The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KESAN DAN IKTIBAR KEWAFATAN RASULULLAH SAW 6Z 29 JUL 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadruzana, 2021-07-28 11:44:30

KESAN DAN IKTIBAR KEWAFATAN RASULULLAH SAW 6Z 29 JUL 2021

KESAN DAN IKTIBAR KEWAFATAN RASULULLAH SAW 6Z 29 JUL 2021

.

TAJUK:KESAN DARIPADA PERISTIWA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW

BIDANG: SIRAH
OLEH: USTAZAH RUZANA

OBJEKTIF:
5.5.4 Menganalisis kesan daripada peristiwa kewafatan Rasulullah saw
5.5.5 Merumus dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa kewafatan Rasulullah saw

KESAN DARIPADA PERISTIWA KEWAFATAN NABI
MUHAMMAD SAW

• Peristiwa kewafatan nabi Muhammad saw memberikan kesan
kepada para sahabat dan umat Islam. Antaranya ialah mereka

berdukacita atas kewafatan nabi tetapi keimanan
mereka terhadap Allah yang Maha Kekal dan
Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah
semakin kukuh.

• Mereka bersatu hati dan semakin mengukuhkan
strategi dakwah untuk menyebarkan Agama Islam.

• Selepas kewafatan nabi saw, sistem syura diteruskan dalam

pemerintahan dan Abu Bakar As Shidiq dilantik sebagai khalifah
melalui kaedah syura

1.Iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad saw

• Menyakini Allah bersifat Kekal, tiada

Permulaan dan tiada pengakhiran. Manakala
hidup manusia hanyalah sementara.

• Oleh itu, kita hendaklah mengisi masa dan

usaha kita dengan mentaati perintah
Allah dan meninggalkan larangan-Nya

2.Iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad saw

Nabi sangat sayang akan umatnya dan

Berpesan agar memelihara solat. Oleh

Itu, kita hendaklah membuktikan
Kecintaan kepada Nabi Muhammad saw dengan

Memelihara solat, memperbanyak
solawat atas baginda serta mengamalkan

sunnah baginda dalam kehidupan.

3.Iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad saw

Abu Bakar As Siddiq sentiasa membantu dan
menyokong baginda samada dalam keadaan

senang ataupun susah. Kita mestilah berusaha
menjadi sahabat yang baik,

nasihat menasihati dan sentiasa bersedia
membantu rakan dalam perkara

kebaikan

4.Iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad saw

Usamah bin Zaid dilantik mengetuai angkatan
tentera pada usia yang muda. Beliau dipilih

kerana ketaqwaan dan keistimewaan

yang dimiliki olehnya. Hal ini

menunjukkan nilai kehebatan seseorang
di sisi Allah dan Rasul adalah pada imannya dan

bukan pada harta serta usia.

Baca dengan sabar dan bersungguh-sungguh. Cuba
fahami kesan dan iktibar dari kesan kewafatan Nabi
Muhammad saw…

• Terima kasih kerana anda bersabar dalam menuntut ilmu.

• Setelah selesai membaca jawab soalan diliveworksheet yang akan
diberi untuk pengukuhan tentang apa yang telah dipelajari hari ini….

• Semoga kita semua dalam Lindungan Allah swt..

• Bye…jumpa lagi…assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Click to View FlipBook Version