The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wnnorina, 2021-01-05 03:33:14

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

DAT2 SYAFIQAH

TAJUK: PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
KELAS & SESI: DAT2B JUN 2020
AHLI KUMPULAN:

 NOOR AISYAH ZAAKIRAH BINTI HELMI (01DAT19F2026)
 SITI HAJAR BINTI ABDUL JAMIL (01DAT19F2025)
 SYAFIQAH NATASHA BINTI ZAINI (01DAT19F2043)

PENSYARAH: WAN NORINA BINTI WAN HAMAT

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PERKARA 1
2
Perakuan Pelajar 3
Penghargaan 4
Pengenalan 5
Objektif 8
Rumusan Artikel 13
Punca-punca Pengaruh Globalisasi 17
Kesan-Kesan Pengaruh Globalisasi 22
Langkah-langkah Mengatasi Pengaruh Globalisasi 23
Kesimpulan
Rujukan 24
Lampiran

PERAKUAN PELAJAR
“Kami akui bahawa e-folio ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali beberapa nukilan
yang telah kami sertakan sumbernya.”

 Tandatangan: Aisyah

Nama: NOOR AISYAH ZAAKIRAH BINTI HELMI
No. Matrik: 01DAT19F2026

 Tandatangan: Hajar

Nama: SITI HAJAR BINTI ABDUL JAMIL
No. Matrik: 01DAT19F2025

 Tandatangan: Syafiqah

Nama: SYAFIQAH NATASHA BINTI ZAINI
No. Matrik: 01DAT19F2043

1

PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Alhamdulillah.
Bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
kami dapat menyempurnakan tugasan E-Folio yang bertajuk “Pengaruh
globalisasi terhadap masyarakat Islam” dengan jayanya.
Kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
subjek Pengajian Islam kami, Puan Wan Norina binti Wan Hamat yang tidak
jemu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan tugasan
ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Kami juga tidak lupa untuk menujukan sekalung penghargaan kepada ibu
bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan galakan serta rakan-rakan
seperjuangan yang telah membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Semoga tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kami dan
semua anggota masyarakat dari segi pengetahuan seterusnya menjadikan setiap
individu seorang insan yang cemerlang pada masa hadapan.

2

PENGENALAN

Apa itu globalisasi?

Globalisasi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita
pada hari ini. Ia bermaksud kehidupan kita pada zaman dahulu berbeza berbanding
dengan zaman sekarang. Secara umumnya juga Kita dapat lihat bahawa globalisasi ini
membawa pelbagai perubahan kepada kita terutama kepada generasi muda yang kian
membesar. Antara contoh aspek yang terkesan dengan proses globalisasi ini adalah
ekonomi, politik, sosial dan juga hiburan. Dalam topik ini juga kita akan membincangkan
berkenaan punca-punca yang membawa kepada arus globalisasi iaitu Kita dapat lihat
bahawa semakin canggih teknologi sekarang. Hal ini tidak menutup tujuan lain melainkan
untuk menampilkan kemajuan dan sifat daya saing antara negara-negara. Walaupun
demikian, kita juga perlulah mengambil langkah-langkah mengawal globalisasi yang ada
dengan mengaplikasikannya untuk melakukan hal-hal yang berfaedah dan mendapat
keredaan Allah SWT. Tidak semua perubahan yang berlaku harus kita ikuti kerana kita
sebagai umat Islam mempunyai pegangan hidup dimana semua perhiasan dunia ini
adalah untuk disandarkan semata-mata hanya kerana Allah SWT. Oleh itu, Kita perlulah
sentiasa berusaha memperbaiki diri agar semua ibadah yang kita lakukan diterima oleh
Allah SWT.

3

OBJEKTIF

i. Mengenal pasti isu-isu mengenai pengaruh globalisasi terhadap
masyarakat Islam.

ii. Menumpukan kepada punca-punca yang berlaku apabila masyarakat
Islam dipengaruhi oleh globalisasi.

iii. Menyenaraikan langkah mengatasi pengaruh globalisasi terhadap
masyarakat Islam.

4

RUMUSAN ARTIKEL

Isu salah faham ini banyak dibicarakan terutama dalam media sosial. Ruangan ini
akan membincangkan 3 artikel berkaitan topik ini. Antara artikel yang dijumpai
adalah seperti berikut:

 BUDAYA MASYARAKAT DIANCAM GLOBALISASI.
Proses globalisasi yang berlaku sekarang dianggap sebagai suatu
gerakan peralihan budaya konvensional kepada suatu persekitaran
yang menyatukan segala pemikiran, ideologi, falsafah dan pegangan
masyarakat. Ia telah mewujudkan suatu perubahan drastik terhadap
perlakuan, pemikiran dan tingkah laku individu untuk menghasilkan
identiti baharu yang bertentangan dengan nilai atau norma masyarakat
sedia ada. Peningkatan dalam teknologi maklumat menyebabkan
masyarakat terdorong untuk mengubah budaya yang mereka amalkan
kepada suatu konsep budaya baharu yang dikatakan dapat memenuhi
perkembangan era teknologi maklumat tersebut. Menjadi kebimbangan
kita apabila perkembangan pesat dunia globalisasi hari ini yang akan
menyukarkan kemuafakatan masyarakat dari segi identiti serta budaya
masyarakat kita.
Masyarakat Malaysia terutama umat Islam tidak terlepas daripada
menghadapi dilema ini. Arus globalisasi yang memuncak kini
menyebabkan pendedahan maklumat internet yang tidak ditapis
akan tersebar dan menjadi ikutan orang ramai. Masyarakat Islam
akan cenderung untuk mengikuti dan meneroka budaya-budaya
baharu yang ditonjolkan oleh negara Barat dalam usaha
memperluaskan pengaruh mereka. Kesan daripada kebebasan
mendapatkan maklumat akan menyebabkan masyarakat terpedaya
dengan pendedahan minda, sekali gus menghakis nilai-nilai murni
yang ada dalam diri. Umat Islam perlulah menguasai ilmu teknologi
dan maklumat berdasarkan al-Quran dan Hadith supaya tidak
terpesong dengan ideologi atau ajaran yang mengelirukan.

5

Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat islam sekarang telah
terpengaruh dengan ajaran bukan islam yang sebenarnya seperti Aliran
sesat Syiah. Mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan itu benar
dan mengkafirkan orang yang tidak mengikuti suruhan ajaran mereka.
Tetapi, mereka tidak sedar bahawa itu hanyalah tipu daya muslihat
orang-orang anti-islam yang ingin melihat kehancuran agama Islam
ini sendiri.

Selain itu, dasar imperialisme Barat ke atas negara juga akan
menyebabkan negara kehilangan identiti sendiri. Contohnya,
rakyat akan mula mengagung-agungkan pemerintah negara Barat
serta tokoh sejarawan mereka. Seterusnya, budaya seharian mereka
juga turut diamalkan di negara kita, Malaysia. Akibatnya, masyarakat
sekarang terutamanya golongan muda tidak dapat mendalami
pengorbanan-pengorbanan yang telah dicurahkan oleh tokoh
sejarawan negara kita dan hal ini akan mengundang hilang
rasa penghargaan anak-anak muda kepada tanah air yang
tercinta. Anak muda juga akan hilang identiti diri sebagai orang
melayu dan orang yang beragama islam kerana telah mengubah
kepada budaya Inggeris seperti makan-makanan 'fast food' yang
terkenal pada masa kini. Mereka juga lalai dengan hiburan yang
melampau seperti konsert nyanyian dan sebagainya.

 KESAN GLOBALISASI TERHADAP NEGARA.

Artikel ini membincangkan kesan globalisasi terhadap negara terutama
pada bidang pembelajaran. Pada zaman dahulu, kesannya kepada
pembelajaran amat sikit tetapi di zaman globalisasi ini ia perlu
digunapakai untuk memastikan sektor pendidikan tempatan mampu
bersaing dengan negara-negara luar. Salah seorang pensyarah di UMP
mengatakan bahawa transformasi perlu dilakukan bagi memastikan
sektor pendidikan tempatan mampu menyaingi kehendak globalisasi
sekali gus memacu kearah yang lebih dinamik. Penekanan dalam bidang
pendidikan ini adalah sangat penting. Ia bertujuan untuk mewujudkan
insan seimbang dan harmonis dari segi rohani, jasmani, emosi dan
intelek. Ia juga penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

6

 KESAN GLOBALISASI TERHADAP PELAJAR-PELAJAR ISLAM.

Artikel ini membincangkan kesan globalisasi terhadap pelajar-
pelajar islam. Seperti yang kita semua sedia maklum, agama
Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu baik yang
muda ataupun yang sudah berumur. Kesan globalisasi ini telah
memberi kesan kepada masyarakat terutama sekali para remaja.
Banyak cabaran yang perlu dilalui untuk menuntut ilmu. Antaranya
penguasaan pelbagai bahasa. Bahasa inggeris adalah bahasa kedua
bagi rakyat Malaysia. Ia untuk memudahkan para remaja untuk
menyambung pembelajaran di luar negara. Tapi adakah kita sedar
sebagai umat Islam kita juga perlu menguasai bahasa arab? Ini
kerana ia memudahkan kita untuk memahami erti yang terdapat
dalam Al-Quran. Akibat daripada globalisasi ini telah mempengaruh
kehidupan masyarakat disebabkan olah insiden-insiden yang berlaku
diluar sempadan negara. Dengan matlamat dan cita-cita yang jelas ia
mampu memberi seseorang individu itu bertenaga. Dalam sejarah
Islam juga telah banyak membuktikan bahawa matlamat dan cita-cita
yang jelas mampu membawa kejayaan kepada pihak Islam didalam
peperangan walaupun jumlah tentera islam dan kekuatan mereka
amat sedikit.

7

PUNCA-PUNCA

Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan diatas terdapat beberapa punca yang
menyebabkan berlakunya pengaruh globalisasi terhadap masyarakat Islam iaitu:

 Terpengaruh dengan hiburan yang melampau.
Malaysia memiliki keunikan budaya yang cukup banyak. Dengan seiring
berkembangnya zaman dan pengaruh globalisasi yang masuk ke Malaysia,
budaya-budaya asing mula mempengaruhi dan menyaingi negara ini.
Sehinggakan budaya asli masyarakat Malaysia yang memiliki nilai-nilai luhur
kian terhakis. Salah satunya budaya yang datang dari Korea Selatan, negara
ginseng ini telah meluaskan dan menyebarkan arus budaya yang disebut
Korean Wave. Kuatnya arus globalisasi hiburan ini, menjadi penyebab utama
maraknya idolalisasi terhadap produk-produk import. Tawaran yang sangat
menghiburkan generasi muda ini, ibarat menemukan air di gurun pasir yang
tandus. Sehinggakan tanpa berfikir panjang, hiburan khas Korea Selatan ini
menjadi makanan seharian di Malaysia. Begitu mudahnya budaya asing
masuk tanpa kita semua menyedarinya. Masyarakat Malaysia terutamanya
para remaja sangat meminati budaya Korean Wave ini.

8

Antara trend yang menjadi ikutan remaja zaman sekarang ialah drama, lagu,
makanan dan juga bahasa pertuturan. Trend yang menjadi ikutan ini telah
membuatkan sebagian masyarakat bergeleng tak percaya. Ini kerana remaja
pada hari ini telah jauh tersimpang daripada budaya yang selalu nenek
moyang kita amalkan.

 Isu pandemik COVID-19.
Difahamkan punca arus globalisasi ini kian memuncak adalah disebabkan virus
COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Banyak kematian telah dicatatkan dan
pelbagai tindakan telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak penyakit
yang berbahaya ini.

‫تَ ْد ُخلُو َها فَلَْ ِبأَ ْرضْ ِبال َّطا ُعو ِنْ َس ِم ْعتُ ْْم ِإ َذا‬، ‫ِب َها َوأَ ْنتُ ْمْ بِأَ ْر ْض َوقَ َْع َو ِإ َذا‬
َ‫ِم ْن َها تَ ْخ ُر ُجوا فَ ْل‬

Ertinya: "Jika kamu mendengar wabak di suatu wilayah, maka janganlah kalian
memasukinya. Tapi jika terjadi wabak di tempat kamu berada, maka jangan
tinggalkan tempat itu." (HR Bukhari)

9

Umat Islam juga tidak terkecuali dalam bersama-sama berjuang menghadapi virus
ini. Semua sektor ekonomi dan pendidikan juga mengambil langkah alternatif untuk
menangani masalah tersebut. Wabak ini telah memberi kesan buruk kepada bidang
ekonomi terutama sekali dalam bidang pendidikan. Para pensyarah dan para guru
bertungkus-lumus untuk memberikan pelajaran yang terbaik kepada pelajar mereka.
Dengan menggunakan media internet, para pelajar tidak akan terlepas dengan
pelajaran. Islam juga telah mengatakan ilmu itu sesuatu perkara yang diwajibkan
bagi semua umat Islam tidak mengira usia. Dengan isu pandemik ini, kita dapat
melihat setiap individu termasuk umat Islam seluruh dunia berganding bahu untuk
mengurangkan wabak yang telah memberi kesan buruk.

 Proses pembangunan sosial.
Proses pembangunan sosial juga menjadi punca kepada isu globalisasi ini. Antaranya
ialah cara mantadbir kerajaan. Seperti yang kita semua tahu, negara Malaysia ialah
negara yang berteraskan islam dan menggunakan agama islam sebagai agama rasmi
negara. Seiring dengan kemajuan zaman, Malaysia telah terlihat mula mengikuti cara
pentadbiran yang telah diguna pakai oleh negara-negara barat seperti Amerika. Ia
telah mengubah sedikit sebanyak mengubah cara pentadbiran di Malaysia. Dengan
berkonsepkan raja berpelembagaan, kuasa raja-raja melayu mula terhakis
sehinggakan mereka hanya perlu bersetuju dan menolak jika di ajukan pertanyaan
dan berkait dengan agama Islam sahaja. Perdana menteri negara yang membuat
keputusan untuk pembangunan negara dan tidak perlu merujuk kepada para Raja-
Raja Melayu untuk mendapatkan persetujuan. Dapat dilihat disini bahawa proses
pembangunan ini telah memberi kesan buruk kepada para Raja-Raja Melayu kerana
kuasa mereka tidak sebesar pada zaman dahulu. Ia juga memberi kesan terhadap
negara Islam yang lain.

10

Disebabkan pentadbiran tersebut, banyak perkara yang melalaikan telah menjadi
ikutan masyarakat harini. Unsur kebaratan telah menutup unsur ketimuran yang ada
pada diri masyarakat kita. Ramai pemuda-pemudi islam zaman sekarang telah
terpesong lalu tanpa segan silu, mereka melakukan maksiat. Ia juga memberi kesan
buruk terhadap ahli-ahli dewan rakyat. Ia boleh membuatkan seseorang itu sanggup
melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tempat di jabatan Perdana menteri. Hal
ini kerana, pemimpin Islam yang betul akan memerintah dengan berpandukan al-
quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Seperti Firman Allah Ta'ala:

‫لايحبالكافرون االله تولوافان فان والرسول اطيعواالله قل‬
"Katakanlah: Taatilah Allah dan RasulNya jika kamu berpaling maka sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (Ali-Imran:32)

 Peperangan terhadap negara Islam.
Punca yang seterusnya adalah peperangan terhadap negara Islam seluruh
dunia. Seperti yang kita semua tahu, negara yang berada dalam peperangan
sekarang ini adalah Palestin. Negara tersebut mempunyai ramai umat islam
dan salah satu negara yang berteraskan agama islam. Sehingga hari ini,
mereka berdepan dengan peperangan yang melanda negara mereka. Umat
Islam di sana hidup dalam ketakutan dan kelaparan serta telah ditindas oleh
Israel. Dengan menggunakan teknologi terkini daripada negara barat iaitu
Amerika Syarikat, mereka telah bertindak kejam dengan menggunakan senjata
yang mereka perolehi. Umat Islam disana telah ditindas dan didera dengan
kejam oleh orang- orang Israel. Ia terjadi kerana pengaruh negara barat
yang suka akan peperangan sehinggakan Israel sanggup melakukan
keganasan terhadap Palestin.

11











LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGARUH
GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM.
BERLAKU

Masalah pengaruh globalisasi terhadap Islam sebenarnya boleh diatasi sekiranya umat
Islam sentiasa berhati-hati dan prihatin terhadap isu-isu Islam dan cabaran semasa.

Menjadikan kemudahan Internet sebagai medan dakwah.

Kemudahan internet juga mestilah digunakan sebagai satu medan dakwah
bagi menyampaikan ajaran Islam dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada
masyarakat seluruh dunia. Pada zaman kini, kita dapati hanya masyarakat
barat yang sangat aktif menggunakan kemudahan teknologi perhubungan dan
komunikasi termasuk untuk menyebarkan cara hidup, cara berfikir dan sistem
nilai mereka kepada masyarakat lain di dunia. Hasilnya, kita dapati cara hidup
barat semakin meluas diterima di seluruh dunia termasuk di kalangan
masyarakat Islam. Umat Islam mestilah berusaha untuk mengubah keadaan ini
dengan menjadi lebih aktif menyebarkan dakwah Islam melalui teknologi
komunikasi dan maklumat. Hal ini akan membolehkan cara hidup, cara berfikir
dan sistem nilai Islam pula disebarluaskan dan diterima pakai secara meluas di
seluruh dunia. Bagi membolehkan hal ini terjadi, umat Islam mestilah berusaha
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Inilah jihad dan
perjuangan fi sabilillah yang tinggi dan mesti dilakukan oleh anda,
para penuntut sekalian.

17

Allah SWT telah memerintahkan orang yang beriman agar berdakwah dengan
firman-Nya:

‫ ٱ ۡل ُم ۡف ِل ُحو َنْ ُه ُمْ َوأُ ْو ََٰٓلئِ َْك ٱ ۡل ُمن َك ِرْ َع ِْن َويَ ۡن َه ۡو َْن بِٱ ۡل َم ۡع ُرو ِْف َويَ ۡأ ُم ُرو َنْ ٱ ۡل َخ ۡي ِْر إِلَى يَ ۡد ُعو َنْ أُ َّم ْة ِمن ُك ْۡم َو ۡلتَكُن‬١٠٤

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat
segala perkara yang makruf (baik), serta melarang daripada segala yang
mungkar/salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah
orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: 104)

Ibubapa memberikan didikan agama yang cukup
kepada anak-anak.

Selain itu,memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak amat penting
dalam membentuk dan mendidik mereka untuk menjadi insan yang soleh dan
solehah, ibu bapa merupakan contoh yang paling utama dalam hal akhlak dan
penghayatan nilai islam. Sekiranya ibu bapa itu menghayati ajaran dan amalan islam
di rumah, maka ini akan menarik anak-anak untuk mengikutinya dan begitu lah
sebaliknya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Hendaklah kamu pastikan anak-
anak mu belajar agama dan hendaklah kau baguskan akhlaknya”. Ibu bapa haruslah
mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi dalam memberi didikan agama
dengan akhlak yang baik supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada
agama, negara dan masyarakat. Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seorang
anak bermula daripada ibu bapa, sekiranya didikan itu dari didikan dengan cara yang
baik, maka elok lah segala tingkah laku mereka sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Maka,
kesalahan ibu bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani, dan majusi.”

18












Click to View FlipBook Version