SK MALAWA, KOTA KINABALU
Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah
(PdPR)
MATA PELAJARAN :
Bahasa Melayu Tahun 5
TARIKH :
27 dan 29 September 2021
GURU MATA PELAJARAN :
Cikgu Ernah Wagimin
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Buku Teks halaman 171
UNIT 22 : EKONOMI DINAMIK
SK 4.3
Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan
kesantunan bahasa serta mempersembahkan secara kreatif.
SP 4.3.1
Mengubah suai puisi dengan bahasa yang indah dan santun secara separa
berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif.
SENI BAHASA
Tajuk :
Sediakan Payung sebelum Hujan
• Farisha ingin menyertai pertandingan pantun
sempena minggu keusahawanan sekolahnya. Dia
mula berlatih untuk membina pantun.
• Dia mula mencari maklumat tentang jenis-jenis
pantun.
• Dia juga ingin mempersembahkannya secara
kreatif untuk memenangi pertandingan tersebut.
JENIS PANTUN 4 KERAT
1 2
Pantun Pantun
nasihat teka-teki
3 Pantun 4 Pantun
budi jenaka
CIRI-CIRI PANTUN 4 KERAT
1 Mempunyai empat baris
2 Dua baris pembayang
Dua baris maksud
3 Rima akhir biasa a b a b
4 Suku kata setiap baris antara
8 hingga 12 suku kata
CONTOH PANTUN 4 KERAT
Buku teks halaman 171
1 Wanginya aroma bunga telepok, Pembayang
Tiada di hutan sukar dicari, Pembayang
Diberikan nama insurans berkelompok, Maksud
Tanda ingatan pemimpin bestari. Maksud
2 Naik perahu pergi ke kota, Pembayang
Perigi bertiga menjual bemban, Pembayang
Ambillah tahu akan hak kita, Maksud
Agar keluarga tidak terbeban. Maksud
TUGASAN BAHASA MELAYU
27 dan 29 SEPTEMBER 2021
• Murid dikehendaki mencari contoh pantun empat kerat menggunakan carian google
atau media elektronik iaitu :
a. Satu contoh PANTUN NASIHAT
b. Satu contoh PANTUN TEKA-TEKI
c. Satu contoh PANTUN BUDI
d. Satu contoh PANTUN JENAKA
• Kemudian, murid perlu mempersembahkan empat jenis pantun di atas secara kreatif
dalam bentuk KAD DIGITAL atau POSTER DIGITAL menggunakan pelbagai aplikasi
elektronik mengikut kesesuaian dan kreativiti anda. Rujuk contoh yang diberi.
• Kongsikan GAMBAR-GAMBAR anda SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS menyiapkan
tugasan di Telegram sebagai evidens pentaksiran.
Contoh tugasan yang
sudah siap dalam
bentuk
POSTER DIGITAL
TUGASAN BAHASA MELAYU
27 dan 29 SEPTEMBER 2021
• Tempoh masa menyiapkan tugasan ialah pada
27 – 30 September 2021.
• Sila hantar tugasan yang telah siap ke GC atau
Telegram untuk semakan dan rekod PBD.
• Murid-murid jangan lupa isi kehadiran mengikuti
PdPR pada pautan yang dikongsi dalam Telegram.
❖ Selamat mencuba murid-murid cikgu semua.