Are you ready? Persediaan kembalike SekolahPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR
AMALAN KESIHATAN 01 Ibu bapa / penjaga perlu memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk ke sekolah. 02 03 Ibu bapa / penjaga harus bersedia untuk mengambil anak sekiranya anak tidak sihat dan telah dimaklumkan oleh pihak sekolah. Tidak perlu menghantar anak ke sekolah sekiranya anak tidak sihat seperti selesema, batuk dan lain-lain yang boleh menjangkiti rakan sekelas. 04 Murid tidak dibenarkan membawa makanan ringan dan bergula ke sekolah.
MAKLUMAT BULAN RAMADAN 01 Hari pertama sekolah, 11 Mac 2024 ada disediakan bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid yang ada dalam daftar 2023/2024. 02 03 Murid yang tidak berpuasa perlu membawa makanan sendiri dengan pembungkusan yang kemas. Sepanjang bulan Ramadan tiada makanan RMT. Murid digalakkan berpuasa sekurang - kurangnya sehingga waktu balik sekolah. 04 Murid akan makan di tempat yang disediakan dengan pemantauan guru bertugas dan PPM bertugas.
Peranan & Tanggungjawab Ibu Bapa/ Penjaga
PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBU BAPA/ PENJAGA Memastikan anak berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke sekolah. Anak yang berimuniti rendah mesti memakai pelitup mulut dan hidung. Memastikan murid membawa alat tulis secukupnya. Melabelkan botol air, bekas makanan, alat tulis, pakaian dan kasut dengan jelas. Menghantar dan mengambil anak mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Maklumkan kepada guru kelas sekiranya wakil yang hadir mengambil anak pulang. Jika tidak hadir, sila kemukakan surat doktor atau surat makluman. Murid yang tidak menghantar surat akan dikira sebagai ponteng.
PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBU BAPA/ PENJAGA Tidak dibenarkan membawa komik, permainan dan alatan tajam ke sekolah. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan/ pertanyaan/ masalah, sila berhubung dengan guru kelas terlebih dahulu.
KEPERLUAN TAMBAHAN MURID Masukkan ke dalam beg semua keperluan anakanak agar memudahkan guru/PPM menguruskan anak-anak di sekolah. Ibu bapa / penjaga perlu melabel nama anak pada setiap barang hak milik anak untuk mengelakkan tertukar dengan rakan. 1 set baju sekolah (t-shirt putih dan seluar trek biru/hitam) tuala mandi seluar dalam/ singlet/ baju dalam tisu basah pelitup muka tambahan lampin pakai buang (bagi yang perlu) Barang yang perlu disediakan:
Pakaian & Penampilan Diri Murid PPKI SKBB
PAKAIAN & PENAMPILAN DIRI MURID Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Murid perlu memakai kasut kanvas hitam dan stoking hitam. Mengikuti jadual pakaian murid seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas dan perhiasan ke sekolah Pastikan potongan rambut murid lelaki sentiasa pendek dan kemas. Murid perlu memakai lencana sekolah dan tanda nama dengan betul.
HARI PAKAIAN MURID ISNIN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH LENGKAP KASUT SEKOLAH HITAM STOKIN HITAM TALI LEHER (MURID LELAKI) SELASA, KHAMIS, JUMAAT T-SHIRT PPKI SELUAR TREK HITAM/ BIRU GELAP KASUT SEKOLAH HITAM STOKIN HITAM TUDUNG DAN ANAK TUDUNG PUTIH (UNTUK YANG BERTUDUNG) RABU ( MURID YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI KOKURIKULUM) T-SHIRT PENGAKAP / T-SHIRT PPKI SELUAR TREK HITAM / BIRU GELAP KASUT SEKOLAH HITAM STOKIN HITAM TUDUNG DAN ANAK TUDUNG PUTIH (UNTUK YANG BERTUDUNG) JADUAL PAKAIAN MURID Sekiranya tiada baju yang dinyatakan dalam jadual, murid boleh memakai tshirt putih dan tracksuit biru gelap/ hitam.
T-SHIRT PPKI Tempahan akan diambil pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025. Hebahan harga dan ukuran akan dimaklumkan kepada ibu bapa pada 11 Mac 2024. Ibu bapa boleh berhubung dengan guru kelas untuk maklumat lanjut.
LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA MURID Ibu bapa akan berurusan dengan guru kelas masing-masing. Pembelian lencana, tali leher dan tempahan tanda nama akan diambil pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025.
Pengurusan & Pengoperasian PPKI SKSS
WAKTU BALIK TAHAP 1 WAKTU BALIK TAHAP 2 AKTIVITI KOKURIKULUM ISNIN 12:00 TGH 12:30 TGH - SELASA 12:00 TGH 12:30 TGH - RABU 12:00 TGH 12:30 TGH 1:00 - 3:00 PETANG KHAMIS 12:00 TGH 12:30 TGH - JUMAAT 11:00 PAGI 11:00 PAGI - WAKTU PERSEKOLAHAN Kelas bermula pada pukul 7:30 pagi setiap hari. Guru kelas akan mengedarkan jadual waktu kepada setiap murid pada minggu kedua persekolahan.
WAKTU HADIR MURID Masa datang ke sekolah adalah SEBELUM 7:25 pagi. Kelas akan bermula pada 7:30 pagi. Tempoh waktu pembelajaran murid adalah seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Semakan 2017), KSSRPK (Semakan 2017). Maklumkan kepada guru kelas sekiranya anak tidak dapat hadir ke sekolah. Sila kemukakan surat doktor atau surat makluman. Murid yang tidak menghantar surat akan dikira sebagai ponteng. Ibu bapa / penjaga perlu menghantar anak di pintu pagar C.
WAKTU REHAT MURID Murid PPKI akan dibekalkan makanan RMT pada waktu rehat. Ibu bapa / penjaga boleh membekalkan anak dengan bekalan tambahan sekiranya perlu. Bawa air masak secukupnya, TIDAK DIGALAKKAN membawa minuman bergula/ berkarbonat ke sekolah. TIDAK DIBENARKAN membawa makanan yang tidak halal ke sekolah
WAKTU PULANG MURID Perlu membawa anak pulang mengikut masa yang ditetapkan. Murid yang menaiki bas/van dibenarkan keluar mengikut masa ketibaan bas/van mereka. Maklumkan kepada guru kelas sekiranya lambat atau wakil yang hadir mengambil anak pulang. Ibu bapa / penjaga perlu mengambil anak di pintu pagar C. Tepati masa pulang yang telah ditetapkan untuk elak emosi anak terganggu.
KELAS MURID Minggu pertama persekolahan, murid akan menjalani ujian diagnostik untuk menentukan kelas. Jadual waktu murid akan diberikan pada minggu ke-2 persekolahan. Kelas murid ditentukan oleh tahap kebolehan dan kognitif murid, bukan berdasarkan umur semasa murid.
Are you ready? Kemenjadian & Kejayaananak-anak PPKI SK Bukit Bandaraya adalahtanggungjawab kita bersama PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BUKIT BANDARAYA, KL