13 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

MEROMPAK

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Bahasa: Perampasan dengan paksa. ‫ِاَّنَم ا َجٰۤزُؤا اَّلِذْيَن ُيَحاِرُبْو َن َهّٰللا َوَرُس ْو َلٗه َوَيْس َع ْو َن ِفى اَاْلْرِض‬
‫َفَس اًدا َاْن ُّيَقَّتُلْٓوا َاْو ُيَص َّلُبْٓوا َاْو ُتَقَّط َع َاْيِدْيِه ْم َوَاْرُجُلُه ْم ِّم ْن ِخ اَل ٍف‬
Syarak: Mengganggu laluan awam ‫َاْو ُيْنَفْو ا ِم َن اَاْلْرِۗض ٰذ ِلَك َلُه ْم ِخ ْزٌي ِفى الُّدْنَيا َوَلُه ْم ِفى اٰاْلِخ َرِة‬
dengan tujuan untuk mengambil harta
secara kekerasan/ menakut-nakutkan ‫َع َذاٌب َع ِظ ْيٌم‬
atau membunuh.
Maksudnya:
“Sesungguhnya pembalasan terhadap
orang-orang yang memerangi Allah dan
Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka
bumi bahawa mereka itu akan dibunuh atau
disalib atau dipotong tangan dan kaki
mereka dengan bertimbal balik atau dibuang
negeri (tempat kediaman mereka). Yang
demikian itu satu penghinaan bagi mereka di
dunia dan di akhirat mereka beroleh seksaan
yang besar".

[Surah al-Ma'idah 5:33]

SABITAN JENAYAH MEROMPAK

Pensabitan jenayah merompak boleh
dikenakan jika berlaku mana-mana
perkara berikut:

Telah menakut-nakutkan dan mengganggu
1 laluan awam tanpa merampas dan

membunuh.

2 Telah merampas harta benda sahaja.

3 Telah membunuh tetapi tidak merampas
harta.

4 Telah merampas harta dan membunuh.

::Hukuman berbeza mengikut kesalahan yang disabitkan::

14 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman ke atas

Perompak

Hukuman ke atas jenayah ini adalah
berbeza-beza mengikut jenayah yang
dilakukan.

MEROMPAK DAN MEMBUNUH
Dikenakan hukuman bunuh dan
kemudian disalib selama tiga hari di
tempat yang tinggi seperti di pohon kayu
yang besar.

MEROMPAK SAHAJA
Dikenakan hukuman potong tangan dan
kaki secara bersilang.

Ini bermaksud tangan kanannya akan
dipotong sehingga pergelangan tangan
dan kaki kirinya akan dipotong di
pergelangan kaki.

MENAKUT-NAKUT/ MENGGANGGU
LALUAN AWAM SAHAJA
Dikenakan hukuman buang daerah.

MEMBUNUH TANPA MERAMPAS HARTA
Dikenakan hukuman bunuh dan disalib/
tanpa disalib.

MAKLUMAT LANJUT JENAYAH Syarat-syarat orang yang dirompak:
MENCURI DAN MEROMPAK.
Orang Islam Pemilikan sah
https://tinyurl.com/jenayahcuri atau dhimmi. harta yang
dimilikinya, harta
SCAN amanah atau
harta jaminan.

15 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

MEMBERONTAK

DALIL HUKUMAN:

DEFINISI ‫َوِاْن َط ۤإِى َفٰت ِن ِم َن اْلُم ْؤِم ِنْيَن اْقَتَتُلْو ا َفَاْص ِلُحْو ا َبْيَنُه َم ۚا‬
‫اُاْلْخٰرى َفَقاِتُلوا اَّلِتْي َتْبِغ ْي َحّٰتى‬ ‫ِاْحٰد ىُه َم ا َع ىَل‬ ‫َفِاْۢن َبَغ ْت‬
Bahasa: Menuntut sesuatu yang tidak ‫َفۤاَءْت َفَاْص ِلُحْو ا َبْيَنُه َم ا ِباْلَع ْدِل‬ ‫َاْم ِر ِهّٰللا َۖفِاْن‬ ‫َتِف ْۤيَء ِاىٰٓل‬
seharusnya dengan kejam atau
melampaui batas. ‫َوَاْقِس ُط ْو ا ِۗاَّن َهّٰللا ُيِح ُّب اْلُم ْق ِس ِط ْيَن‬

Syarak: Menentang pemerintah dengan Maksudnya: “Dan jika ada dua golongan dari
menggunakan kekuatan senjata. orang-orang Mukmin berperang maka
damaikanlah antara keduanya. Jika salah
satu dari keduanya berbuat aniaya
teerhadap golongan yang lain maka
perangilah golongan yang berbuat aniaya itu
sehingga golongan itu kembali kepada
perintah Allah. Jika golongan itu telah
kembali (kepada perintah Allah) maka
damaikanlah antara keduanya dengan adil
dan berlaku adillah, sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berlaku adil".

[Surah al-Hujurat 49:9]

SABITAN JENAYAH MEMBERONTAK

TIGA unsur penting dalam pensabitan
jenayah memberontak:

Perbuatan menderhaka.
Menentang pemerintah dan berusaha untuk
menggulingkannya/ enggan melaksanakan
kewajipan-kewajipan yang tidak dianggap
maksiat.

Penggunaan kekuatan dan kekerasan.
Melibatkan penggunaan kekuatan dan
kekerasan yang dapat menimbulkan huru-
hara dalam negara.

Niat jahat.
Berniat untuk memberontak dan menentang
pemerintah.

16 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman ke atas

Pemberontak

Hukuman jenayah ini dikuatkuasakan
terhadap penjenayah yang melakukan
penentangan terhadap pemerintah yang
adil. Dalam konteks ini, dalam sebuah hadis
riwayat Muslim, Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang datang kepada kamu dan

memerintah seorang lelaki supaya melemahkan

kekuatan kamu dan jamaah kamu, bunuhlah

mereka". (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan dalil surah al-Hujurat dan
hadis ini, maka, hukuman BUNUH adalah
disabitkan ke atas pemberontak yang
menentang pemerintah yang adil.




MAKLUMAT LANJUT Menderhakai pemerintah adalah haram
MENGKAFIRKAN PEMERINTAH
berlandaskan sabda Rasulullah SAW yang
https://tinyurl.com/pemberontakan
bermaksud:
"Sesiapa yang enggan mematuhi pemerintah.

sesungguhnya ia akan datang pada Hari
Akhirat tanpa hujah bagi pihaknya, dan
sesiapa yang mati dalam keadaan keluar dari
perkumpulan Muslimin, maka sesungguhnya ia
mati sebagai kematian jahiliyyah"

(Hadis Riwayat Muslim)

SCAN

17 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah DALIL HUKUMAN:

MURTAD ‫من بدل دينه فاقتلوه‬

DEFINISI Maksudnya:
“Sesiapa yang menukar agamanya
Bahasa: Bererti orang yang kembali. hendaklah kamu bunuh dia".
Syarak: Keluar daripada Islam.
[Riwayat oleh al-Bukhari :2854]

SABITAN JENAYAH MURTAD

DUA unsur penting dalam pensabitan
jenayah murtad:

Keluar daripada Islam.
Bererti tidak lagi mempercayai Islam sama
ada dengan perbuatan, perkataan atau
iktikad.

Niat jahat.
Perlu wujud niat bagi memaksudkan
perbuatan kufur.

JUMHUR ULAMA:

Lebih disukai memberi peluang kepada orang
murtad kembali kepada ajaran Islam. Sekiranya dia
menerima untuk kembali, dia dialu-alukan jika tidak,
dia akan dibunuh berdasarkan hadis Rasulullah
SAW.
Adalah diwajibkan menyuruh orang murtad
bertaubat sebanyak tiga kali sebelum dibunuh.

18 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman ke atas

Orang Murtad

Hukuman asal terhadap jenayah murtad
ialah BUNUH. Hukuman ini wajib
dilaksanakan terhadap pesalah lelaki,
perempuan, muda atau tua. Sabda Nabi
Muhammad SAW:

‫َال َيِح ُّل َدُم اْم ِرٍئ ُم ْس ِلٍم َيْش َه ُد َأْن َال ِإَلَه ِإَّال ُهَّللا َوَأِّني‬
‫ الَّنْف ُس ِبالَّنْف ِس َوالَّثِّيُب‬: ‫َرُس وُل ِهَّللا ِإَّال ِبِإْحَدى َثَالٍث‬
‫الَّزاِني َواْلَم اِرُق ِم ْن الِّديِن الَّتاِرُك ِلْلَجَم اَع ِة‬.

Syarat - Syarat Sah Murtad Maksudnya: "Tidak dihalalkan darah seorang
Muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan
Ulama bersepakat mengenakan D
UA selain Allah dan bahawasanya aku adalah
Rasulullah melainkan salah satu dari tiga
syarat bagi kesahihan riddah atau murtad perkara; membunuh, penzina yang sudah
bernikah dan orang yang meninggalkan
iaitu: agamanya serta memisahkan diri dari jamaah
(umat Islam)".

[Riwayat al-Bukhari: 6878]

Berakal
Walau bagaimanapun, terdapat

Tidak sah murtad atau riddah bagi orang

gila, kanak-kanak, mabuk atau hilang akal pandangan ulama yang menyatakan

kerana ianya berhubung dengan iktiqad bahawa pesalah hendaklah disuruh

dan niat. bertaubat, sekiranya enggan barulah

hukuman bunuh dilaksanakan.

Pilihan Sendiri atau Suka Rela


Tidak sah orang yang dipaksa atau MAKLUMAT LANJUT TENTANG
HUKUMAN MURTAD.
terpaksa tetapi hatinya tetap beriman.

https://tinyurl.com/hukummurtad

SCAN

19 | Hukum Jenayah Islam

BAB

QISAS & DIAT

PerbincanQgiasans tdeanntanDg iJat enayah

Takrif Qisas:

Hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah
hukumannya di dalam al-Quran dan hadis yg wajib dikenakan ke
atas penjenayah yang disabitkan kesalahannya di mahkamah.
Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas nyawa),
melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan
mencederakan.

HUKUMAN, KESEKSAAN YANG SAMA

20 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman danKesalahan

QISAS & DIAT

Qisas dan Diat merujuk kepada hukuman atau keseksaan yang

bentuknya telah ditentukan oleh syarak dan dilaksanakan bagi

tujuan menjaga kepentingan individu.

Kesalahan-kesalahan Qisas dan Diat Kesalahan-kesalahan yang dikenakan
ialah kesalahan-kesalahan yang telah hukuman Diat pula ialah kesalahan-
ditentukan secara terperinci oleh kesalahan Qisas yang dimaafkan atau
syarak. hukumannya tidak dapat dilaksanakan
Keseksaan bagi kesalahan-kesalahan kerana sebab-sebab syarie, kesalahan
Qisas boleh berubah jika diberi membunuh dengan separuh sengaja,
pengampunan. membunuh dengan tidak sengaja dan
kesalahan-kesalahan mencedera atau
melukakan dengan tidak sengaja.

BAHAGIAN JENAYAH QISAS:
Membunuh
Memukul/ mencedera
Menggugurkan kandungan

21 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

MEMBUNUH

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Merujuk kepada perbuatan manusia yang

boleh menghilangkan nyawa manusia. Maksudnya: "Dan tidak patut bagi seorang yang

beriman membunuh seorang yang beriman (yang lain),

Terdapat pelbagai pandangan dalam kecuali karena tersalah (tidak sengaja). Barangsiapa

membunuh seorang yang beriman karena tersalah
kalangan fuqaha yang menjelaskan jenis- (hendaklah) dia memerdekakan seorang hamba
jenis pembunuhan. Ada yang
sahaya yang beriman serta (membayar) tebusan yang

membahagikan pembunuhan kepada diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh itu),

dua, tiga, empat dan lima kategori. Di kecuali jika mereka (keluarga si terbunuh)

dalam perbincangan ini kita hanya membebaskan pembayaran. Jika dia (si terbunuh) dari

membahaskan TIGA kategori kaum yang memusuhimu, padahal dia orang beriman,

pembunuhan sahaja iaitu: maka (hendaklah si pembunuh) memerdekakan hamba
1.Membunuh dengan sengaja sahaya yang beriman. Dan jika dia (si terbunuh) dari
2.Membunuh dengan separuh sengaja kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka
3.Membunuh dengan tidak sengaja dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh)
membayar tebusan yang diserahkan kepada

keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba

sahaya yang beriman. Barangsiapa tidak

mendapatkan (hamba sahaya), maka hendaklah dia (si

pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai

tobat kepada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui,

Mahabijaksana".

[Surah al-Nisa 4:92]

HUKUMAN JENAYAH MEMBUNUH

Hukuman ke atas jenayah membunuh terbahagi
kepada TIGA hukuman iaitu hukuman asal,
hukuman alternatif dan hukuman berbangkit.
Walau bagaimanapun, di dalam penulisan ini
diterangkan mengenai hukuman asal sahaja.

Hukuman atas jenayah membunuh dengan
sengaja: Qisas dan Kiffarah.

Membunuh dengan separuh sengaja: Diat dan
Kiffarah.

Membunuh dengan tidak sengaja: Diat dan

Kiffarah. pn

22 | Hukum Jenayah Islam

JMenayEahMUKUL

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Merujuk kepada setiap perbuatan Maksudnya: "Dan tidak patut bagi seorang yang
jahat seseorang kepada pihak lain beriman membunuh seorang yang beriman (yang
yang tidak membawa kepada lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja).
kematian. Barangsiapa membunuh seorang yang beriman
karena tersalah (hendaklah) dia memerdekakan
Termasuk di bawah definisi jenayah ini seorang hamba sahaya yang beriman serta
juga ialah segala bentuk (membayar) tebusan yang diserahkan kepada
pencerobohan dan kejahatan seperti keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka
melukakan, memukul, menarik, (keluarga si terbunuh) membebaskan
menekan, memotong, mencabut dan pembayaran. Jika dia (si terbunuh) dari kaum
lain-lain yang seumpamanya. yang memusuhimu, padahal dia orang beriman,
Jenayah ini terbahagi kepada DUA maka (hendaklah si pembunuh) memerdekakan
iaitu: hamba sahaya yang beriman. Dan jika dia (si
terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian
1. Sengaja (damai) antara mereka dengan kamu, maka
2.Tidak sengaja (hendaklah si pembunuh) membayar tebusan
yang diserahkan kepada keluarganya (si
terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya
yang beriman. Barangsiapa tidak mendapatkan
(hamba sahaya), maka hendaklah dia (si
pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut
sebagai tobat kepada Allah. Dan Allah Maha
Mengetahui, Maha Bijaksana".

[Surah al-Nisa 4:92]

HUKUMAN JENAYAH MEMUKUL

Hukuman asal bagi jenayah
mencederakan/ memukul dengan sengaja
ialah hukuman Qisas. Sekiranya terdapat
halangan pelaksanaan Qisas maka diganti
dengan hukuman alternatif: Diat/ takzir.

Hukuman bagi jenayah mencederakan/
memukul dengan tidak sengaja: Diat.

23 | Hukum Jenayah Islam

Jenayah

MENGGUGURKAN
KANDUNGAN

DEFINISI DALIL HUKUMAN:

Jenayah ini dianggap berlaku apabila Maksudnya: "Dan janganlah kamu

berlaku apa sahaja yang membawa membunuh orang yang diharamkan Allah

kepada terpisahnya kandungan (membunuhnya), kecuali dengan suatu

daripada ibunya sama ada dalam (alasan) yang benar. Dan barang siapa

keadaan hidup atau mati. Walau dibunuh secara zalim, maka sungguh,

bagaimanapun, hukuman bagi Kami telah memberi kekuasaan kepada

keadaan tadi adalah berlainan. walinya, tetapi janganlah walinya itu

Jenayah ini boleh berlaku dengan melampaui batas dalam pembunuhan.

perbuatan orang lain atau ibu kepada Sesungguhnya dia adalah orang yang

kandungan itu sendiri. mendapat pertolongan".

Hukuman ke atas jenayah [Surah al-Isra` 17:33]
terhadap kandungan berbeza
mengikut keadaan/ natijah yang SABITAN JENAYAH MENGGUGURKAN
dihasilkan oleh perbuatan jahat KANDUNGAN

tersebut. LIMA keadaan yang menentukan hukuman
terhadap jenayah ini iaitu:

Kandungan berpisah daripada ibunya dalam
keadaan mati: Diat.

Kandungan berpisah daripada ibunya dalam
keadaan hidup dan kemudian mati oleh
perbuatan tersebut: Qisas.

Kandungan berpisah daripada ibunya dalam
keadaan hidup dan kemudian mati oleh sebab-
sebab lain dari perbuatan tersebut: Takzir.

Kandungan berpisah daripada ibunya/ berpisah
daripada ibunya selepas kematian ibu: Takzir.

Ibu mengalami kesakitan atau kecederaan yang
mungkin dapat disembuhkan/ boleh membawa
maut: Diat ke atas pembunuhan ibu, Diat kerana
menyebabkan keguguran.

24 | Hukum Jenayah Islam

BAB

TAKZIR

Perbincangan Tentang Jenayah Takzir

Takrif Takzir:

Sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya atau
bentuknya, dilaksanakan hukuman ini bagi menunaikan
hak Allah SWT dan hak manusia terhadap kesalahan-
kesalahan yang selain hukuman qisas, hudud, diat dan
kifarat.

HUKUMAN, BALASAN, PEMERINTAH.

25 | Hukum Jenayah Islam

Hukuman danKesalahan

TAKZIR

Takzir merujuk kepada hukuman atau keseksaan yang tidak
ditentukan secara terperinci oleh syarak dan dilaksanakan sama
ada untuk menjamin kepentingan individu atau kepentingan
masyarakat (hak Allah) dalam semua kes yang selain daripada kes-
kes Hudud dan Qisas.

Kesalahan-kesalahan Takzir ialah kesalahan-
kesalahan yang boleh dihukum dengan
hukuman atau keseksaan yang akan ditentukan
oleh pemerintah atau mahkamah dari semasa
ke semasa mengikut kepentingan yang perlu
dijaga.

INGAT!!! Hukuman Takzir merupakan suatu bidang

Pelaksanaan hukuman yang luas. Pemberian kuasa perundangan
HUDUD dan QISAS hanya
boleh dilaksanakan apabila kepada pemerintah bertujuan
memenuhi syarat-syaratnya.
Jika tidak, pesalah akan membolehkannya menyusun dan mengikat
dikenakan hukuman TAKZIR.
masyarakat dengan peraturan yang betul

demi keharmonian hidup bermasyarakat.

26 | Hukum Jenayah Islam

MAKLUMAT LANJUT Hukuman-hukuman
HUKUMAN TAKZIR
Takzir
https://tinyurl.com/takzir
Tujuan utama pelaksanaan hukuman
SCAN Takzir dalam syariat Islam ialah untuk
pencegahan, pengajaran, pemulihan dan
pendidikan. Oleh itu, sekiranya hukuman
Takzir yang dijalankan bercanggah
daripada tujuan tersebut maka ia
diharamkan. Antara jenis hukuman-
hukuman Takzir yang disediakan ialah;

HUKUMAN YANG MENGENAI
TUBUH BADAN

Hukuman mati.
Sebatan.
HUKUMAN YANG MENYEKAT
KEBEBASAN
Hukuman penahanan.
Buang daerah/ negeri.

HUKUMAN BERBENTUK HARTA
Bayaran ganti rugi.

HUKUMAN-HUKUMAN LAIN
Menyebut kesalahan dan
memberi nasihat.
Menghadirkan diri ke mahkamah.
Memberi ingat dan amaran.
Mencela.
Pemulauan.
Melucutkan jawatan.
Dan lain-lain hukuman yang
difikirkan wajar oleh pemerintah/
badan perundangan bagi
membanteras jenayah serta
dapat memberi pengajaran dan
menjaga kepentingan umum.

27 | Hukum Jenayah Islam

Bahagian-bahagian
Takzir Kesalahan-kesalahan Takzir
terbahagi kepada TIGA:
TAKZIR ATAS PERBUATAN

MAKSIAT 1. Takzir atas perbuatan
maksiat.
Para fuqaha membahagikan
2. Takzir untuk
kepentingan umum.

3. Takzir atas kesalahan-
kesalahan kecil.

maksiat kepada TIGA jenis:

Maksiat ertinya Maksiat yang mewajibkan

melakukan perkara- hukuman Had (Hudud).

perkara yang Maksiat yang hukumannya

diharamkan oleh syariat berbentuk Kiffarah (hukuman
Islam atau yang ditetapkan pada perkara-
meninggalkan perkara- perkara maksiat dengan tujuan
perkara yang untuk membersihkan diri
diwajibkannya. daripada dosa).

Maksiat yang tiada hukuman

Had dan tiada hukuman

Kiffarah.

TAKZIR UNTUK

KEPENTINGAN UMUM

Hukuman Takzir untuk kepentingan umum boleh
dikenakan ke atas pesalah dengan DUA syarat:

1.Telah melakukan perbuatan yang menyentuh
kepentingan/ maslahah umum.

2.Hukuman dikenakan untuk kepentingan umum.

TAKZIR ATAS Pn
KESALAHAN-KESALAHAN KECIL

Para fuqaha bersetuju pada asasnya hukuman
Takzir dikenakan terhadap pesalah yang
melakukan perkara-perkara yang haram dan
meninggalkan perkara-perkara yang wajib.

28 | Hukum Jenayah Islam

Dah abis baca?


JomU.J.I MINDA
ANDA...

Setiap Uji Minda mengandungi 15 soalan. "Bukankah tidak ada balasan bagi
E-Sijil akan diberikan kepada pelajar yang amal yang baik, melainkan balasan
dapat menjawab 85% daripada soalan yang baik juga?"
dengan betul.
Ar-Rahman 55:60

Uji Minda 1

https://tinyurl.com/UjiMindaSatu

Uji Minda 2

https://tinyurl.com/SoalanujiMinda2

29 | Hukum Jenayah Islam

Soal Jawab
Isu 1: Isu Hukum Jenayah Islam

Mencuri Ketika Belum Baligh

Saya ada soalan yg telah lama terbuku di hati. harap ada yg sudi menjawabnya.
Semasa saya masih kanak2 berusia 12 tahun, saya seorang yang nakal, kerana saya berasal dari
keluarga miskin, saya pernah mencuri wang guru saya untuk membeli makanan, ambil makanan di
kantin sekolah tanpa bayar pun ada. Sekarang saya berusia 23 tahun dan masih segar dalam ingatan
saya tentang orang2 yang telah saya curi wangnya. walaupun tidaklah byk dalam tak sampai 10
ringgit kot tapi ia masih menghantui saya, Pada masa tu saya pun tak pasti sama ada saya sudah
baligh ataupun belum. Soalan saya ialah, apakah saya wajib memohon maaf kepada semua mereka n
mintak halal akan segala yg telah saya makan dari sumber yg haram itu. buat masa ini saya masih tak
punya kekuatan untuk melakukan demikian. Namun begitu, saya akan lakukan dan memohon
kekuatan dari Allah swt seandainya dosa lampau saya ini boleh menjerumuskan saya dalam jurang
neraka yg amat saya takuti. Sekian, jazakallahu khaira.

Jawapan:
Seorang kanak-kanak yang belum baligh, jika mencuri dia tidak dikenakan apa-apa hukuman. Dan tidak
ada dosa baginya kerana Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Diangkat qalam (tidak dihukum mukallaf) daripada tiga orang; orang gila sehingga dia sedar,
orang yang tidur sehingga dia bangun, dan kanak-kanak sehingga dia baligh.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4403) dan lain-lain.

Tetapi barangan yang dicuri mestilah dipulangkan balik, samada oleh walinya jika walinya
mengetahui, ataupun jika dia sudah baligh maka dia sendiri yang memulangkannya. Kerana ia berkait
dengan DHAMAN iaitu menggantikan hak orang lain. Dimaklumi dalam syarak bahawa urusan dhaman
tidak disyaratkan seseorang itu mukallaf.

Maka, perasaan ragu-ragu samada ketika dia mencuri adakah dia belum baligh atau sudah baligh
tidak memberi apa-apa erti. Kerana, samada baligh atau tidak baligh, dhaman (ganti rugi) hak orang lain
tetap wajib. Wallahu A'lam.

Isu 2: IngiinSsuctaashnoaudllijesabinwiiha..b.l.a.?njut

Zina Yang Terlepas Dari Hukuman

Berdasarkan hukum berzina bagi yang belum berkahwin disebat sebanyak 100 kali,

Bagaimana pula mereka yang telah terlanjur? Maksud saya dalam konteks

perlaksanaam undang-undang syariah di Malaysia. Sekiranya terlepas daripada

hukuman dan penzina tersebut mahu kembali ke pangkal jalan apa yang patut dia

lakukan?? Mohon pencerahan daripada panel....shukran jazilan.

Jawapan:
Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah termasuk kesalahan zina mengikut peruntukan undang-
undang syariah di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan undang-undang seperti berikut :
“Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu
(RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali”

Berdasarkan kepada keadaan semasa di Malaysia yang tidak menggunapakai peruntukan
undang-undang Islam sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan as-Sunah Rasulullah SAW,
maka dalam keadaan sebegini , segalanya terserah kepada Allah swt untuk menentukannya..

Apa yang perlu dilakukan ialah hendaklah segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-
sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali
melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa
sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan
menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada
istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Rujuk kepada maksud Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 68 , 69 dan 70.

Sumber: https://sites.google.com/site/hukumjenayah/konsep-membanteras-jenayah-dalam-islam

30 | Hukum Jenayah Islam

KESIMPULAN

Kebejatan akhlak dalam kalangan masyarakat hanya dapat
dipulihkan dengan mengembalikan sistem perundangan dan hukum
jenayah Islam pada tempatnya. Umat Islam perlu diberi pendidikan
keimanan yang sempurna agar sentiasa berusaha untuk
memperjuangkan martabat perundangan Islam.

Segala usaha untuk merealisasikan impian ini bermula dengan
kefahaman dan ilmu pengetahuan yang tulen. Justeru, menjadi suatu
keperluan bagi generasi muda hari ini mempelajari Hukum Jenayah
Islam sebagai satu persediaan untuk menjunjung syariat ini dalam
kehidupan.

Umat Islam perlu yakin bahawa hanya perundangan Islam yang
dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan bagi sekalian
makhluk. Hal ini kerana, matlamat sistem perundangan dan hukum
jenayah Islam bukan sekadar menjatuhkan hukuman tetapi bertujuan
sebagai pencegahan, pendidikan, pemulihan dan ganti rugi terhadap
jenayah yang dilakukan.

Semoga kefahaman yang ada ini akan mendorong umat Islam
untuk memahami hikmah di sebalik pensyariatan hukum jenayah
Islam dan berusaha untuk memastikan seluruh aktiviti kehidupan
dikembalikan kepada syariat Islam. Umat Islam perlu serius dalam
merealisasikan Islam sebagai ad-Deen dalam segenap urusan
kehidupan dan berusaha sedaya mampu untuk membumikan syariat
Allah SWT.

#membumikantitahlangit

31 | Hukum Jenayah Islam

RUJUKAN

Abu 'Urwah (2001). Sistem-sistem Islam Satu Analisis Perbandingan. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.



Al-Khin, Mustofa, Al-Bugho, Mustofa, Asy-Syarbani, Ali (2005). Kitab Fikah

Mazhab Syafie. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ismail Kamus ( 2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur. Telaga Biru

Snd. Bhd.

Muhammad Fathi Yusof.(2018). Undang-undang Jenayah Islam. Dimuat

turun daripada http://syariah.johor.gov.my/wp-

content/uploads/2018/03/Undang-Undang-Jenayah-Islam.pdf



Paizah Ismail (1991). Undang-undang Jenayah Islam. Petaling Jaya: Tradisi

Ilmu Sdn. Bhd.

Ridzuan Hashim, Juanda Jaya, Azizi Ismail, Mohd Asri Hashim dan Salehan

Ayub (2010). Kitab Fiqah Mazhab Syafie Jilid 8. Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Sdn. Bhd.

Wahbah al-Zuhaili (1997). Fiqh dan Perundangan Islam Jilid vi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

....................(2015). Hudud Satu Penjelasan. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),

Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia

......................(2015). Enakmen 13 Tahun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ii)

1993. Dimuat turun daripada:

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_E

nact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/24a29cf8deef159a4825

801300194fa2?OpenDocument.

Luqman Tarmizi (21 September 2018). Bayann linnas 148: Polimik Sebatan

Syariah di Terengganu dimuat turun dari

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2616-bayan-linnas-148-

polemik-sebatan-syariah-di-terengganu

Gambar dirujuk dari web freepic dan ruangan elements dari

canva.education.

Azhar Idrus. (2013). Murtad dan taubat [Video]. YouTube.

https://youtu.be/hvDHxsvGIsc

32| Hukum Jenayah Islam

Falsafah Jenayah.



" Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk
dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin
keadilan dan keselamatan ummah".

Politeknik Ungku Omar

Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi

31400 Ipoh, Perak.



Tel: 605-5457656 / 7622
Faks: 605-5471162

E-Mail: [email protected]
Laman web: http://www.puo.edu.my


Click to View FlipBook Version