The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KURIKULUM PERMATA NEGARA DAN KURIKULUM KSPK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 807-19-nurhanisah, 2022-05-12 01:29:37

ANALISIS KURIKULUM PERMATA DAN KSPK

KURIKULUM PERMATA NEGARA DAN KURIKULUM KSPK

Keywords: PERMATA DAN KSPK

ANALISIS
KURIKULUM PERMATA NEGARA (TASKA)

DAN KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(PRASEKOLAH)

NAMA PENSYARAH : EN. ROZMAN BIN ROSELY

NAMA PELAJAR : NURHANISAH BINTI ISMAIL

PENGENALAN
TASKA

Taman Asuhan Kanak-Kanak merupakan premis yang menempatkan empat orang atau lebih
kanak-kanak khusus bagi kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun khusus untuk menjaga
kanak-kanak. Program Taman Asuhan Kanak-Kanak ini juga turut lebih dikenali sebagai
program TASKA. Tujuan utama TASKA dilaksanakan adalah untuk menmberi didikan yang
terbaik kepada kanak-kanak agar mereka mampu untuk meningkatkan tahap sosial secara
sihat dengan cara berinteraksi bersama kawan-kawan atau dengan orang dewasa di
sekelilingnya. Program ini menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar
dan pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Tonggak kurikulum yang digunakan secara selaras di seluruh TASKA di Malaysia ialah
kurikulum PERMATA (KP). Secara keseluruhan, kurikulum PERMATA merupakan satu
program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan kanak-kanak secara holisitik dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral. TASKA telah menyediakan suasana
pengajaran yang berorientasikan “belajar melalui bermain” (learning through play) bagi
merangsang perkembangan personaliti dan minda kanak-kanak.

KURIKULUM
PERMATA
NEGARA

Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras
untuk membina semua potensi individu kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui
pendidikan awal kanak-kanak. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang memberi penekanan kepada penyediaan
pendidikan dan asuhan berkualiti kepada kanak-kanak yang berumur dari lahir hingga 4 tahun. Dasar
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan
jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan yang telah digariskan dalam
Rancangan Malaysia ke-9. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kanak-kanak pada peringkat umur ini
merupakan pewaris dan modal insan negara pada masa hadapan.

Penumpuan kanak-kanak pada peringkat umur 0-4 tahun merupakan salah satu strategi awal
bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni,
berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan
sosioekonomi global. Kepentingan Pelaksanaan Dasar ini ialah diberikan sepenuh perhatian
oleh kerajaan, ibubapa, badan-badan bukan kerajaan dan pihak swasta kepada golongan
kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun supaya mereka dididik berdasarkan acuan modal
insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia.

Antara objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan ialah untuk menyediakan
asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri
dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa. Selain itu, Kurikulum
TASKA ini juga menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mendapat asuhan dan
didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal kanak-kanak yang sesuai mengikut
kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosioemosi dan rohani dalam persekitaran yang
selamat, sihat serta menyeronokkan.

Selain itu, matlamat Kurikulum PERMATA adalah untuk mengembangkan kemahiran dan
peribadi kanak-kanak yang terbaik agar kanak-kanak lebih bersedia untuk memasuki alam
persekolahan formal. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan
negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang
tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Ciri-ciri yang telah digariskan dalam Kurikulum PERMATA untuk membentuk modal insan
yang baik dengan penerapan nilai sahsiah mulia, patriotik, mahir berkomunikasi, kompeten
belajar, yakin, berdikari, kreatif dan inovatif.

Pelaksanaan Kurikulum PERMATA telah disemak dan diperbaiki pada tahun 2008 dan
setelah mendapat kelulusan, kurikulum ini telah dilaksanakan di semua PAPN, Taska
KEMAS, JPNIN, Taska di Tempat Kerja, Taska Komuniti dan Taska Keluarga YPKT.
Semakan kedua telah dilakukan pada tahun 2012 untuk mengintegrasikan aspek
pengasuhan bayi dan kanak-kanak serta kemahiran pengurusan TASKA yang terdapat
dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) ke dalam kurikulum PERMATA. Dengan
adanya penekanan dalam aspek pengasuhan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak, maka
kurikulum PERMATA edisi ke-3 ini boleh dianggap sebagai lengkap dan meyeluruh.
Kurikulum Permata menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dengan menekankan
suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain. Kanak-kanak juga diberi banyak
peluang untuk meneroka, melakukan eksperimen, berinteraksi bersama rakan. Fokus
utama adalah untuk menggalakan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek iaitu
sahsiah, emosi, sosial, rohani, intelek, fizikal dan kreativiti. Aktiviti penjagaan,
pengasuhan, pendidikan PERMATA disediakan untuk semua peringkat umur kanak-kanak
iaitu dari umur 0 sehingga 4 tahun.

PENGENALAN
PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman berasaskan persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan
mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan
untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang
pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang
sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak
serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka
diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan
dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak
supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu,
kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan
suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Dengan
ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan
murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih
berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan
menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

KURIKULUM
STANDARD
PRASEKOLAH
KEBANGSAAN

Matlamat utama yang digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
ialah untuk memperkembangkan potensi murid berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk
menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. Tambahan itu, Kurikulum
Prasekolah berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan
bersosialisasi dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini menghasratkan murid yang mampu
menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk
pembelajaran seterusnya. Kerangka KSPK dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang
komunikasi, tunjang kerohanian, tunjang sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri,
perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi.

Dalam aspek persekitaran kanak-kanak prasekolah pula, ia mestilah merangkumi alam sekeliling
pusat pra sekolah dan rumahtangga kerana ia merupakan faktor utama untuk memupuk dan
mendorong perkembangan kanak-kanak yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Selain itu,
pengaruh dan peranan ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat memainkan peranan yang sangat
penting khusus sumbangan kepada kanak-kanak semasa kanak-kanak membesar. Tambahan itu,
alam persekitaran kanak-kanak harus selamat, selesa, riang dan penuh dengan kasih sayang.
Prinsip Pembelajaran yang digariskan dalam KSPK ialah latar belakang kanak-kanak yang
berbeza-beza perlu diambil kira oleh guru. Ini kerana akan berlaku perbezaan individu dari
segi masa yang sesuai untuk belajar dan kadar kemampuan bagi memperoleh ilmu pengetahuan
hendaklah diambil kira.

Selain itu, semua deria kanak-kanak hendaklah digunakan supaya pembelajaran menjadi lebih
berkesan. Pembelajaran melalui pengalaman yang digunakan bahan maujud hendaklah
diutamakan untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak. Kaedah
bermain sambil belajar dalam suasana riang perlu dijadikan sebagai kaedah utama ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara bersepadu. Guru memainkan peranan yang
penting dalam merangsang imaginasi, kreativiti dan inisiatif kanak-kanak adalah sangat
diperlukan. Interaksi yang mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan
alam persekitaran juga hendaklah diutamakan.

ANALISIS
KURIKULUM
PERMATA DAN

KSPK

Kurikulum PERMATA Negara menekankan latihan mengurus diri semasa berada di TASKA.
Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk boleh menjaga diri sendiri seperti makan, mandi, pergi
ke tandas, memakai pakaian, mengosok gigi, menyikat rambut, mengambil barang mainan
sendiri, dengan diselia dan dibantu oleh pendidik atau penolong pengasuh. Dengan cara ini,
kanak-kanak belajar berdikari dan berdisiplin. Aspek kebersihan dan keselamatan diri amat
penting untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak. Amalan lain yang wajar disebut ialah
mengenai penekanan kepada permakanan dan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak.
Dengan itu, diharap kanak-kanak yang dilahirkan daripada program PERMATA Negara ini
bakal menjadi warga negara Malaysia yang terbaik dari segi peribadi, ceria, bijaksana, dan
berakhlak mulia.

Bagi aktiviti yang dijalankan di prasekolah, aktiviti tersebut mestilah dirancang terlebih dahulu
dilaksanakan dengan teratur serta selaras mengikut perkembangan kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan hendaklah dikaitkan di antara satu sama lain supaya kanak-kanak mendapat
pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Selain itu, prinsip mudah ubah perlu ditekankan dalam
semua aktiviti. Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak
formal melalui bermain sambil belajar. Program ini menekankan kepada aktiviti yang boleh
merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan
daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin untuk
menyediakan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

Bagi prasekolah dan taska, mereka tidak diwajibkan oleh undang-undang, tetapi ibu bapa
memilih salah satu daripada kedua-duanya untuk menjadikan anak-anak mereka belajar
konsep asas dalam matematik dan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan dan santai.
Walaupun prasekolah adalah persekitaran pendidikan yang dirancang untuk membuat anak-
anak belajar konsep asas untuk memenuhi syarat dalam ujian masuk sekolah terkenal, sekolah
asuhan lebih dekat dengan tempat penitipan anak dengan sentuhan pendidikan. Pendidik perlu
membuat perancangan tahunan pada setiap awal tahun dengan mengambil kira aspek asuhan
dan 6 bidang perkembangan kanak-kanak.

Selain itu,pendidik juga perlu mempertimbangkan bilangan minggu pembelajaran dan cuti umum
dalam membuat perancangan tahunan. Manakala, bagi kanak-kanak 3-4 tahun, penekanan
diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan tema. Pembelajaran bagi kanak-
kanak yang lebih muda boleh juga dilaksanakan mengikut tema, tetapi tidak diwajibkan. Tema
yang dipilih bermula dengan perkara yang konkrit kepada yang abstrak serta mengambil kira
budaya tempatan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Pemilihan tema dibuat
berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak bagi
memudahkan mereka memahami persekitaran tentang diri dan keluarga dan peristiwa yang
berlaku seperti sambutan atau perayaan, bunyi dan objek, warna, bentuk dan sebagainya.

RUMUSAN

Bagi kanak-kanak di TASKA PERMATA, pengesanan awal adalah untuk menentukan
perkembangan fizikal dan sosioemosional kanak-kanak sentiasa di dalam keadaan yang baik.
Melalui pemerhatian yang berterusan, Pendidik akan dapat mengesan sekiranya kanak-kanak
mengalami sesuatu masalah, fizikal atau sosioemosi yang boleh kelak jika tidak diperbaiki
akan menjejaskan pekermbangan normal kanak-kanak. Pendidik PERMATA dihendaki sentiasa
memerhati kanak-kanak dan mencatatkan perkembangan mereka secara berterusan. Daripada
catatan inilah pendidik boleh mengetahui sekiranya terdapat keadaan yang tidak normal atau
meragukan. Sekiranya terdapat keraguan ini, maka pendidik hendaklah berbincang dengan
ibubapa terlebih dahulu tanpa membuat sebarang andaian atau kesimpulan, sebelum kanak-
kanak dirujuk kepada pakar.

Di Malaysia, kurikulum yang dihasratkan untuk Pendidikan Prasekolah yang terkini ialah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan mulai tahun 2010.
Kurikulum yang diajar merupakan pengajaran dan pembelajaran yang diajar secara formal
atau tidak formal di bilik darjah dan di sekolah. Dalam konteks kajian, kurikulum yang diajar
merupakan pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang sebenar berlaku di bilik darjah.
Manakala kurikulum yang dipelajari oleh murid merujuk kepada perkara yang murid peroleh
daripada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version