ANEKDOT 1
Disebabkan oleh cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan Aiman terpaksa menyertai
kelas secara atas talian.Oleh itu,Aiman sentiasa tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa gurunya
mengajar.Dia seolah-olah hadir ke kelas supaya tidak mahu dimarahi gurunya.Latihan yang diberikan
juga sering ditangguh atas alasan soalan tersebut susah dan tidak dapat menjawabnya.Apabila tiba
tarikh yang ditetapkan untuk menghantar latihan tersebut barulah dia gelabah
membuatnya.`Ish,susahnya soalan ni aduuu tak faham la nak buat macam mana.Hmmmm apa kata
aku tiru Amir la cikgu bukan tau pon.’Aiman dengan rasa tidak bersalah terus menghubungi Amir untuk
meminta latihan tersebut.Selepas siap sahaja latihannya,dia pon terus menghantar latihan tersebut
kepada cikgu Rina.Aiman tidak mengetahui bahawa cikgu Rina ialah seorang guru yang teliti orangnya
semasa menyemak latihan-latihan murid.Oleh hal yang demikian,cikgu Rina dapat mengesan bahawa
latihan yang dibuat oleh Aiman sebijik macam Latihan Amir.Tanpa melengahkan masa lagi cikgu Rina
terus menghubungi Aiman bagi mendengar penjelasannya.Aiman akhirnya mengaku yang dia telah
meniru Amir kerana dia tidak tahu untuk menjawab latihan tersebut disebabkan oleh tidak focus
semasa kelas.Cikgu Rina menasihati Aiman supaya tidak mengulangi tindakannya ini lagi dan tidak
mengambil mudah dengan kelas atas talian.
ANEKDOT 2
Di sebuah sekolah terdapat seorang murid perempuan yang sangat pandai bernama Ayra.Dia sering
menjadi buah mulut guru-guru dan pelajar di sekolah itu kerana sikapnya yang terpuji dan keputusan
peperiksaannya yang sentiasa cemerlang.Oleh itu,Balqis budak kelas belakang mencemburui Ayra.Dia
membuat keputusan untuk mengenakan Ayra dengan cara menipu pelajar-pelajar di sekolah tersebut
bahawa Ayra seorang yang berpura-pura menjadi baik di hadapan khalayak ramai untuk mendapat
pujian.Balqis mula menghasut rakan-rakan yang rapat dengan Ayra kerana baginya itu ialah jalan yang
terbaik sebelum menghasut pelajar-pelajar lain.Akhirnya, seorang demi seorang pelajar menjauhkan
diri daripada Ayra.Ayra berasa pelik dan terus bertanya kepada seorang rakan sekelasnya,`weh Nani
kenapa semua orang tak nak layan aku eh bila aku cakap dengan diorang’.Lantas Nani pon
menjawab,`memang tak la orang nak kawan dengan kau dah la fake depan semua orang siapa je nak
kawan macam tu’.Ayra berasa sangat sedih selepas mendengar kata-kata Nani lalu dia pon menangis
semasa balik ke rumah.Dalam hatinya berkata,`apa salah yang aku dah buat kepada mereka
sehinggakan mereka cakap aku macam tu’.Disebabkan Ayra tertekan dengan situasinya keputusan
peperiksaannya baru-baru ini sangat merosot.Balqis yang tadi ingin menjatuhkan Ayra berasa bersalah
dengan tindakannya itu.Dia segera menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya kepada Ayra dan
meminta maaf.Ayra seorang gadis yang betul-betul baik hatinya memaafkan Balqis tanpa memikirkan
apa yang telah Balqis lakukan kepadanya.Sejak dari itu, mereka mula menjadi rapat dan sering
Bersama ke mana-mana sahaja.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN
Kata Aluan Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat
masing-masing.
Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin
sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap
sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang dihormati,
En.Abdul bin Tinggon
Pengetua MRSM transkrian
En.Muhamad Mazlan bin Hassan
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik
En.Mohd Firdaus bin Ismail
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
Pn.Nurul Huda binti Sahimin
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat
Barisan guru-guru serta para pelajar sekalian.
Ucapan Yang dirahmati Allah sekalian.
pengacara
majlis & Bersyukur kita pada petang yang indah ini,dapat lagi bersama - sama berkumpul di
nyanyian lagu dalam dewan yang luas ini.
Warga MRSM Transkrian sekalian,
Majlis perhimpunan kita pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku,lagu negeri Pulau Pinang,lagu Malaysia bersih serta lagu Amanah Rakyat.
Justeru itu,majlis menjemput para hadirin untuk berdiri.
Para hadirin dipersilakan duduk.
Bacaan Doa Hadirin sekalian,
Ucapan Bagi menambah keberkatan perhimpunan kita pada petang ini, marilah kita
pengetua mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara Sharul bin Saifuddin.Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin amin ya rabal alamin.
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada saudara Sharul bin Saifuddin atas
bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya,majlis dengan sukacitanya mempersilakan & menjemput yang berusaha
En. Abdul bin Tinggon,pengetua MRSM Transkrian untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Abdul bin Tinggon atas
pesanan sebentar tadi.
Ucapan wakil Seterusnya,majlis dengan sukacitanya mempersilakan & menjemput saudara Muhd
murid
Hazim Aiman bin Muhd Nazri,selaku badan wakil pelajar MRSM Transkrian untuk
memberi ucapan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan .
---------Ucapan---------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Muhd Hazim Aiman bin
Muhd Nazri atas ucapan yang bersemangat itu tadi.
Penutup Kini kita telah sampai ke penghujung majlis perhimpunan kita pada pagi ini. Akhir
kata izinkan saya membacakan serangkap pantun.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.
Jumpa lagi pada perhimpunan akan datang .
~Majlis Bersurai~
MAKTAB RENDAH SAINS
MARA TRANSKRIAN
KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MENGADAKAN MALAM PUTERI
1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pengetua Maktab
Rendah Sains Mara Transkrian.Malam tersebut akan diadakan pada hari sabtu 15
Mac 2020 iaitu selepas solat isyak secara berjemaah di surau dan bertempat di dewan
Ibnu Sina, MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
2. LATAR BELAKANG
Malam puteri ini akan dijalankan oleh pihak exco dan timbalan exco puteri MRSM
Transkrian.Para pelajar diberi peluang untuk membuat persembahan mengikut
tingkatan masing-masing.Malam Puteri ini merupakan satu ruang untuk semua palajar
puteri untuk menunjukkan bakat mereka di hadapan khalayak ramai.
3. OBJEKTIF PROGRAM
a. Memcungkil bakat pelajar puteri yang terpendam
b. Memupuk sikap kerjasama dalam tingkatan untuk menghantar pasukan bagi
membuat persembahan.
c. Memberi peluang kepada pelajar puteri untuk menghilangkan tekanan dengan
cara berseronok membuat persembahan
4. JUSTIFIKASI PROGRAM
a. Merapatkan ukhwah antara pelajar senior dan junior
b. Memberi kelonggaran berpakaian kepada para pelajar puteri pada malam
tersebut
c. Merapatkatkan hubungan antara pelajar dengan warden asrama
5. PELAKSANAAN PROGRAM
5.1 Tarikh : 15 Mac 2020
5.2 Kawasan/tempat : Dewan Ibnu Sina
5.3 Kaedah / Modus Operandi :
- Program akan melibatkan pihak badan wakil pelajar
5.4 Kumpulan Sasaran / Peserta:
- Semua pelajar puteri dan warden asrama puteri MRSM Transkrian
5.5 Strategi Program : rujuk Lampiran 1
5.6 Tema : “GLOW IN THE DARK”
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Tiada
Disediakan oleh :
……………………………………………….
(NORAIN BINTI MOHD RIZAL)
EXCO PUTERI SESI 2019/2020
MRSM Transkrian
Tarikh: 4 Mac 2020
Disemak oleh :
……………………………………………….
(MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN SUHAIR)
NAIB PRESIDEN I BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2019/2020
MRSM Transkrian
Tarikh: 5 Mac 2020
7. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG
Kertas cadangan bagi pelaksanaan Malam Puteri.Aktiviti tersebut akan diadakan
pada hari sabtu 15 Mac 2020 di dewan Ibnu Sina MRSM Transkrian telah disemak
dan boleh dilaksanakan.
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
……………………………………………….
(ROSIDI BIN ABU)
Penasihat,
Badan Wakil Pelajar,
MRSM Transkrian
Tarikh:
8. KELULUSAN
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………….
(PUAN NURUL HUDA BINTI SAHIMIN)
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN BAKAT
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:
RESUME
NORAIN BINTI MOHD RIZAL
G-12,SOLOK SERI EMAS,TAMAN SERI
EMAS,
14300 NIBONG TEBAL,PULAU PINANG.
011-70370883( H / P )
E-mail : [email protected]
OBJEKTIF PEKERJAAN : Boleh bekerja tanpa banyak arahan dan mampu
bekerja secara berkumpulan.
BUTIRAN PERIBADI :
No. Kad Pengenalan : 050301-08-0266
Tempat Lahir : Parit Buntar,Perak
Tarikh Lahir : 1 mac 2005
Umur : 18 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Ketinggian / Berat : 160 cm / 50 kg
Status Perkahwinan : Bujang
Hobi Menunggang basikal, memasak.
PENDIDIKAN : Sek. Keb. Permatang Tok Mahat
2012-2017 ( menduduki Peperiksaan UPSR )
2018-2020 : MRSM Transkrian
( Menduduki Peperiksaan PT3 )
2021-2022
: MRSM Transkrian
( Menduduki Peperiksaan SPM )
1
PENGALAMAN BEKERJA
1. Sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang, WD SDN BHD bayan
lepas,Pulau Pinang selama 2 bulan.
2. AKTIVITI KO-KURIKULUM, PERSATUAN DAN JAWATAN
Bil Persatuan / Aktiviti Jawatan Tahun
1. Persatuan Puteri Islam Ahli Biasa 2014-2017
2. Persatuan Bulan Sabit Merah Naib Pengerusi 2018-2022
3. Kelab Alam Sekitar Ahli Jawatankuasa 2014-2017
4. Kelab Koperasi Ahli Jawatankuasa 2018-2022
5. Pengawas Sekolah Ahli Jawatankuasa 2014-2017
6. Badan Wakil Pelajar Timb.Exco Puteri 2018-2022
7. Permainan Olahraga Ahli Biasa 2014-2017
8. Permainan Tennis Ahli Biasa 2018-2020
9. Urusetia rumah sukan Penjaga masa
2007
3. KEBOLEHAN BAHASA PERTUTURAN DAN PENULISAN
Bil. Bahasa Pertuturan Bahasa Penulisan
1. Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3. - Bahasa Arab
2
4. KEBOLEHAN / KEMAHIRAN KOMPUTER
1. Microsoft Word
2. Microsoft Excell
3. Microsoft Power Point
4. Microsoft Access
5. Adobe Photoshope
5. RUJUKAN
1. En. Abdul bin Tinggon
Pengetua MRSM Transkrian,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.
Tel : 03-89468661
2. Pn. Nurul Huda binti Sahimin
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.
Tel : 03-87959235
3