Tajuk penulisan : Kaedah Pemasangan PC bagi modul STT 1033 Sistem Komputer
untuk pelajar Sijil Teknologi Telekomunikasi semester 1.
Penulis : HAFIZ BIN BAHARUDDIN dan MOHD FARIZAL BIN MARZUKI
Pelajar yang mendaftar ke Kolej Komuniti Ampang bagi Sijil Teknologi telekomunikasi amat
bertuah kerana dapat mempelajari modul STT 1033 Sistem Komputer. Modul ini adalah
mempunyai amali tentang pemasangan komputer peribadi. Di Kolej Komuniti Ampang, Encik
Hafiz Bin Baharuddin dan pensyarah kedua En Mohd Farizal Bin Marzuki ditugaskan
mengajar modul ini kepada pelajar semester 1 STT.
Penulisan ini adalah disasarkan untuk menunjukkan tutorial cara memasang komputer
peribadi dan kelebihannya.
Komputer menjadi sangat penting apatah lagi di dalam Norma baru tahun 2020 dimana
seluruh dunia sedang bertarung dengan virus Covid 19 yang tidak terlihat oleh mata kasar.
Di dalam pekerjaan, kita melihat mesin juruwang layan diri, pegawai di pejabat, guru-guru
mahupun perkhidmatan awam wajib menggunakan komputer.
Di dalam komputer peribadi, rekabentuk khusus dengan kapasiti simpanan sangat besar
hingga ke komputer gaming dengan kemampuan pemproses canggih dan boleh didapati
dalam pelbagai jenama Dell, Acer, Lenovo, Asus dan sebagainya.
Pengeluar perkakasan juga menyediakan komponen yang boleh dipasang sendiri.
Bagi mereka yang belum pandai bagaimana memasang komponen di dalam komputer
peribadi, bolehlah menyemak artikel tutorial berikut bagaimana memasang komputer PC.
Senarai peralatan tools untuk menyempurnakan pemasangan pc
Bahagian / Aksesori yang diperlukan – Komponen PC yang serasi, aksesori dan perisian OS
(Windows 10)
Pemutar skru – Pemutar skru mata Philips. Secara spesifik anda perlukan pemutar yang
bersaiz #2 manakala untuk memasang M.2 cakera keras SSD anda boleh membeli pemutar
skru saiz #1. Panjang pemutar skru adalah ikut kehendak anda. Cuma apabila anda membeli
pemutar skru yang magnetic sangat baik kerana membantu menjadi magnet kepada skru.
1
Permukaan sesuai – Permukaan besar, luas dan rata seperti meja kecil atau work bench. Jika
lantai mempunyai karpet tidak menjadi masalah janji anda amalkan langkah keselamatan
pada setiap masa.
Cara untuk pembumian diri anda – Bagi menjaga komponen daripada kerosakan disebabkan
cas elektrostatik, anda memerlukan pembumian diri sebelum memegang bahagian dalaman
cpu. Anda boleh gunakan ESD / gelang anti statik atau secara berkala pegang bahagian besi
casing pc. Contohnya, anda boleh pegang kaki meja berlogam, tombol pintu atau pun kabinet
fail.
Masa yang mencukupi – Bagi mempelajari memasang komputer peribadi pertama kali anda
perlu beri masa secukupnya dengan cara beransur ansur dan cermat. Masa diperuntukkan
mungkin di antara 3 hingga 4 jam.
Buku manual motherboard – Manual ini sangat diperlukan apabila anda memerlukan secara
spesifik perkara seperti dimana untuk memasang front panel connections dan juga soket RAM
apa serasi dengan RAM yang nak dibeli.
Mengenalpasti Komponen Komputer
Sebelum anda mula memasang komponen di dalam casing, hendaklah mengetahui dahulu
komponen-komponen yang ada pada komputer dan fungsinya. Kebiasaannya, komponen
komputer adalah seperti lcd monitor, Processor CPU, keyboard dan mouse.
Dari komponen disebutkan tadi, CPU memainkan peranan sangat penting dalam menjalankan
perintah dan rutin dalam rangkaian komponen-komponen.
Di dalam CPU casing, terdapat pelbagai komponen penting yang lain contohnya:
1. Motherboard ialah bahagian sangat penting dan berfungsi sebagai penghubung
antara satu komponen dengan komponen yang lain. Pada sebuah motherboard itu
anda akan dapat menjumpai komponen processor, sound caard, video card, hard disk
dan lain-lain.
2. Processor ialah cip yang sangat mustahak dipasang pada motherboard. Ia berfungsi
seperti otak komputer. Di dalam memasang komponen, processor sangat mustahak
untuk menentukan berapa cepat dan besarnya kadar pemprosesan data.
2
3. RAM (random access memory), ia sebagai tempat pemegang sementara data,
sebelum dihantar ke komponen-komponen lain. Ia juga mempengaruhi kecepatan
pemprosesan data dan sangat penting dalam memasang komputer.
4. Hardisk, DVD ROM / Rewriter, VGA card, Sound Card dan Power Supply adalah
juga komponen penting di dalam sesebuah casing komputer.
Sistem Pengoperasian (Operating System)
Satu perkara anda perlu jelas di sini ialah bila anda memasang pc sendiri, anda tidak
ada perisian sistem yang sudah sedia ada dalam cakera keras. Jadi anda perlu membeli
perisian Berlesen daripada Microsoft dan membuat Pen drive USB (bootable usb) untuk
install.
Contoh Bajet untuk komponen komputer peribadi yang boleh dibeli untuk dipasang
sendiri
Bil Komponen Harga di pasaran (RM)
1 MSI MPG Z490 GAMING PLUS Motherboard (Intel 799.00
LGA1200)
2 Intel Core i7-10700 Processor 10th Gen (16M 1,589.00
Cache, up to 4.80 GHz)
3 GEFORCE® GTX 1660 AERO ITX OC 6GB DDR5 999.00
GRAPHIC CARD
4 Western Digital WD Blue 3D NAND SATA SSD 2.5in 698.00
SATA 1 TB
5 Corsair Obsidian Series 500D Tempered Glass & 699.00
Aluminum Mid Tower Case
JUMLAH 4,085.00
3
Contoh bajet untuk komponen komputer peribadi harga bajet yang boleh dibeli untuk
pemasangan sendiri
Bil Komponen Harga di pasaran (RM)
1 Intel Core i5 9400F processor 619.00
2 Nvidia GTX 1660 Super graphic card 1060.00
3 Gigabyte Z390 UD motherboard 579.00
4 G.Skill Aegis DDR4 Memory / 16GB (16GB x1) 369.00
3000Mhz
5 Intel 660p M.2 2280 1TB SSD PCIe NVMe IntelSSD 638.00
6 EVGA 500 W2 500W Non-Modular Power Supply 169.00
Unit
7 PHANTEKS Eclipse P300 Air Mesh Edition Mid 206.00
Tower Tempered Glass ATX Casing
JUMLAH 3,640.00
Langkah-langkah bagi memasang komponen di dalam cpu casing
1. Pertama sekali adalah menyediakan segala komponen yang perlu. Ini termasuk
processor, monitor lcd dan lain-lain.
2. Kemudian, sediakan komponen di dalam cpu casing seperti motherboard, pemproses
dan RAM yang serasi, cakera keras dan lain-lain komponen. Sediakan juga pemutra
skru Philips, skru, bolt dan thermal paste processor.
3. Langkah seterusnya adalah pasang processor ke motherboard. Perhatikan tanda di
sudut kiri bawah processor dan socket sebelum anda pasang processor.
4. Seterusnya anda perlu memasang kipas processor dengan cucukkannya ke soket
motherboard. Selepas itu anda perlu sambungkan kabel kipas ke motherboard.
4
5. Tiba masa untuk memasang ram. Pilih ukuran dan jenis RAM yang serasi dengan
processor yang diguna supaya komputer beropearsi di tahap optimum.
6. Sekarang siaplah cpu casing dan berikutnya adalah langkah untuk anda memasang
komputer.
Pemasangan Komponen ke CPU Casing
1. Tanggalkan cpu casing sehingga tinggal casing luar sahaja, pasang I/O shield yang
diambil dari kotak motherboard. Pasang bahagian belakang cpu casing dan pastikan
ia serasi dengan motherboard dibeli.
2. Kemudian anda pasang motherboard itu (lengkap terpasang processor, kipas heat
sink dan RAM). Cucuk ke lubang bolt dan ketatkan bolt antara motherboard dengan
CPU casing.
3. Kemudian, pasang cakera keras hd atau ssd yang serasi dengan cpu casing. Hard
disk sata senang dipasang skru di kedua dua belah bahagian berjumlah 4 skru kerana
rangka telah tersedia pada cpu casing. Manakala hard disk ssd memerlukan anda
membeli 2.5” ssd inch metal mounting bracket for extra hdd ssd for desktop berharga
RM 13.90 di Lazada Malaysia.
4. Sekarang anda perlu memasang power supply di bahagian luar cpu casing dan
ketatkan skru nya.
5. Setelah siap, sekarang anda perlu menyambung kabel-kabel penting ke motherboard.
Pertama sekali kabel penting ialah Power 24-pin ATX.
6. Disamping itu anda juga perlu memasang kabel Power 4-pin CPU berwarna kuning
hitam. Dan baru lah anda boleh menyambungkan kabel SATA ke motherboard. Satu
lagi hujung kabel SATA and perlu sambung ke cakera keras / ssd.
7. Kini tiba pula masanya anda mengambil satu kabel power sata dan pasangkan ke
cakera keras.Kemudian pasang kipas processor. Seterusnya, pasang kabel dari PPC
ke motherboard mengikut arahan manual.
8. Akhir sekali, sambung pula kabel-kabel front panel ke motherboard mengikut petunjuk
yang disampaikan dalam manual.
Apakah kelebihan memasang komputer peribadi sendiri
5
Bagi sesetengah orang memasang komponen komputer agak meresahkan tetapi mengikut
cara tutorial ini ia mempunyai banyak keuntungannya. Di bawah ini ialah senarai kelebihan
memasang komponen komputer sendiri : -
1. Boleh pasang sendiri komputer mengikut bajet yang diingini.
2. Memudahkan untuk membuat tuntutan jaminan (claim waranti) kerana beli komponen
sahaja.
3. Mudah untuk buat modifikasi dan upgrade mengikut komponen yang diingini seperti
kad grafik.
4. Boleh pilih sendiri komponen yang disukai.
5. Bila ada kerosakan komponen, lebih senang untuk beli dipasaran komponen yang
mengalami masalah.
Gambarajah pemasangan komputer peribadi
Rajah 1 : Pemasangan processor CPU Intel
6
Rajah 2 :Pasang RAM DDR 4 ke motherboard
7
Rajah 3 : Sebelum pasang motherboard ke dalam cpu casing, anda kena pasang IO shield
di tempatnya.
8
Rajah 4 : Letak perlahan-lahan motherboard ke atas standoffs dalam masa yang sama
selaraskan dengan backplate
9
Rajah 5 : Skru untuk pasang ke atas motherboard
10
Rajah 6: Pasang skru dan ketatkan betul betul tetapi jangan terlalu ketat. Hanya sedikit
ketat.
11
Rajah 7 : Pemasangan cakera keras M.2 SSD pada motherboard
Rajah 8 : Pasang power supply ke cpu casing dan ketatkan skru dari luar casing
12
Rajah 9 : Wayar – wayar front panel yang perlu dipasang daripada psu ke atas motherboard
Rajah 10: Setelah diboot pc pengguna perlu pergi ke setting BIOS untuk mulakan proses
seterusnya untuk install Windows
13
Sumber rujukan
Want a Better PC? Try Building Your Own
https://www.wired.com/story/how-to-build-a-pc/
How to Assemble a PC (2020 Guide)
https://www.build-gaming-computers.com/how-to-assemble-a-pc.html
Building a PC: The Ultimate Beginner’s Guide (Part 1)
https://www.neweggbusiness.com/smartbuyer/buying-guides/building-pc-ultimate-
beginners-guide-part-1/
Tutorial pemasangan komputer dan juga kelebihannya
https://www.merdeka.com/teknologi/tutorial-cara-merakit-komputer-pc-yang-benar-
dan-kelebihannya-kln.html
How to install a CPU: Putting the brain into your computer
https://www.techradar.com/how-to/how-to-install-a-cpu
CPU heat sink/fan installation
https://www.pearsonitcertification.com/articles/article.aspx?p=2731934&seqNum=19
5 Steps to Installing RAM in a Desktop PC
https://www.build-gaming-computers.com/how-to-install-ram.html
How to Install an NVMe M.2 SSD Hard Drive and Why You Should
https://www.groovypost.com/howto/install-nvme-m2-ssd-hard-drive/
How To Upgrade and Install a New Power Supply for Your PC
https://www.howtogeek.com/348257/how-to-upgrade-and-install-a-new-power-
supply-for-your-pc/
14
How to Connect Front Panel Cables to Motherboard
https://www.build-gaming-computers.com/motherboard-front-panel-connectors-
guide.html
The GIGABYTE B360 Gaming 3 WIFI Review: A Cheaper Alternative at $120
https://www.anandtech.com/show/12656/gigabyte-b360-gaming-3-wifi-120-usd/3
Cara Install Windows 10 - Hardisk SSD
https://www.youtube.com/watch?v=wFMhU4z7iiI
CARA MEMASANG KOMPUTER [ BAHASA MELAYU ]
https://www.youtube.com/watch?v=F1jyoE87TKI
Link untuk beli spec pc gaming di online Lazada Malaysia
1. MSI MPG Z490 GAMING PLUS MOTHERBOARD
https://www.lazada.com.my/products/msi-mpg-z490-gaming-plus-motherboard-intel-
lga1200-i1245744584-
s3715636020.html?spm=a2o4k.searchlist.list.2.2b967fb7KnwBZa&search=1
2. Intel Core i7 10700 processor
https://www.lazada.com.my/products/intel-core-i7-10700-processor-10th-gen-16m-
cache-up-to-480-ghz-i1255702763-
s3760890005.html?spm=a2o4k.searchlist.list.27.a8a879a5Vu28Tm&search=1
15
3. Kad grafik MSI Geforce GTX 1660 Aero ITX OC 6 gb DDR 5
https://www.lazada.com.my/products/new-msi-geforce-gtx-1660-aero-itx-oc-6gb-
ddr5-graphic-card-i1265636208-
s3809896868.html?spm=a2o4k.searchlist.list.4.248b501fUoXX90&search=1
4. Cakera keras Western Digital WD Blue 3D Nand SSD 1 TB
https://www.lazada.com.my/products/western-digital-wd-blue-3d-nand-sata-ssd-25in-
sata-1-tb-i484250399-
s824566539.html?spm=a2o4k.searchlist.list.25.5a197adcy9MgbK&search=1
5. CPU Casing Corsair Obsidian Series 500D
https://www.lazada.com.my/products/corsair-obsidian-series-500d-tempered-glass-
aluminum-mid-tower-case-i590936066-
s1192830801.html?spm=a2o4k.searchlist.list.13.3d8529ceu9edkU&search=1
Link untuk beli spec PC bajet Gaming di Lazada Malaysia
1. Processor Intel Core i5 9400f
https://www.lazada.com.my/products/ready-stockintel-core-i5-9400f-processor-6-
core-6-thread-lga1151-processor-no-integrated-graphic-i5-9400f-i574204417-
s1148410018.html?spm=a2o4k.searchlist.list.17.470f42191gGhNZ&search=1
2. Nvidia GTX 1660 Super
https://www.lazada.com.my/products/new-inno3d-geforce-gtx-1660-super-twin-x2-oc-
rgb-graphic-card-i1265094361-
s3807108560.html?spm=a2o4k.searchlist.list.16.42e57689aoKcaC&search=1
3. Gigabyte Z390 UD Coffee Lake LGA1151 Motherboard
https://www.lazada.com.my/products/gigabyte-z390-ud-coffee-lake-lga1151-
motherboard-i885746010-
s2182594171.html?spm=a2o4k.searchlist.list.4.123c6509Bc987F&search=1
16
4. G.Skill Aegis DDR4 Memory / 16GB (16GB x1) 3000Mhz
https://www.lazada.com.my/products/gskill-aegis-ddr4-memory-16gb-16gb-x1-
3000mhz-i386857195-
s556276239.html?spm=a2o4k.searchlist.list.3.241b2e33n3RX7A&search=1
5. EVGA 500 W2 500W Non-Modular Power Supply Unit
https://www.lazada.com.my/products/evga-500-w2-500w-non-modular-power-supply-
unit-80-plus-white-certified-i479284570-
s796610940.html?spm=a2o4k.searchlist.list.3.48e378ddSUuWe8&search=1
6. PHANTEKS Eclipse P300 Air Mesh Edition Mid Tower Tempered Glass ATX Casing
https://www.lazada.com.my/products/phanteks-eclipse-p300-air-mesh-edition-mid-
tower-tempered-glass-atx-casing-i963936785-
s2481006194.html?spm=a2o4k.searchlist.list.2.786a82behRlzxx&search=1
17