INSTRUMEN APTITUD TAHUN 6 (IAT6) Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Disediakanoleh: Cikgu Hamida Binti Ahmad Guru Bimbingan SK Senggarang
Pentaksiran Psikometrik mula diperkenalkan pada tahun 2007 untuk mengumpul maklumat tret psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Pentaksiran Psikometrik yang dilaksanakan di sekolah digunakan untuk mengenalpasti kebolehan semulajadi murid, personality, bakat, minat dan kecenderungan. Pentaksiran Psikometrik tidak mengukur tahap mana-mana matapelajaran yang berkaitan. Markah yang tinggi bukan bermaksud pandai dan markah yang rendah bukan bermaksud tidak pandai. Pengenalan
Tujuan Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir. Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai diri individu Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik. Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu, 01 02 04 05 Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid. Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid. 03 06
KomponenPentaksiranPsikometrik(PPsi)
Ujian Aptitud Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang. Ujian Aptitud Am Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan. Ujian Aptitud Khusus Mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud
Format Pentaksiran ● WAJIB KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 ● Bahagian B – (30 soalan) ● Item berformat aneka pilihan yang mempunyai empat pilihan jawapan. ● Kemahiran Menaakul dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah JENIS SOALAN ● Bahagian A – Persepsi (90 soalan) ● Inventori Kecerdasan Pelbagai ● Item berformat dwi pilihan respon iaitu YA / TIDAK ● Masa menjawab ● 1 Jam 30 minit ● JAWAPAN BERDASARKAN DIRI SENDIRI ● Tidak mewakili individu lain INTERPRETASI SKOR SKOR BAHAGIAN A Tinggi 80% hingga 100% Sederhana 50% hingga 70% Rendah 0% hingga 40% BAHAGIAN B Baik 8 hingga 15 Kurang Potensi 1 hingga 7
BorangJawapan InstrumenAptitud
Pelaksanaan pentaksiran ● Tarikh : 28 November 2023 ● Hari : Selasa ● Masa : 7:30 Pagi – 9:00 Pagi ● Tempoh : 1 Jam 30 minit ● Tempat : Bilik Darjah Tahun 6
Terima Kasih Selamat Menjawab