bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di
bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che
Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang
berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda
jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang
naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga
menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu,
mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik
minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan
oleh pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut
dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah.
Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid
dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke
penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya
mengikut lunas undang-undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan
melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk
kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-
lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan
mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan
rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya
dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh
cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk
terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi
pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek
rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek
agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil
terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak
Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh
semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah
ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan.
Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari
Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili
kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan
Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah.
Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel
tentang pisang.
KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat
Darin. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah novel ini menceritakan tentang kehidupan di kampung. Selain
itu, novel ini juga mengolah sifat-sifat yang terdapat di dalam watak utama. Novel ini
mempunyai watak sokongan yang menyokong watak utama dengan gigih. Di samping itu,
gambar pada kulit buku ini sama seperti tajuk novel ini iaitu Jendela yang menghadap ke arah
jalan. Akhir sekali, novel ini mempunyai penamat cerita yang lengkap.
Dengan ini, novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 4 kerana mempunyai banyak
kelebihan dan kekuatan dalam novel ini.
KEKURANGAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat
Darin. Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah, novel ini mempunyai jalan cerita yang berputar belit. Selain
itu, isi kandungan novel ini bukan tentang jendela menghadap jalan tetapi tentang kehidupan
di kampung. Novel ini juga mempunyai masyarakat yang tidak berkerjasama. Di samping itu,
novel ini tidak akan menarik perhatian pembaca kerana mempunyai permulaan yang tidak
menarik. Akhir sekali, novel ini tidak mempunyai jumlah ilustrasi yang menarik.
Walaubagaimanapun, novel ini masih lagi menarik untuk dibaca.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat
Darin. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Pada pendapat saya, penulis perlu menulis jalan cerita yang lebih menarik dan lebih mudah
untuk difahami. Selain itu, penulis perlu menekankan lagi tentang jendela menghadap jalan.
Penulis juga perlu menulis permulaan cerita dengan lebih menarik. Di samping itu, penulis juga
perlu menggunakan warna kulit buku yang lebih menarik seperti warna hijau. Akhir sekali
novel perlu mempunyai tujuan.
PENGENALAN NOVEL PANTAI KASIH
Novel ini menceritakan tentang Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL PANTAI KASIH
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan
menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan
menetap di sana.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL PANTAI KASIH
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak
kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL PANTAI KASIH
Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga tentang pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam
cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz
sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan
bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan
ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor
Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang
tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan
ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang
tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia
Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia
telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital
kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap
dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor
Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di
hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa
dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam
keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan
prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor
Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia
tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak
perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada
bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan
Doktor Uwang terhadap perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor
berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalkan berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun
akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya
kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan
pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Raiha mempersoalkan
kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu
menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati
terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan
beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor
Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia
dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja,
barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang
kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar
kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia
kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia
menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat
batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun
tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans
anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan
peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya
juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas
suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian
anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpunca daripada
Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur
dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong
Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan
Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya
mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap
Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang
sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital
Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala
Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari
oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang
dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan
masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia
di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan
Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya
bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan
kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya
tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi
tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi
nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu
dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada
anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara
sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang
berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil
peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan
perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh
emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak
kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai,
tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di
situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya
sendiri. Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan
Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh
pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga
dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi
oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok,
namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana
menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang
menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih.
Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung
kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu
berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan
pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut
dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang
dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh
menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister
Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai
bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa
tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor
Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang tamu
apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat
bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor
Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang
saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang
memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku
antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha
berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan
emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit
dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia
menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu
memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak
merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan
telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula
berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak
yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat
melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang
dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi
mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra
dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha
menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex
Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat
bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex,
Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut
menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.
Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan
berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan
anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di
sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api
tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan
berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan
wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang
tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap
Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor
Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor
Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih
ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang
mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa
kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di
bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi
pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.
KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Selain itu, novel
ini memberi inspirasi untuk menjadi seorang doktor pakar. Novel ini juga mempunyai kulit
buku yang menarik. Di samping itu, novel ini mempunyai klimaks yang menarik. Akhir sekali,
novel ini mempunyai permulaan yang menarik.
Dengan ini, novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 4 kerana mempunyai banyak
kelebihan dan kekuatan dalam novel ini.
KEKURANGAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa kekurangan dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah, novel ini tidak menceritakan lebih lanjut tentang Doktor
Uwang. Selain itu, novel ini mempunyai teknik imbas kembali yang tidak menarik. Novel ini
mempunyai watak utama yang sukar difahami. Di samping itu, penamat novel ini tidak
menarik. Akhir sekali, kandungan di dalam novel ini sangat banyak dan boleh membosankan
pembaca.
Walaubagaimanapun, novel ini tetap menarik untuk dibaca oleh pelajar Tingkatan 4.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Pada pendapat saya, penulis novel ini perlu mengurangkan kandungan setiap bab untuk tidak
membosankan pembaca. Penulis perlu menceritakan lebih lanjut tentang watak utama. Selain
itu, penulis perlu menambah dialog di dalam novel. Disamping itu, penulis perlu menceritakan
lagi tentang antagonis novel ini seperti Doktor Uwang. Akhir sekali, penulis perlu menambah
saspen kedalam cerita
PENGENALAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya.Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.Apabila ibunya dirawat di hospital
Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan bertambah
kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.Tindakan berani Dahlia
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walaubagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal
di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di
SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti
kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu
di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah
tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula
Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai
bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan
Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah
tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau
bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya
seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan.
Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk
ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap
memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang
kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak
menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam
keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang
kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering
mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa
saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki /
ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya
tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah
keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula.
Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November),
Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis
pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat
peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4
tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6
bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan
semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari
tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala
Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen
bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan
penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim
telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan
Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah
menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia
agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia
berada.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada
bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya.Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke
kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh
abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau
akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari
nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya
ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya
kepada Tuhan.Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga
mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak
Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa
ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya.
Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu
kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong
juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik
ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad
itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.Dahlia tidak
dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan
abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital.
Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di
hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya,
Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada
penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah
menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya
boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.Dalam perjalanan
pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian
Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah
pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi
memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada
petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas
menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia
dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk
bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit.
Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia
ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita
yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di
Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan
memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut
kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru
dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai
pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh
Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia
terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi
abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang
Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.Pada petang itu,
Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya
bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia
mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga
Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar
tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya.
Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik
adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya
tidak bekerja.Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal
di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari
mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah
menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu
Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat
terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-
sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata
Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.Sewaktu mengemas
barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput
membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan
dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki
terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong
tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa
hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan
Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun
begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku
itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.Sebelum semua mangsa banjir pulang
ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk
Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara
satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk
kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka
hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai
insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu
juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.Selepas tamat peperiksaan,
Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga
memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk
bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul
5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang
diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan
pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak
diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu
walau berada di mana-mana pun.
KEKUATAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip.
Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah, novel ini mempunyai watak utama yang baik hati. Selain itu,
novel ini menunjukkan sifat tabah seorang pelajar terhadap ahli keluarganya yang sakit. Novel
ini juga mempunyai teknik pemerian yang menarik. Di samping itu, novel ini mempunyai
klimaks yang menarik. Akhir sekali novel ini mempunyai kulit buku yang menarik minat
pembaca.
Dengan ini, novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 4 kerana mempunyai banyak
kelebihan dan kekuatan dalam novel ini.
KEKURANGAN NOVEL
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip.
Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah, novel ini mempunyai permulaan yang tidak menarik. Selain
itu, novel ini kekurangan dialog. Novel ini juga mempunyai teknik saspen yang kurang. Di
samping itu, novel ini tidak mempunyai ilustrasi yang menarik. Akhir sekali, novel ini sukar
difahami untuk sesetengah pembaca.
Walaubagaimanapun, novel ini tetap menarik untuk dibaca oleh pelajar Tingkatan 4.
PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Pada pendapat saya, penulis perlu menambah dialog di dalam novel ini untuk menarik minat
pembaca. Selain itu, penulis perlu menambah ilustrasi di dalam novel agar menarik untuk
dilihat. Penulis juga perlu lebih menceritakan tentang adik beradik watak utama. Akhir sekali,
penulis perlu membuatkan jalan cerita yang lebih menarik.
PENGENALAN NOVEL TIRANI
Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan penceritaannya
tetapi turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik
sarawak.Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak
utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL TIRANI
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.Beliau
lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949.
Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche BuyongKuching.
Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke SekolahMenengah
Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di MaktabPerguruan
Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru,
Johor.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi dan rencana.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL TIRANI
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL TIRANI
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang
hadir.Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam
itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet.
Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia
luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr.
Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.Mereka sempat sampai ke
lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di
lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah
kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya,
Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala.Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.Semasa
Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes
juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi.
Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
BAB 8: HADIAH ALAM
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi
tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah
telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia
(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut.
BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.Dalam pada merangka program
yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid.
Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort
dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway
memuji kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid.
Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut.Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort
menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka
agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang
ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.
BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.Majlis pertunangan
yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah
Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara
Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia
sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.Kerunsingan yang dialami oleh Zahid
menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa
Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan
kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC
kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi.Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.Sejak pertemuan
dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid
teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia
semakin meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya
serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector
pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis
oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah
terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu
semasa di sekolah dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa
yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading
bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.Zahid telah bergegas ke Tajau
Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet
tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid