KOMPILASI
PERIBAHASA
DISEDIAKAN OLEH: NIK SITI SYUAIRAH BINTI NIK ASRI
UNIT: PENDIDIKAN ISLAM 1 JUN 2019
Telur Sesangkak, Pecah Sebiji, Pecah Semua
Maksud: Gambaran perpaduan dan bersatu hatinya
masyarakat. Ia umpama telur yang berada dalam
sangkak (sarang), apabila satu pecah yang lain
turut sama pecah.
Berkelahi Di hujung Batang, Berbaik di Pangkal
Batang
Maksudnya: Orang yang bertengkar atau berbalah
yang akhirnya berbaik kembali.
Sudah Terhantuk Baru Terngadah
Maksudnya: Sudah mendapat kesusahan baru
teringat.
Bak buah kepayang muda, dimakan mabuk, dibuang
sayang
Maksud: serba salah
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
jika tidak kerana bunga kembang di taman
Maksud: melakukan perkara yang digemari
walaupun seseorang itu pemalu.
Seperti peluru dua setuangan
maksud: sama
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin
akan lalu
Maksud: Kalau sekalian manusia sama pangkat dan
darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yang akan
menjadi
Bagai menghitung bulu kambing
Maksud: Membuat kerja yang sia-sia
Bak cetus api
Maksud: cepat
Bagai melulur bersitungging
Maksud: kerja terpaksa
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka
bapa
Maksud: Pengetahuan itu bukan pasti pada orang
tua-tua saja, orang muda-muda ada juga
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Maksud: Bercakap seperti orang kaya, sebenarnya
miskin
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Maksud: Bernasib malang
Dada manusia tidak dapat diselam
Maksud: Pengetahuan seseorang itu tidak dapat
diketahui
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang
keruh
Maksud: Dari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa
yang kasar
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh
cekap
Maksud: Cakapnya sahaja yang hebat tetapi
buktinya tidak ada
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
Maksud: Gemar ikut campur di dalam urusan orang
lain
Ibarat negeri berubah rasam, tahun berubah
musim
Maksud: Orang yang tidak tetap kedudukannya
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan
segar kembali
Maksud: Orang melarat dapat pertolongan
Ikan di kuali, habis melompat
Maksud: Bernasib malang