The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beranigagal06, 2023-01-23 08:17:17

PB SEJ

PB SEJ

[0] KOLEJ VOKASIONAL SEPANG SEJARAH PENILAIAN BERTERUSAN 2023 PENULISAN KARANGAN BIOGRAFI ROSLI DHOBI DAN PERISTIWA SUNGKIT BERDARAH TAJUK : 4.4-PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN BRITISH DISEDIAKAN OLEH : NAMA : MUHAMMAD DHIYAURRAHMAN BIN YUSHARIZAL NO KAD PENGENALAN : 060814-16-0025 ANGKA GILIRAN : K311LBAK014 PROGRAM : 1SVM BAK SEMESTER 2 NAMA PENSYARAH : PN MASURIYA BT SHAMSUDIN


[1] ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Penghargaan 2 3 Objektif tugasan 3 4 Riwayat Hidup Rosli Dhobi 4-5 5 Peristiwa Sungkit Berdarah 6-8 6 Lampiran Bergambar 9-10 7 Sumber Rujukan 11


[2] PENGHARGAAN Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia rahmat-Nya, saya Muhammad Dhiyaurrahman bin Yusharizal dari kelas 1SVM BAK dapat menyelesaikan tugasan Pentaksiran Berterusan Sejarah ini. Terlebih dahulu saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat Pn. Masuriya bt Shamsudin atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ayahanda Yusharizal bin Ahmed Ibrahim dan ibunda Fadzilah binti Md Som serta kekanda dan adinda yang saya kasihi kerana telah banyak memberi galakan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya terutama dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah menjadikan kita umat Islam yang mencintai ilmu. Akhir sekali, tidak lupa buat para sahabat seperjuangan dan semua yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah..S.W.T. Sekian.terima.kasih


[3] OBJEKTIF TUGASAN 1. Sentiasa menghargai dan mengenang pejuang negara 2. Menyuburkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara 3. Sentiasa memahami dan menghayati sejarah kemerdekaan negara 4. Mewujudkan masyarakat yang cinta negara dan saling bekerjasama


[4] RIWAYAT HIDUP ROSLI DHOBI Rosli Dhobi dilahirkan pada 18 Mac 1932 di Kampung Pulo,Sibu,Sarawak.Beliau merupakan anak kedua dari 4 orang beradik di dalam keuarganya.Bapanya,Dhobi bin Buang,dikatakan berasal dari Indonesia dan keturunan Raden.Ibunya,Habibah binti Haji Lamit berasal dari keluarga Sambas dari Mukah.Beliau mempunyai kakak sulung dan adik lelaki iaitu Fatimah yang dilahirkan pada 1927 dan adik lelakinya yang lahir pada 1934.Rosli Dhobi sering berpenampilan kemas,segak,bergaya dan sederhana serta bersahaja.Rambutnya disikat dari kiri ke kanan.Beliau suka berdikari,patuh kepada ibu bapanya dan tidak suka menyusahkan orang lain.Beliau belajar solat dan mengaji al quran dari bapanya.Beliau juga di didik dari kecil supaya mencintai agama dan mengamalkan agama islam dalam kehidupannya.Pada hari jumaat,beliau sering mengikuti ayahnya pergi menunaikan solat jumaat di masjid sehingga di saat kematiannya,beliau masih mengingati keluarganya supaya tidak meninggalkan solat. Didikan yang dialaminya membantu perkembangan keperibadian dirinya Ketika di usia remaja.Beliau sering senyum apabila bercakap dan seorang yang peramah serta sangat menghormati orang lain.Itulah yang menyebabkan beliau sering disenangi oleh orang lain.Beliau mempunyai ramai kawan termasuk jiran tetangganya seperti Abdul Aziz Saiffula. Abdul Aziz berusia 15 Tahun yang juga belajar di sekolah Methodist, Tetapi tidak dalam darjah yang sama dengan Rosli. Belajar di sekolah itu bermaksud Rosli juga perlu belajar kitab Bible.Aziz tinggal selang sebuah rumah dari rumah Rosli di kampong Pulo. Seperti kanakkanak dan remaja lain,Rosli juga suka bermain layang-layang, menyabung ayam, Bermain pedang mainan dan bermain guli.Beliau juga suka bermain di pasar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Rakan-rakan lain beliau ialah Noor Tahir,Wan Abu Bakar,Yusuf Merais,Baiee,Abang Othman, Dan Morsidi Sidek.Sebahagian daripada rakannya ialah mereka yang lebih tua daripadanya,dan pergaulan tersebut membantu mematangkan beliau.Malah,perwatakan dan wajahnya juga kelihatan lebih matang daripada usianya,kadangkala orang tidak tahu bahawa dia masih lagi belajar. Dalam kalangan kawan-kawannya,kadangkala Rosli pandai


[5] berjenaka dan jenakanya mencuit hati mereka.Bagi Abang Othman,Rosli tidak pernah menyakiti hatinya.Ketika mesyuarat,Rosli sering memakai baju lengan pendek dengan rambut yang bersikat kemas. Rosli memulakan kerjanya sebagai Guru dan mengajar di Sekolah Rakyat Sibu. Tempat Beliau mengajar itu merupakan antara sekolah yang ditubuhkan oleh kumpulan anti-cession selepas sekolah kerajaan banyak ditutup ekoran perletakan jawatan 338 terutamanya daripada kaum guru. Antara matapelajaran yang di ajarkan di sekolah itu ialah Bahasa Melayu,Tarawik,Agama dan Ilmu Alam. Rosli telah menerima tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu kepada 40 orang murid.Beliau berjiwa keguruan serta sangat sayang kepada pelajarnya.Beliau juga minat melukis, dan antara guru yang mengajar bersama-sama beliau di situ ialah Jamaludin Haji Dris. Beliau juga sudah mempunyai kekasih bernama Ani Ali, dan beliau serius dalam hubungan dengan kekasihnya yang berusia tiga tahun lebih tua daripadanya. Perbezaan usia tidak menjadi penghalang kepada cinta mereka.Rosli terpikat dengan budi bahasa, kesopanan dan kelembutan Ani. Beliau sentiasa memelihara dan menjaga hubungan cinta dengan gadis kesayangannya yang tinggal sekampung dengannya.Mereka sering menulis dan berbalas surat cinta.Meskipun tidak dapat kerap berjumpa kerena seperti kebiasaan pada waktu itu, sukar bagi anak muda, namun mereka berdua sering berutus surat.Melalui surat itu Rosli dan Ani dapat meluahkan rasa rindu anak muda yang sedang dilamun cinta yang sangat membara. Memang menjadi hasrat Rosli untuk menjadikan Ani Ali sebagai isterinya.Mereka berjanji untuk hidup semati, tetapi impian indah itu tidak tercapai. Akhirnya,Ani kecewa dan memendam rindu apabila Rosli dihukum gantung. Sampai kini pada usia 80 tahun bekas kekasih Rosli itu bertekad untuk tidak berkahwin.Beliau seolah-olah telah hilang keinginan dan semangat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka lain. Hanya Rosli tetap bersemadi di hatinya, akibat berduka dan kecewa selepas kematian Rosli, Hajah Ani dikatakan sering menghadiahkan Al-fatihah kepada Almarhum “tidak rindu, Tapi ingat Rosli”kata-kata Hajah Ani.


[6] PERISTIWA SUNGKIT BERDARAH Keluarga Diraja Brookes telah memerintah Sarawak sejak tahun 1841.Keluarga ini telah menjanjikan kemerdekaan kepada Sarawak melalui Perlembagaan Sarawak 1941.Namun begitu,Charles Vyner Brooke telah bertindak melanggar perlembagaan tersebut apabila beliau menyerahkan Sarawak kepada British pada 18 Februari 1946 sebagai tanah jajahan.Faktor berlakunya hal ini adalah kerana keluarga Brookes tidak mampu untuk membangunkan Sarawak,sekaligus menyediakan ia untuk pemerintahan sendiri,serta desakan dari pihak British sendiri untuk menyerahkan Sarawak.Jelas bahawa tindakan itu telah membawa kepada reaksi penentangan masyarakat terhadap penyerahan ini,dan bermulalah Gerakan Anti Penyerahan Sarawak.Keadaan itu menyebabkan Rosli Dhoby berang dan beliau pun menyertai kumpulan anti penyerahan iaitu Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.Daripada pergerakan itu,akhirnya terbentuk kumpulan rahsia iaitu Rukun 13.Mereka pada mulanya merancang untuk membunuh Gabenor British Ketika itu,Charles ArdenClarke,namun beliau telah dipindahkan ke Ghana sebelum mereka sempat berbuat demikian. Pada 4 Disember 1949,Sir Duncan Stewart telah tiba di Sibu.Beliau baru sahaja dilantik menjadi Gabenor Sarawak yang baharu menggantikan Charles Arden-Clarke.Semasa hari kejadian,Sir Duncan Stewart sedang berjalan untuk bertemu para penduduk Sarawak untuk lawatan rasmi beliau untuk pertama kalinya.Pada Ketika itu,4 ahli Rukun 13 iaitu Rosli Dhobi,Morshidi Sidek,Awang Rambli dan Bujang Suntong berada di lokasi itu untuk membunuh Sir Duncan Stewart.Menurut laporan,Morshidi Sidek telah mendekati Sir Duncan Stewart untuk mengambil gambar Rosli Dhobi Bersama Sir Duncan Stewart dan pada masa yang sama,Rosli Dhobi telah bertindak menikam Sir Duncan Stewart menggunakan pisau yang beracun.Rosli kemudiannya cuba untuk melakukan tikaman yang kedua namun dihalang oleh pegawai polis.Kedua-dua Morshidi Sidek dan Rosli Dhobi telah ditahan di lokasi kejadian sementara Sir Duncan Stewart telah dibawa ke hospital di Kuching.Sir Duncan Stewart kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Singapura sebelum mati akibat luka tikaman.


[7] Selepas penahanan Rosli Dhobi dan Mroshidi Sidek,pihak British telah menjalankan penyiasatan terhadap Rukun 13.Bujang Suntong dan Awang Rambli turut ditahan beberapa hari kemudian.Kematian Sir Duncan Stewart telah menjadikan kes ini sebagai kes pembunuhan dan pihak British telah mengambil Tindakan keras terhadap ahli-ahli rukun 13 ini.Walaupun Rosli Dhobi masih remaja dan berusia 17 tahun,tetapi beliau tidak dibicarakan sebagai pesalah Juvenil.Setelah perbicaraan itu,British telah menghukum semua ahli yang terlibat dengan pembunuhan itu dihukum dengan hukuman gantung sampai mati. Pada 24 Februari 1950, sekitar tiga bulan selepas dia menghunjamkan pisau ke perut Duncan Stewart pada 3 Disember 1949, Rosli telah menulis sepucuk surat kepada ibu dan bapanya. Dalam surat itu, Rosli yang tahu dia sedang menghitung hari, meluahkan perasaannya: “Menjelangi Yang mulia ayahanda dan bonda kita, Kg. Pulo, Sibu, Sarawak Ayahanda, Dengan segala hormatnya anakanda menyatakan pada ayahanda dan bonda serta ahliahli kita sekalian yang ada; iaitu anakanda adalah di dalam selamat dan sihat. Pasal makanan anakanda di sini serta minuman sama ada tidur dan mandi semuanya cukup belaka. Dari itu anakanda harap kepada ayahanda dan bonda janganlah bersusah hati terhadap hal kesihatan anakanda di sini. Dan anakanda harap mudah-mudahan anakanda selamat dan panjang umur berkat doa kita siang dan malam, sampai kita boleh berjumpa dan diam lagi semua dengan aman seperti sedia kala; jika dengan takdir dan izin Yang Maha Berkuasa Allah Subha nahu Wataalah. Dari itu anakanda mohonkan perasaan hati ayahanda dan bonda serta semua ahli-ahli kita hendaklah disenangkan dan disabarkan supaya tidak jadi melarat. Doakanlah anakanda siang dan malam. Pasal keputusan anakanda bolehlah didengarkan sedikit bulan lagi. Insya-Allah selamat!!! Dan jangan lupa ayahanda minta ahli kita sembahyang hajat.


[8] Sekianlah dapat anakanda huraikan untuk maklum ayahanda dan bonda serta semua ahli-ahli kita. Dan wasalam peluk cium anakanda kepada ayahanda dan bonda; serta ampun dan maafkanlah mana-mana kesalahan anakanda dan sampaikanlah salam hormat dan bahagia anakanda kepada semua ahli-ahli kita; dan kawan anakanda. Adik Ainnie jangan lupa suruh pergi sekolah hari-hari dan jangan mengikut langkah saya. Sesampai surat ini, suruhlah ahli-ahli dan kawan-kawan saya membaca. Dan surat saya yang dua ini tolong berikan dengan Wan Mahsen, bilang dengannya suruh sampai dengan orang yang anakanda telah alamatkan, dan adanya. Menunggu jawap dari ayahanda dengan yakin. Wasalam yang taat dan setia” Berdasarkan kandungan surat ini, tujuan utama Rosli adalah untuk mententeramkan perasaan ayah dan ibunya agar tidak perlu risau dengan keadaannya di penjara. Beliau meminta ayah dan ibunya bertenang, bersabar dan tidak susah hati. Perkara yang menarik dalam dalam surat itu ialah sikap optimisnya. Rosli berpegang kepada semangat di sebalik prinsip Dum Spiro Spiro – Berharap Selagi Bernafas. Beliau masih menaruh harapan bahawa dia tidak akan dikenakan hukuman gantung. Beliau meminta kaum keluarganya berdoa dan mengadakan sembahyang hajat, dengan harapan mereka dapat terus hidup seperti dahulu. Ketika surat itu ditulis, Rosli tidak menduga sama sekali bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai masa yang lama lagi. Beliau percaya rayuannya akan mengambil masa beberapa bulan, berdasarkan ayat, “ Pasal keputusan anakanda bolehlah didengarkan sedikit bulan lagi.” Di dalam surat iaitu, Rosli juga berpesan kepada adiknya Ainnie agar tidak ponteng sekolah, sebaliknya perlu ke sekolah tiap-tiap hari, dan agar Ainnie tidak mengikut jejak langkahnya, iaitu membunuh.


[9] LAMPIRAN BERGAMBAR Gambar wajah Rosli Dhobi Gambar kekasih Rosli Dhobi,Hajjah Ani bini Ali Gambar Sir Duncan Stewart


[10] Ilustrasi pembunuhan Sir Duncan Stewart yang ditikam oleh Rosli Dhobi menggunakan pisau beracun. Gambar ketika Rosli Dhobi ditangkap oleh pegawai polis Gambar makam Rosli Dhobi,Morshidi Sidek,Bujang Suntong dan Awang Rambli di Makam Pahlawan Sarawak berhampiran Masjid Kampung Sibu.


[11] SUMBER RUJUKAN 1. https://en.wikipedia.org/wiki/Rosli_Dhobi 2. https://iluminasi.com/bm/rosli-dhoby-wira-berani-yang-sanggup-korbankan-diri-untukmenentang-penjajah.html 3. https://digilib.uinsa.ac.id/9527/5/Bab%202.pdf 4. https://sejarahroslidhobykajianpaho.wordpress.com/2018/01/08/first-blog-post/


Click to View FlipBook Version