INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 3)
SOSIO EMOSI & TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
(PAKK2302D)
NAMA AHLI KUMPULAN NOORHASMIZA BINTI ABDULLAH
ANGKA GILIRAN 2021192380028
NOMBOR KAD 790122-02-5206
PENGENALAN
PAKK AMBILAN OKTOBER 2021 (B2)
KUMPULAN
SOSIO EMOSI & TINGKAH LAKU
NAMA KURSUS KANAK-KANAK
KOD KURSUS PAKK2302D
SHARIFAH HANIM SYED AKBAR
NAMA PENSYARAH
02 OGOS 2022
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1 PENGENALAN 1
2-5
2 FAKTOR PERKEMBANGAN 6-9
10-12
SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU
13
KANAK-KANAK
14
3 IMPLIKASI PERKEMBANGAN 15
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK 16
4 PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN EMOSI DAN
TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
5 AKTIVITI MENYOKONG
PERKEMBANGAN EMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
6 KAEDAH PERLAKSANAAN AKTIVITI
7 LAMPIRAN AKTIVITI MURID
8 RUMUSAN
1.0 PENGENALAN
Definisi sosio emosi ialah merujuk keupayaan seseorang menjalinkan hubungan
dengan orang lain. Merujuk kepada Daniel Goleman “sesuatu perasaan dan
pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak”. Kanak-kanak akan seronok
datang ke sekolah, oleh kerana dia dapat berkawan. Bila kita tanya kenapa seronok
datang sekolah ? Sebab saya nak main dengan kawan -kawan. Perasaan ini akan
timbul di dalam diri kanak-kanak kerana umur yang sama dan minat yang sama.
Manakala menurut Albert Bandura (1986) : Keupayaan kendiri merupakan
keyakinan individu dalam melakukan sesuatu aktiviti. Keupayaan kendiri amat
penting di dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak, kanak -kanak perlu
didedahkan mengenai kesedaran dan pengurusan kendiri, contoh pandai uruskan
apabila masuk ke tandas, kedua pencapaian emosi yang positif, kanak-kanak harus
ada jalinan mesra di antara keluarga , tiada penderaan emosi atau fizikal terhadap
kanak-kanak,ketiga kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang
lain, kanak-kanak mempunyai perasaan egoistik, apa yang dia hendak harus dapat,
jadi sebagai ibu bapa harus mengambil peranan dalam memberi kesedaran kepada
kanak-kanak untuk mendengar pandangan orang lain. Keempat pembinaan
kemahiran sosial, iaitu kemahiran sosial ini bukan sahaja dengan ibu ayah atau
kenalan yang rapat , tetapi harus juga dengan guru, kawan-kawan, dan kenalan
yang dikenali di persekitaran.
Teori perkembagan sosio emosi ini diperkenalkan oleh Erik Erikson, beliau
menyatakan setiap tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan
penyesuaian psikologikal kerana koflik emosinya, konflik ini boleh berlaku daripada
peringkat bayi sehingga tua. Perkembangan ini juga melibatkan konsep-konsep
kendiri dan autonomi, tekanan,gangguan emosi dan sebagainya. Robert Havighurst
(1953), dalam teori perkembangan mengatakan tugas-tugas perkembangan manusia
berdasarkan perkembangan sosiobudaya terutama yang berkaitan dengan
perkembangan jasmani dan fizikal seseorang.
BAKA
FAKTOR
PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI DAN
TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
PERSEKITARAN PERBEZAAN
INDIVIDU
2.0 FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU
KANAK-KANAK
2.1 Faktor Baka
Faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang
menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada
kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Kromosom ini
menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap
individu. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865),
Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Contoh emosi, emosi
seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang
mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan
anak yang agresif dan autokratik.
2.2 Faktor Persekitaran
Persekitaran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Menurut Azzyati Zinudin (2014) persekitaran adalah keadaan yang
berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan
interaksi di antara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya. Berdasarkan
penyataan di atas, persekitaran ini apa yang diperolehi di sekeliling mereka
melalui interaksi, begitu juga perkembangan kanak-kanak, mereka mudah
meniru apa yang ada di sekeliling mereka. Antara aspek-aspek faktor
persekitaran adalah seperti berikut :-
2.2.1 Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini,
2005).Rakan sebaya adalah berpotensi penting di dalam mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak, oleh sebab rakan sebaya ini memang
mempunyai umur yang sama dan adakalanya mempunyai minat yang sama.
Apabila kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang kelakuannya positif,
maka dia akan menjadi positif tapi apabila dia bergaul dengan rakan sebaya yang
negatif, maka kelakuannya turut sama negatif.
2.2.2 Guru dan Sekolah
Guru dan sekolah adalah faktor yang penting di dalam perkembangan
sosioemosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Brookover, et al. (1979) juga
menegaskan bahawa sekolah yang selalu menggunakan strategi pendidikan
dalam pengajaran pembelajaran selalunya berjaya mencapai matlamat
sekolah.Pendekatan yang digunapakai oleh guru di sekolah dapat membantu
suasana pembelajaran yang kondusif dan juga membantu perkembangan
kognitif dan psikomotor kanak-kanak.
2.2.3 Sumber teknologi dan pengaruh media
Sumber teknologi dan pengaruh media juga dapat mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak samaada dari sudut positif atau
negatif.Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada
sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Hamidah Sulaiman 2005).
Sementara itu, kajian oleh Fetler (1984) mendapati pelajar yang menonton TV
secara sederhana (1-2 jam sehari) mendapat skor akademik yang lebih
berbanding dengan pelajar yang tidak atau kurang menonton. Fetler berpendapat,
masa penontonan yang sederhana, TV dapat menggalakkan sifat ingin tahu
kanak-kanak dan membekalkan pengetahuan.Contoh seperti cerita kanak-kanak
Sesame Street .Manakala yang bersifat negatif apabila kanak-kanak melihat
sumber-sumber yang tidak mendatangkan faedah contoh cerita yang bersifat
keganasan. Berdasarkan teori GAM, kanak-kanak mempelajari ”skrip”
keganasan melalui pendedahan kepada media yang mempunyai unsur ganas.
Tingkah laku yang dipelajari boleh terjadi daripada pendedahan kepada mesej
secara berulang dan juga daripada interaksi yang berlaku dalam persekitaran
sistem mikro.
2.3 Faktor perbezaan individu
Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dan keunikan tersendiri. Perbezaan
individu meliputi beberapa aspek ketidaksamarataan dalam diri seseorang
dari segi fizikal,mental, emosi, rohani dan sosial.(Ilya Amalina, 2010). Bahkan
terdapat juga perbezaan individu dari aspek kematangan. Kematangan
bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang
diperturunkan oleh gen masing-masing ( Hurlock,1978). Contoh kebolehan
merangkak, berdiri, berjalan dan boleh berlari. Selain daripada itu temperemen
juga merupakan perbezaan individu. Temperemen merujuk kepada trat
personaliti, emosionaliti, dan pola tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi oleh
ibu bapa. Temperemen mempengaruhi tindak balas individu yang memberi
kesan terhadap tingkah laku, hubungan sosial, personaliti, kesihatan fizikal,
kebolehan berbahasa dan kejayaan dalam akademik. (Zanariah et al ,;2016).
Temperemen terbahagi kepada 3, pertama Easy/Flexible. Kanak-kanak dengan
temperamen ini, majoritinya situasi akan tenang, kerana mengikut jadual tidur
dan makan yang teratur. Kedua, Active/ Feisity. Kanak-kanak yang biasanya
cerewet dengan makanan, sukar mengikut jadual tidur dan memilih aktiviti yang
dia hendak lakukan. Kanak-kanak ini pemalu dengan orang baru dikenalinya dan
apabila berlaku kejutan, berlakunya agresif. Akhir sekali yang ketiga Slow to
warm/Cautious, kanak-kanak jenis ini yang kurang akif, berkepit dengan orang
yang dikenali sahaja, dan kurang berinteraksi dengan orang baru.
BERSIKAP EGOSENTRIK MENGHADAPI
DAN NARSISTIK KERANA KESUKARAN DALAM
TIDAK PERNAH DITEGUR PERHUBUNGAN DAN
INTERAKSI SOSIAL
DAN DIHALANG
IMPLIKASI
PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI
KANAK-KANAK
TIDAK DAPAT MENGIKUT MEMPUNYAI KAWALAN
PERATURAN DAN DIRI YANG SANGAT
UNDANG-UNDANG RENDAH
3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
3.1 Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang
Kanak-kanak suka membuat apa yang bertentangan dengan arahan yang
diberi, arahan "jangan" menatijahkan perbuatan yang dilarang.
Kanak-kanak prasekolah akan melakukan tingkah laku berlawanan daripada
perkara yang dilarang tersebut. Melalui kefahaman perlaksanaan memberi
arahan "jangan" kepada kanak-kanak diharap agar guru dan ibu bapa serta
masyarakat sekeliling dapat mendidik dan membentuk tingkah laku kanak-kanak
yang positif Kata Kunci: Arahan "Jangan", Tingkah Laku, Kanak-Kanak
Prasekolah, a) Pengenalan Secara sedar atau tidak sedar pada kebiasaanya
guru ataupun ibu bapa sering kali menuturkan arahan "jangan" kepada
kanak-kanak (Noraini, 2002). Jadi bagi melihat dan memahami fenomena
arahan "jangan" terhadap kanak-kanak, pemahaman dan penguasaan dalam
memberikan arahan atau perintah kepada kanak-kanak perlu dijelaskan secara
meluas.
3.2 Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah
Perkembangan sosioemosi yang tidak sejahtera boleh menyebabkan masalah
tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Mereka sering menunjukkan tingkah
laku yang tidak terkawal, tekanan dan kemurungan kerana mereka menghadapi
masalah untuk mengawal dan mengurus emosi dengan baik (Mohamad Albaree
et al 2019).Selalunya berlaku kawalan diri yang sangat rendah adalah daripada
didikan ibu bapa, yang tidak mencorakkan nilai yang positif kepada kanak-kanak,
ataupun daripada penyebaran teknologi yang semakin meluas. Contoh cerita
yang boleh menyumbangkan kelakuan agresif terhadap kanak-kanak yang lain.
3.3 Bersikap egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang
Egosentrisme wujud apabila seseorang itu hanya memikirkan tentang dirinya
dan mengutamakan kehendak, keinginan dan pandangannya
sahaja. Tingkah laku ini yang selalunya ada pada kanak-kanak juga dapat
dilihat dalam diri orang dewasa. Kanak-kanak egosentrik cenderung untuk
mementingkan diri dan hanya memenuhi keperluannya sahaja. Manakala
narsistik pula individu mempunyai nilai yang sangat tinggi, dia menunjukkan
kurang minat kepada orang lain. Selalunya umur di antara 2 -7 tahun,
kanak-kanak ini tidak suka berkongsi mainan, dan dia berkehendakkan apa
yang dia ingini tanpa menghiraukan pandangan orang lain.
3.4 Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Kanak-kanak mempelajari kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama
dan berkongsi sesuatu apabila mereka berinteraksi antara satu sama lain (Smidt,
2010). Perkembangan sosial merupakan proses mental dan tingkah laku yang
mendorong seseorang untuk menyesuaikan diri (Hasnida, 2015). Kanak-kanak
yang berkelakuan sedemikian selalunya kanak-kanak yang gemar menyendiri
dan mengelak bermain bersama rakan. Menerusi kajian Wizliyani Agustina dan
Husain Ibrahim (2019), berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, masih terdapat
segelintir kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran sosial
terutama dengan rakan sebaya dan orang sekeliling.
ROLE MODEL PEMBENTUK NILAI
PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN EMOSI
DAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
PERANCANG PENTAKSIR
PENGAJARAN DAN
PEMUDAHCARA
4.0 PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
4.1 Role Model
Guru hendaklah mempamerkan peribadi yang mulia terhadap kanak-kanak
termasuklah sentiasa ceria, ikhlas dan boleh dipercayai. Menurut Roziah
Sidek, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunos (2011)
menegaskan guru memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah
pelajar dengan mempertingkatkan kefahaman dan amalan nilai-nilai murni
dalam kalangan pelajar kerana asas pendidikan merupakan pembentukan
sahsiah manusia.Selain itu, guru juga berperanan sebagai role model kepada
pelajarnya (Harden dan Crosby (2000). Guru harus mempamerkan kelakuan
yang baik kerana anak murid sering mengikut gerak geri yang dilakukan oleh
guru.
4.2 Pembentuk Nilai
Guru merupakan pengaruh yang sangat kuat kepada kanak-kanak, oleh sebab
itu guru harus menerapkan nilai-nilai murni agar kanak-kanak dapat mengikuti
contoh yang terbaik Menurut Abd Rahim Abd Rashid (200I) juga menjelaskan
pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi
menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan
melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan
kerohanian.Sesunguhnya guru harus menutur perkataan-perkataan yang baik,
malahan guru juga tidak boleh melakukan perbuatan-perbuatan yang kurang
enak di depan kanak-kanak. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk
nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu menjadi
agenda utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan,
penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar pembangunan
sekolah dan mencorakkan peranan dan tanggungjawab guru (Abd. Rashid Abd
Rahim, 2001 ).
4.3 Perancang Pengajaran dan Pemudahcara
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan
rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) .Menurut
Galajda (2012) sebagai pemudahcara guru bukan lagi orang utama dalam proses
pembelajaran sebaliknya menjadi sebahagian daripada anggota yang
mewujudkan bilik darjah yang kondusif. Malahan guru juga menetukan kaedah
pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, mengikut keupayaan murid. Guru
juga menggunakan pendekatan yang sesuai agar dapat memperkembangkan
sosioemosi mereka melalui interaksi dan komunikasi semasa bermain. Contoh
belajar bermain watak seperti berperanan orang dewasa, watak sebagai ayah.
Permainan ini adalah berpusat kepada murid, guru hanya sebagai pemudahcara.
Dengan penglibatan ini, ia dapat menggalakkan murid berdikari dan menjadi
semakin matang.
4.4 Pentaksir
Guru berperanan sebagai pentaksir dengan membuat penilaian terhadap
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Pentaksiran ini
melibatkan pemerhatian ke atas aktiviti dan rutin harian kanak-kanak yang
melibatkan domain -domain perkembangan seperti motor halus, motor kasar,
kognitif, sosioemosi dan bahasa (Norshafinaz Abdul Sani dan Faidah Yunus,
2018) . Apabila melakukan aktiviti pengajaran, harus disusuli dengan pentaksiran
agar dapat melihat pencapaian murid di tahap yang mana. Aktiviti yang dirancang
itu harus pembelajaran yang bermakna dan pendekataan yang melibatkan
perkembangan sosioemosi. Dengan adanya pentaksiran boleh meningkatkan
motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi
pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan.
(Klein, 2000)
5.0 AKTIVITI MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
Tunjang Utama Tunjang Matematik Awal
Fokus Emosi, Fokus dan Pergaulan Sesama
Standard Kandungan Sendiri
Standard Pembelajaran MA 2.1 Memahami nombor 1
Kesepaduan Tunjang hingga 10
Objektif Pembelajaran MA 2.1.1 Menyebut nombor 1 hingga
10 mengikut urutan
Pengetahuan Sedia Ada
Kemahiran Berfikir KD 2.1.1
Penyerapan Nilai Menunjukkan sikap positif iaitu:
Alat Bantu Mengajar (ABM) (i) sabar
(ii) berdikari
(iii) berkeyakinan
(iv) tolong-menolong
KD 2.1.2
Menunjukkan sikap positif iaitu:
(i) kekitaan
(ii) setia kawan
KD 2.3.1
Bertutur dengan yakin
1) Tiada pergerakan yang terlalu aktif,
fokus kepada tugasan yang diberi
2) Perasaan seronok dengan aktiviti
yang dilakukan
3)Mempunyai keyakinan diri apabila
melakukan dengan kerjasama
Murid akan tahu tentang nombor dan
perasaan gembira
Mengenal nilai-nilai positif
Keyakinan Diri, Berfikir
Kertas Lukisan dan Manik
6.0 KAEDAH PERLAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti perlaksanaan ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang terlalu aktif , kurang
keyakinan diri, dan kurang fokus.
1) Guru menyediakan lembaran kerja di atas kertas lukisan.
2) Kertas tersebut mengandungi nombor dan ianya di dalam bentuk piktograf
3) Menyediakan manik yang berwarna warni dan menarik, seperti butang baju
dan mata plastik
4) Murid menyusun manik tersebut pada kiraan yang diberi.
5) Sambil murid menyusun sambil mereka mengira bilangan tersebut
7.0 IMPIKASI KAEDAH PERLAKSANAAN TERSEBUT
Murid berasa sangat gembira kerana kelainan di dalam aktiviti, selalunya
melibatkan lembaran kerja di dalam buku latihan atau di atas lantai kelas.
Murid memberi tumpuan kepada lembaran kerja yang diberi.
Murid seronok melihat abm yang pelbagai warna dan bentuk contoh mata
plastik dan butang baju.
8.0 LAMPIRAN AKTIVITI MURID
Aktivtiti Capan menggunakan ibu jari
Aktivtiti
Mengikut
Lorekan
menggunakan
Manik
Aktiviti Matematik Awal, menyusun
manik mengikut nombor yang
diberi
9.0 SUMBER RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid. 200I. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Anderson, C. A. & B. J. Bushman. 2002. The effects of media violence on society.
Science, 295: 2377.
Brookover, W.T. and Lezotte, L.W. 1979. Changes in School Charateristics
Coincident with Changes Students Achievement No. 17 Occasional Paper.
Michigan State University: Institute of Research on Teaching.
Fisch, S. 2004. Children’s Learning from Educational Television: Sesame Street
and Beyond. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.
Gaddy, G. D. 1986. Television impact on high school achievement. Public
Opinion Quarterly. 50: 340-359.
Hamidah Sulaiman. 2005. Pendidikan Islam dan pengaruh persekitaran dan
kemajuan: Kesan kepada pembentukan sahsiah. Dlm. Masalah Pendidikan, 28,
hlm. 71-78. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hasnida. (2015). Analisis kebutuhan anak usia dini. Luxima
Robiah K. Hamzah. (2011). Nilai murni dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi
kanak-kanak menggunakan
kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan, 8,
17-23. https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.3.2019
Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan
guru dalam pembanguan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: Satu
sorotan. MALIM-SEA Journal of General Studies, 11, 117-130. Diakses dari
www.myjournal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.pdf
Siti Zaharah Ahmad Lee Jun Choi Sawan @ Mohammad Syawal Narawi.(2018).
EFIKASI DIRI GURU DALAM MENANGANI KANAK-KANAK AGRESIF DI
PRA-SEKOLAH : SATU KAJIAN KES DI NEGERI KEDAH DARUL
AMAN.Journal of Education and Social Sciences, Vol. 9, Issue 2, (February)ISSN
2289-9855. Diakses dari
https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2018/04/KC9.2_6.pdf
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4419/2986
https://www.researchgate.net/publication/320877948_ARAHAN_JANGAN_TER
HADAP_TINGKAH_LAKU_KANAK-KANAK_PRASEKOLAH_SATU_KAJIAN_K
ES
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (25-40)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X) https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
39
The Aulad Corner Blog. (2016.) Memahami Egosentrisme Di Kalangan
Kanak-Kanak.
http://auladcorner.blogspot.com/2016/10/memahami-egosentrisme-di-kalangan-k
anak.html
Mastura Binti Ganti.( Oktober). Sosioemosi Dan Tingkah Laku Kanak-Kanak.
https://anyflip.com/lcjlr/qclk
Nuradilahsyariffah. ( 2022). Faktor dan Implikasi Perkembangan Sosioemosi.
https://anyflip.com/emnvx/ypcm
Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/faktor-yang-mempengaruhi-perkembangan.
html