The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by piziefreedom86, 2022-12-13 22:32:18

PERSIDANGAN BAHAGIAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA BAHAGIAN SEKIJANG 2021

BUKU PERSIDANGAN

LAGU RASMI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Perjuangan kita
Marilah kita bangun berjuang,
Bersatu untuk Malaysia gemilang,
Walau apa pun rintangan, teruskan perjuangan,
Jangan gentar, berani kerana benar,

Maruah dijunjung nilai murni disanjung
Amalkan kebajikan, cegah kemungkaran,

Pastikan parti berintegriti,
Bersedia untukk berkorban, bersatu jadi harapan,

Marilah bersama mencipta sejarah,
Berjuang dengan semangat yang membara,

Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh,
Bersatu untuk Malaysia.

Marilah bersama mencipta sejarah,
Berjuang dengan semangat yang membara,

Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh,
Bersatu untuk Malaysia

Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh,
Bersatu untuk Malaysia



PERUTUSAN KETUA BAHAGIAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
BAHAGIAN SEKIJANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Kepada semua ahli Bersatu Sekijang
Pimpinan Bahagian, Cawangan – cawangan, Srikandi dan Armada.
Saudara saudari yg saya kasihi sekalian.

Apa khabar semua?

Saya doakan saudara saudari semua dalam keadaan dan sihat sejahtera
Pertamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat allah swt kerana
dengan limpah kurnianya dan izinnya kita dapat bersama sama menghadiri
Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Sekijang pada tahun ini. Saya percaya
semanggat dan keterujaan kita semua untuk menunaikan tanggunjawab
penting sebagai perwakilan. Di awal ucapan saya ini saya ingin merakamkan
ucapan tahniah kepada semua barisan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu
Bahagian Sekijang, Srikandi dan Armada. Saya ingin merakamkan ucapan
setinggi tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada semua barisan
kepimpinan diatas segala sumbangan dan jasa baik semua kepada Parti Pribumi
Bersatu Sekijang.

Saudara saudari yang saya kasihi sekalian,

Saya sentiasa istiqomah didalam perjuangan parti semenjak parti ini ditubuhkan
pada sept 2016 banyak ranjau dan duri dilalui bersama kepimpinan dan ahli
Bersatu Sekijang, diawal perjuangan dan penubuhan berkorban segalanya demi
membina kekuatan dan sokongan terhadap parti.
Bersatu terlahir diantara berlakunya krisis kepimpinan diantara parti-parti utama
didalam negara dan alhamdulillah bersatu mendapat tempat dihati orang –

orang melayu yang mahukan nafas baharu didalam sistem demokrasi tanah air
sehinggakan memenangi pilihanraya 14 pada mei 2018.
Saudara saudari yang saya hormati

Selepas parti melalui pelbagai episod demi episod diantaranya perletakkan
jawatan pengerusi parti dan negara menghadapi suatu wabak yang dasyat iaitu
covid 19, saya yakin dengan kepimpinan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin
bin Haji Muhammad Yassin yang kini menerajui parti dan hala tuju perjuangan
kearah masa depan yang lebih baik parti ini. Sekarang adalah masa dimana kita
semua bersatu sekijang memantap dan membentuk suatu kekuatan bagi
membina era baharu kearah kejayaan.

Saudara saudari yang dikasihi

Asasnya mudah kita tidak boleh bersendirian kita mermerlukan rakan dari parti
parti politik yang lain untuk menghadapi pilihanraya dan membentuk kerajaan
(Perikatan Nasional). Bersatu telah melalui beberapa fasa dalam susur galur
perjalanan parti sejak ditubuhkan 5 tahun lalu kita telah melalui fasa penubuhan
dengan menyaksikan gerakan mencari keahlian dan menubuhkan cawangan
di sekijang dalam masa singkat.
Marilah kita perkukuhkan iltizam pertingkatkan semangat dan perkuatkan tekad
untuk terus istiqamah berada dalam wadah Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Bahagian Sekijang demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.
Marilah kita bangkit dengan semangat waja untuk rapatkan saf perjuangan
perkuatkan semangat ukhuwah dan perkukuhkan perpaduan sesama kita.

Mudah mudahan allah swt cekalkan hati kita pertingkatkan kesabaran kita dan
teguh pendirian kita dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang
mendatang demi sebuah perjuangan yang kita dokong bersama.

Saudara saudari yang dikasihi

“let us rise to the occasion this is the time to serve the people” inilah masa kita
berkhidmat kepada rakyat, amalkan politik khidmat, politik prihatin, politik kerja.
Bukan politik berebut kuasa serta jatuh menjatuh antara satu sama lain dan
sampaikan khidmat bantuan anda kepada mereka yg memerlukan. Saya
percaya rakyat akan lebih menghargai saudara saudari sekalian jika yang ini kita
lakukan.
Akhirnya marilah kita sama - sama berdoa kehadrat allah swt semoga segala
usaha jasa dan sumbangan bakti kita kepada parti khususnya di sekijang yang
kita cintai ini diberkati ,diredai dan dirahmati oleh Allah SWT.

Wabillahi al taufiq wal hidayah

Wasalamualaikaum wa rahmatullahi wa barakatuh

Uzzair bin Ismail
Ketua Bahagian
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Bahagian Sekijang



ATURCARA DAN AGENDA PERSIDANGAN

1. Ketibaan para perwakilan

2. Nyanyian Lagu

i. Negeri Johor
ii. Negaraku
iii. Perjuangan Kita
3. Ucapan Ketua Bahagian, Uzzair bin Ismail

4. Memilih seorang Pengerusi Tetap Sementara (Bagi Mengendalikan Persidangan
Bahagian)

5. Pesanan Pengerusi Tetap (Pengerusi Tetap Sementara membuat Akuan
Bersumpah, memaklumkan tatacara Persidangan dan mengumumkan jumlah
kehadiran serta Korum Persidangan

6. Membentang Peringatan Persidangan Bahagian yang lalu

7. Membentang Penyata Tahunan

8. Membentang Penyata Kira-kira berakhir 31 Disember 2020 (Jika ada)

9. Memilih 2 orang Pemeriksa kira-kira

10. Membincang dan memlulus usul-usul untuk dibawa ke Persidangan Agung
Tahunan (Menurut Fasal 20.5.5 Perlembagaan) (Jika ada)

11. Ucapan Penangguhan (Jika ada)

12. Persidangan ditangguh

MINIT PERSIDANGAN 2021

2021

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

BAHAGIAN SEKIJANG, JOHOR

NO ROS : PPM-007-14-08092016-000141
NO 3 TINGKAT 1, JALAN NAGASARI 23, TAMAN SEGAMAT BARU, 85000 SEGAMAT JOHOR.

SETIAUSAHA BAHAGIAN

Ruj : B1/BATU/SUB/PB11-2021 (01)
Tarikh : 29 Oktober 2021

Kepada:
PENGERUSI TETAP BAHAGIAN
TIMBALAN PENGERUSI TETAP BAHAGIAN
AHLI AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN
PERWAKILAN-PERWAKILAN CAWANGAN

Tuan/Puan/ Sdra/Sdri,

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) BAHAGIAN

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa bersesuaian dengan Fasal 17.3 Perlembagaan, maka
Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

TARIKH : 28 NOVEMBER 2021
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN JUBLI INTAN, SEGAMAT
AGENDA : SEPERTI DILAMPIRAN

2. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan semua Perwakilan menurut Fasal 17.3 Perlembagaan
dapat hadir ke Persidangan Tahunan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti.

3. Bersama-sama dengan notis ini dilampirkan tentatif aturcara persidangan untuk makluman pihak
tuan/puan/ sdra/sdri. Sila bawa notis ini bersama kad pengenalan untuk memudahkan proses pendaftaran
kehadiran persidangan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan/sdra/sdri amat kami hargai
dan kami dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian.
BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH
Saya yang menjalankan amanah.

.......................................................................
(MOHAMED HAFIZIE BIN MOHAMED YATIN)
Setiausaha Bahagian
HP: 0177182842 | Emel: [email protected]

s.k. 1. YB Dato’ Seri Setiausaha Agung BERSATU
2. Setiausaha BERSATU Negeri

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

AGENDA PERSIDANGAN

1. Bacaan Doa
2. Nyanyian Lagu Negaraku & Perjuangan Kita
3. Pesanan Pengerusi Persidangan

(Pengerusi Persidangan Membuat Akuan Bersumpah, Memaklumkan Tatacara Persidangan Dan
Mengumumkan Jumlah Kehadiran Dan Korum Persidangan)
4 Membentangkan Peringatan Persidangan Bahagian Yang Lalu (Jika Ada)
5. Membentangkan Penyata Tahunan 2020 (Jika Ada)
6. Membentangkan Penyata Kira-Kira Berakhir 31hb Disember 2020 (Jika Ada)
7. Ucapan Ketua Bahagian
8. Memilih Wakil-Wakil Ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT)
(Pemakluman Tiada Pemilihan Wakil Bahagian (Fasal 17.5.3 Perlembagaan) ke PAT. Hanya
Perwakilan Automatik)
9. Memilih Dua (2) Orang Pemeriksa Kira-Kira Bahagian
10. Membincangkan Dan Meluluskan Usul-Usul Ke Perhimpunan Agung Tahunan (Jika Ada)
11. Penangguhan Persidangan
12. Ucapan Penangguhan (Jika Ada)

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

BAHAGIAN MINIT PERSIDANGAN
NO PENDAFTARAN ROS
TARIKH SEKIJANG
MASA PPM-007-14-08092016-000141
28 NOVEMBER 2021
8.00 MALAM

TEMPAT DEWAN JUBLI INTAN, SEGAMAT

KEHADIRAN 55 ORANG

AGENDA PERSIDANGAN

1. BACAAN DOA

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU & PERJUANGAN KITA

3. PESANAN PENGERUSI PERSIDANGAN
Pengerusi Persidangan membacakan Akuan Sumpah dan membacakan Tatacara Persidangan serta
memberikan nasihat agar semua ahli mematuhi Peraturan Persidangan dan Perlembagaan Parti.
Beliau mengumumkan jumlah kehadiran pada persidangan kali ini adalah seramai 55 orang. Korum
persidangan yang ditetapkan adalah satu per empat (1/4) daripada jumlah perwakilan yang layak
hadir.

4. MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN BAHAGIAN
Peringatan Persidangan dibentangkan oleh Setiausaha Bahagian.

5. MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN
Penyata Tahunan dibentangkan oleh Setiausaha Bahagian.

6. MEMBENTANGKAN PENYATA KIRA-KIRA
Penyata Kira-Kira dibentangkan oleh Bendahari Bahagian.

7. UCAPAN KETUA BAHAGIAN

Ketua Bahagian mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang komited menghadiri
persidangan ini.

8. MEMBUAT PEMILIHAN WAKIL-WAKIL KE PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (PAT)
Pengerusi Persidangan memaklumkan para perwakilan bahawa pemilihan wakil bahagian ke PAT
(Fasal 17.5.3 Perlembagaan); adalah TIADA kerana kekangan semasa yang dihadapi negara pada
masa ini. Hanya perwakilan automatik bahagian sahaja akan ke PAT tahun ini iaitu:

1. Ketua Bahagian
2. Timbalan Ketua Bahagian
3. Naib Ketua Bahagian
4. Ketua Srikandi Bahagian
5. Ketua Armada Bahagian
6. Setiausaha Bahagian
7. Bendahari Bahagian
8. Ketua Penerangan Bahagian

Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi boleh melantik gantinya untuk menghadiri
Perhimpunan Agung yang terdiri daripada Pengerusi Tetap Bahagian, Timbalan Pengerusi Tetap
Bahagian atau Ahli Jawatankuasa Bahagian

9. MEMBUAT PEMILIHAN DUA (2) ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA BAHAGIAN

1) Nama : MUHAMAD FAIRUZ BIN KARDI

2) Nama : SHAMSIAH BINTI MOHD JADI

Keputusan : DISOKONG MAJORITI

10. MEMBINCANGKAN DAN MELULUSKAN USUL-USUL KE PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN
(Jika Ada – Lampiran 1)

11. PERSIDANGAN DITANGGUHKAN
Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.45 Malam.

12. UCAPAN PENANGGUHAN
(Jika Ada - Lampiran)



LAPORAN AKTIVITI 2020-2021

10 Okt 2021 Program Makan Malam Bersama Jawatan Kuasa Bahagian,
Ketua-Ketua Cawangan Serta Ahli Bersatu Cawangan Kg
Jawa Muhibah

8 Okt 2021 Program Bantuan Barangan Basah Sekijang

29 Sept 2021 Pertandingan Futsal Tertutup Bahagian Sekijang
29 Sept 2021
Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Felda
Redong

17 Sept 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Kg Bumbun

14 Sept 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Paya Pulai

9 Sept 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Pogoh 3
7 Sept 2021
31 Ogos 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Felda
24 Ogos 2021 Pemanis 2

Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Kg Tungku
Tiga

Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Felda
Pemanis 1

18 Ogos 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Kg Sulir
12 Ogos 2021
11 Ogos 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Felda
Medoi

Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Felda
Redong

11 Ogos 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Kg Jawa

7 Ogos 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Kg Kadut
5 Ogos 2021
Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Sekitar
Jalan Pemuda, Bukit Lintang Dan Kg Tengah

5 Ogos 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara Di Paya Pulai

1 Ogos 2021 Program Penyampaian Barang Basah Kepada Tahfiz
Melayu Raya, Al Muhammadi Tahfiz Serta Rumah Orang
30 Julai 2021 Tua Bukit Siput
28 Julai 2021
27 Julai 2021 Program Penyampaian Bakul Prihatin Negara, Lampin
24 Julai 2021 Pakai Buang Kanak-Kanak Dan Dewasa Serta Susu
22 Julai 2021 Kepada Penerima-Penerima Di Kg Tungku Tiga
1 Julai 2021
12 Jun 2021 Penyampaian 70 Bakul Prihatin Negara Kepada
25 May 2021 Penerima-Penerima Di Parlimen Sekijang.
12 May 2021
Penyampaian 183 Bakul Prihatin Negara Kepada
12 April 2021 Penerima-Penerima Di Parlimen Sekijang.
21 Mac 2021
Menyampaikan Sumbangan Prihatin Kepada Penerima-
Penerima Di Felda Pemanis 1&2.

Menyampaikan Sumbangan Bakul Prihatin Kepada Kaum
India Serta Kaum Cina

Menyampaikan Sumbangan Bantuan Makanan Kepada
Penerima Di Kg Jawa, Bukit Siput Dan Redong

Menyampaikan Sumbangan Kepada Frontliner Pejabat
Kesihatan Daerah Segamat

Meyampaikan Bantuan Kepada Wakil Penerima Di Felda
Redong Yang Merupakan Kawasan Terjejas Akibat
Pandemik Covid 19 ( Lockdown )

Ketua Srikandi , Pn Maimon Menyampaikan Bantuan
Makanan Kepada Penerima Di Kawasan Sekijang

Timbalan Ketua Bahagian, En Noor Nasriq Zaimie
Menyampaikan Sumbangan Berupa Cat Gelanggang
Untuk Membaik Pulih Gelanggang Badminton Di Dewan
Felda Pemanis 2.

Penyerahan Borang Jadual Satu Kepada Peserta

26 Feb 2021 Tambahan Lot Tanah Ganerasi Ke 2 Felda Pemanis 2
20 Feb 2021
11 Feb 2021 Menyampaikan Sumbangan Bakul Makan Kepada
3 Feb 2021 Penerima Di Kawasan Kg Jawa
24 Jan 2021
24 Jan 2021 Menyampaikan Sumbangan Bakul Makanan Kepada
Penerima Di Kg Kadut

Srkandi Bersatu Sekijang Bersama Pas Kawasan
Sekijnag Menyantuni Rumah Orang Tua Di Bukit Siput.

Menyampaikan Sumbangan Bakul Makanan Kepada
Mereka Yang Memerlukan Di Kawasan Parlimen Sekijang

Menyampaikan Sumbangan Kepada Ngo Nurqaseh
Untuk Diagihkan Kepada Yang Memerlukan

Menyampaikan Sumbangan Bakul Makanan Di Felda
Pemanis 2

20 Jan 2021 Menyampaikan Sumbangan Kepada Penduduk Rumah
19 Jan 2021 Rakyat Bukit Siput Dan Wakil Kaum India Serta Wakil Kaum
18 Jan 2021 Cina Di Sekijang
17 Jan 2021
Ketua Srikandi Bersama Jawatankuasa Srikandi Sekijang
16 Jan 2021 Menyampaikan Sumbangan Kepada Penerima Yang
Memerlukan Di Parlimen Sekijang
16 Jan 2021
12 Jan 2021 - Bersatu Sekijang Menyampaikan Sumbangan Barangan
Persekolahan 2021 Kepada Penerima Di Felda Kemelah

Sumbangan Keperluan Asas Telah Disampaikan Oleh
Pimpinan Bersatu Sekijang/Srikandi Kepada Ydp Pas
Kawasan Sekijang Dan Wakil Saf Pimpinan Pas Sekijang

Ketua Bahagian Serta Jawatankuasa Bahagian
Menyampaikan Sumbangan Makanan Kepada Petugas -
Petugas Barisan Hadapan Di Parlimen Sekijang Iaitu Majlis
Perbandaran Segamat, Pos Kawalan Simpang Pemanis,
Pos Kawalan Kg Tekam.

Menyampaikan Bantuan Bakul Makanan Kepada Mereka
Yang Memerlukan Di Kawasan Bukit Siput

Program Kembali Ke Sekolah Melibatkan 30 Penerima
Menerima Peralatan Dan Voucher Bernilai Rm 50 Di Felda

Pemanis 1 Dan 2

9 Jan 2021 Penubuhan Cawangan Kg Kadut Serta Menyampaikan
8 Jan 2021 Sumbangan Barangan Persekolahan Dan Zakat Kepada
Penerima
4 Jan 2021
Menyampaikan Sumbangan Berupa Baju Kepada Penggali
1 Jan 2021 Kubur Di Paya Pulai
29 Dis 2020
26 Dis 2020 Bersatu Bahagian Sekijang Yang Diketuai Oleh Tuan Uzzair
12 Dis 2020 Ismail Diiringgi Oleh Ajk Bahagian Serta Ketua Armada
Bahagian Sekijang Menyampaikan Sedikit Sumbangan
Kepada Mangsa Dan Pps Kg Jabi

Majlis Tahlil & Doa Selamat Perikatan Nasional Sekijang
Bersama Jawatankuasa Bersatu Dan Pas Sekijang.

Program Gaya Hidup Sihat Ketua Armada Bahagian
Sekijang Perlawanan Sepak Takraw

Program Fun Ride Bersatu Sekijang Dan Perikatan
Nasional Sekijang

Program Amal Kongsi Rezeki Kita Bantu Kita Usahasama
Bersatu Sekijang Dengan Ngo Bku, Bantuan Untuk
Keluarga Terjejas Di Kg Kadut



LAPORAN KEWANGAN 2021




Click to View FlipBook Version