The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alisaabdullah46, 2021-07-25 21:17:21

NOTA BANJIR DI MATA EMAK

KOMSAS TINGKATAN 2

Keywords: KOMSAS

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 1

SINOPSIS

 Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak
menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor
telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka
orang yang membuat panggilan telefon itu ialah
anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu "Nana"
(saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan
disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah
sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih
kepada "Nana" (saya) kerana menelefon untuk
bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang
Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah
langsung walaupun banjir sedang melanda kampung
emaknya itu.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2

SINOPSIS

 Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah
tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah
terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam
tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi
tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan
keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua
nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan
makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah
ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi
ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak
Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga
bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah
pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat
cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku
kepada Mak Piah.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 3

SINOPSIS

 "Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi.
Mak Piah menjawab pangilan "saya". Mak Piah
meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar
tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat
berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan
suaminya baik-baik.

 "Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya
"saya" dapat melepaskan rindu terhadapnya yang
telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak
Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui
emaknya. "Saya" menemukan alamat Mak Piah di
dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah
Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah
menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 4

SINOPSIS

 Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah
sangat peramah. Mak Piah memberitahu "saya"
bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya,
manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya"
bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak
mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah
menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu
mereka di tempat pemindahan itu kerana
keadaannya yang kerap membuang air kecil
sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air.
"Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi
banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" selepas
mendengar kata-kata "saya" itu.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 5

SINOPSIS

 "Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah
bertanya sama ada Nana yang masak dan
menyuruh "saya" menghantar makanan itu.
"Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya"
terpaksa berbohong dan menanggung dosa
hanya kerana hendak melihat Mak Piah
berasa bahagia. Selepas makan "saya"
menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan
barang-barang makanan yang "saya bawa ke
dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin untuk
pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak
Piah lagi. Mak Piah meminta "saya"
menyampaikan salam kepada anaknya, Nana.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 6

SINOPSIS

 Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima
hari. Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di
pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul.
Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan
kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya
selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua
hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa
Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir.
Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa
dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa kepada
emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana
emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui
betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada
masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa
sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama
ini.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 7

TEMA

 Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna
telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam
kehidupan seseorang.

 Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan.
Mak Piah sangat merindui anak-anaknya yang telah
beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk
pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya
pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi
dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian.
"Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada
seorang emak. Emak "saya" telah kembali kepada Yang
Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya.
Pertemuan "saya" dengan Mak Piah menambah
kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak
Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah.
Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk "saya"
melepaskan rindu terhadap emaknya.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 8

PERSOALAN

a. Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada
anak-anak.

 Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-
anak jarang-jarang menjenguknya.

b. Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan
yang mendalam terhadap jiwa seseorang.

 Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana
telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

c. Kasih ibu tidak berbelah bagi.

 Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk
emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.

d. Menyesal kemudian tiada gunanya.

 Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah
terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk
selama-lamanya.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 9

PERSOALAN

e. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.

 Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang
tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan
pasangan masing-masing mempengaruhi mereka
untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka.
Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan
mengabaikan ibu mereka sendiri.

f. Perasaan simpati yang wujud dalam diri
seseorang.

 Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan
Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah
Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah
sehingga banjir surut.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 10

BINAAN PLOT

 Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya,
tetapi tersalah menekan nombor telefon lalu
panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak
Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak
perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan
mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung.
Hal ini demikian kerana banjir telah naik ke paras dada.
Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya yang
sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian
telefonnya.

PERMULAAN

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 11

BINAAN PLOT

 "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak
berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini
demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah
berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab
panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat
hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah memikirkan
keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai
ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan
emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah
meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak berjumpa
dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan alamat
rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke
rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa
berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya
itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

PERKEMBANGAN

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 12

BINAAN PLOT

 Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah
diserang demam panas selama lima hari. Setelah
sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai
di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang
berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke
dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa
keluar. "Saya" mengikut jenazah Mak Piah hingga ke
tanah perkuburan.

KLIMAKS

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 13

BINAAN PLOT

 Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih.
Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan
membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka
meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana
terjatuh semasa hendak membersihkan rumah selepas
banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah
jenazahnya ditemui jirannya.

PELERAIAN Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 14

7/26/2021

TEKNIK PLOT

 "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual
roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada
makanan. Banjir dah sampaii ke paras dada ..." [hlm.
51]

DIALOG Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 15

7/26/2021

TEKNIK PLOT

 Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya
walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa
saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga.
Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar.
Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.
[hlm. 52]

PEMERIAN Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 16

7/26/2021

TEKNIK PLOT

 Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik
suara tua yang sedang bercakap dengan watak "saya"
melalui telefon.

 Contohnya, • Dia memanggil saya dengan nama yang tidak
tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan
sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di
hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail
nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara
tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah
menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah
yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu
menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan.
[hlm. 51]

SASPENS

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 17

LATAR

(a) Kampung. LATAR TEMPAT

Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat
berlakunya kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke rumah Mak
Piah.

( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal
keseorangan.

(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 18

LATAR

LATAR MASA

a) Empat hari Contohnya, hujan turun selama empat hari empat malam.
empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang

melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera

ketika membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah
meninggal dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya.

(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor telefon rumah
temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 19

LATAR

(a) Masyarakat LATAR MASYARAKAT
kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan
masyarakat yang tinggal di kampung.

(b) Masyarakat yang Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat

prihatin. tentang keadaan Mak Piah yang tinggal

keseorangan.

(c) Masyarakat yang Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak

tidak bertanggungjawab. mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa

bertanya khabar atau menjenguknya walaupun

Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah

7/26/2021 emaknya. 20

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail

LATAR LATAR MASYARAKAT

d) Masyarakat yang Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat
mementingkan kasih merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana
sayang. sekeluarga berada dalam keadaan baik..

(f) Masyarakat yang terlalu Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang

merindui ibunya. telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk

berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.

(g) Masyarakat yang taat Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun
akan perintah agama. keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 21

WATAK DAN PERWATAKAN

1. SAYA

i. Anak yatim piatu.
ii. Seorang yang sensitif.
iii. Seorang yang prihatin.
iv. Seorang yang mudah bersimpati.
v. Seorang yang merindui ibunya.
vi. Seorang mengambil berat terhadap

kehidupan Mak Piah.
vii. Seorang yang sanggup berbohong semata-

mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 22

WATAK DAN PERWATAKAN

2. MAK PIAH

i. seorang yang hidup seorang diri di rumah
usang di sebuah kampung.

ii. seorang yang mempunyai dua orang anak,
iaitu Nana dan Nubhan.

iii. Seorang yang peramah.
iv. Seorang yang takut akan ular.
v. Seorang yang pengasih dan penyayang.
vi. Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
vii. Seorang yang kurang pendengaran.
viii. Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 23

WATAK DAN PERWATAKAN

3. NANA

i. Anak bongsu Mak Piah.
ii. Seorang yang takut kepada suami.
iii. Seorang yang tidak bertanggungjawab.
iv. Seorang yang jarang-jarang balik

menjenguk emaknya.
v. Seorang anak yang berasa sangat

sedih apabila kehilangan emaknya.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 24

GAYA BAHASA

Pengarang • "Dah tu, macam mana?"
menggunakan ayat • "Mak takut ular."
pendek. • "Mari kita makan! "
Ayat panjang.
• Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan,
Penggunaan bahasa suara itu putus dalam hujan yang sudah empat
Arab. hari em pat malam lebat dan renyai menyilih
ganti. [hlm. 52]
7/26/2021
• Ya Allah • zuhur • assalamualaikum •
Alhamdulilah • insya-Allah • jenazah • Arwah

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 25

GAYA BAHASA

Metafora • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja
menyalam perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm.
54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir [hlm.551]

Personifikasi • ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm. 521 •
Getar suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52]
• ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]

Peribahasa • isihati 26

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail

GAYA BAHASA

Sinkope • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun
tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung
tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] •

Repetisi • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi? Ataukah
agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi
7/26/2021 seperti harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya dia keliru,
antara pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa yang
dikenakan bayaran? [him. 53]
• Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 27

NILAI & PENGAJARAN

Kasih Kita mestilah menghargai Walaupun anak-anak Mak

sayang kasih sayang ibu bapa Piah tidak mengambil berat

terhadap anak-anak tentang kehidupannya di

mereka. kampung, Mak Piah masih

mengingati dan menyayangi

anak-anaknya.

Keprihatinan Kita hendaklah "Saya" sanggup mengharungi

mengamalkan sikap banjir untuk melihat keadaan

perikemanusiaan dan hidup Mak Piah yang tinggal

tolong-menolong sesama seorang diri.

7/26/2021 manusia. 28

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail

NILAI & PENGAJARAN

(c) Baik hati Kita hendaklah ‘say’``` membawa bekalan
sikap baik hati makanan untuk Mak Piah yang
dengan membantu telah terputus bekalan makanan
golongan warga akibat kejadian banjir.
emas.

(d) Simpati. Kita hendaklah "saya" berasa simpati dengan

bersimpati kepada keadaan Mak Piah yang tinggal

golongan yang susah. keseorangan serta keadaan Mak

Piah yang terlalu merindui anak-

anaknya.

7/26/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 29


Click to View FlipBook Version