The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 E-PORTFOLIO PSVK3213 ARINA BINTI SUBOHAN RBTSK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arinas, 2022-05-20 11:53:11

TUGASAN 1: E-PORTFOLIO PSVK3213

TUGASAN 1 E-PORTFOLIO PSVK3213 ARINA BINTI SUBOHAN RBTSK

2

28

7.0 Refleksi
Pada semester kali ini untuk subjek PSVK3213 iaitu subjek Asas Menggambar,

dan Membuat Corak dan Rekaan, kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan yang
bertemakan kebudayaan tempatan. Jadi, tugasan kali ini memberikan banyak
pengalaman dan kebaikan pada diri saya sendiri. Oleh itu, penulisan refleksi ini akan
melibatkan pengalaman baru, masalah, kelemahan, kekuatan serta cadangan
penambahbaikan yang dilakukan oleh saya sepanjang tugasan ini dilaksanakan.

Antara pengalaman baru yang diperolehi adalah penerokaan bahan yang baru
bagi diri saya. Antaranya ialah ketika menghasilkan karya bagi tugasan ini, saya perlu
meneroka bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membantu saya dalam
menghasilkan karya ini. Misalnya, saya perlu memilih penggunaan media yang ingin
digunakan seperti media basah iaitu warna akrilik, warna air atau warna poster. Jadi,
penerokaan bahan seperti ini sangat membantu saya dalam menyesuaikan media
yang ingin digunakan dalam penghasilan karya.

Pengalaman lain yang diperolehi adalah saya dapat meningkatkan
pengetahuan mengenai kebudayaan etnik lain. Hal ini demikian kerana tugasan
memerlukan saya untuk menghasilkan karya berdasarkan kebudayaan tempatan.
Jadi, idea utama yang dihasilkan oleh saya berkait rapat dengan salah satu etnik
bumiputera di Sarawak iaitu kaum Iban. Maka, perkara ini secara tidak sengaja sangat
membantu diri saya dalam memahami dengan lebih mendalam mengenai kebudayaan
etnik yang telah saya pilih. Justeru itu, pengalaman baru ini sangat saya hargai dalam
pelaksanaan tugasan ini.

Tidak hanya itu, dalam menghasilkan tugasan ini juga saya mengalami
beberapa masalah. Antaranya ialah saya agak keliru mengenai idea utama yang ingin
saya serlahkan dalam karya. Malah, kekeliruan dalam memperkembangkan idea
utama ini telah menyebabkan saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan
tugasan. Dengan kata lain, perkara ini menyebabkan pengurusan masa saya untuk
melaksanakan tugasan ini terganggu.

Masalah lain yang dialami juga adalah kurang mahir dalam memilih teknik yang
ingin digunakan dalam menghasilkan karya. Hal ini demikian kerana pada mulanya
saya kurang mengetahui pengaplikasian teknik-teknik dalam menghasilkan karya seni.
Walau bagaimanapun, perkara ini telah dapat diatasi apabila saya merujuk kembali
pensyarah pembimbing serta meminta bantuan daripada beberapa rakan untuk
memberi pendapat mengenai teknik yang sesuai digunakan dalam karya yang dipilih.

Dengan kata lain, cadangan penambahbaikan yang terlibat untuk masalah
yang dialami adalah meminta bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan. Segala
maklumat yang telah diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan telah mencetuskan

29

idea-idea untuk saya melaksanakan tugasan ini. Malah, dengan kemajuan teknologi
iaitu sumber internet juga membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi ini.

Aspek kekuatan ketika melaksanakan tugasan ini adalah kerjasama daripada
rakan serta pensyarah pembimbing. Hal ini demikian kerana kerjasama yang diberikan
oleh mereka untuk memberi penerangan dan bimbingan untuk melaksanakan tugasan
ini merupakan faktor utama saya mampu untuk menyiapkan tugasan ini. Aspek
kelemahan pula melibatkan saya kurang menguasai kemahiran dan teknik dalam
menghasilkan sesebuah karya. Kelemahan lain juga adalah saya kurang cakna
dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Misalnya, bahan
seperti dari sumber internet yang melibatkan idea utama saya. Hal ini secara tidak
sengaja menyebabkan idea tidak dapat dikembangkan dengan baik. Namun, setiap
kelemahan ini dapat diatasi sepanjang tugasan ini dilaksanakan.

Kesimpulannya, tugasan subjek PSVK3213 ini sangat memberi satu
pengalaman baharu kepada diri saya. Melalui tugasan ini saya dapat memperbaiki diri
untuk meningkatkan pengetahuan serta penguasaan kemahiran dan teknik dalam
menghasilkan sesuatu karya dalam seni. Lebih-lebih lagi, saya merupakan seorang
bakal guru yang akan mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, maka peningkatan dari
aspek penguasaaan teknik dan kemahiran sangat penting dalam mewujudkan satu
pengajaran yang berkesan pada masa hadapan.

30

Rujukan APA 7th
BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN. (2012). Blogspot.com. http://sfera-

seni.blogspot.com/p/bidang-membuat-corak-dan-rekaan.html
Fatinnajla. (2014, December 19). Task 4 – Malaysian Craft. Fatinnajla.

https://fatinnajla.wordpress.com/year-3-p3/graphic-design-3-p3/task-4-
malaysian-craft-2/
Hazirah Samsudar. (2020, November 20). Menjadi Kebanggaan Tradisi Pribumi Sabah
Dan Sarawak - Jenis Dan Maksud Di Sebalik Tatu. Teh Tarik Gelas Besar.
https://tehtarikgelasbesar.com/menjadi-kebanggaan-tradisi-pribumi-sabah-dan-
sarawak-jenis-dan-maksud-di-sebalik-tatu/#.YoUiQ6gRVPa
MSTAR. (2021, September 20). Projek seni bongkar sejarah kepahlawanan keluarga...
mendiang moyang digeruni, tatu bunga terung lambang kegagahan kaum Murut.
Mstar.com.my. https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2021/09/20/projek-seni-
bongkar-sejarah-kepahlawanan-keluarga-mendiang-moyang-digeruni-tatu-
bunga-terung-lambang-kegagahan-kaum-murut
Sonny Jumpo, Muhammad Puad Bebit. (2021). The Significance of Bunga Terung
Tattoo for The Iban Men in Julau, Sarawak and Ptussibau Indonesia. IJASOS-
International E-Journal of Advances in Social Sciences, Vol. VII, 20.
http://ijasos.ocerintjournals.org
Veeky Leonara. (2011). Iban of Various Tribes Hence Various Costume, hal.23.
Wira Alam. (2022, May 18). Maksud disebalik tatu “Bunga Terung.” Blogspot.com.
https://swkviral.blogspot.com/2019/02/maksud-disebalik-tatu-bunga-terung.html

31


Click to View FlipBook Version