Bab 2:
Kebangkitan
Nasionalisme
ISTILAH SEJARAH &
CERNA MINDA
1 : Pemikiran John
Locke
Karya : Two Treatises of
Government (mempopularkan
prinsip raja berperlembagaan)
Menolak konsep pemerintahan
berkuasa mutlak
Kerajaan patut diasaskan pada
persetujuan antara pemerintah
dengan rakyat
Undang-undang memenuhi hak
asasi manusia
2 : Dahagi
India 1857
Pemberontakan sepoi/askar
upahan British berbangsa
India
Reaksi kepada ancaman
pengaruh British terhadap
adat,budaya dan agama
masyarakat setempat
3 : Satyagraha
Berpegang teguh
kepada kebenaran
Asas perjuangan tanpa
keganasan
4 : Semangat
Bushido
Sikap sanggup menanggung risiko,bersungguh-sungguh
mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi
melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan
negara
5 : Burma (Myanmar)
1886 : Burma dijajah oleh British dan diisytiharkan
sebagai empayar British-India
1935 : Burma dipisahkan daripada India
1988 : Nama Burma ditukarkan kepada Myanmar
6 : Isu Kasut
Orang British memakai
kasut semasa memasuki kuil
Buddha dianggap mencemari
kesucian agama Buddha.
7 : Golongan
Mandarin
Pembesar yang
menerima pendidikan
Confucius
8 : Thailand
1939 : Siam ditukarkan kepada
Thailand yang bermaksud "Tanah
Bebas"
9 : Birokrasi Barat
Raja Mongkut
membawa masuk 80 orang penasihat
Barat
Britain : penasihat
kewangan,pelabuhan,polis
Amerika Syarikat : penasihat kastam
Perancis : penasihat ketenteraan
10 : Akhbar
1.Akhbar Al-Imam
diterbitkan pada 23 Julai 1906
menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam
yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan
Hadis
memuatkan perselisihan antara Kaum Muda dengan
Kaum Tua tentang isu agama
berkembang di Negeri-negeri Selat dan Alam Melayu
2.Akhbar Neracha
menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap British,
mengkritik sikap dan mentaliti masyarakat yang
perlu dibangunkan melalui pendidikan dan tafsiran
Islam yang lebih progresif
Cerna Minda :
Apakah tujuan penubuhan
persatuan bagi masyarakat Cina
dan India sebelum Perang Dunia
Kedua?
1.Persatuan Masyarakat Cina
menumpukan perhatian kepada keadaan China
menfokuskan kebajikan dan perkembangan politik tempatan
menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam kalangan masyarakat
Cina
menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan
2.Persatuan Masyarakat India
menjaga kepentingan/kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu
membincangkan isu masyarakat India
mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India
Sekian,
Terima kasih
Dicipta oleh : Agnes Koo Xin Yan
Sumber Rujukan
Istilah Sejarah
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
1.m/s 24
2.m/s 26
3.m/s 26
4.m/s 27
5.m/s 28
6.m/s 28
7.m/s 28
8.m/s 31
9.m/s 31
10.m/s 36