The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TATACARA PEMILIHAN JK KARIAH 2023-2025 original

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joebard80, 2022-07-10 19:15:43

TATACARA PEMILIHAN JK KARIAH 2023-2025 original

TATACARA PEMILIHAN JK KARIAH 2023-2025 original

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH
NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

1. NAMA

Tatacara ini dinamakan ; “TATACARA PEMILIHAN CALON
JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025”

2. TUJUAN

Tatacara ini dirangka sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat bagi
mengendalikan urusan pemilihan calon Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau
Pinang. Ianya berasaskan peruntukan Seksyen 104 (1) (b), Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) Tahun 2004 dan Kaedah 4
(1), Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau
Pinang) 1997 dan pindaan 2003. Bagi kariah yang melaksanakan tatacara ini
sebagai salah satu agenda mesyuarat agung tahunan, ia adalah berdasarkan
Kaedah (24). Manakala bagi kariah yang melaksanakan tatacara ini melalui
mesyuarat agong khas bagi tujuan pemilihan jawatankuasa kariah sahaja dan
tidak melibatkan agenda lain, ia adalah berdasarkan Kaedah (25).

3. TAFSIRAN

Istilah-istilah di bawah ini adalah terpakai dalam konteks Mesyuarat Agung
Pemilihan Calon Jawatankuasa Kariah dan dalam skop tatacara ini sahaja.

Ahli Kariah : Seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya
bermukim dalam sesuatu kariah masjid untuk tempoh
tidak kurang daripada 3 bulan.

1

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

Ahli Kariah : Ahli Kariah yang disahkan kelayakannya sebagai Ahli
Berdaftar Mesyuarat Agung Pemilihan Calon, calon
Jawatankuasa Kariah, pencadang dan penyokong bagi
pencalonan Jawatankuasa Kariah serta telah
mengemukakan permohonan pendaftaran sebelum
tempoh yang ditetapkan.

Daftar Ahli Kariah : Senarai nama ahli kariah yang layak sebagai Ahli
Mesyuarat Agung Pemilihan Calon, calon
Jawatankuasa Kariah, pencadang dan penyokong bagi
pencalonan Jawatankuasa Kariah yang telah disahkan
oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Enakmen : Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau
Pinang) 2004.

Jabatan : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(JHEAIPP).

Jawatankuasa : Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan melalui
Kariah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen
104, Enakmen.

2

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

Jawatankuasa : Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam
Masjid Negeri Pulau Pinang bagi mentadbir masjid ghair jamek
(tidak melaksanakan solat Jumaat)

Kaedah : Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai
Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997 dan Pindaan 2003

Kariah Masjid : Berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan
di dalamnya masjid itu terletak.

Keluarga : Ibu bapa, isteri atau suami dan anak-anak.

Majlis : Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Masjid : Ertinya suatu bangunan -

[i] yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan
sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh,
diperlukan, atau dibenarkan oleh agama Islam; dan
[ii] yang penggunaannya sebagai yang sedemikian
dibenarkan oleh Majlis di bawah Seksyen 98; dan
termasuklah mana-mana surau, madrasah atau
bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai
masjid di bawah seksyen itu.

3

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

Mesyuarat Agung : Mesyuarat agung bagi memilih calon Jawatankuasa

Pemilihan Calon Kariah oleh ahli kariah berdaftar.

Mesyuarat Pra : Mesyuarat yang diadakan setelah mesyuarat agung
Lantikan pemilihan calon oleh pengerusi dan timbalan pengerusi
Jawatankuasa yang dipilih bersama-sama dengan 13 orang yang
mendapat undi tertinggi bagi menentukan jawatan-
Wakil Majlis jawatan selain pengerusi dan timbalan.

: Terdiri daripada:

i. Pegawai Tadbir Agama Daerah.

ii. Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan.

iii. Penyelia Kariah.

iv. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah.

v. Jawatankuasa Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal
Kariah, MAINPP.

4. PEMAKAIAN

Tatacara ini hendaklah terpakai bagi semua masjid kariah dalam Negeri Pulau
Pinang dalam urusan pemilihan calon Jawatankuasa Kariah dan
Jawatankuasa Masjid.

4

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

5. TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI
PULAU PINANG

Pemilihan calon Jawatankuasa Kariah hendaklah dijalankan mengikut
ketetapan seperti berikut:

5.1. MESYUARAT AGUNG MELALUI AHLI KARIAH BERDAFTAR :

Proses sebelum mesyuarat agung

5.1.1. Tindakan Pejabat Agama Daerah
Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah melaksanakan tindakan
seperti berikut ;

a. Mengedarkan pekeliling arahan mesyuarat agung kepada kariah.
b. Mengatur jadual mesyuarat agung kepada kariah.
c. Menyediakan dan membekalkan borang-borang yang akan

digunakan kepada Jawatankuasa Kariah untuk tindakan. Borang-
borang yang akan digunakan adalah seperti berikut;
i. Borang 1 – Borang Senarai Kawasan Kariah Masjid.

(Digunakan sekiranya perlu dan ada isu berbangkit)
ii. Borang 2 – Hebahan Pendaftaran Ahli Kariah.
iii. Borang 3 – Borang Permohonan Pendaftaran Ahli Kariah.
iv. Borang 4 – Pengesahan Senarai Ahli Kariah Layak Sebagai

Pemilih Calon Jawatankuasa Kariah
v. Borang 5 – Senarai Nama Permohonan Pendaftaran Ahli

5

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

Kariah Yang Ditolak.
vi. Borang 6 – Borang Bantahan Daftar Ahli Kariah.
vii Borang 7 – Notis Mesyuarat Agung.
viii. Borang 8 – Laporan Mesyuarat Agung Pemilihan Calon

Jawatankuasa Kariah.
ix. Borang 9 – Senarai Cadangan Calon Jawatankuasa Kariah.
x. Borang 10 – Senarai Cadangan Calon Jawatankuasa

Kariah / Jawatankuasa Masjid (Mesyuarat Khas).
d. Mengesahkan kawasan sempadan kariah yang dikeluarkan oleh

Pusat Sistem Maklumat Geografi Pulau Pinang (PEGIS).
e. Membantu Jawatankuasa Kariah mengenal pasti kawasan

sempadan kariah yang ada isu berbangkit, belum
dimuktamadkan serta mengesahkannya.
f. Melantik pengerusi mesyuarat agung pemilihan calon yang pada
pandangan Pegawai Tadbir Agama adalah sesuai, layak dan
boleh berlaku adil dan diberikan taklimat tatacara pengendalian
mesyuarat agung pemilihan calon.
g. Mengesahkan senarai daftar ahli kariah sebagai pemilih dalam
mesyuarat agung pemilihan calon yang telah menjalani semua
proses yang telah ditetapkan.

5.1.2. Tindakan Jawatankuasa Kariah
Jawatankuasa Kariah hendaklah melaksanakan tindakan seperti
berikut;

a. Menggunapakai kawasan sempadan kariah yang dikeluarkan

6

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

oleh PEGIS yang telah disahkan oleh Pegawai Tadbir Agama
Daerah.

b. Menggunakan Borang 1 bagi kawasan sempadan kariah yang
tidak dikeluarkan oleh PEGIS atau masih dalam pertikaian atau
belum dimuktamadkan. (Sekiranya berkaitan)

c. Mengemaskini daftar ahli kariah sedia ada meliputi penama di
dalamnya yang telah meninggal dunia dan berpindah kariah.

d. Menyerahkan nama sekurang-kurangnya tiga (3) orang calon
pengerusi mesyuarat agung pemilihan calon kepada Pegawai
Tadbir Agama Daerah selewat-lewatnya 1 minggu setelah
pendaftaran baru ahli kariah dibuka berserta pemakluman
kaedah pemilihan calon.

e. Menghebahkan pendaftaran baru ahli kariah selama dua (2)
minggu dengan melaksanakan tindakan berikut :

i. Menggunakan Borang 2 dengan hendaklah dipamerkan
hebahan di papan kenyataan masjid dan surau-surau dalam
kariahnya berserta dipamerkan bersama sempadan kariah
dan Borang 1 jika digunakan.

ii. Membuat hebahan pendaftaran baru ahli kariah dengan apa
jua cara terutamanya mengumumkannya pada dua (2) kali
Jumaat dalam tempoh dua (2) minggu tersebut.

iii. Mempamerkan bersama-sama hebahan ini ialah senarai
daftar ahli kariah sedia ada. Ahli kariah yang tiada namanya
pada senarai ini hendaklah memohon pendaftaran baru.
Manakala ahli kariah yang nama tersenarai hendaklah
mengambil perhatian no. bilangan namanya pada senarai ini

7

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

bagi rujukan sekiranya wujud perkara-perkara berbangkit.

f. Mempamerkan tatacara ini di papan kenyataan masjid dan
surau-surau dalam kariah sebagai makluman kepada ahli kariah
tentang proses keseluruhan pemilihan calon Jawatankuasa
Kariah yang digunakan.

g. Mengurus dan menyelenggara pendaftaran baru ahli kariah.

i. Permohonan pendaftaran baru ahli kariah hendaklah
menggunakan Borang 3 dan pihak Jawatankuasa Kariah
bertanggungjawab menyediakan borang ini secukupnya.

ii. Permohonan pendaftaran baru ahli kariah hanya boleh dibuat
melalui Jawatankuasa Kariah. Mana-mana borang
pendaftaran baru ahli kariah yang diserahkan kepada pihak
ketiga hendaklah dikembalikan secara wajarnya kepada
pemohon terbabit untuk dibuat serahan melalui
Jawatankuasa Kariah menurut dan tertakluk para 5.1.2 (h)(v).

iii. Daftar ahli kariah sedia ada sama ada yang sedang atau
sentiasa diuruskan pendaftarannya oleh Jawatankuasa
Kariah atau daftar ahli kariah bagi pemilihan Jawatankuasa
Kariah pada tahun sebelumnya boleh diterima pakai sebagai
daftar ahli kariah bagi tujuan mesyuarat agung ini.

iv. Jawatankuasa Kariah, pegawai masjid dan siak yang tinggal
dalam kariah itu, layak secara langsung sebagai pemilih dan
hendaklah dimasukkan ke dalam daftar ahli kariah.

v. Permohonan dan penyerahan borang pendaftaran ahli kariah
tidak boleh diwakili melainkan bagi pihak keluarga sahaja.

h. Memastikan penerimaan dan penolakan ahli kariah yang

8

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

memohon berdaftar sebagai ahli kariah berdasarkan syarat-
syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja. Syarat-syarat
kelayakan ahli kariah adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Ahli kariah sama ada lelaki atau wanita yang tinggal dalam
kariah dalam tempoh tidak kurang tiga (3) bulan.

iii. Berumur 18 tahun dan ke atas ; dan

iv. Sempurna akal.

i. Menyediakan daftar ahli kariah yang diterima dan memenuhi
syarat sebagai ahli kariah dengan menggunakan Borang 4
dengan senarai nama hendaklah mengikut susunan alphabet
(alphabetical order).

j. Mempamerkan daftar ahli kariah yang diterima tersebut pada
papan kenyataan masjid dan surau-surau dalam kariah selama
tempoh tujuh (7) hari bermula selewat-lewatnya empat belas (14)
hari selepas tarikh tutup pendaftaran bagi tujuan bantahan oleh
ahli kariah sekiranya ada.

k. Menyediakan senarai nama permohonan pendaftaran ahli kariah
yang ditolak dengan dinyatakan alasan penolakan menggunakan
Borang 5 dengan senarai tersebut hendaklah mengikut susunan
alphabet (alphabetical order).

l. Mempamerkan Borang 5 bersama-sama dengan Borang 4 di
papan kenyataan masjid dan surau-surau dalam kariah selama
tempoh satu (1) minggu bermula selewat-lewatnya 14 hari
selepas tarikh tutup pendaftaran bagi tujuan bantahan oleh ahli
kariah.

9

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

m. Penerimaan dan penolakan permohonan daftar ahli kariah dan
perakuan bagi perkara 5.1.2. (j) dan (l) hendaklah diputuskan
dalam mesyuarat khas jawatankuasa kariah.

n. Membuka tempoh bantahan selama 7 hari sahaja terhadap
daftar ahli kariah yang dipamerkan.

o. Mengurus dan menyelesaikan segala bantahan berhubung daftar
ahli kariah yang dipamerkan. Setiap bantahan hendaklah
menggunakan Borang 6 dan skop bantahan-bantahan yang
dibenarkan adalah seperti berikut sahaja:

i. Ahli kariah yang telah mengemukakan permohonan
pendaftaran baru dan ditolak atau telah disenaraikan pada
daftar ahli kariah sedia ada tetapi kemudiannya ditolak dan
namanya wujud pada Borang 5 yang dipamerkan.

ii. Ahli kariah yang telah mengemukakan permohonan
pendaftaran baru tetapi nama tidak disenaraikan sama ada
pada Borang 4 atau Borang 5. Slip penyerahan pada borang
pendaftaran ahli kariah hendaklah disimpan dan
dikemukakan sebagai bukti penyerahan borang.

iii. Ahli kariah yang nama telah disenaraikan pada daftar ahli
kariah sedia ada tetapi tidak disenaraikan sama ada pada
Borang 4 atau Borang 5.

iv. Ahli kariah juga boleh mengemukakan bantahan terhadap
mana-mana individu yang dipertikaikan status ahli kariah
yang wujud dalam daftar ahli kariah seperti telah berpindah
dan meninggal dunia.

p. Menyerahkan senarai daftar ahli kariah yang telah menjalani

10

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

proses pada Perkara 5.1.2. (n), (o) dan (p) kepada Pegawai
Tadbir Agama Daerah untuk disahkan.

r. Mengeluarkan notis mesyuarat agung pemilihan calon
menggunakan Borang 7 serta menampal notis ini di papan
kenyataan masjid dan surau-surau dalam kariahnya sekurang-
kurangnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat agung pemilihan
calon diadakan.

s. Melantik urusetia dan petugas mesyuarat agung secukupnya di
samping persediaan-persediaan lain yang wajar.

t. Membuat anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan bagi
pelaksanaan mesyuarat agung ini. Perbelanjaan ini bolehlah
menggunakan peruntukan daripada tabung masjid dengan
kelulusan mesyuarat Jawatankuasa Kariah.

Proses semasa mesyuarat agung

5.1.3. Mesyuarat agung hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh
Jawatankuasa Kariah.

5.1.4. Wakil Majlis boleh hadir sebagai pemantau.

5.1.5. Jawatankuasa bertanggungjawab menyediakan urus setia dan
petugas-petugas bagi melicinkan perjalanan mesyuarat agung
yang melibatkan perkara- perkara seperti berikut;

a. Persiapan tempat mesyuarat agung.

b. Daftar kehadiran mesyuarat.

11

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

c. Pencatat minit mesyuarat.
d. Petugas mengira undi.
e. Jamuan (sekiranya perlu).

5.1.6. Membuat pendaftaran kehadiran ahli mesyuarat:
a. Pendaftaran hendaklah merujuk kepada kad pengenalan
atau lain-lain dokumen pengenalan diri jika perlu.
b. Jawatankuasa Kariah melantik petugas secukupnya bagi
setiap kaunter pendaftaran sebagai pendaftar kehadiran.
c. Jawatankuasa Kariah hendaklah membenarkan mana-mana
pihak menjadi pemerhati semasa proses pendaftaran
berjalan.

5.1.7. Melaksanakan Mesyuarat Agung Pemilihan Calon dengan
mengikut agenda seperti berikut:
a. Melantik pengira undi dan pencatat kiraan undi.
b. Pencalonan bagi jawatan Pengerusi.
c. Pemilihan calon jawatan Pengerusi
d. Pencalonan bagi jawatan Timbalan Pengerusi
e. Pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Pengerusi
f. Pencalonan calon lelaki sebagai jawatankuasa dengan
minimum pencalonan ialah 11 orang dan maksimum 20
orang.
g. Pemilihan calon jawatankuasa lelaki

12

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

h. Pencalonan calon wanita sebagai jawatankuasa dengan
minimum pencalonan ialah 2 orang dan maksimum 4 orang.

I. Pemilihan calon jawatankuasa wanita
j. Pengumuman keputusan pemilihan calon Jawatankuasa

Kariah
k. Penutupan mesyuarat.

5.1.8. Mesyuarat Agung Pemilihan Calon iaitu agenda 5.1.7.
hendaklah dipengerusikan oleh pengerusi pemilihan calon yang
telah diperakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah.

5.1.9. Pencalonan hendaklah dibuka dalam mesyuarat agung dan
pengerusi pemilihan calon hendaklah menentukan tempoh
masa yang mencukupi dan wajar bagi sesuatu pencalonan
sebelum pencalonan ditutup dan pemilihan calon dijalankan.

5.1.10 Pemilihan calon yang ditentukan jawatan dalam mesyuarat
agong pemilihan calon ini adalah bagi jawatan pengerusi dan
timbalan pengerusi sahaja.

5.1.11 11 orang calon lelaki dan 2 calon wanita yang mendapat undi
tertinggi akan dipilih sebagai calon Jawatankuasa Kariah.

5.1.12 Pemilihan calon adalah digalakkan untuk dijalankan secara sulit
dengan menggunakan panduan seperti pada Lampiran A. Pihak
kariah boleh menentukan untuk menggunakan kaedah

13

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

pemilihan calon secara sulit serta memaklumkan kepada
Pegawai Tadbir Agama Daerah.

5.1.13 Pihak kariah juga boleh menentukan dan menjalankan
pemilihan calon secara terbuka dengan kaedah mengangkat
tangan serta memaklumkan kepada Pegawai Tadbir Agama
Daerah.

5.1.14 Walau bagaimanapun bagi kes-kes tertentu yang wujud,
Pegawai Tadbir Agama Daerah berhak menentukan kaedah
pemilihan calon yang sesuai dan wajar dijalankan oleh kariah
berdasarkan pertimbangannya yang munasabah.

5.1.15 Penentuan calon jawatan selain daripada pengerusi dan
timbalan pengerusi iaitu setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa lelaki/wanita dan pemeriksa kira-kira akan dibuat
dari kalangan 13 orang yang mendapat undi tertinggi dalam
Mesyuarat Pra Lantikan Jawatankuasa yang hendaklah
diadakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas hari mesyuarat
agung pemilihan calon.

5.1.16 Penentuan calon jawatan-jawatan ini hendaklah berasaskan
latar belakang, kemahiran dan kompetensi calon bagi jawatan
berkenaan.

5.1.17 Panduan Mesyuarat Pra Lantikan Jawatankuasa seperti di
Lampiran B.

5.1.18. Syarat-syarat pencalonan dalam pemilihan calon jawatankuasa
14

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

kariah adalah seperti berikut:

a. Memenuhi kriteria calon;

i. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak
melebihi 65 tahun bagi calon baru. Walau
bagaimanapun calon dari jawatankuasa utama
(Pengerusi dan Timbalan Pengerusi) sedia ada yang
berusia lebih 65 tahun boleh dipertimbangkan sekiranya
masih berkupayaan dari aspek fizikal dan mental serta
mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang
memuaskan;

ii Calon ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada
golongan belia yang berusia 21 hingga 35 tahun
sekurang-kurangnya 2 orang.

iii. Tinggal tetap dalam kariah masjid itu untuk tempoh
tidak kurang daripada tiga (3) bulan seperti ketetapan
pada Para 5.1.2 (i) (ii) melainkan bagi kariah yang tidak
cukup ahli kariahnya seperti kariah pada para 5.2.1.;

iii. Mempunyai asas pengetahuan agama Islam yang
mencukupi;

iv. Mempunyai daya kepimpinan;

v. Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah;

vi. Berminat, bersedia untuk berkhidmat dan berjihad
dalam meninggikan syiar Islam;

vii. Sihat tubuh badan dan mental;

viii Selalu solat berjemaah di masjid atau surau di kariah
itu; dan

15

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

ix. Tidak muflis dan tidak disabitkan dengan apa-apa
kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah.

b. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya seorang
penyokong.

c. Calon jawatan pengerusi yang berkebolehan membaca
khutbah dan mengimamkan solat berjemaah adalah satu
keutamaan.

d. Calon ahli jawatankuasa yang berkebolehan dalam bidang
teknologi maklumat dan multimedia adalah satu keutamaan.

e. Calon bagi jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi
hendaklah hadir. Walau bagaimanapun sekiranya calon
berkenaan tidak dapat hadir atas faktor kecemasan seperti
kematian atau kuarantin, individu berkenaan hendaklah
menyatakan komitmen bagi menjawat jawatan secara
bertulis kepada Pegawai Tadbir Agama.

5.1.19 Struktur Jawatankuasa Kariah termasuk pemeriksa kira-kira
adalah seperti berikut:

a. Satu (1) orang pengerusi,

b. Satu (1) orang timbalan pengerusi,

c. Satu (1) orang setiausaha,

d. Satu (1) orang bendahari,

e. Lima (5) orang ajk (lelaki),
f. Dua (2) orang belia (berumur 21 – 35)

g. Dua (2) orang ajk (wanita),

h. Dua (2) orang pemeriksa kira-kira.

16

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

Proses selepas mesyuarat agung

5.1.20 Jawatankuasa Kariah sedia ada hendaklah melaksanakan
tindakan berikut;
a. Menyediakan laporan mesyuarat agung pemilihan calon
dengan menggunakan Borang 8 dan mengesahkannya.
b. Memastikan Mesyuarat Pra Lantikan Jawatankuasa Kariah
diadakan dalam tempoh satu (1) minggu selepas hari
mesyuarat agung pemilihan calon diadakan dengan turut
dihadiri oleh mana-mana Jawatankuasa sedia ada sebagai
pemerhati.
c. Melengkapkan Borang 9 sebagai Cadangan Calon
Jawatankuasa Kariah dan mengesahkannya seperti yang
ditentukan dalam Mesyuarat Pra Lantikan Jawatankuasa
Kariah.
d. Menyerahkan Borang 8 bersama-sama Borang 9 kepada
Pegawai Tadbir Agama Daerah dalam masa 14 hari selepas
Mesyuarat Agung Pemilihan Calon berserta salinan kad
pengenalan atau apa-apa dokumen pengenalan diri
penama-penama pada Borang 9.
e. Mengadakan majlis serah tugas kepada jawatankuasa baru
atau mana-mana portfolio yang berlaku perubahan dalam
masa empat belas (14) hari selepas dilantik oleh Majlis.

5.1.21 Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah melaksanakan

17

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

tindakan berikut;
a. Menerima senarai lima belas (15) orang calon Jawatankuasa

Kariah yang telah dipilih.
b. Mengemukakan senarai berkenaan kepada Majlis.

5.2. MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA

5.2.1 Mesyuarat Khas Jawatankuasa ini terpakai bagi masjid
institusi dan masjid yang tidak cukup ahli kariahnya. Kariah-
kariah ini akan diberi arahan khas oleh Pegawai Tadbir
Agama untuk melaksanakan mesyuarat khas.

5.2.2 Kariah yang akan menjalankan Mesyuarat Khas
Jawatankuasa ialah;
a. Masjid Al-Malik Khalid, USM
b. Masjid Bukit Bendera
c. Masjid Perangin
d. Masjid Titi Papan
e. Masjid Simpang Enam
f. Masjid Benggali
g. Masjid Melayu, Lebuh Acheh
h. Masjid Kapitan Keling
i. Masjid Jalan Hatin

18

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

j. Masjid Al-Mustaqim, Sekolah Menengah Syed Sheikh
Shahabuddin, Bukit Mertajam

5.2.3 Masjid berikut yang tiada pelaksanaan Solat Jumaat atau
. jawatankuasanya yang sebelum ini tidak dilantik oleh Majlis
hendaklah menjalankan Mesyuarat Khas Jawatankuasa:

a. Masjid Lama Jamek Lorong Burma

b. Masjid Jalan York

c. Masjid Wan Chik Ariffin

d. Masjid Kg. Jawa Baru

e. Masjid Arab

f. Masjid Tengah

g. Masjid Tarik Air

h. Masjid Pakistan

i. Masjid Pintal Tali

j. Masjid Maqbul
k. Masjid Khan Mohamad
l. Masjid Khairi

5.2.4 Masjid-masjid pada para 5.2.3 yang tidak dapat mengadakan
mesyuarat khas, wujud konflik dengan jawatankuasa kariah
atau cadangan jawatankuasanya tidak dapat dikemukakan
hendaklah dirujuk kepada Majlis. Majlis berhak menentukan
kaedah tertentu bagi melantik pentadbir masjid ini atau majlis

19

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

berhak menentukan dan melantik mana-mana individu
sebagai jawatankuasanya.

5.2.5 Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis bagi masjid-masjid
. pada para 5.2.3. ini akan membatalkan jawatankuasa masjid
ini yang sebelumnya sedia ada berkuatkuasa pada tarikh
lantikan majlis.

5.2.6 Mesyuarat Khas Jawatankuasa akan bersidang untuk memilih
calon jawatankuasa seramai lima belas (15) orang seperti
berikut;

a. Satu (1) orang bagi jawatan pengerusi,

b. Satu (1) orang bagi jawatan timbalan pengerusi,

c. Satu (1) orang bagi jawatan setiausaha,

d. Satu (1) orang bagi jawatan bendahari,

e. Tujuh (7) orang bagi jawatan jawatankuasa biasa
(lelaki),

f. Dua (2) orang bagi jawatan jawatankuasa biasa
(wanita),

g. Dua (2) orang pemeriksa kira-kira.

5.2.7 Senarai nama calon jawatankuasa yang telah dipilih
hendaklah dihantar kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah
dengan menggunakan Borang 10 berserta minit mesyuarat
tersebut dan satu salinan kad pengenalan bagi setiap calon
jawatankuasa yang disyorkan.

20

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

6. KARIAH YANG TIDAK MENJALANKAN PEMILIHAN CALON
JAWATANKUASA

6.1. Mana-mana kariah masjid yang tidak mengadakan pemilihan calon
jawatankuasa selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2022, sama ada melalui
mesyuarat agung atau Mesyuarat Khas Jawatankuasa disebabkan
oleh jawatankuasanya meletak jawatan, atau digantung, atau enggan
mengadakan Mesyuarat Agung, atau tidak dapat berfungsi dengan
sewajarnya, Pegawai Tadbir Agama Daerah bolehlah mencadangkan
nama-nama yang pada pandangannya layak dan sesuai untuk dilantik
menjadi ahli jawatankuasa kariah atau masjid berkenaan.

7. PEMERHATI

7.1. Ahli kariah yang tidak berdaftar, boleh hadir sebagai pemerhati.

7.2. Pemerhati tidak boleh bersuara, membuat cadangan, menyokong atau
memilih.

7.3. Syarat pemerhati ialah :
[i] Ahli kariah;
[ii] Berumur 18 tahun dan ke atas; dan
[iii] Mempunyai akal yang sempurna.

8. WAKIL MAJLIS

21

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

8.1. Wakil Majlis boleh hadir sebagai pemantau dan boleh memberi nasihat
tentang pelaksanaan mesyuarat agung atau khas jika perlu.

8.2. Wakil Majlis hendaklah memahami dengan baik enakmen, kaedah dan
tatacara pemilihan calon ini sebelum menghadiri mesyuarat agung
pemilihan calon.

8.3. Wakil Majlis dengan pertimbangannya yang wajar dan syornya yang
munasabah hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:

a. Ketelusan dan kelancaran semasa pendaftaran kehadiran
berjalan.

b. Kelancaran dan kelangsungan mesyuarat agung pemilihan calon
mengikut tatacara yang ditetapkan.

c. Kepatuhan pada agenda mesyuarat yang ditetapkan pada para
5.1.7

8.4. Wakil Majlis juga dengan pertimbangannya yang wajar berdasarkan
sebab-sebab yang patut dan munasabah boleh memutuskan perkara
berikut dan bertanggungjawab kepada Majlis:

a. Menangguhkan mesyuarat agung pemilihan calon
b. Melaporkan kepada Majlis perkara-perkara berbangkit.

22

TATACARA PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023-2025

9. PENEGASAN
9.1. Senarai calon jawatankuasa yang dicadangkan ini sah, setelah
diterima dan diperakukan oleh Majlis.
9.2. Sebarang pertikaian yang berlaku setelah selesai mesyuarat agung,
hendaklah dirujuk kepada Majlis. Keputusan Majlis adalah muktamad.
9.3 Walau apa pun, Majlis berhak menentukan dan melantik mana-mana
calon sebagai jawatankuasa kariah.

10. KUATKUASA
Tatacara ini berkuatkuasa dan sah digunapakai mulai tarikh 26 April 2022.

23


Click to View FlipBook Version
Previous Book
motocicletas electricas
Next Book
MINGGU STEMVOTEK SMKDARULRIDWAN 2022