The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Toki Unflenza, 2022-09-05 18:41:34

MPU SMN 2

MPU SMN 2

E – FOLIO

KOD KURSUS : MPU13012 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

SYARAT- SYARAT KERJA HARIAN MENJADI IBADAH

Bil NAMA NO MATRIKS

1 MUHAMMAD IQMAL HAFIZ BIN HASHIM J01SMN21F501
2 MUHAMMAD HELMI ISKANDAR BIN RAHMAD J01SMN21F502
3 MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN SAHBARI J01SMN21F503
4 MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMMAD J01SMN21F504

NAMA PENSYARAH : PUAN NORA BINTI MOHD

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT
1 3
4
PENGHARGAAN 5-8

2 9-11
OBJEKTIF/ PENDAHULUAN 12

3
TAJUK 1 - 4

4
MANUSIA KERJA DAN USAHA

5
KESIMPULAN

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta kami, Pn nora binti mohd kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.

kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu
kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

OBJEKTIF

TUJUAN KAMI MEMBUAT TUGASAN INI ADALAH UNTUK MENGETAHUI SYARAT
SYARAT KERJA HARIAN YANG MENJADI IBDAH DALAM KEHIDUPAN KAMI SEMUA .
SECARA KHUSUSNYA OBJEKTIF BAGI TUGASAN INI ADALAH :

1. KAMI DAPAT MENGETAHUI ERTI SEBENAR KERJA HARIAN YANG MENJADI
IBADAH

2. KAMI DAPAT MENAMBAH LEBIH LAGI TENTANG ILMU AGAMA
3. KAMI DAPAT TAHU KEPENTINGAN IBADAH DALAM KEHIDUPAN KAMI

PENDAHULUAN

Pada akhir akhir ini terdapat ramai umat islam yang masih tidak mengetahui bahawa
berkerja juga menjadi salah satu ibadah kepada allah swt . secara khususnya islam ialah
satu agama yang sangat indah dan terdapat beberapa perkara yang mudah untuk dilakukan
justeru mendapat pahala secara tidak langsung antaranya ialah kerja seharian .terdapat
beberapa syarat dalam pekerjaan yang menjadi ibadah . tidak semua pekerjaan itu dikira
sebagai ibadah

SYARAT – SYARAT KERJA HARIAN MENJADI IBADAH

ِ‫َو َماِ َخلَقْ ُتِ الْ ِج َنِ َواْْ ِل ن َسِ إَِّلِ لِيَعْبُدُو ِن‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.

(Surah al-Zariyat: 56)

Ayat ini dengan jelas menunjukkan matlamat penciptaan manusia semata-
mata untuk menghambakan diri kepada Allah SWT dengan ma’rifah,
mentauhid dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala
larangannya.

Menyentuh tentang pekerjaan ia adalah sebahagian daripada kehidupan.
Justeru, kerja adalah ibadah apabila diniatkan semata-mata kerana Allah
dengan penuh keikhlasan dan pengharapan daripada-Nya.

Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan Bekerja Sebagai
Ibadah: Meningkatkan Sikap Integriti. Ia dikemukakan semata-mata
untuk memotivasikan kita seterusnya melonjakkan prestasi kerja kita
hingga mencapai ke tahap yang tertinggi dari segi integritinya.

Pertama: Bekerjalah

Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi yang bersifat sebagai pelaksana
dan penegak kepada agama serta bersiyasah dengannya. Kita memegang
sejumlah amanah dan tanggungjawab yang diperintah dan ditaklifkan
kepada kita. Justeru, dalam melayari bahtera kehidupan, soal makan
minum, tempat tinggal dan kenderaan untuk menyampaikan kita ke satu-
satu tempat adalah memerlukan harta dan kewangan yang kukuh. Antara
cara untuk mendapatkan harta adalah melalui pekerjaan. Dengan sebab
itu, dalam al-Quran al-Karim terlalu banyak perintah untuk kita bekerja
seterusnya mencapai kehendak manusiawi yang kita miliki. Terlalu banyak
bentuk pekerjaan yang boleh kita lakukan. Yang penting adalah halal dan
tidak bertentangan dengan Syariat sama ada kita sebagai peniaga, tokoh
korporat yang besar, petani, pekebun, penternak, nelayan, pertukangan,
mengambil sebarang upah, penjawat awam, bekerja di sektor swasta,
maka semuanya adalah digalakkan. Begitu juga pembetulan niat setiap
kali kita bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang diperintah
oleh Allah. Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda:

ِ،ِ‫هُِِ َوكَاسَلْعقَِْيََما ِِرِعَلَلَيْلَىةَِأَِا ْهلْلِبَ ِهْدِِر‬،ُ‫لِِاَجا ْس َءتِِعْيَفَ ْاوفًمَاِِالْعَقِيَِناِ َمالْ ِة َمِ َوْسأََولَ ِْجةِه‬،َِّ‫ََموتَْنعَِططَُّلَفًاَِبِعَالَلدُّىنِْيَاَجِا َِحرََهِل‬

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri
daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga,
serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang
pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di
malam purnama.”

Riwayat al-BaihaqiِdalamِSyu’abِal-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Setiap perkara harus yang dilakukan oleh seorang Mukmin dengan unsur
niat, ia bertukar menjadi ibadat. Namun, perkara haram tetap haram
hukumnya walau bagaimana suci sekalipun niat si pelaku. Islam tidak
merestui sesuatu yang haram itu dijadikan wasilah kepada tujuan yang
mulia. Ini kerana, Islam menekankan kemurnian matlamat dan cara pada
masa yang sama. Syariat Islam tidak menerima sama sekali prinsip,
matlamat menghalalkan cara ataupun mencapai kebenaran melalui kerja-
kerja batil. Sebaliknya, Islam mewajibkan umat mencapai kebenaran
melalui jalan yang benar.

Sesiapa yang mengumpul duit melalui amalan riba, rasuah, hiburan yang
haram, perjudian, ataupun apa-apa amalan yang terlarang, dia
melakukannya dengan tujuan membina sebuah masjid ataupun
melancarkan program kebajikan, niatnya yang murni itu tidak mampu
memberi kebaikan kepada dirinya. Ia tidak membuat dia terlepas daripada
dosa melakukan perkara haram. Ini kerana, perkara haram itu tidak
terkesan ataupun luak dengan niat dan tujuan si pelaku. (Lihat Halal dan
Haram dalam Islam oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 30)

Kedua: Cabaran dalam Mencapai Integriti

Sebenarnya cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika
menjawat jawatan dalam perkhidmatan sama ada kerajaan, berkanun atau
swasta amatlah banyak. Justeru, bagi menanganinya sudah pasti perlu
mengenali sifat-sifat mazmumah yang menghalang integriti. Banyak
halangan untuk mencapai dan merealisasikan sifat integriti yang unggul.
Antaranya seperti berikut:



Ketiga ialah sumbangan amalan ibadat harian terhadap motivasi kendiridapatan
daripada analisis regresi berganda amalan ibadat harian terhadap domain motivasi
kendiri mendapati keempat empat konstruk amalan ibadat harian menyumbang
kepada peningkatan motivasi kendiri. amalan membaca al – quran dan amalan zikir
doa didapati lebih ketara sumbangannya terhadap motivasi kendiri seseorang
remaja , berbanding amalan ibadat puasa dan solat. antara kemungkinan yang
menyebabkan hal ini berlaku adalah kerana amalan tersebut berkait dengan konsep
ketaatan , dan kepatuhan kepada allah. imam al-ghazali mengatakan bahawa
semakin bertaqwa seseorang mukmin itu , semakin tinggi kehambaannya kepada
allah. allah menetapkan bahawa seseorang itu perlu berusaha bersungguh sungguh
(berjihad) di atas dunia untuk mencapai keredhaan allah. imam al ghazali
mengatakan bahawa bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun ,
dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari.

keempat ialah sumbangan terhadap binatang bukan sahaja khidmat kepada
manusia , hatta kepada binatang juga turut dikira sebagai ibadah. singkat kata ,
apabila ingin berkhidmat kapada binatang haruslah diniatkan pada khidmat itu untuk
allah swt , maka ia akan jadi ibadah.habib ali zaenal abidin turut mengingatkan kita
tentang hadis masyhur berkaitan seseorang yang akan masuk ke syurga hanya
kerana memberi minum kepada seekor anjing.

daripada abu hurairah ra bahawa rasullah saw menceritakan bahawa seorang lelaki
melihat seekor anjing memakan tanah kerana kehausan. lalu lelaki tu mengambil
kasut lalu memberikan air kepada anjing itu dengan kasut tersebut sehingga hilang
dahaga. lalu allah bersyukur kepada lelaki itu dan memasukkan ke dalam syurga.
(sahih al-bukhari)

dalam satu riwayat lain daripada abu hurairah bahawa rasullah saw bersabda.
“seorangِ wanitaِ pelacurِ diampuniِ olehِ allahِ .ِ wanitaِ ituِ laluِ berhampiranِ seekorِ
anjing disebuah perigi. anjing itu hampir mati kerana kelaparan. lalu wanita itu
menanggalkan seliparnya , kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu
mengambil air untuk anjing tersebut. dan wanita itu diampuni oleh allah kerana hal
tersebut.(sahih al bukhari).

KERJA MENURUT TUNTUTAN ISLAM

Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras
dengan dasar persamaan yang diisytiharkan oleh islam bagi menghapuskan system
yang membezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit.

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa – bangsa dan berpuak puak
supaya kamu berkenal – kenalan .Sesungguhnya orang yang termulia di antara
kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa “.(Al – Hujurat:13)

Dengan menggunakan segala unsur – unsur perbezaan darjat atau warna kulit
itu maka jadilah kerja menurut islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruh atas
setiap orang yang mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan juga
golongan hamba abdi seperti sebelumnya.

Islam juga meningkatkan tuntutan kerja itu hingga ke tahap kewajipan
agama.Oleh itu,tahap iman sentiasa dikaitkan oleh al – Quran dengan amal soleh
atau perbuatan baik . Ini bererti Islam itu adalah akidah yang mesti berakidah yang
mesti berakidah secara tidak terpisah. Seperti firman Allah bermaksud

“Demi masa, sesungguhnya sekalian manusia dalam kerugian kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh “.(Al – Asr :1 – 3)

MANUSIA KERJA DAN USAHA

Kerja dan usaha adalah sebahagian daripada tuntutan kehidupan jasmani dan
rohani manusia. Melalui kerja dan usaha manusia boleh dan mampu memenuhi
tuntutan jasmani dan rohani.Islam menugaskan kerja dan usaha ke atas manusia .
Semua manusia mampu dan berkebolehan melakukan kerja dan usaha semasa
mereka hidup di dunia ini.Tiada seorang manusia yang tidak dapat melakukan apa -
apa kerja dan usaha sepanjang hidupnya di dunia ini. Hidup itu sendiri telah
memberikan kemampuan dan keupayaan kepada manusia untuk melakukan
sesuatu kerja dan usaha.Manusia diuji dan diperiksa melalui kerja dan usahanya.

Manusia dituntut dan ditugaskan oleh islam supaya melakukan kerja yang baik dan
berfaedah untuk dirinya, tanggungnya,keluarganya ,agamanya ,masyarakatnya
,bangsanya ,dan tanahinya.

Islam memberitahu manusia bahawa Allah mahu dan hendak melihat dan
mengetahui siapakah di kalangan manusia yang dapat menunjukan dan
membuktikan bahawa mereka mengerjakan dan mengusahakan kerja dan usaha
yang paling baik di dunia ini.

Hakikat bahawa islam menuntut manusia merealisasikan dan membuktikan
kebaikannya melalui kerja dan usaha boleh difahami daripada Quran, Surah Al-Mulk
67 ayat 1 dan 2 yang menyatakan :

“Maha Berkat (serta dan Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang mengusai
pemenrintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha kuasa atas taip-
tiap sesuatu; Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”

Ayat Quran di atas juga menyatakan dengan tegas bahawa manusia tidak tidak
perlu ragu dan bimbang akan ganjaran dan balasan terhadap apa yang dikerjakan
dan diusahakan olehnya kerana Allah maha berkuasa menyediakan seberapa
banyak dan balasan kepada manusia yang bekerja dan berusaha.

Islam menuntut manusia bekerja dan berusaha sepanjang hidup mereka di dunia
ini.Dunia ini tempat manusia bekerja dan berusaha sekuat mungkin dan sebanyak
dan sebaik mungkin . Islam menjadikan kerja dan usaha manusia satu – satunya
ujian dan peperiksaan yang akan menentukan kemuliaan dan kehinaan manusia di
sisi Allah.Islam menguji manusia melalui amalan mereka.Manusia diminta
membuktikan bahawa mereka boleh lulus dengan baik di dalam ujian Allah
itu.Mereka lulus ujian itu jika mereka melakukan kerja dan usaha yang baik.Ujian
amal dan kerja baik dikenakan ke atas manusia. Quran, Surah Hud ayat 7
menjelaskan:

“DanِDialahِ(Allah)ِyangِmenjadikanِlangitِdanِbumiِdalamِenamِbulanِ
masa,sedangِ‘ArasNya’ِberapaِdiِatasِairِ,(Iaِmenjadikanِsemuanyaِitu)ِuntukِ
menguji kamuِ;ِsiapakahِdiِantaraِkamuِyangِlebihِbaikِamalnya……

Islam adalah agama yang mementingkan kerja dan usaha manusia.Ia tidak
mementingkan warna kulit, rupa paras, dan tinggi rendah tubuh badan. Islam tidak
menjadikan ukuran baik atau celaka ialah sesuatu yang boleh dilakukan dan
diusahakan oleh semua manusia supaya bekerja dan berusaha semasa hayat
mereka di dunia ini. Salah satu daripada beberapa banyak amalan dan pekerjaan
yang baik yang boleh dilakukan oleh manusia semasa hidup mereka di dunia ini
ialah amal ibadah.Ibadah adalah satu bentuk atau jenis kerja amal baik dan
diwajibkan ke atas Muslim, akil baligh, lelaki dan perempuan. Malahan semua
manusia dan jin dituntut oleh Allah untuk melakukan peribadatan kepada Nya.

Ayat Quran yang menuntut manusia dan jin beribadah kepada Allah di dapati di
dalam Surah Adz Dzaariyat 51: 56

“Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin manusia melainkan untuk
menyembah dan beribadat kepadaKu”.

Apaِdiaِertiِ“beribadatِkepadaِAllah?”ِjawapan yang biasa diberikan oleh

kebanyakkan Muslim kepada soalan ini hanya tertumpu kepada peribadatan yang
dikenaliِsebagaiِRukunِIslam.BagiِkebanyakkanِMuslimِ“beribadahِkepadaِAllah”ِ
ialah mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan sembahyang lima waktu,
mengerjakan haji di Mekah. Ringkasnya, pada fahaman kebanyakan muslim
peribadatan bererti perlaksaan Rukun Islam yang lima.

Apa yang jelas, peribadatan, sekalipun difahami sebagai khususkan kepada
perlaksaan 5 Rukun Islam, adalah satu bentuk kerja dan usaha kerana perlaksanaan
salah satu atau semua Rukun Islam memerlukan penggunaan tenaga rohani dan
jasmani.

KESIMPULAN

Sebagai hamba Allah , amat penting untuk kita menyedari dan memastikan segala
pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata kerana
Allah . Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian , pangkat dan harta
tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan . Anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambanya
yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung perintah apa yang
diperintahkannya dan meninggalkan apa yang dilarangnya .


Click to View FlipBook Version