The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9537975, 2022-12-21 03:24:00

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 TEKNOLOGI HIJAU

Kerja lapangan geo 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(Bandar Uda Utama, Taman Rosa)

DISEDIAKAN OLEH:

Shyamindhran A/L Sarawanan

TINGKATAN:

2 PEARL

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

26/December/2022

ISI KANDUNGAN M/S
2
KANDUNGAN 2
3
1) PENGHARGAAN GURU MATA PELAJARAN 3
GEOGRAFI DAN PENGETUA SEKOLAH 3
5-6
2) PENDAHULUAN
6
3) OBJEKTIF KAJIAN 7
8-13
4) JADUAL KERJA

5) KAEDAH KAJIAN

6) HASIL KAJIAN

a) MENJELASKAN KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI
HIJAU

b) MENGENAL PASTI 3 JENIS DAN CONTOH
TEKNOLOGI HIJAU YANG TERDAPAT DI BANDAR
UDA UTAMA, JOHOR BAHRU

c) MENYENARAIKAN 4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI
HIJAU

d) MENGHURAIKAN 4 PUNCA AMALAN TEKNOLOGI
HIJAU TIDAK DIKERAPKAN DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN

e) MENCADANGKAN 4 LANGKAH ATAU STRATEGI
YANG BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG SESUAI

7) KESIMPULAN / KONKLUSI / RUMUSAN

8) BAHAN/SUMBER RUJUKAN

9) LAMPIRAN

1

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU MATA
PELAJARAN GEOGRAFI SAYA IAITU PUAN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN YANG
SUDI MEMBERIKAN IMU PENGETAHUAN KEPADA KAMI YANG BELAJAR DI
KELAS 2 PEARL. JASA CIKGU AMAT DIHARGAI BAGI PENYIAPAN KERJA
LAPANGAN KERJA KHURSUS TINGKATAN 2 INI.

SELAIN ITU, SELAKU MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN
ISMAIL SAYA JUGA INGIN MEMBUKA KECIL TAPAK TANGAN TETAPI NYIRU
SAYA TADAKAN KEPADA PENGETUA SEKOLAH IAITU ENCIK RAZALI BIN
TAMADI. TANPA USAHA BELIAU DALAM MENTADBIR SEKOLAH, SAYA PASTI
KAMI TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG SERONOK SEPERTI INI.

AKHIR SEKALI, MENGHORMATI IBU BAPA MERUPAKAN ANTARA IKRAR
HIDUPAN SAYA OLEH SEBAB MEREKALAH YANG MELAHIRKAN KITA DAN
MEMBESARKAN KITA DENGAN SEELOKNYA DENGAN HARAPAN KITA DAPAT
BERJAYA SERTA MENJADI SEORANG YANG BERGUNA DALAM MASYARAKAT
INI. KELAHIRAN SAYA JUGA MERUPAKAN KURNIAAN TUHAN DENGAN
ADANYA KAWAN- KAWAN YANG SUDI MENOLONG SAYA APABILA SAYA
MEMERLUKAN BANTUAN.

PENDAHULUAN

SAYA SHYAMINDHRAN A/L SARAWANAN DARI KELAS 2 PEARL. SAYA AKAN
MENJALANKAN KERJA KHUSUS SAYA DI KAWASAN KEDIAMAN SAYA IAITU
TAMAN ROSA YANG TERLETAK DI BANDAR UDA UTAMA, JOHOR BAHRU.
SAYA TELAH MENGGUNAKAN TEMPOH SELAMA SEMINGGU UNTUK
MENYIAPKAN KERJA KHUSUS INI

KERJA KHUSUS INI MELIPUTI PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG
MEMBOLEHKAN MEREKA MENYELESAIKAN MASALAH ALAM SEKITAR YANG
DIHADAPI DI KAWASAN KEDIAMAN MEREKA. SEBAGAI CONTOH,
PEMASANGAN PANEL SOLAR DI ATAS BUMBUNG RUMAH UNTUK
MENJIMATKAN KEBANYAKAN TENAGA ELETRIK YANG DIGUNAKAN. USAHA
INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENDATANG KEBAIKAN KEPADA ALAM SEKITAR
BAHKAN JUGA KEPADA KITA SENDIRI JUGA. KITA TIDAK DAPAT MENAFIKAN
BAHAWA BUMI KITA SEDANG MENGHADAPI CABARAN YANG AKAN
MENGUNDANG KEMUSNAHAN SEMUA BENDA HIDUP TIDAK KIRA KECIL
ATAU BESAR. BUMI YANG BERUSIA 4.54 BILION TAHUN INI HARUSLAH
DILINDUNGI SEHINGGA AKHIRAT. SETIAP USAHA YANG DILAKUKAN PASTI
AKAN BERBUAH JUGA JIKA KIA BERSATU DAN MEMILIKI MATLAMAT YANG
SAMA. OLEH ITU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG PENDUDUK BUMI DALAM
MENJAGA BUMI DENGAN SEELOKNYA AGAR BERKEKALAN.

2

OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian ini, saya akan dapat:

1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh teknologi hijau yang terdapat di Bandar Uda

Utama, Johor Bahru
3) Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak dikerapkan dalam kehidupan

seharian
5) Mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan

penggunaan teknologi hijau yang sesuai

JADUAL KERJA Perkara
Bil. Tarikh -Menerima tajuk tugasan dari guru geografi
1) 29/10/2022 -Mendengar penerangan tentang pelaksanaan tugasan
2) 9/11/2022 -Merancang jadual kerja
3) 10/11/2022 -Menulis bahagian pengenalan
-Menulis konsep teknologi hijau
4) 20/11/2022 -ciri-ciri produk teknologi hijau
-Contoh produk teknologi hijau
-Kepentingan Teknologi hijau
-Menyiapkan kerja lapangan

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

1) PEMERHATIAN- Saya memerhati Kawasan di sekeliling rumah saya tentang
contoh-contohproduk teknologi hijau

2) TEMU BUAL- Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui aalan teknologi
hijau dalam alam sekitar. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk contoh-contoh
produk teknologi hijau.

3) RUJUKAN- Saya merujuk kepada buku teks geografi tingkatan 2 dan internet untuk
mendapat maklumat scara lebih ringkas.

3

KAJIAN KES
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di Taman Rosa yang terletak di Bandar Uda Utama yag
merupakan Kawasan perumahan saya.

Peta 1j: Peta Daerah Negeri Johor

Peta 2: Peta Lokasi
Kawasan Kajian

4

HASIL KAJIAN

a) Konsep teknologi hijau ialah pembangunan produk, peralatan dan system untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi.

b) Ciri-ciri produk teknologi hijau ialah inovatif, selamat, bersesuaian, menjimatkan,
mudah digunakan, reka bentuk yang sesuai, boleh dikitar semula, meminimumkan
kemerosotan alam sekitar, pembebasan gas rumah hijau yang rendah dan
menggalakkan sumber bahan yang boleh diperbaharui.

c) Contoh-contoh produk teknologi hijau dibahagikan kepada 4 kategori iaitu social,
ekonomi, alam sekitar and tenaga.

Dalam segi social, penduduk menggunakan bekas makanan ubi kayu. Mereka juga
menggunakan penganagkutan awam jika keluar. Dengan ini, dapat meningkatkan
kualiti hidup rakyat.

Selaian itu, dalam segi ekonomi, terdapat industri fotovolta dalam Kawasan kajian
saya. Ini membolehkan ekonomi negara dapat ditingkatkan kerana menggunakan
produk yang berteknologi dan canggih.

Di samping itu, penduduk menggunakan produk biodegradasi dan baja kompos
supaya dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Akhir sekali, dalam segi
teknologi, penduduk menggunakan kereta hybrid kerana dapat mengurangkan
penggunaan bahan api fosil.

d) Penerapan teknologi hijau amat penting dalam hidup. Dalam segi social, kualiti hidup
dapat ditingkatkan dan kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan juga. Manakala
dalam segi ekonomi, produktiviti dapat dipertingkatkan dan kos operasi dapat
dikurangkan. Dalam segi alam sektar, kualiti udara dan air dapat dipertingkatkan serta
pelepasan gas karbon dioksida ke udara dapat dikurangkan. Akhir sekali, dalam segi
tenaga, ialah dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui, dapat mempromosikan kecekapan guna tenaga negara iaitu mesra
pengguna dan selamat serta dapat menjana tenaga semula jadi seperti angin, air, solar
dan ombak.

5

e) Antara punca amalan teknologi hijau tidak dikerapkan dalam kehidupan seharian
termasuklah masalah kos, kurang penguatkuasaan, kurang kepakaran, kurang
kesedaran, kurang kerjasama dan tiada masa.

f) Antara langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
teknologi hijau yang sesuai termasuklah:

1) Kerajaan perlu memperuntukkan dana
2) Kerajaan perlu menjalankan program kesedaran
3) Melaksanakan program Latihan dan Pendidikan
4) Meningkatkan keupayaan inovasi dalam penciptaan
5) Kecekapan dalam pentadbiran
6) Kerjasama antara kerajaan dengan swasta

RUMUSAN

Kesimpulannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya mendapati beberapa
sumber yang berkaitan dengan teknologi hijau di Taman Rosa yang terletak di Bandar
Uda Utama.antaranya ialah meningkatkan kualiti hidup dan mempertingkatkan
ekonomi negara. Terdapat pelbagai kepentingkan akan teknologi hijau. Kajian ini
juga membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang teknologi hijau.
Saya juga mendapat tahu bahawa amalan teknologi hijau yang biasa diamalkan di
taman perumahan saya adalah seperti menjimatkan tenaga, pengangkutan awam,
berbasikal atau berjalan kaki, menggunakan kereta hybrid, menanam pokok,
membawa beg kitar semula, membawa bekas makanan sendiri dan mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Dengan ini, saya berharap penduduk di Taman Rosa akan mengamalkan teknologi
hijau dalam kehidupan mereka kerana banyak manfaat yang akan peroleh. Jika
amalan teknologi hijau dimalakan, kita akan hidup dalam keadaan yang sihat dan
selesa.

6

RUJUKAN
A) Buku teks geografi tingkatan 2
B) Sisa Domestik (anyflip.com)
C) http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
D) GREEN TECHNOLOGY Fieldwork Manual - Flipping Pages 1-17 | AnyFlip

7

LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIYdDRwRJU35mUvn3d8qdOK_hyrMm3v6R
QJ0ycJdaRubbF0g/viewform?usp=sf_link

8

ANALISIS YANG DIPEROLEH DARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
YANG DIEDARKAN KEPADA 20 RESPONDEN

9

10

11

12

13


Click to View FlipBook Version