The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wnnorina, 2020-11-16 03:35:14

Keruntuhan Akhlak masa kini

keruntuhan akhlak

E-FOLIO

PENGAJIAN ISLAM (MPU23032/12)
SESI JUN 2020

JABATAN PERDAGANGAN
KELAS: DAT2A

NAMA NO. PENDAFTARAN
NURUL HANA BINTI ABDULLAH 01DAT19F2011
01DAT19F2016
AIN NAJWA BINTI AZHAR 01DAT19F2042
MUHAMMAD ABU TAHIR BIN SAHUL HAMID

PENSYARAH: PUAN WAN NORINA BINTI WAN HAMAT
1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
Perakuan Pelajar 3
Penghargaan 4
Pengenalan 5
Objektif 5
Ringkasan Artikel 6
Punca-punca Terjadinya Keruntuhan Akhlak dalam Negara 9
Kesan-kesan Keruntuhan Akhlak 13
Langkah-langkah Mengatasi Gejala Keruntuhan Akhlak dalam Negara 15
Kesimpulan/Penutup 17
Carta Gantt 18
Jadual Pengurusan Kumpulan 19
Rujukan 20
Lampiran 21

2

PERAKUAN PELAJAR

“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya kami telah
jelaskan sumbernya”

1. Tandatangan : NurulHana

Nama : Nurul Hana Binti Abdullah

No. Pendaftaran : 01DAT19F2011

2. Tandatangan : AinNajwa

Nama : Ain Najwa Binti Azhar

No. Pendaftaran : 01DAT19F2016

3. Tandatangan : AbuTahir

Nama : Muhammad Abu Tahir Bin Sahul Hamid

No. Pendaftaran : 01DAT19F2042

3

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, segala puji-
pujian hanyalah bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan limpah kurnia Allah SWT akhirnya projek
ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati dan
dirahmati-Nya.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kursus MPU 23032
iaitu Ustazah Wan Norina Binti Wan Hamat diatas kesudian memberi pandangan, bimbingan, panduan,
tunjuk ajar dan juga memberi bahan rujukan bagi menyiapkan kajian yang dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang sentiasa memberi
dorongan dan galakan untuk menyiapkan projek ini. Ternyata sokongan daripada mereka membuatkan
kami lebih bersemangat untuk menyiapkan projek ini walaupun pada mulanya agak susah bagi kami.
Namun Alhamdulillah, berkat usaha dan sokongan daripada kesemua pihak telah berjaya membuahkan
hasil karya daripada kami.

Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan
teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.
Sekian, terima kasih.

4

1.0 PENGENALAN
Perkataan akhlak dari segi terminologi bermaksud tingkah laku seseorang yang didorong oleh
suatu keinginan secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik. Prof. Dr. Ahmad Amin
dalam bukunya ‘Etika Ilmu Akhlak’ merumuskan pengertian akhlak sebagai : “Akhlak ialah suatu
ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh
setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam
perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat”.
Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang sangat meruncing sekarang. Pelbagai insiden
yang tidak diingini berkaitan dengan masyarakat tanpa mengira usia di negara ini sering
didedahkan di media massa mahupun di hadapan mata masyarakat.
Sebagai contoh, pada 29 Julai 2010, sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar
nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri
Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi (pada ketika itu) berkata,12 daripadanya berlaku di sekolah luar
bandar dan 9 di kawasan bandar.
Kesihatan moral haruslah kita titik-beratkan tidak kira dalam kalangan warga belia mahupun warga
dewasa kerana akhlak sesebuah masyarakat merupakan imej kepada sesebuah negara. Kita akan
membincangkan isu sosial dengan menekankan punca-punca yang membawa kepada wujudnya
masalah ini, langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi mengatasi
masalah ini dan juga kesan-kesan gejala keruntuhan akhlak kepada individu, masyarakat serta
negara yang tercinta.

2.0 OBJEKTIF
Objektif utama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini adalah untuk:

2.1 Mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak dalam negara
2.2 Menumpukan kepada punca-punca yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja
dalam negara
2.3 Memperlihatkan kesan-kesan gejala keruntuhan akhlak kepada semua pihak
2.4 Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengurangkan gejala keruntuhan akhlak dalam
negara

5

3.0 RINGKASAN ARTIKEL
Isu keruntuhan akhlak ini banyak dibicarakan terutama dalam media sosial. Ruangan ini akan
membincangkan 3 artikel berkaitan topik ini. Antara artikel yang dijumpai adalah seperti berikut:-

3.1 Hak Kebebasan Yang Disalah Erti
Apa yang berlaku pada masa kini adalah penglibatan belia, termasuklah belia di institusi
pengajian tinggi, dalam permasalahan akhlak yang menyimpang daripada nilai-nilai ke-Timur-an
dan prinsip Islam, walaupun pada hakikatnya mereka telah dipupuk dengan nilai-nilai murni serta
pengajaran Islam yang indah sejak dari kecil lagi. Bukan sahaja belia, namun pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab turut berusaha untuk menghasut masyarakat kita untuk terpesong dari
landasan ajaran Islam yang benar dan mengikuti nilai-nilai dan perlakuan negara barat yang
tidak senonoh.
Agama Islam itu menyeluruh. Islam tidak menghalang umatnya untuk bersuara demi hak
kebebasan diri namun begitu, umat Islam juga tidak boleh menyuarakan sesuatu yang boleh
menjatuhkan imej Islam dan melanggar syariat Islam. Sebagai contoh, ideologi liberialisme yang
tidak masuk akal dan melanggar perintah Allah SWT seperti melakukan hubungan homoseksual
atau ingin menukar jantina diri.
Kerajaan juga pernah mengharamkan buku Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam
in a Constitutional Democracy yang dihasilkan oleh kelompok liberal G25 di mana konten buku
ini adalah bertujuan untuk memecah-belahkan agama Islam. Golongan liberal ini juga boleh
dikatakan sebagai suatu ancaman kepada agama Islam dimana konsep dan teori yang sering
dihujahkan oleh golongan ini kebanyakannya bercanggah dari konsep Islam.
Keruntuhan akhlak dari segi moraliti dan seksualiti juga banyak diketengahkan oleh golongan
liberal ini kerana bagi mereka kebebasan mereka merupakan hak mutlak yang tidak boleh
disangkal oleh mana-mana pihak atau mana-mana agama sekalipun. Tokoh Islam Liberal
Indonesia, Dr Mun’im Sirry juga pernah mengeluarkan kenyataan yang boleh mencelarukan
pemikiran umat Islam di mana kenyataan beliau bercanggah dengan akidah Islam seperti
mengatakan al-Quran tidak relevan dan diturunkan pada era Mesopotamia pada sesi dialog
'Scriptural Polemics: The Quran and Other Religions'. Sudah terang lagi bersuluh kenyataan ini
merupakan penipuan semata-mata. Namun bagi mereka yang tidak teguh imannya, ini boleh
mengakibatkan kecelaruan dalam konteks Islam.
Bacaan lanjut di link ;

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/10/336684/jaga-syariat-islam-sekat-kebebasan-
melampau

6

3.2 Krisis Akhlak Dalam Masyarakat
Krisis akhlak ialah kemerosotan budi pekerti yang sudah mencapai peringkat yang
membimbangkan. Masyarakat kita pada hari ini sedang mengalami krisis akhlak yang sangat
membimbangkan kerana dicemari pelbagai bentuk kerosakan akhlak. Ciri-ciri remaja berisiko
terdedah kepada kerosakan akhlak ialah mereka yang terdiri daripada kumpulan yang
mempunyai keluarga yang tidak berfungsi, mempunyai latar belakang status sosioekonomi
yang rendah dan tidak mempunyai sokongan daripada individu dan persekitaran .
Selain faktor peranan ibu bapa, pengaruh media turut mempunyai pengaruh dalam
pembentukan tingkah laku remaja. Walaupun ia adalah pada tahap yang sederhana, namun
data dalam satu kajian menunjukkan semakin meningkat penggunaan media, semakin rendah
akhlak di kalangan remaja. Kebanyakan remaja cenderung memilih untuk menonton
rancangan berbentuk hiburan. Malah mereka turut menjadikan artis yang diminati sebagai
model atau ikutan. Apa yang membimbangkan, sesetengah media mengambil peluang untuk
mensensasikan artis dengan fesyen yang tidak mematuhi syarak atau rancangan yang tidak
mempunyai nilai dalam pembentukan akhlak dan telah menjadi ikutan remaja.
Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak mengambil berat hubungan bebas antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahram seperti berpegangan tangan, berpelukan dan aksi
bercumbuan di khalayak ramai boleh membawa kepada perbuatan khalwat dan perbuatan
tidak sopan lain yang menjurus kepada perzinaan. Perbuatan tersebut akhirnya menyebabkan
kelahiran anak luar nikah.
Selain itu, tabiat menonton pornografi juga boleh menyumbang kepada krisis akhlak di mana
kesan tontonan membawa kepada ketagihan seksual yang buruk dan tidak normal. Hal ini
adalah disebabkan penonton pornografi akan beraksi berdasarkan apa yang dilihat, berfantasi
dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan seseorang.
Melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong keterlibatan seseorang
individu dalam perlakuan yang merosakkan akhlak, penulis berpandangan bahawa
undangundang boleh digunakan sebagai medium terbaik dalam menangani krisis akhlak.

Bacaan lanjut di link:

http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2015/04/JPI017.pdf

7

3.3 Punca Keruntuhan Akhlak
Remaja adalah pemangkin masa depan sesuatu negara.Negara itu akan maju jika remaja
mempunyai akhlak yang baik dan cemerlang.Namun keruntuhan akhlak remaja zaman
sekarang makin menjadi-jadi.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan keruntuhan akhlak
dalam remaja.
Antara puncanya adalah,pengaruh rakan sebaya.Ini sememangnya satu punca yang utama
kerana remaja banyak menghabiskan masa dengan rakannya berbanding dengan keluarga
sendiri.
Punca yang kedua adalah kesibukan ibu bapa Kesibukan ibu bapa mencari kekayaan dunia
juga merupakan punca keruntuhan akhlak.Ibu bapa kurang memberikan perhatian dan kasih
sayang kepada anak mereka.Ini menyebabkan anak mereka murung dan melakukan aktiviti
yang tidak berfaedah.
Seterusnya,punca yang ketiga ialah pengaruh media massa.Pada masa kini, media massa
merupakan sesuata yang wajib bagi seseorang.Media massa mempunyai banyak kelebihan
namun pada masa yang sama mempunyai kekurangan.Bak kata pepatah “ambil yang
jernih,buang yang keruh”.
Punca keempat adalah sifat semula jadi remaja itu sendiri.Remaja zaman sekarang
mempunyai sifat mahu mencuba sesuatu yang baru dan akhirnya menjadi ketagih dengan
benda haram tersebut.
Kesimpulannya,para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara.Oleh
itu,remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke
arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.

Bacaan lanjut di link:

http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/punca-keruntuhan-akhlak-dalam-
kalangan.html

8

4.0 PUNCA-PUNCA TERJADINYA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM NEGARA
Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan diatas terdapat beberapa punca yang menyebabkan
berlakunya gejala keruntuhan akhlak dalam negara iaitu :-

4.1 Kurang Perhatian Ibu-bapa
Ibu bapa ialah contoh terbaik yang harus diteladani oleh anak-anak. Lumrah ibu bapa
untuk mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna dan
mempunyai akhlak yang baik. Namun terdapat sesetengah ibu bapa yang sibuk mengejar
kemewahan harta dan kerja mereka sehingga mengabaikan anak mereka sendiri. Ini
menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak-anak semakin renggang kerana mereka tidak
mempunyai kesempatan untuk bercakap, berdamping antara satu sama lain, dan
meluangkan masa bersama-sama. Seseeorang remaja itu akan lebih cenderung untuk
berada dalam dunianya yang tersendiri dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang
salah. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-
anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa
pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Anak merupakan
amanah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua ibu bapa di dunia ini untuk dijaga
dan dididik dengan penuh kasih sayang.

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah
dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu

mengetahui (salahnya)”. (Surah Al-Anfaal, ayat 27)

4.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya ialah orang kedua yang paling dekat dengan diri seseorang remaja tersebut
selain ibu bapa. Sekiranya remaja itu mempunyai masalah dengan ibu bapa, sudah
semestinya dia akan mengadu dengan rakannya itu. Remaja pada zaman kini lebih terdedah
kepada alam yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini telah menjadi rumah kedua
mereka. Setiap tindak-tanduk dan aktiviti seseorang rakan itu akan mudah mempengaruhi
remaja sama ada baik atau buruk. Remaja-remaja ini akan saling cabar-mencabar rakan-
rakan mereka untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu itu satu perkara yang salah.
Apabila mereka terpengaruh dengan perkara-perkara negatif, akhlak mereka akan mudah

9

rosak sehingga menimbulkan banyak masalah seperti salah laku dan juvenil. Sikap remaja ini
juga akan turut menyumbang kepada gejala sosial kerana kadangkala mereka terlalu
percayakan rakan sendiri. Umpamanya sekiranya mereka merasakan rakan mereka
mengambil berat dan lebih memahami, dengan mudahnya mereka akan percaya dan
seterusnya melakukan apa sahaja yang disuruh.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan

penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda,
sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh

menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

4.3 Pengaruh media massa
Pada zaman yang penuh dengan kemodenan ini, lebih ramai remaja akan menggunakan
media massa untuk mengisi masa terluang. Media massa juga merupakan satu keperluan
dalam kehidupan seharian kerana ia bersifat globalisasi. Media massa ini memberikan
banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh remaja namun ia juga boleh menjadi
sebab utama dalam kerosakan akhlak remaja. Terdapat segelintir remaja yang
menyalahgunakan media massa ini dan menggunakannya ke arah yang salah. Pelbagai
dorongan yang negatif dan kurang sihat akan dipaparkan di media massa dan
menyebabkan remaja-remaja ini akan terikut dengan pengaruh tersebut. Penapisan media
yang kurang tegas seperti contoh filem negara asing mempunyai unsur-unsur ganas dan
seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti
vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di negara kita. Cerita-cerita sebegini juga
dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan
hasilnya, keruntuhan akhlak remaja akan semakin menjadi-jadi.

4.4 Kurang didikan agama dan nilai-nilai murni
Didikan agama memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan akhlak
seseorang itu kerana didikan agama yang kuat sejak kecil amat penting dalam membentuk
sahsiah dan peribadi manusia ke arah yang lebih baik pada masa hadapan . Sekiranya
remaja sekarang tidak menghayati ilmu agama dengan lebih mendalam, mereka akan mudah
terjerumus dalam keruntuhan akhlak dan menyumbang kepada masalah sosial. Proses
pemodenan dan kemajuan yang tidak seiringan dengan asas keislaman akan menjadikan
mereka terpengaruh dengan budaya-budaya luar, khususnya dari barat. Kurangnya didikan

10

tentang ilmu keagamaan, kurangnya pendedahan Islam secara lebih mendalam menjadikan
remaja semakin hanyut dengan keseronokan dunia dan mengabaikan tangunggjawab-
tanggungjawab agama. Sebagai contoh, remaja kini tidak menghormati orang tua dan
menganggap perkara itu remeh. Ibu bapa perlulah menerapkan didikan agama dan nilai
murni kepada anak-anak sejak kecil lagi agar mereka akan mempunyai akhlak dan budi
pekerti yang tinggi pada masa akan datang.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas R.A dan al-Hasan bin Ali R.A)

4.5 Sifat Semula Jadi Remaja Yang Ingin Mencuba Sesuatu Yang Baharu
Alam remaja dikatakan sebagai saat yang sangat rapuh kerana pada peringkat ini mereka
terdedah kepada pelbagai pengaruh serta persekitaran luar yang akhirnya mendorong kepada
perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang memudaratkan, akhlak
remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada diri mereka. Pada
peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja
perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di
kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara tersebut. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk
mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti
haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah
untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah
rosak.

‫ قال‬: ّ‫ قال إيمانًا؟ أكم ُُلّ ال ُمؤ ِمني ُنّ أ ُي‬: ‫ُخلُ ًقا أحسنُهم‬
Seorang lelaki bertanya: orang mu’min yang manakah yang paling sempurna? Baginda

menjawab: Orang yang akhlaknya paling baik.
(Riwayat at-Tabrani)[4]

11

4.6 Pihak Sekolah Kurang Memberi Perhatian Kepada Pelajar
Selain ibu bapa, sekolah juga berperanan untuk memberi didikan dan tunjuk ajar kepada
pelajar supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia dan bermoral. Ini kerana sekolah
merupakan rumah kedua bagi para pelajar untuk menuntut ilmu selain di rumah mereka
sendiri. Ibu bapa pula lebih mengharapkan guru-guru di sekolah untuk memberi tunjuk ajar
yang baik kepada anak mereka sekiranya mereka sibuk dengan kerja mereka. Namun,
terdapat guru-guru yang bersikap berat sebelah kerana mereka lebih memberi perhatian
kepada pelajar yang mempunyai reputasi yang baik berbanding pelajar yang mempunyai
masalah di sekolah. Ini akan menyebabkan pelajar-pelajar bermasalah tersebut lebih tertekan
dan emosi kerana mereka tidak mempunyai sokongan darpada pihak sekolah untuk
membimbing mereka. Ini menyebabkan mereka menggunakan sekolah sebagai medium
memberontak dan melepaskan tekanan perasaan sedangkan pihak lain pula beranggapan
sebaliknya. Mereka akan rasa terasing dan seterusnya akan terjebak dalam gejala-gejala
sosial seperti gangsterism, pergaulan bebas, menghisap rokok dan buli. Ini juga menyebabkan
pelajar yang bermasalah ini suka melanggar disiplin dan menjadi lebih berani dan bebas untuk
melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu
guru-guru tidak kisah dan tidak memberikan perhatian kepada mereka.

12

5.0 KESAN-KESAN KERUNTUHAN AKHLAK

5.1 Kesan terhadap Agama
Tidak dinafikan lagi kebanyakan masyarakat Islam terlibat dengan aktiviti tidak bermoral
seperti melakukan maksiat, meminum arak dan sebagainya. Hal ini boleh menjatuhkan
imej Agama Islam yang pada dahulunya merupakan agama yang menggerunkan di mata
dunia kerana umatnya yang taat dan patuh kepada setiap satu suruhan Allah azza wa jalla.
Selain itu, tanggapan penganut agama lain terhadap agama Islam juga akan menjadi
negatif apabila melihat umat Islam yang daripada kecil dipupuk dan telah diberikan
pendidikan mengenai ajaran agama Islam sejak akil baligh berubah menjadi seorang insan
yang tidak beretika.

‫الُ ِّل ِبأ ْخَل ُِقّ تخ َلّقُ ْوا‬
Maksudnya: “Berakhlaklah kamu seperti akhlak Allah.”

Makna berakhlak dengan akhlak Allah adalah dengan mengikuti sifat-sifat yang
mahmudah (terpuji) serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (terkeji).

Oleh kerana hal ini, sebuah pepatah ada mengatakan bahawa sekiranya anda hendak
mengenali Islam, belajarlah menerusi hadis sahih serta Al-Quran dan bukannya belajar
daripada seorang musyrikin.

5.2 Kesan terhadap Individu
Setiap individu atau insan yang dilahirkan ke atas muka bumi ini ibarat sebuah kanvas
putih bersih dimana tanggungjawab untuk mencorakkan kanvas tersebut dengan sifat
mahmudah atau sifat mazmumah terletak di atas bahu ibu bapa dan dirinya sendiri.
Individu yang mencorakkan peribadi diri dengan sifat mahmudah Insyallah akan dipandang
mulia, diangkat martabatnya serta dipermudahkan segala urusan baginya. Namun, bagi
individu yang melakarkan peribadi bersifat mazmumah pula akan mengalami kehidupan
yang kontradiktif dengan individu bersifat mahmudah. Individu tersebut akan dicemuh oleh
masyarakat dan ini semestinya akan meninggalkan kesan yang mendalam dari segi mental
mahupun fizikal kepada individu tersebut.

13

‫وأشرافها الأُ ُم ِور معا ِل ُّي يُ ِح ُبّ تعالى الُّل ِإ َُّّن‬، ُ‫س ْفسافها ويكرُّه‬
Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang

tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji ”.
(Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894) [Hadith ini dinilai

sahih oleh al-Albani di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1890].

5.3 Kesan terhadap Keluarga
Keluarga merupakan perkara paling penting dalam kehidupan seseorang kerana
keharmonian dan kebahagiaan individu terletak pada kesempurnaan keluarganya. Namun
begitu, sekiranya seseorang dalam sesebuah keluarga merupakan seorang yang tidak
beretika sebagai contoh seorang ayah yang selalu bermain judi sehinggakan ia menjadi
suatu ketagihan maka ini boleh menjurus kepada keruntuhan sesebuah institusi
kekeluargaan. Keharmonian dan kedamaian dalam kekeluargaan musnah dengan sekelip
mata. Implikasi yang boleh berlaku termasuklah penceraian ibu bapa dan pengabaian
anak-anak. Hal ini perlu diambil berat oleh setiap insan kerana keluarga yang bahagia
adalah nadi kepada individu berakhlak mulia.

Diriwayatkan oleh Dailami, dari Ibn Asaskir, Rasulullah SAW bersabda: “Ada empat kunci
kebahagiaan bagi seseorang muslim, yaitu mempunyai isteri yang solehah, anak-anak
yang baik, lingkungan yang baik dan pekerjaan yang tetap di negerinya sendiri.”

5.4 Kesan terhadap Negara
Peribadi kendiri masyarakat merupakan refleksi imej sesebuah negara. Sekiranya
sesebuah masyarakat itu tidak bermoral seperti menconteng graffiti pada tempat yang
tidak sepatutnya boleh mencuri tumpuan pelancong yang melancong ke negara kita lantas
ini akan mengakibatkan imej negara kita jatuh di mata dunia. Selain itu, kadar jenayah
juga akan meningkat kerana terjadinya jenayah pecah masuk rumah, rogol dan
sebagainya. Ini akan mengundang rasa gelisah dan resah kepada rakyat untuk melakukan
aktiviti seharian. Gejala rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan sesebuah negara
menjadi hancur akibat keitdak-telusan sesebuah masyarakat.

14

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM NEGARA
Gejala keruntuhan akhlak dalam negara sebenarnya masih boleh dibendung sekiranya umat Islam
sentiasa bermuhasabah diri dan menolong antara satu sama lain. Antara langkah-langkah yang
dicadangkan adalah seperti berikut:

6.1 Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
Pada era globalisasi yang kian mencabar ini, sudah pasti ramai individu yang mengejar
kemewahan dunia lantas menjurus diri ke lembah yang tidak diingini seperti merompak,
memberi rasuah dan sebagainya. Kita boleh cuba bermuhasabah diri dengan mendekatkan diri
kepada Allah SWT melalui beribadah dan menyerahkan jiwa dan raga kita kepada Allah SWT.
Dengan ini kita akan menyedari segala salah silap kita yang kita lakukan selama ini dan insaf
serta taubat kepada-Nya. Lahirkan sifat ketaqwaan kepada-Nya dan kukuhkan peribadi kita
dari aspek aqidah, ibadat dan akhlak. Bertaubatlah sekiranya anda melakukan kesalahan tidak
kira kesalah itu besar atau tida. Sesunnguhnya Allah itu Maha Mengasihani lagi Maha
Pengampun.

“Apabila kamu melakukan dosa maka lakukanlah pula taubat. Apabila (dosa itu) dirahasiakan
maka taubatnya juga dirahasiakan dan apabila dosa itu terang-terangan maka taubatnya pun
terang-terangan pula.” (HR. Ad-Dailami).

6.2 Mengamalkan Cara Hidup Yang Produktif/Positif
Kadang-kadang kita melakukan kesalahan hanya kerana kehidupan kita yang bosan dan
hambar. Seterusnya kita akan cuba sesuatu yang dilarang bagi mewujudkan percikan api
keterujaan dalam kehidupan. Sebagai contoh, mengambil dadah seperti pil ecstasy. Jadi apa
yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang tersebut? Kita boleh mengisi masa lapang
kita dengan membersihkan halaman rumah, bersenam atau beriadah bersama keluarga. Apa-
apa aktiviti yang berfaedah pasti akan menghindarkan diri kita dari terjebak dengan aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet yang sihat dan berkualiti
untuk mengamalkan kehidupan yang sihat. Kehidupan yang positif menjadi benteng kepada
keruntuhan akhlak indivdu.

6.3 Meminta Dorongan Daripada Orang Sekeliling
Tidak dinafikan lagi, apabila kita sudah terbiasa dengan maksiat atau apa-apa tabiat yang
memudaratkan diri, susah untuk kita membebaskan diri kita dari kancah dosa tersebut.
Sebagai contoh, ketagihan alkohol. Namun pun begitu, dengan dorongan orang yang

15

tersayang seperti ahli keluarga, suami/isteri, Insyaallah lambat-laun kita boleh berubah ke arah
yang lebih positif. Kita juga boleh menghadiri kursus kaunseling untuk meminta nasihat
daripada pakar tentang bagaimana cara untuk kita mengurangkan ketagihan terhadap bahan
terlarang yang boleh meruntuhkan akhlak peribadi.
6.4 Memperketatkan Undang-undang Negara
Sejujurnya, di Malaysia, pub dan kelab malam dibuka bagi sesiapa yang hendak
melempiaskan nafsu atau menghiburkan diri dengan cara yang tidak beretika. Tidak disangkal
lagi, terdapat banyak umat Islam yang terlibat di dalam lembah maksiat itu. Ini akan
mendorong kepada keruntuhan akhlak dalam skala yang besar. Jadi, kita boleh
memperketatkan undang-undang negara di mana umat Islam tidak kira umur dilarang sama
sekali untuk masuk ke dalam kancah maksiat itu. Penjualan alkohol juga haruslah terhad
hanya kepada individu bukan Islam dan cukup umur. Insyaallah kita sebagai rakyat Malaysia
boleh mengurangkan gejala keruntuhan akhlak dalam negara sekiranya kita bekerjasama
dalam membanteras gejala keruntuhan akhlak ini.

16

7.0 KESIMPULAN/PENUTUP
Kesimpulannya, akhlak adalah hal yang terpenting dalam kehidupan manusia kerana akhlak
menunjukkan segala pengertian tingkah laku, tabi’at, perangai, karakter manusia yang baik
mahupun yang buruk dalam hubungannya dengan tuhan atau dengan sesama makhluk. Akhlak ini
merupakan hal yang paling penting dalam pembentukan keperibadian seorang manusia. Dan
manusia yang paling baik budi pekertinya adalah Rasulullah S.A.W. Gejala keruntuhan akhlak di
negara ini akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung sekiranya semua pihak bersikap lepas
tangan. Masalah ini telah lama mendapat tempat di dalam keprihatinan masyarakat khususnya di
Malaysia, tetapi sehingga kini masih belum tampak jelas jalan penyelesainnya. Isu ini harus diberi
penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada
bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan serta ibu bapa memainkan peranan
penting untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja. Fungsi remaja dalam negara amat
penting, ini kerana remaja merupakan tunjang pembangunan negara pada masa depan. Oleh itu,
semua pihak perlu saling bantu-membantu dan bertanggungjawab atas segala perkara yang
dilakukan.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat
keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda,

“Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia
akhlaknya.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

17

CARTA GANTT MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
1-4 5-7 8-11 12-14
BIL PROSES/MINGGU

Perancangan tajuk dan
1. perbincangan dengan pensyarah

kursus.
Pembahagian tugasan antara ahli
2. kumpulan dan pengumpulan
maklumat.

3. Proses analisa dan pengeditan.

Serahkan kepada pensyarah dan
4.

bentangkan.

18

JADUAL PENGURUSAN KUMPULAN

BIL PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T.TANGAN & TARIKH
PENSYARAH 2 September 2020
3 September 2020
Perbincangan bersama ahli kumpulan
6 September 2020
serta pensyarah kursus berkenaan 30 Oktober 2020
9 November 2020
1. pemilihan tajuk E-folio.
Tajuk yang dipilih adalah “Gejala
Keruntuhan Akhlak Dalam Negara”.

Membuat perbincangan bersama ahli

kumpulan serta mencari maklumat
umum dan data mengenai topik yang
2. telah dipilih.

Mula membuat E-folio mengikut giliran.

Pembahagian kerja.
Contoh:
Hana ~ Pengenalan, 1 ringkasan artikel,
Objektif dan bukti dalil Quran dan Hadis.
Ain ~ 1 ringkasan artikel, bukti dalil
3. Quran dan Hadis, Kesan-kesan,
Kesimpulan.
Abu Tahir ~ 1 ringkasan artikel, bukti
dalil Quran dan Hadis, Langkah-langkah
mengatasi, Cantuman bahan (teknikal).

Percantuman semua bahan.
Pemeriksaan terakhir.
4. Pembaikian terakhir.
Pengeditan terakhir.

Semakan terakhir selesai, t.tgn ruangan

5. pengakuan dan serah kepada pensyarah
kursus.

19

RUJUKAN

BUKU:
Etika : Ilmu Akhlak dari Ahmad Amin; Alih Bahasa dari Farid Ma’ruf

AKHBAR:
Harian Metro, Khamis,29 Julai 2010, M/s 42
Sinar Harian, Khamis,15 Januari 2015

WEB:
Definisi akhlak: https://id.wikipedia.org/wiki/Akhlak
Hadith: https://umma.id/article/share/id/1002/272212
http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2015/04/JPI017.pdf
http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/punca-keruntuhan-akhlak-dalam-
kalangan.html
http://mawardahgroup.blogspot.com/2012/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
http://www.islam.gov.my/e-hadith/419-akhlak-yang-mulia
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/10/336684/jaga-syariat-islam-sekat-kebebasan-
melampau
http://assignmentpenyiaranislam.blogspot.com/

20

LAMPIRAN
21

22


Click to View FlipBook Version