RAHSIA KEMBAR ABANG FADHILAH SYUHAIDA
SINOPSIS Azman seorang kanakkanak yang pendiam dan selalu berkurung dalam bilik seorang diri. Ibu dan ayah Azman sibuk bekerja dan selalu meninggalkannya di rumah seorang diri. Azman berasa kesunyian sehinggalah muncul seseorang yang dikatakan adalah kembarnya yang hilang. Adakah benar orang tersebut ialah kembarnya atau hanyalah halusinasi Azman sahaja?
Azman seorang kanak-kanak yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di sekolah. Rakan sekelasnya tidak mahu berkawan dengan Azman kerana menganggap Azman tidak pandai dalam mata pelajaran.
Semasa di sekolah, guru meminta Azman menjawab soalan bahasa Melayu di hadapan kelas. “Azman, datang ke hadapan dan tuliskan jawapan yang betul, ” suruh Cikgu Jalal.
Azman berjalan ke hadapan kelas dan mengisi jawapan bagi soalan yang ada. “Kau ni pandai ke tak, Azman? Salah lah jawapan Azman, cikgu. ” kata salah seorang rakan sekelas Azman. Azman tunduk kerana malu lalu duduk ke tempatnya semula.
Semasa di rumah, kelihatan ibu dan ayah Azman bergegas untuk pergi kerja. “Azman, kamu duduk di rumah. Ibu dan ayah akan pulang lambat hari ini. Makanan jangan lupa panaskan sebelum makan, ” pesan ibu kepada Azman.
Azman sedang membuat kerja sekolahnya di bilik. Semasa Azman sedang sibuk dengan kerjanya, bunyi loceng rumahnya kedengaran menandakan ada orang di luar rumah.
“Siapakah engkau?” tanya Azman. “Akulah kembar kau, nama aku Arman. ” kata Arman. Azman terkejut dengan berita tersebut. Tetapi Azman berasa gembira kerana dia mempunyai abang untuk bermain bersama.
“Azman, kau jangan beritahu ibu ayah pula dengan kedatangan aku, ” minta Arman. Azman berjanji untuk tidak memberitahu ibu ayah tentang abang kembarnya. Azman terus mengajak Arman masuk ke dalam rumahnya.
Azman selalu bercerita kepada Arman tentang kisah hidupnya yang selalu dipinggirkan oleh rakan sekelasnya. “Kau jangan risau, aku akan selalu ada dengan kau, ” kata Arman.
Suatu hari, ibu dan ayah Azman tidak bekerja dan berada di rumah. Tibatiba, mereka terdengar suara Azman bercakap dengan seseorang di dalam bilik. Mereka membuka pintu bilik Azman dan melihat tiada sesiapa melainkan Azman di dalam bilik tersebut.
“Azman, kamu bercakap dengan siapa tadi?” tanya ayah Azman. “Tiada siapa ayah, ” jawab Azman. Ibu dan ayah Azman keluar dengan kekeliruan. Azman lega kerana rahsianya tidak diketahui oleh ibu ayahnya.
“Arman, kau dah boleh keluar. Ibu ayah sudah pergi, ” kata Azman. Arman terus keluar dari tempat persembunyiannya. “Nasib baik ibu ayah tidak nampak aku, ” kata Arman. Mereka berdua tergelak dengan kejadian yang berlaku.
Beberapa hari berlalu, ibu ayah Azman semakin risau dengan anaknya yang selalu bercakap seorang diri. Mereka mengambil keputusan untuk melihat Azman dalam diam.
Ibu dan ayah Azman terkejut apabila melihat Azman bercakap seorang diri. Mereka terus membuka pintu bilik Azman dan memanggil Azman. “Azman!” jerit ibu dan ayah Azman.
Tiba-tiba Azman tersedar dari tidur panjangnya. Dia dapat melihat siling yang berwarna putih dan bilik yang dipenuhi dengan katil hospital. Azman juga dikelilingi oleh doktor dan jururawat.
Doktor memeriksa keadaan Azman. Ibu dan ayah Azman menangis tanda bersyukur kerana anak mereka telah sedar dari komanya.
Azman berasa pelik dengan keadaan dirinya. Dia tidak mampu untuk bangun seperti selalu. Ibu dan ayahlah yang menjaganya sehingga dia boleh bangun dengan sendirinya.
“Azman, kamu mimpi apa selama ini?” tanya ibu kepada Azman dengan lembut. Ibu dan ayahnya melihat Azman yang sedang bersandar pada katil hospital. Azman hanya mampu senyum kepada ibu dan ayahnya kerana janji yang telah dia buat pada Arman.
Beberapa hari berlalu, Azman telah kembali sihat. Dia sedang duduk berehat di taman bersama ibu dan ayahnya. “Ibu, ayah. Apa sudah jadi pada Azman sebenarnya?” tanya Azman.
“Azman ditimpa kemalangan semasa pulang dari sekolah. Ibu dan ayah sangat risau dengan keadaan Azman. Sekarang, syukurlah Azman telah sedar dan sihat kembali. Maafkan ayah dan ibu kerana selalu abaikan Azman. Ibu ayah berjanji tidak akan abaikan Azman lagi, ” kata ibu sambil memeluk anaknya.
Azman bersyukur kerana masih bernafas dan merasai kasih sayang ibu dan ayahnya lagi. Azman juga teringat tentang mimpi kembarnya sewaktu koma.
Azman gembira dapat merasai kehadiran seorang abang yang mengambil berat tentangnya walaupun hanya dalam mimpi.
TAMAT