1 DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM E-FOLIO : KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN NAMA PELAJAR : HILMANUDDIN BIN MALIKI@JULAI (31DUP22F1008) MUHAMMAD DANISH FARHAN BIN ABDUL AZIZ (31DUP22F1009) KELAS : DUP2A NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL FATTAH BIN HAMDEN TARIKH : 22 MEI 2023
2 ISI KANDUNGAN: 1.0 PENGHARGAAN 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.0 PENGENALAN 4.0 JENIS-JENIS SYAK 4.1 KAITAN KAEDAH 5.0 PENGECUALIAN DARI KAEDAH 5.1 APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI 6.0 PERBEZAAN YAKIN, SYAK, ZANN DAN WAHM 7.0 PENUTUP 8.0 RUJUKAN
3 1.0 PENGHARGAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Alhamdulilah diucapkan sebagai suatu tanda kesyukuran terhadap Allah S.W.T atas izin dan limpah kurniaan-Nya tugasan ini dapat dihasilkan dengan jayanya tanpa ada sebarang permasalahan ketara yang timbul. Serta selawat dan salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini hadis baginda serba sebanyak digunakan dalam kajian tugasan{ ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah subjek ini iaitu Encik Abdul Fattah Bin Hamden atas bimbingan dan dorongan beliau sepanjang kami menjalankan tugasan ini, Beliau sangat ambil perhatian serta sudi membantu menjawab persoalan pelajarnya sepanjang penghasilan tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sepasukan yang sudah berkorban masa dan tenaga serta memberi idea dalam menjayakan tugasan ini bersamasama dari mula sehingga siapnya tugasan ini. Tanpa pengorbanan dari rakan-rakan sepasukan ini sudah pasti tugasan yang sepatutnya ringan dibuat bersama-sama ini menjadi berat untuk disiapkan.
4 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Melalui tugasan ini, kami telah menyatakan beberapa objektif seperti yang berikut : Tugasan ini menjelaskan kepada pelajar-pelajar serta kepada masyarakat tentang kaedah yang dapat menjelaskan keyakinan kepada sesuatu perkara yang tidak hilang oleh kerana sesuatu keraguan terhadap satu benda. Selain itu, ia juga menyatakan faktor dan punca timbulnya perasaan syak di kalangan seseorang dalam kehidupan seharian. Seterusnya, menerapkan kesan yang buruk syak kepada individu. Di samping itu, tugasan ini menerangkan kaedah-kaedag fiqh yang bersesuaian untuk menyelesaikan sesuatu isu masalah tersebut. Selanjutnya, ia turut menyatakan aplikasi kaedah fiqh dalam permasalahan yang berlaku untuk kehidupan seharian. Tugasan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta memberi pendedahan yang amat penting untuk diambil berat oleh pelajar serta masyarakat. Pendedahan tentang kaedah fiqh secara luas juga perlu dititikanberatkan supaya dapat mewujudkan keyakinan yang dipegang oleh kita serta dapat mengelakkan daripada gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti akar kebenarannya.
5 3.0 PENGENALAN Secara asasnya, usul fiqh berlegar sekitar isu dalil serta kaedah-kaedah fiqh. Antara kaedah yang fiqh yang masyhur serta membantu dalam proses pengeluaran sesuatu hukum adalah kaedah keyakinan tidak dihilangkan dengan syak ( keraguan ). Dari sudut Bahasa, keyakinan itu membawa maksud iaitu suatu ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan. Manakala dari sudut Istilah syarak membawa maksud terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku. Syak dari sudut bahasa pula ialah bermaksud ragu-ragu. Manakala dari sudut istilah syarak syak ialah ragu-ragu terhadap sesuatu perbuatan sama ada berlaku atau tidak berlaku. Iaitu tidak ada murajjih ( suatu yang memberatkan salah satu ke atas satu yang lain ). Dalam mensyarahkan makna kaedah ini sebahagian ulama berkata sekiranya seseorang itu telah memastikan akan sesuatu, kemudian dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang atau tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu. Kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang penting di dalam fiqh. Bahkah Al-Qadhi Husin al Syafi’e menyatakan bahawa fiqh terbina dari empat kaedah utama dan antaranya adalah ‘keyakinan tidak dihilangkan dengan syak ini’. Kaedah ini mempunyai sandarannya dari syarak daripada Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Antaranya adalah firman Allah S.W.T : ن ِ ن إ ِم َن يُغْنِي َل الظ َح قِ ْ شَيْئًا ال Maksudnya : Sesungguhnya zhan( sangkaan ) tidak menandingi kebenaran walau sedikit pun. ( Surah Yunus ayat 36 ). Pendek kata kaedah ini bermaksud keraguan yang timbul selepas keyakinan tidak boleh diambi kira bagi mengubah sesuatu perkara atau urusan yang telah diasaskan atas dasar keyakinan dengan sewenang-wenangnya.
6 4.0 JENIS-JENIS SYAK a) Keraguan atau syak yang tidak dapat dipastikan sumber asalnya, sama ada yang haram atau yang harus. Contohnya, berurusan dengan orang yang majoriti pendapatnya adalah haram. b) Keraguan atau syak yang lahir daripada sumber yang haram. Contohnya, sembelihan di negara yang bercampur. c) Keraguan yang terbentuk dari dasar yang harus. Contohnya, air yang berubah dalam bekas. 4.1 KAITAN KAEDAH 1. Kaedah asas adalah dibawa dengan bentuk lafaz dari ulama mujtahid yang pelbagai. Perkara yang penting adalah pengertian yang hampir sama, walaupun ibadat berlainan. 2. Ibn Abd Al-Barr yang membawa lafaz kaedah : syak tidak dipalingkan kepadanya dan tidak diambil kira dan yakin diamalkan terhadapnya. 3. Al-Zarkasyi pula membawa lafaz kaedah : Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin. Disini boleh dirumuskan bahawa kaedah-kaedah tersebut membawa maksud segala yang tetap, tidak hilang dengan kedatangan syak terhadapnya. Hal ini kerana, yakin tidak mungkin dihilangkan dengan perkara yang lemah daripadanya.
7 5.0 PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH a) Seorang yang terkena najis pada badan atau pakaiannya, namun ia tidak pasti di bahagian mana, ia hendaklah basuh atau mandi seluruh badan. b) Seekor anjing kencing dalam air yang mencapai dua kolah, selepas itu seseorang mendapati air tersebut berubah, tetapi ia tidak pasti sama ada perubahan itu disebabkan najis kencing anjing tersebut ataupun perkara lain. Hal ini, air itu dikira najis. c) Seseorang yang musafir syak sama ada ia telah sampai di tempat ia bermukim atau belum, ianya tidak boleh mengambil rukhsah seperti solat jamak dan qasar. d) Seorang penburu melepaskan tombak yang mengenai sasaran binatang buruan, tetapi binatang tersebut melarikan diri ke kawasan curam, kemudian ia menemui binatang tersebut sudah mati dan ianya syak atau ragu sama ada binatang itu terjatuh dari kawasan curam atau dari lepasan tombaknya, binatang tersebut adalah tidak hala apabila dimakan. 5.1 APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELACONGAN DAN HOSPITALITI a) Semasa menyediakan makanan kepada tetamu,pengusaha hendaklah memastikan makanan tersebut adalah halal. Oleh itu,tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib telah cukup untuk disyakini status halalnya. Sebarang andaian atau syak yang datang tidaklah dapat mengubah hukum. b) Penentuan arah kiblat yang disediakan di dalam bilik hotel atau rumah tumpangan adalah memadai untuk dijadikan sebagai panduan solat kepada tetamu yang menginap. c) Seseorang yang melancong ke negara bukan islam, dibolehkan makan dan minum di restoran yang dimiliki oleh orang islam walaupun premis tersebut tidak memaparkan tanda halal. d) Pinggan atau bekas yang digunakan di hotel atau seumpamanya harus digunakan oleh orang Islam walaupun pernah digunakan oleh orang bukan Islam. e) Ketika seseorang itu dalam keadaan musafir dan tidak mempunyai jam ataupun tidak mendengar laungan azan namun dia yakin dengan masuknya waktu solat, maka hendaklah dia solat tanpa ragu-ragu.
8 6.0 PERBEZAAN YAKIN, SYAK, ZANN DAN WAHM YAKIN I. Yakin menurut istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut iaitu: Pengertian al-Jawhari dalam al-Sihah bermaksud : suatu ilmu dan dilenyapkan syak. Di mana ilmu al-yakin ialah ilmu yang tiada sebarang keraguan lagi. Ilmu dan yakin ada sedikit perbezaan, yang mana perbezaan antara ilmu dan yakin ialah ketetapan. Iaitu ilmu ialah pegangan dan iktiqad terhadap sesuatu yang diketahui atas dasar kepercayaan. Sedangkan yakin dan keyakinan pula ialah diam,tenang jiwa serta perasaan juga lapang hati terhadap apa yang diketahu ZANN II. Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Hamawiy dalam Syarh alAsybah ialah seseorang yang berada dan berhenti di antara dua perkara yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat terjihkan salah satu di anatara dua perkara yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat terjihkan salah satu di antara keduanya. Cumanya, pihak yang tidak dikukuhkan itu tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam hati dan perasaan. Konteks lain, ia membawa maksud berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zann. Keraguan yang berada pada tahap al-zann harus dibina hukum dan diterima. SYAK III. Syak ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara iaitu keraguan itu tidak dapat diterjihkan mana satu yang lebih kuat.
9 Dalam konteks lain ia bermaksud keraguan atau perasaan berbelah bagi serta sama banyak antara keyakinan dan keraguan. Keraguan yang berada taraf syak tidak diterima dalam hukum fiqh. WAHM IV. Wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Konteks lain, wahm itu merupakan suatu bayangan atau lintasan pada hati dan diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan yang meleset atau sangkaan salah terhadap sesuatu perkara. Keraguan yang berada pada tingkatan wahm juga tidak diterima dalam hukum fiqh.
10 7.0 PENUTUP Kesimpulan daripada tajuk “Al-Yaqinu La Yuzzalu Bi Syak” atau keraguan tidak disingkirakan semata-mata syak ini telah memberi pengertahuan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikan semata-mata timbul syak atau keraguan. Ini kerana syak itu adalah sesuatu yang kita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara yang kita telah yakini keadaannya. Sebagai contoh sesorang yang yakin dalam keadaan berhadath, kemudian timbul keraguan samada dia masih dalam keadaan berhadath atau telah bersuci. Dalam keadaan ini maka ia masih dianggap berhadth. Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini (ilmu ini), maka sudah tentu syaitan amat mudah untuk mempermainkan keraguannya. Maka sebab itu kaedah ini berserta kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari dari menghadapi situasi-situasi yang pelbagai.
11 8.0 RUJUKAN http://wandastpm.blogspot.com/2013/12/kaedah-kedua-keyakinan-tidakboleh_14.html?m=1 https://prezi.com/d_mesxfznvy4/keyakinan-tidak-boleh-dihilangkandengan-keraguan/ https://www.studocu.com/my/document/kolej-universiti-islammelaka/kaedah-fiqh/keyakinan-tidak-boleh-dihilangkan-dengan-hanyasekadar-syak-minggu-ke-7/17124413 http://suriaterang.blogspot.com/2008/02/kaedah-fiqh-keyakinan-tidakdihilangkan.html?m=1