The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU - FONOLOGI
( TANDA BACA )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusfarienna02, 2021-01-16 22:20:46

BAHASA MELAYU TINGKATAN ENAM

BAHASA MELAYU - FONOLOGI
( TANDA BACA )

Keywords: GOOD

BAB 2 (BIDANG FONOLOGI) : TANDA BACA

NAMA PELAJAR : NURSYUHADA YUSFARIENNA BINTI AHMAD YUSHAIRI
SEKOLAH : KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
KELAS : UMP SEM 1

NAMA GURU : PUAN HAZIYAH BINTI HASSAN

DEFINISI TANDA BACA :

- Tanda baca ialah lambang – lambang yang digunakan sewaktu menulis
untuk memberikan penjelasan tambahan tentang makna yang ingin
disampaikan.

- Terdapat beberapa lambang untuk tujuan ini seperti titik (.), koma (,),
tanda soal (?), koma bertitik (;), dan lain – lain lagi.

Hasil pembelajaran calon seharusnya dapat :

- Mengenal pasti pasti jenis – jenis tanda baca.
- Menggunakan tanda baca dengan betul.

1) Tanda Noktah ( . )

- Tanda noktah digunakan bagi pengakhiran ayat penyata atau ayat perintah. Ayat perintah meliputi
ayat permintaan, ayat larangan, ayat silaat dan ayat suruhan.

- Menunjukkan singkatan seperti Dr., U.S.A, BHD. Dan lain – lain lagi.
- Menunjukkan petikan (quotation) yang tidak lengkap; ditandai dengan tiga noktah berturut – turut

(…).
Contoh: “…penglibatan negara dalam pengeluaran kenderaan bermula dari tahun 1985 lagi …”

2) Tanda Koma ( , )

- Tanda koma digunakan apabila klausa tak bebas atau ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan
mendahului klausa bebas atau ayat induk.

Contoh: hanya apabila dipujuk , dia memberitahu kami perkara yang sebenarnya.
- Frasa berfungsi sebagai keterangan mendahului klausa bebas atau ayat induk.
Contoh : dengan ditemani ibunya, dia pergi ke rumah tunangnya itu.

3) Noktah Bertindih (:)

- Tanda ini digunakan sebelum sesuatu senarai atau butiran tentang sesuatu diberikan .
Contoh : Dia tinggal di alamat: 20 Jalan Bunga Mawar, Shah Alam.
- Sebelum menuliskan sesuatu frasa atau ayat yang mendukung suatu motto atau tema tertentu.
Contoh : Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan gagasan ini : Sepakat membawa rahmat.
- Untuk menunjukkan bahagian atau unit bagi sesuatu.
Contoh : Perkara 152 : Fasal 1

4) Koma Bernoktah ( ; )

- Tanda ini digunakan untuk memisahkan klausa atua ayat – ayat kecil yang boleh berdiri sendiri , tetapi
mempunyai kaitan yang rapat dari segi makna.

Contoh : pelajar tingkatan 5 diminta berlatih dua kali seminggu ; pelajar tingkatan 3 dan 4, tiga kali
seminggu.
- Sebelum beberapa contoh diberikan dalam sesuatu ayat yang menunjukkan bilangan, sama ada

bilangan tentu ataupun tidak.
Contoh : terdapat tiga warna pada air minuman itu; putih, coklat dan krim.

5) Tanda kurung ( )

- Tanda ini digunakan untuk memberikan keterangan lanjut tentang sesuatu yang telah disebutkan
sebelumnya.

Contoh : pegawai itu ( yang terkanan dalam kalangan pegawai yang ada ) amat bertanggungjawab.
- Untuk menulis nombor, huruf atau symbol yang sebelumnya sudah dituliskan dalam huruf atau

perkataan :
Contoh : dia mendermakan wang sebanyak dua ribu ringgit (RM 2 000) kepada Yayasan amal.

6) Tanda Kurung Bersiku [ ]

- Tanda ini digunakan untuk memasukkan tambahan kepada sesuatu ayat yang telah ditulis oleh
pengarang dan tambahan itu bukan dibuat oleh pengarang itu sendiri.

Contoh : dia mempunyai lapan tahun pengalaman [dari tahun 2002 – 2010] dalam bidang
kewartawanan.

7) Tanda Sempang (Pendek) (-)

- Tanda sempang (-) digunakan untuk penulisan perkara yang berikut :
1. Menulis kata ganda, seperti …orang – orangan, tumbuk – menumbuk dan sewenang – wenangnya.
2. Menyambung suku kata yang terpisah pada pengakhir baris. Cth : …mereka ber-kelahi di depan kedai.

- Menunjukkan hubungan antara kata pada rangkai kata setara atau rangkai kata istilah :
Contoh : alat pandang – dengar , pendekatan dengar – sebut

8) Tanda tanya ( ? )

- Tanda ini digunakan pada akhir ayat tanya.
Contoh : orang itu siapa?
- Mengakhiri ayat yang sebenarnya bukanlah dalam bentuk ayat tanya yang memerlukan jawapan tetapi hanya

merupakan satu cara bagi penulis menyampaikan pendapat :
Contoh : bagaimana persoalan ini dapat diselasaikan, kalua kita sendiri berpeluk tubuh ?

9) Tanda seru ( ! )

- Tanda ini digunakan pada akhir ayat seru ;iaitu ayat yang melahirkan perasaan tertentu, seperti terkejut,
sakit, marah, kagum, kesal, dan sebagainya.

Contoh : lihat kaki gunung itu, cantik sekali!
- Akhir ayat suruhan , permintaan, atau silaan sebagai ucapan pelembut.
Contoh : jemput minum! (silaan)

10) Tanda petik (Quotation) ( “ ” )

- Tanda ini digunakan untuk menuliskan cakap ajuk.
Contoh : Cikgu Azilah menasihati kami, “Kamu belajarlah dengan sungguh – sungguh!”
- Untuk menonjolkan sesuatu perkataan atau frasa tertentu dalam ayat .
Contoh : gagasan “1 Malaysia” harus dihuraikan dengan jelas.

11) Tanda Petik Tunggal ( ‘ ’)

- Tanda ini digunakan untuk menunjukkan kutipan dalam kutipan.
Contoh : Katanya, “Penceramah itu sudah pun menjelaskan maksud ‘mutasyabihat’ dalam konteks ayat itu
,tetapi saya masih belum benar – benar faham,”

12) Tanda Garis Miring ( / )

- Tanda ini digunakan untuk menunmukkan maksud atau.
Contoh : kelebihan / keistimewaannya terletak pada kesabarannya dan
kecekalannya.

TERUSKAN USAHA ANDA
&

SEMOGA BERJAYA DALAM STPM!


Click to View FlipBook Version