KESANTUNAN BERBAHASA: RAKYAT MALAYSIA YANG MAJMUK Tugasan 1 MPU3112
AHLI KUMPULAN MUHAMMAD ADIBHAKIMI BIN MOHD KHAIRIE 2021212350386 030523101095 MUHAMMAD JIBRIEL AMIN BIN KHAIRUL ANWAR 2021212350387 030421140739 FIKREE AFFANDY BIN SHAMSUL RIZAKI 030205080209 2021212350384
Pengenalan Definisi Kesantunan Bahasa Masyarakat Majmuk di Malaysia Kesantunan Bahasa dalam Video Sistem sapaan Bahasa Badan Kesantunan Bahasa dalam Akhbar Khalayak dan Perbezaan Status Kesantunan Bahasa dalam Media Sosial Penggunaan Bahasa Perantaraan Kesimpulan 1. 2. 3. 4. 5. ISI KANDUNGAN
PENGENALAN DEFINISI KESANTUNAN BAHASA MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA Kesantunan bahasa dalam kehidupan harian merupakan perkara yang amat penting dan signifikan khususnya bagi masyarakat berbilang kaum. Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang sangat penting sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan individu yang lain menggunakan strategi tertentu agar dapat mewujudkan keselarasan sosial dalam menyesuaikan penggunaan bahasa dengan suasana dan aktiviti sosial yang dilakukan. Kesantunan dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975)
Sejarah masyarakat Majmuk di Malaysia bermula semenjak jajahan British di Tanah Melayu sekitar tahun 1824 (Parameswari, 2020). Mengikut pada Dasar Pentadbiran Kerajaan Kolonial British (), 3 kaum utama ini berkembang mengikut pembahagian kerja oleh British. Kaum Melayu sebagai petani dan nelayan hidup di desa , kaum India sebagai pekerja-pekerja estet dan ladang, dan kaum Cina sebagai peniaga dan industri di bandar. Hasilnya maka terbentuklah negara Malaysia. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Demi mencapai keharmonian antara kaum, kesantunan bahasa perlu diamalkan dalam kehidupan. MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, video bermaksud filem atau rakaman yang telah direkod sesuai untuk ditayangkan menggunakan alat video seperti peristiwa, adengan dan sebagainya. KESANTUNAN BAHASA DALAM VIDEO
https://www.youtube.com/watch?v=aMK3EDVeL7w RHB Group Pelantar: Youtube Konteks: Iklan Hari Raya tahun 2019 Analisis pertama adalah berdasarkan video oleh RHB Group berkenaan iklan hari raya pada tahun 2019. Video ini meupakan video pendek yang dihasilkan berdasarkan kisah sebenar yang memaparkan nilai-nilai murni serta seerta kesantunan bahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk. Ia mengisahkan hubungan seorang cikgu dengan anak-anak muridnya.
Unsur Kesantunan Bahasa Yang Terkandung Dalam Video
Saya Kata ganti nama diri pertama yang sopan digunakan untuk bercakap dengan orang lebih tua. Misalnya, dalam video, pada minit ke 0.10, seorang murid memperkenalkan namanya kepada cikgu menggunakan kata ganti nama diri pertama “saya”. “Nama saya Kavitha tapi semua panggil saya Ashwaria” Awak Kata ganti diri kedua ini digunakan dalam video tersebut oleh cikgu Orked ketika berkomunikasi dengan pelajarnya menggunakan telefon pintar untuk bermesej. Tamsilnya “Awak boleh tulis dalam Bahasa Malaysia?” & “Harap dapat jumpa awak esok” SISTEM SAPAAN Menurut Awang Sariyan (2007), sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur dan menyapa seseorang dalam konteks rasmi ataupun tidak rasmi. Cikgu Sistem sapaan yang dipakai oleh murid-murid kepada orang yang memberi ilmu kepada mereka di sekolah. Sebagai contoh dalam video tersebut di babak permulaan, para pelajar di dalam kelas menyapa kehadiran cikgu mereka dengan ucapan “Selamat pagi cikgu” Penggunaan kata ganti nama diri Tambahan, menurut Asmah Hj. Omar (1997), kata ganti nama diri Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu hormat, neutral dan kasar atau intim. Ketiga-tiga golongan kata ganti nama diri ini menghasilkan pola penggunaan kata ganti nama diri. Antaranya pola bentuk hormat atau bentuk neutral yang resiprokal (timbal balik), pola bentuk kasar yang resiprokal dan pola bentuk hormat atau neutral dan pola bentuk kasar yang tidak resiprokal. Kedua-dua penggunaan kata ganti nama diri pertama “saya” dan kata ganti nama diri kedua “awak” yang digunakan dalam video tersebut merupakan pola bentuk hormat atau neutral yang resiprokal kerana kedua-dua pihak menggunakan bahasa yang sopan dan berlemah lembut.
B A H A S A B A D A N Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (2010) menyatakan anggota komunikasi lisan ialah mulut (iaitu dalam proses pembentukan suara atau perkataan) manakala anggota komunikasi bukan lisan pula ialah seluruh tubuh pengucap seperti mata, kepala, badan, nada suara dan juga mimik muka. Mehrabian (1971) menyatakan bahawa bahasa badan merupakan antara aspek komunikasi yang mampu menyampaikan mesej dengan berkesan, iaitu 7% daripada komunikasi lisan, 38% daripada intonasi dan nada suara manakala 55% daripada bahasa badan Dalam hal ini 93% daripada makna yang disampaikan dalam komunikasi adalah bersifat tanpa lisan.
Contoh bahasa badan yang digunakan dalam video MELETAKKAN TANGAN DI DADA BAHASA BADAN INI MENUNJUKKAN SIKAP SESEORANG UNTUK MENGHORMATI PIHAK LAINKETIKA BERKOMUNIKASI. DALAM VIDEO TERSEBUT, KETIKA KAVITHA MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA CIKGU ORKED, DIA MELETAKKAN TANGANNYA DI DADA UNTUK MERUJUK DIRINYA.
Contoh bahasa badan yang digunakan dalam video MELIHAT MUKA ORANG YANG SEDANG BERCAKAP PENDENGAR YANG MELIHAT WAJAH PIHAK YANG SEDANG BERCAKAP MENUNJUKKAN BAHAWA BAHASA BADAN YANG PENDEGAR FOKUS DAN BERMINAT DALAM PERBUALAN YANG SEDANG BERLANGSUNG. DALAM VIDEO, CIKGU ORKED MELIHAT WAJAH RAKAN SEKERJANYA KETIKA DIA MENGADU TENTANG MASALAHNYA KEPADA CIKGU ORKED. HAL INI MENUNJUKKAN CIKGU ORKED MENGAMALKAN KESANTUNAN BAHASA YANG BAIK KERANA CIKGU ORKED MELIHAT WAJAH DAN MENGEKALKAN TENTANGAN MATA DENGAN RAKAN SEKERJANYA.
KESAN VIDEO KEPADA MASYARAKAT MAJMUK Meningkatkan kesadaran tentang kesantunan bahasa Membina hubungan yang lebih baik antara masyarakat Mengelakkan pergaduhan antara kaum Meningkatkan keberkesanan berkomunikasi
KESANTUNAN BAHASA DALAM AKHBAR Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, akhbar didefinisikan sebagai berita ataupun warta. Oleh itu, akhbar adalah salah satu medium untuk menyampaikan berita. Norsuhaila (n.d) menyatakan bahawa akhbar boleh membincangkan 5 jenis berita iaitu: Straight News (Berita Langsung) Depth News (Perbincangan Mendalam) Investigation News (Penelitian & Penyelidikan Interpretative News (Perkembangan Pendapat) Opinion News (Perbincangan Kata-kata/Idea)
Pengenalan kepada akhbar pilihan Akhbar yang dipilih adalah akhbar jenis atas talian terbitan Syarikat Berita Harian. Akhbar tersebut diterbitkan pada 18 Februari 2023 oleh Suraya Ali. Keseluruhan akhbar membincangkan tentang isu pendidikan negara iaitu prasarana sekolah. Sekolah yang menghadapi isu tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Bukit Cheraka, Klang. Secara keseluruhannya, akhbar ini bersifat informatif/" straight news " untuk mengetengahkan isu prasarana sekolah yang dihadapi sekolah tersebut disamping untuk meminta bantuan. 1. ANALISIS AKHBAR https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2023/02/1065777/ murid-bertambah-sekolah-perlukan-penambahbaikan-prasarana
Khalayak Umum Bahasa Perantara Situasi Formal Khalayak untuk akhbar ialah khalayak umum. Hal ini kerana khalayak umum adalah orang awam yang akan membaca akhbar tersebut (Maridah, 2012). Oleh hal yang demikian, penulisan akhbar mestilah jelas dan sesuai untuk menyampaikan berita dan bersantun. Seperti di dalam akhbar, tajuk berita yang jelas, serta perbincangan dan analisis isu yang tidak terlalu dalam membolehkan kefahaman khalayak dicapai Contohnya, statistik mudah diberikan dalam akhbar iaitu jumlah pendaftaran murid tahun 1 disekolah tersebut. Maka, ini menunjukkan penulis berita ambil kisah akan jenis khalayak akhbar tersebut dan kesantunan bahasa tercapai. 2. ANALISIS KESANTUNAN MELALUI JENIS KHALAYAK Memandangkan khalayak adalah umum, maka berita tersebut mestilah ditulis dalam bentuk penulisan formal. Penulisan formal, khusus di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017) Sepertimana didalam akhbar, penggunaan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya. Selain itu, memandangkan bahasa formal digunakan, tatabahasa yang dipraktikkan juga betul. Sebagai contohnya ejaan ibu bapa yang perlu dieja dengan jarak antara ibu dengan bapa (Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) Maka dengan penggunaan bahasa formal, bukan sahaja difahami oleh masyarakat majmuk di Malaysia malah mengukuhkan hubungan antara masyarakat. Justeru, dengan bahasa yang betul dan santun, perpaduan dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat Kesantunan bahasa dapat dilihat dalam penggunaan bahasa perantara dimana pembentukan ayat adalah jelas. Sebagai contohnya, "semua 360 murid perlu berkongsi satu tandas untuk murid lelaki dan satu tandas untuk murid perempuan". Petikan daripada akhbar ini jelas memberikan mesej bahawa prasarana sekolah amat daif dan perlu ditambah baik. Seterusnya, dapat dilihat kesantunan bahasa daripada aspek penggunaan bahasa halus. Satu contoh adalah pada penggunaan metafora, "kami rasakan seperti bola ditendang ke sana ke sini". Penggunaan metafora ini sebagai bahasa berlapik agar tidak memberikan pandangan yang terlalu negatif dalam akhbar. Selain itu, didalam akhbar juga terdapat petikan kata-kata daripada ketua PIBG sekolah tersebut yang menyuarakan isu ini. Kesantunan dalam akhbar dapat dilihat dimana petikan kata-kata itu difrasa semula agar lebih objektif dan tidak mengikut emosi.
S t a t u s P e n didik a n A k h b a r m e s til a h b o l e h dif a h a mi o l e h s e tia p g o l o n g a n m a s y a r a k a t. H a l ini k e r a n a c e t a k a n a k h b a r y a k ni m e dia c e t a k m a sih r e l e v a n d a l a m d u nia t e k n o l o gi u n t u k m e n y e b a r l u a s k a n m a k l u m a t s e m a s a ( A zizi ,2019). Khalayak akhbar tersebut berbeza daripad a s t a t u s k h u s u s n y a p a d a p e r b e z a a n tin g k a t p e n didik a n. Satu contoh y a n g m u n g kin b o l e h diu b a h d a l a m a k h b a r ia l a h p e r k a t a a n " p r a s a r a n a ". Sesetengah khalayak mungkin tidak memahami perkataan prasarana maka perkataan tersebut boleh disinonimkan dengan perkataan "kemudahan" 3. A N A L I S I S K E S A N T U N A N M E L A L U I P E R B E Z A A N S T A T U S
KESAN AKHBAR KEPADA MASYARAKAT Memperoleh informasi dan isu semasa tanpa perasaan bias ataupun emosi yang kuat Memperkenalkan tatabahasa, katakata baharu dan kaedah penulisan yang objektif dan bersantun
KESANTUNAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, media boleh ditakrifkan sebagai alat-alat pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan. Manakala sosial pula bermaksud segala hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Oleh hal yang demikian, secara mudahnya, media sosial boleh diterjemahkan sebagai alat, instrumen atau platform yang digunakan untuk berkomunikasi dan bersosial. Media sosial meskipun bersifat laman peribadi, namun kita tetap memerlukan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ketika berbicara atau berkomunikasi bersama-sama kenalan (Azura Halid, n.d). DEFINISI MEDIA SOSIAL
Platform media sosial yang dipilih adalah komunikasi secara tulisan antara pembaca dan penulis iaitu komik dalam talian. Komik M merupakan sebuah syarikat dibawah PTS Publication & Distributor Sdn Bhd. Ditubuhkan sekitar awal tahun 2008, Komik M mula bertapak sedikit demi sedikit di arena penerbitan negara kita(Aurum, 2012). Komik M menawarkan ribuan komik yang boleh dibeli dan dibaca secara langsung mahupun secara atas talian. Untuk pengetahuan semua, Komik M menghimpunkan komikkomik yang mengetengahkan penggunaan Bahasa Melayu tinggi sebagai konsep asasnya. Komik M membuktikan bahawa komik juga merupakan satu media yang bagus untuk menerapkan kesantunan berbahasa dan akhlak-akhlak yang baik. ANALISIS MEDIA SOSIAL https://komikm.com/ 1.Pengenalan kepada jenis media sosial yang dipilih
https://books.google.com.my/books? id=0CHLCgAAQBAJ&printsec=frontcover &dq=komik+misi+online&hl=en&sa=X&r edir_esc=y#v=onepage&q&f=false 2. Media sosial yang dipilih Misi 10A Plus Analisis akan dilakukan berdasarkan salah satu komik yang diterbitkan oleh Komik M. Komik ini mengisahkan tentang Aizad dan Zahid yang bersama-sama menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh. Di sekolah baru, Zahid menghadapi banyak masalah dan dugaan sehingga prestasi akademiknya jatuh merudum. Lebih teruk lagi, statusnya sebagai penerima biasiswa juga terancam. Sebagai rakan, Aizad berusaha membantu menyelesaikan masalah Zahid demi mencapai sasaran Misi 10A+ Dengan pelbagai cabaran serta rintangan yang membebankan, mampukah Aizad dan Zahid menyempurnakan Misi 10A+ mereka?
Unsur Kesantunan Bahasa Yang Terkandung Dalam Media Sosial Yang Dipilih
Penggunaan Bahasa Perantaraan Yang Halus ANALISIS MEDIA SOSIAL Berdasarkan keratan komik Misi 10A+ ini, dapat kita saksikan bahawa bahasa yang digunakan ialah bahasa halus dan bukannya bahasa kasar. Sebagai contohnya, penulis menggunakan bahasa halus, iaitu 'orang kurang waras' , dan bukan sebaliknya iaitu 'orang gila' yang dianggap sebagai bahasa kasar. Secara tidak langsung, pembaca boleh mengamalkan penggunaan bahasa halus dalam kehidupan seharian mereka.
ANALISIS MEDIA SOSIAL Penggunaan Bahasa Perantaraan Yang Sesuai Antara Guru Dengan Pelajar Seterusnya, berdasarkan perbualan antara seorang guru dan seorang murid di sebelah ini, dapat kita lihat bahawa berlakunya kesantunan bahasa dalam situasi formal, iaitu kesantunan bahasa antara guru dengan pelajar. Secara implisitnya, pembaca boleh menerapkan nilai murni seperti hormat-menghormati dalam diri generasi-generasi muda pada hari ini.
ANALISIS MEDIA SOSIAL Penggunaan Bahasa Perantaraan Yang Sesuai Antara Rakan Sebaya Akhir sekali, berdasarkan perbualan antara rakan-rakan di atas, dapat kita lihat bahawa berlakunya kesantunan bahasa dalam situasi tidak formal, iaitu kesantunan bahasa antara rakan sebaya. Tanpa tidak sedar, pembaca-pembaca yang membaca komik ini dapat mengetahui dan mengamalkan kesantunan bahasa antara rakan-rakan mereka.
KESAN MEDIA SOSIAL KEPADA MASYARAKAT Menerapkan penggunaan kesantunan bahasa yang baik kepada golongan-golongan muda Melahirkan masyarakat yang sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang tinggi dan betul Membentuk masyarakat yang bersopan-santun dalam berkomunikasi dengan semua orang
KESIMPULAN "Manusia tidak sempurna " maka berdasarkan analisis yang telah dilakukan, masyarakat majmuk di Malaysia mempraktikkan kesantunan bahasa walaupun terdapat beberapa kekurangan seperti penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar, dan bahasa yang tidak sesuai mengikut pada perbezaan khalayak. Kesantunan bahasa penting kepada masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Sekiranya kesantunan bahasa dipraktikkan sepenuhnya, maka salah satu prinsip negara Malaysia akan dicapai iaitu rukun negara kelima, Kesopanan dan Kesusilaan. (Majlis Keselamatan Negara)
Ali, S. (2023). Murid bertambah, sekolah perlukan penambahbaikan prasarana. Pendidikan. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2023/02/1065777/murid-bertambah-sekolah-perlukan-penambahbaikan-prasarana Alias, M. (2012). Komunikasi Khalayak. Dr. Maridah Alias. http://drmaridah.blogspot.com/2012/02/komunikasikhalayak.html#:~:text=Khalayak%20boleh%20dibahagikan%20kepada%20dua,yang%20tertentu%20dalam%20komunikasi%20khalayak Aurum. (2012, May 6). Reviu Komik Tempatan dan Antarabangsa. Oleh Warga Malaysia: Komik-M. Apakah? Reviu Komik Tempatan Dan Antarabangsa. Oleh Warga Malaysia. http://aurumkomikreviu.blogspot.com/2012/05/komik-m-apakah.html Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. (n.d.). Carian Umum. Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ibu+bapa Diena. (2021). Definisi Media Sosial Klasifikasinya Menurut Kamus Dewan. Coursehero.com. https://www.coursehero.com/file/p6ct2v2o/DEFINISI-MEDIA-SOSIALKLASIFIKASINYA-Menurut-Kamus-Dewan-Bahasa-Edisi-keempat/ Halid, A. (n.d.). Kesantunan Berbahasa Di Media Sosial : Klik Web DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=18688 Halim, H. (2019, February 14). KEMASUKAN KAUM INDIA DI TANAH MELAYU. M-Update. https://m-update.com/2019/02/14/kemasukan-kaum-india-di-tanahmelayu/ Ibrahim, N. (n.d.). Jenis-jenis Penulisan: Berita : Klik Web DBP. Klik Web DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=12849 Kata Ganti Nama Diri BM. (n.d.). Bab 2. Kheru2006wrote, K. K. (2019). Media cetak masih relevan. Kheru2006.Livejournal.com. https://kheru2006.livejournal.com/1821569.html Krishnan, P., & Raman, H. J. (2020). (PDF) Dasar Pentadbiran British Terhadap Buruh di Tanah Melayu Sebelum Merdeka. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/341822409_Dasar_Pentadbiran_British_Terhadap_Buruh_di_Tanah_Melayu_Sebelum_Merdeka Majlis Keselamatan Negara. (2021, August 13). #EDISI MERDEKA: RUKUN NEGARA. Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/08/13/edisi-merdekarukun-negara/ MyGovernment. (2017). MyGOV - The Government of Malaysia’s Official Portal. Www.malaysia.gov.my. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118? language=my Open Bridge Publication Sdn Bhd. (n.d.). Komik-M. In komikm.com. Open Bridge Publications Sdn Bhd. https://komikm.com/ PENGAJIAN MALAYSIA: BAB 1: MASYARAKAT. (2014, August 16). PENGAJIAN MALAYSIA. http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-1- pengenalan-padatahun-1948-seorang.html#:~:text=Menurut%20J.S%20Furnival%2C%20masyarakat%20majmuk RHB Group. (2019). RHB Raya 2019: Ketepikan Segala Perbezaan. Www.youtube.com. https://www.youtube.com/watch?v=aMK3EDVeL7w Salam, N. (2013). Misi 10 A +. Google Books. https://books.google.com.my/books? id=0CHLCgAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=komik+misi+online&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false RUJUKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH! Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan baik.