E-FOLIO
MPU 23032 PENGAJIAN ISLAM
SESI JUN 2020
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
VIRAL MENJATUHKAN MARUAH DIRI
NAMA NO. PENDAFTARAN
NUR AINA SHAFIQAH BINTI MOHD ZAMANI 01DIP14F2023
YANG NUR HARISSA BINTI ARIFFIN 01DIP14F2034
OLEH: 01DIP14F2039
01DIP14F2047
ELYSA BINTI MUHAMMAD FUAD FOO 01DIP14F2030
NURUL HIDAYAH BINTI JO HARI
AIN HIDAYU BINTI SANI
PENSYARAH: PN. WAN NORINA BT WAN HAMAT
Seperti yang kita tahu tabiat tular menular dikalangan rakyat Malaysia ini sudah menjadi sebati sejak semakin
membangunnya teknologi IT di zaman ini. Rakyat hanya tahu menular tanpa usul periksa dari sumber yang sah. Ia juga
merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi di negara kita. Namun dalam masyarakat hari ini, tabiat ini sudah tidak
P boleh dihindari. Apabila sesorang itu mendapat berita berita dari rakan rakannya, beliau akan segera menularkannya ke
E dalam media social tanpa memeriksa jika berita berit itu sahih atau pun palsu.
N Seterusnya tabiat ini juga bukan sahaja diterapkan dalam remaja remaja yang kerap bersama telefon pintar mereka, tabiat
ini juga membabitkan golongan golongan dewasa. Bagi golongan yang dikatakan selalu menggunakan facebook, mereka
G tidak lari dari tabiat ini. Ada sahaja berita berita panas, mereka laju menekan butang “share” di kaca skrin telefon mereka.
E
N Tabiat ini boleh ditafsir dalam berbagai aspek, bukan sahaja dari segi berita yang tidak sahih, malah juga boleh dari segi
video video yang tidak sepatutnya ditular. Seperti yang kita sering perdengarkan, video video remaja remaja gelek, remaja
A berbasikal lajak, ini semua tidak sepatutnya ditularkan ke dalam media social mereka. Mereka beranggapan dengan
L menularkan diri mereka, mereka akan menjadi terkenal tanpa berasa malu dengan aksi aksi mereka.
A Akhir kata, tabiat ini harus dihentikan oleh pihak berkuasa atau pihak yang berkenaan. Seperti penyebaran berita berita
palsu, pihak berkuasa perlu memertikan mereke yang menyebar berita palsu dan yang tidak sahih sama seakli. Hal ini
N kerana, pihak berkuasa sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengenakan mereka denda dan mereka akan berasa lebih
takut untuk menyebarkan berita yang tidak sahih lagi. Justeru, tabiat ini dapat dikawal dan tidak akan berlaku lagi.
OBJEKTIF
Mengenal pasti punca-punca berlakunya budaya
penularan video dalam kalangan masyarakat.
Mengenal pasti kesan utama apabila berlakunya
penularan video.
Mencari langkah penyelesaian masalah bagi
membendung budaya penularan video.
ISI KANDUNGAN
KAMI AKAN KUPASKAN APA YANG ADA DIBAWAH
01 ISU-ISU 03 APA KESANNYA??
Artikel-artikel yang menunjukkan isu- Mengupas kesan-kesan tular kepada
isu tular yang melanda negara kita kita semua
02 APA PUNCANYA? 04 ADA KE CARA NAK ATASI??
Faktor bagaimana budaya tular ini Insyaallah ada.
terjadi
ISU-ISU
Artikel-artikel panas yang
tersebar di media massa
4 Remaja Ditahan Kes Tular Pijak Al-Quran
ARTIKEL 1
KENAPA -Kota Bharu 19 Julai, empat remaja perempuan berusia 17
PIJAK tahun ditahan berhubung kes video tular perbuatan biadab
AL- memijak al-Quran di sekitar kampong di Tanah Merah.
Semua suspek direman sehingga 21 Julai bagi membantu
QURAN? siasatan mengikut Seksyen a 295 Kanun Keseksaan.
Remaja tersebut telah dipaksa oleh rakannya untuk berbuat
sedemikian gara-gara bimbang akan keselamatan dirinya.
Klip rakaman video tersebut kemudian tular di media social
sejak semalam.
Guru dikasari waris pelajar di Bachok
ARTIKEL 2
GADUH- Menerusi rakaman video itu, lelaki yang berbaju hitam
GADUH memarahi dan mengajak guru itu supaya menyelesaikan
MACAM masalah mereka di luar sekolah sambil mengeluarkan kata-
BUDAK- kata kesat.
BUDAK Bagaimanapun, guru itu enggan keluar dari kawasan
sekolah dan mahu menyelesaikan masalah mereka di situ.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang pelajar
sekolah juga ahli keluarga lelaki itu digantung persekolahan.
Lelaki itu mendakwa tidak mendapat surat daripada pihak
sekolah, namun guru berkenaan memaklumkan sudah
memberi surat kepada pelajar terbabit. Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin
Raja Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sebarang
laporan berhubung kejadian itu. “Kita sedang membuat
semakan kes itu yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah
di Gunung,” katanya.
TULAR VIDEO EXCO ‘BERGADUH’
ARTIKEL 3
KECEK Seorang exco Pertanian dan Asas Tani bertindak
MOLEK menggunakan bahasa yang kesat kepada sekumpulan
orang awam dan pengayuh beca semasa melawat beberapa
BOH! kawasan perniagaan yang bermasalah di kawasan Menara
Taming Sari.Exco tersebut mendakwa terdapat perselisihan
faham yang berpunca daripada salah seorang pengayuh
beca merakam percakapan exco tersebut.Selain itu,beliau
juga mendakwa bahawa hanya sebahagian daripada
percakapannya ditularkan di media sosial ketika membuat
laporan kepada pihak berkuasa.
“Aksi Ngeri ‘Adiwira’: Pemandu Ditahan Reman, Kereta Dirampas Polis”.
ARTIKEL 4
INI BARU -Pasir Gudang, Bapa kepada salah seorang kanak – kanak
FLY MACAM yang berpaut pada bumbung kereta sambil melakukan aksi
SUPERMAN ala ‘Superman’ sehingga tular di media social akhirnya
ditahan reman selama dua hari. Bermula dengan sekadar
suka – suka bagi memenuhi permintaan anak untuk beraksi
seperti adiwira, lelaki itu tidak meyangka apabila menjadi
buruan polis, malah berdepan hukuman penjara serta Toyota
Vios miliknya yang digunakan dalam kejadian itu turut
dirampas oleh pihak polis.
PUNCA
BAGAIMANAKAH perkara
seperti ini boleh terjadi?.
PENGARUH RAKAN SEBAYA
FAKTOR PERTAMA
MACAM NI Apabila tiada lagi kawalan dan remaja bebas bergaul
KE dengan sesiapa sahaja serta bebas berkeliaran di sekitar
pecan dan Bandar, ia juga akan membuka pintu kepada
MEMBER? pengaruh-pengaruh negatif dalam mempengaruhi kehidupan
remaja. Malah ada rakan-rakan sebaya yang memaksa dan
menekan remaja yang asalnya baik dan tidak bermasalah,
untuk melakukan perkara-perkara negatif. Sebagai contoh,
kes remaja dipaksa untuk memijak al-Quran dan tular klip
rakaman videonya di social media. Remaja yang terjebak
dalam masalah ini akan kurang keyakinan diri, mudah
dipergunakan dan gagal membina jati diri akibat terikut-ikut
dengan pengaruh sekeliling sehingga sanggup melakukan
perbuatan negatif termasuk mengambil minuman keras,
berjudi, terjebak dalam budaya LGBT dan sebagainya.
Hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak.
FAKTOR KEDUA
SENANG Kebiasaannya,isu-isu yang tular di media massa ini berpunca
CITER,BUDAYA daripada salah faham masyarakat yang tidak mendengar
MEMBAWANG cerita ataupun kisah yang sebenar daripada kedua-dua belah
pihak.Akibatnya,masyarakat mula memngambil keputusan
melulu sekaligus memburukkan nama mangsa yang
terlibat.Seharusnya,kita tidak perlu membuat andaian
mahupun penilaian kepada sesuatu isu jika kita belum
mengetahui hal yang terjadi. Selain itu, pelaku kebiasaannya
menularkan perkara-perkara seperti ini hanya kerana
inginkan populariti di media sosial seperti facebook dan
twitter.Hal ini bertambah buruk apabila individu-individu yang
berpengaruh juga memberi tanggapan sendiri berdasar klip
atau berita yang tular sehingga menyebabkan isu ini
diperbesarkan dan ditokok tambah..
Inginkan Populariti Di Media Sosial
FAKTOR KETIGA
DASAR Selain itu, pelaku kebiasaannya menularkan perkara-perkara
ATTENTION seperti ini hanya kerana inginkan populariti di media sosial
SEEKERS! seperti facebook dan twitter. Hal ini bertambah buruk apabila
individu-individu yang berpengaruh juga memberi tanggapan
sendiri berdasar klip atau berita yang tular sehingga
menyebabkan isu ini diperbesarkan dan ditokok tambah.
KESAN
APA KESAN BUDAYA INI
KEPADA KITA DAN
MASYARAKAT?.
Akhlak tercemar
KESAN PERTAMA
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat
sesuci kain putih yang tiada kotornya, ianya terpulang pada
seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya. Bagi seseorang yang bergelar muslim
terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi
dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada
Allah. Sebaliknya kebanyakan remaja muslim pada hari ini
tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya
memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat
dinafikan juga kesan ini akan memberikan impak yang
mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Menjatuhkan imej sesuatu pihak
KESAN KEDUA
TAK Tabiat menularkan berita ini memberi kesan yang mendalam
PASAL-PASAL kepada masyarakat dan magsa. Ditambah lagi, jika bahan
yang ditularkan itu ditokok tambah dengan maklumat tidak
MEMBER benar. Misalnya, tindakan pihak tertentu menyebarkan video
MALU yang boleh memburukkan imej seseorang individu. Bahan
sedemikian juga boleh memburukkan imej institusi apabila
sesuatu yang diviralkan itu melibatkan nama institusi yang
sepatutnya tidak disebarkan. Jika hal sedemikian berlaku,
video dan mesej terbabit akan memberi impak negatif
kepada pandangan masyarakat terhadap institusi terbabit di
samping sesuatu institusi akan dipandang serong oleh
masyarakat luar.
Menganggu mental mangsa
KESAN KETIGA
DEPRESSION Tabiat menularkan berita ini memberi kesan yang mendalam
IS NOT A JOKE kepada masyarakat dan juga mangsa.Bayangkan kesan
yang akan terjadi kepada mangsa berita tular apabila perkara
yang ditularkan itu tidak benar tapi dipercayai
masyarakat.Hal ini kerana perbuatan menularkan berita yang
palsu ini akan memberikan kesan kepada mental mangsa
disebabkan nama mangsa sudah buruk dimata masyarakat
sekaligus mencemarkan maruah diri dan keluarga.Perkara ini
akan menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan
sekaligus boleh mengakibatkan mangsa membunuh diri
kerana terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling yang
memulaukannya selepas berlakunya penularan berita
itu.Selain dari membunuh diri,ia juga akan menyebabkan
mangsa tidak dapat melakukan rutin harian dengan tenang
dan sempurna kerana terlalu asyik memikirkan masalah yang
ditularkan.
Malu Dan Hilang Harga Diri
KESAN KEEMPAT
BADUT ALAM Dalam mengejar populariti dalam media social, betapa ramai
MAYA
masyarakat yang sanggup viral dengan mengetepikan rasa
malu dan harga diri. Lebih parah apabila ada pihak yang
menegur , wujudnya respon seperti “Jangan terlalu kolot”,
“Buat ini sekadar suka-suka “, dan “Jika tidak suka jangan
tengok”. Secara jujurnya, ia bukan sekadar merosakkan
akhlak malah akidah umat islam pu tercela.
LANGKAH
MENGATASI
SEBELUM MAKIN PARAH,BAIK KITA
HALANG SELAGI BOLEH
Mengadakan Kempen Kesedaran
LANGKAH PERTAMA
INI TUGAS Tabiat tular-menular ini amatlah bahaya jika dibiarkan menjadi kebiasaan
SEBENAR didalam institusi masyarakat kita.Semakin biasa tabiat tular ini mengalir di
“INFLUENCER” dalam komuniti,semakin banyaklah berita-berita yang tidak benar tersebar
dengan cepat.Hal ini kerana,berita disebarkan menggunakan media massa
pada zaman teknologi ini.Tambahan pula,sikap masyarakat Malaysia yang
gemar berkongsi berita tanpa menyelidik cerita penuh sesuatu isu itu.Oleh
itu,pihak kerajaan mahupun NGO ataupun masyarakat sendiri perlulah
mengadakan kempen samaada berbentuk fizikal ataupun kempen melalui
media massa mengenai bahayanya menularkan berita yang belum tentu
sahih.Contohnya,neti zen boleh berkongsi kesan-kesan apabila sesuatu
berita yang tidak benar itu ditularkan.Lebih berkesan jika “media social
influencer” turut serta menyebarkan keburukan menularkan berita palsu ini
kerana mereka mempunyai bilangan pengikut yang ramai sekaligus kempen
tersebut lebih mudah disampaikan kepada masyarakat.
Mewujudkan Portal Untuk Menyemak Sebelum Berkongsi Berita Yang Tidak
Ditentukan Kesahihannya
LANGKAH KEDUA Tabiat tular-menular bukanlah sepenuhnya perkara yang buruk. Bergantung
kepada cara dan kaedah di dalam komuniti dalam menentukan mana yang
TAK BAIK TAU betul dan mana yang salah sebelum menyebarkan sesuatu perkara
SEBAR BERITA
.Tambahan pula, masyarakat Malaysia merupakan negara yang perihatin
PALSU NI! untuk berkongsi berita dan isu-isu semasa kepada masyarakat sekeliling itu.
Oleh itu , satu platform Sebenarnya.my telah ditubuhkan bagi rakyat
Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan
kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media
sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-
lain.Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam
talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat
ditangani dengan berkesan.
Perhatian Ibu Bapa Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak habiskan
masa di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih
LANGKAH KETIGA sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya
kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan
INGAT AWEK JE membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya,
NAK anak-anak remaja amat memerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi
kehidupan yang semakin mencabar.
ATTENTION?ANAK
PON NAK
Bijak Kawal Situasi Bagi menangani isu viral ini, penyampai ingin mengesyorkan individu atau
organisasi yang menghadapinya supaya bijak mengawal situasi, termasuk
LANGKAH KEEMPAT mengawal kawalan diri. Hendaklah kita mendefinisikan masalah sebenar dan
menetapkan strategi komunikasi dalam usaha menyampaikan makumat yang
SABAR ITU cepat dan tepat kepada masyarakat atau khalayak ramai. Di samping itu,
SEPARUH DARIPADA perlu mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebagai bukti dan benteng
dalam memperjelaskan sesuatu isu. Jangan emosional atau cepat melatah.
IMANNN Seterusnya, perlu menubuhkan pasukan pengurusan krisis yang berada
dalam keadaan siapsiaga walaupun individu. Yang penting ialah satu tindakan
proaktif dan bermatlamat untuk menyediakan platform yang sesuai supaya
semua pihak dapat memahami dan mengatasi masalah secara bersama.
K
Penularan berita baik yang benar mahupun palsu amatlah sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini.
E Ianya selalu memberi kesan yang buruk daripada baik kepada mangsa dan ini boleh mengakibatkan banyak masalah
S terhadap mangsa dari segi mental mahupun fizikal. Dari segi mental, mangsa akan mengalami kemurungan dan akan
mengurangkan penglibatan diri dari bergaul dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga terdekat. Dari segi fizikal pula,
I mangsa akan mula menyakiti diri akibat kemurungan dan akhirnya akan mencuba untuk membunuh diri. Ini semua adalah
sedikit sebanyak kesan daripada penularan berita.
M Jelasnya, gejala penularan berita ini sebaik-baiknya perlulah dielakkan bagi menjaga kemaslahatan umat Islam mahupun
P rakyat Malaysia sekaligus. Islam sebagai agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia telah pun
menyediakan platform tabayyun yang tepat untuk mengelak gejala penularan berita tidak sahih. Ini bermaksud kita sebagai
U orang mukalaf bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan yang kita lakukan oleh anggota pancaindera termasuk
L perbuatan hati. Kita tidak boleh berburuk sangka yang datang daripada hati. Apatah lagi menyebarkan berita tidak ada
kepastiannya oleh tangan-tangan kita yang sudah tentu ada balasan buruknya.
A
N
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ITU SAHAJA DARI KAMI
LAMPIRAN