The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN MENULIS KARANGAN
27 SEPTEMBER - 01 OKTOBER 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernahwagimin4031, 2021-09-26 19:16:34

BAHASA MELAYU TAHUN 6

TUGASAN MENULIS KARANGAN
27 SEPTEMBER - 01 OKTOBER 2021

PdPR

BAHASA MELAYU TAHUN 6

27 September – 01 Oktober 2021

GURU MATA PELAJARAN :
Cikgu Ernah Wagimin

BAHASA MELAYU TAHUN 6

TEMA :
Terokai Sains Terajui Teknologi dan Inovasi

UNIT 27 :
Manfaatkan Kemajuan Teknologi

Buku teks halaman 157

TAJUK :
Tablet yang Istimewa

KEMAHIRAN :
SP 3.7.2

Menulis karangan jenis AUTOBIPGRAFI dan FAKTA

TUGASAN BAHASA MELAYU
KARANGAN AUTOBIOGRAFI dan FAKTA

▪ Murid dikehendaki mencari contoh karangan jenis AUTOBIOGRAFI dan FAKTA
menggunakan carian google atau media elektronik yang mempunyai TAJUK
SAMA.

▪ Contohnya : Karangan jenis autobigrafi – AKU SEBUAH TABLET
Karangan jenis fakta – KEBAIKAN MENGGUNAKAN TABLET

▪ Kemudian, murid perlu mempersembahkan dua jenis karangan tersebut secara
kreatif dalam pelbagai bentuk seperti POSTER DIGITAL, BROSUR, POWER POINT,
PUBLISHER, VIDEO dan sebagainya menggunakan pelbagai aplikasi elektronik
mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

▪ Rujuk contoh tugasan yang telah siap sebagai panduan.

▪ Kongsikan GAMBAR-GAMBAR anda SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS
menyiapkan tugasan di Telegram sebagai evidens pentaksiran.

TUGASAN BAHASA MELAYU
KARANGAN AUTOBIOGRAFI dan FAKTA

▪ Tempoh masa menyiapkan tugasan ialah pada 27 September –
01 Oktober 2021

▪ Sila hantar tugasan yang telah siap ke GC atau Telegram untuk
semakan dan rekod PBD.

▪ Murid-murid jangan lupa isi kehadiran mengikuti PdPR pada
pautan yang dikongsi dalam Telegram.

❖ Selamat mencuba murid-murid cikgu semua. TERIMA KASIH.

CONTOH
TUGASAN YANG SUDAH SIAP

menggunakan
Power Point

NAMA MURID : SITI NURHALIZAH BINTI ABDULLAH KELAS : 6 ANGGERIK

BAHASA MELAYU TAHUN 6

TEMA :
Terokai Sains Terajui Teknologi dan Inovasi

UNIT 27 :
Manfaatkan Kemajuan Teknologi

Buku teks halaman 157

TAJUK KARANGAN AUTOBIOGRAFI :
Aku Sebuah Telefon Pintar

TAJUK KARANGAN FAKTA :
KebaikanTelefon Bimbit

6

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI
TAJUK : AKU SEBUAH TELEFON PINTAR

Aku sebuah telefon pintar. Aku bernama Oppo Reno. Badan aku berwarna hitam dan diperbuat daripada plastik
yang berkualiti tinggi.

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan
dihantar ke sebuah kedai menjual telefon pintar di Skudai. Di sana, kami dipamerkan di dalam almari kaca untuk
dijual kepada para pelanggan.

Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai itu untuk membeli sebuah telefon pintar yang baharu.
Selepas membuat pilihan, pemuda itu tertarik dengan kecantikanku. Akhirnya, dia membeliku dengan harga RM
2300.

Selepas itu, pemuda itu membawa aku pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya, tuan aku bernama Jia Jie.
Setiap hari, tuan aku membawa aku pergi ke tempat kerjanya. Tuan aku menggunakan aku untuk menghubungi
kawan-kawan dan keluarganya. Kawan-kawannya memuji aku sangat cantik dan canggih.

Tuan aku akan mengelap badanku setiap hari. Oleh itu, aku sentiasa kelihatan bersih dan berkilat. Selepas
dibersihkan, badanku berasa sangat selesa. Tuan aku sangat sayang akan diriku.

Aku berasa sangat bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang baik hati dan
bertanggungjawab. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar
tuan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

7

KARANGAN JENIS FAKTA
TAJUK : KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada masa kini telefon bimbit dianggap sebagal satu
keperluan dalam kehidupan seharian. Telefon bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya terdapat
beberapa kebaikan telefon bimbit.

Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan. Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang
berjauhan berhubung untuk bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di
jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membalki
kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari internet. Pada masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada
para peniaga. Ramai pelajar universiti dan orang awam juga turut menggunakan perkhidmatan internet ini. Dengan menggunakan telefon
bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan
cepat.

Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat hiburan. Dengan memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu
dan rancangan di radio. Pada masa kini, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon bimbit
ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh golongan muda bagi mengisi masa lapang mereka.

Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita boleh mengambil pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh
disimpan di dalam komputer atau dicetak. Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita
boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam video.

Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan. Kita berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila
menyertal pertandingan tersebut. Kita juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dalam kehidupan seharian.

8

KARANGAN JENIS FAKTA
TAJUK : KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

9

Sekian, terima kasih.

Selamat mencuba murid-murid cikgu
yang dikasihi.


Click to View FlipBook Version