INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
MPU 3062
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG
PISMP SEMESTER 3
NAMA : NUR LIYANA ZAIHAN BT MOHD HANAFIAH
KAD PENGENALAN : 010710-10-1164
AMBILAN : JUN 2020
KELAS : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
NAMA PESYARAH : 1. EN. MUSAIDI BIN MUSTAFFA
2. EN. IKHWAN HOSNI BIN ALI
BIL TUGASAN TARIKH HANTAR
1 BUKU LOG 14 JULAI 2021
ISI KANDUNGAN Muka surat
3
Bil Kandungan 4
1. Biodata Guru Pelatih
2. Carta Organisasi 5
6
Maklumat Persatuan 7
Logo Rasmi BSSM 8
12
3. 17
Ikrar BSSM 19
Lagu BSSM 25
29
6. Laporan Mingguan
7. Nota-nota BSSM
8. Pertolongan Cemas
9. Asas Perkhemahan
10. Asas Kawad Kaki
11. Rujukan
2
BIODATA GURU PELATIH
NAMA : Nur Liyana Zaihan Bt Mohd Hanafiah
KAD PENGENALAN : 010710-10-1164
KURSUS : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
AMBILAN : JUN 2020
KELAS : Bimbingan dan Kaunseling 1
MENTOR : En. Abdul Rahman Bin Khalid
TARIKH LAHIR : 10 Julai 2001
ALAMAT RUMAH : 207, Jalan Dillenia 4, Laman Dillenia, Nilai Impian, 71800,
Nilai, Negeri Sembilan
NO TELEFON : 011-10988451
EMAIL : liyana02-643@epembelajaran.edu.my
3
CARTA ORGANISASI
UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 2021
PENGERUSI
MUHAMMAD FAIZ IKMAL B. ZULKIFLI
PISMP SEM 3
NAIB PENGERUSI
HANNAN BT. AHMAD NIZAR
PISMP SEM 3
SETIAUSAHA
AHMAD NAQIYUDDIN B.
ZULKIFLEE
PISMP SEM 3
N. SETIAUSAHA
ASIAH AMANI BT.
MOHAMAD RIDHUAN
PISMP SEM 3
BENDAHARI
MUHAMMAD
FAKHRURRAZI B. MOHD
SABRI
PISMP SEM3
N. BENDAHARI
SITI NURAFRINA BT.
MOHD SAMSUL
PISMP SEM 3
KEBAJIKAN DISIPLIN & ICT & TEKNOLOGI KESELAMATAN
KEPIMPINAN
GEERTHIKAH A/P AHMAD AMIR HUDZAIFAH FRANCO IVAN FELIX
KARTHIGASU MUHAMMAD ALIFF B. BIN ABDUL RAHIM PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 MD ANUAR PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 EZHILARASI A/P BALA
MUHAMMAD SHARILL MUHAMMAD QURHAFIZ B. PISMP SEM 3
AIZAD B. ABDUL KHALID NURUL AINI BT. SAAD MOHD YUSRI
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 HANIS AYUNI BT. HADI
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
NUR AFIQAH ALIN BT. ILYA MAISARAH BT. ABDUL
MUHAMMAD NAQIB BIN MOHD BAKRI RAHMAN
JUNAIRIZAL PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
PERALATAN AKTIVITI TUGAS KHAS
NUR HAFIZAH BT MOHD SUBASAN A/L MUHAMMAD SHARILL
KHAIRUDDIN VEZHAVENTHAN AIZAD B. ABDUL KHALID
PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
NUR AISYAH AFIFA BINTI
SHAIFUL MUHAMMAD NAQIB BIN MIZANI AIDA BINTI
JUNAIRIZAL ASZHAR
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
PISMP SEM 3
RAVIKUMARAN A/L MOHAMAD HAFEZ BIN
SUBRAMANIAM ABDUL HAMID DEEPAN A/L KRISHNASAMY
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
4
LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
5
IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bahawa kami
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar
Tat setia kepada Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Dan pemerintah-pemerintah di negara kami
Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara
Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang
Serta arahan persatuan walau di mana kami berada
Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
Kepada mereka yang sakit dan menderita
Di waktu aman atau bencana
Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
6
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh
7
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tarikh : 23 Jun 2021
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni
Kehadiran : 82 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Pada 23 Jun 2021, perjumpaan secara maya telah dilaksanakan ekoran pandemik
covid-19 yang menyebabkan pelajar tidak dapat melakukan interaksi secara bersemuka di
IPG Kampus Darulaman. Mesyuarat yang menggunakan medium Google Meet bermula
pada jam 8 pagi dengan aktiviti mengisi kehadiran melalui Google Classroom. Setelah itu,
perbincangan berkenaan perkara-perkara berbangkit telah diadakan bersama jurulatih yang
bertugas. Antara perkara yang dibincangkan ialah Rancangan Maklumat Kursus (RMK) yang
memaparkan tajuk-tajuk yanag akan dipelajari sepanjang berada dalam unit kokurikulum ini.
Jurulatih menunjukkan beberapa aktiviti yang akan dilakukan dalam unit beruniform ini bagi
memberi pendedahan awal tentang apa yang akan dihadapi serta bagi memberi peluang
kepada pelajar bagi membuat persediaan awal dalam mendepani tajuk-tajuk yang akan
dipelajari. Pelajar juga membuat lantikan serta berbincang tentang jawatankuasa bagi unit
kokurikulum ini.
Refleksi
Refleksi saya semasa perjumpaan ini adalah mencetak rancangan maklumat kursus
bagi memudahkan saya membuat tinjauan dalam memahami tajuk-tajuk yang akan dipelajari.
Saya juga membuat beberapa carian untuk lebih memahami tentang unit beruniform yang
saya pilih ini. Semasa pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) pula, saya bergiat secara aktif
dengan mencadangkan nama ataupun menyokong keputusan semasa pemilihan AJK
berlaku.
8
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tarikh : 30 Jun 2021
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni
Kehadiran : 82/82 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Perjumpaan pada kali ini diadakan melalui medium Google Meet bermula seawal jam 8
pagi dengan mengisi kehadiran yang telah disediakan oleh jurulatih di Google Classroom.
Pada perjumpaan ini, jurulatih berbincang tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi
apabila melakukan unit beruniform secara atas talian. Umum mengetahui pembelajaran
secara online tidak lagi asing semasa pandemik ini, maka jurulatih perlu memberikan
gambaran bagi menyediakan mental dan emosi pelajar sebelum perkhemahan dijalankan
secara online. Jurulatih juga memberikan gambaran tentang perkhemahan yang akan
berlangsung secara umum. Kemudian, satu carta organisasi telah ditayangkan bagi memberi
gambaran tentang gerak kerja yang terlibat semasa perkhemahan berlansung. Usai
tayangan carta dijelaskan, jurulatih meminta pelajar untuk menyediakan satu carta organisasi
yang terdiri dari ketua platun, penolong ketua platun, bendahari, setiausaha dan AJK-AJK
yang diperlukan untuk perkhemahan ini. Dengan perbincangan yang dilakukan, satu carta
organisasi telah dibina pada hari tersebut.
Refleksi
Selaku pelajar yang terlibat dengan perkhemahan ini , saya bertindak untuk fokus
terhadap cabaran yang akan kami hadapi. Ini penting bagi menyediakan mental dan fizikal
saya dalam mendepani kursus ini pada semester ini. Tambahan lagi, saya juga bertindak
secara aktif dengan melibatkan diri secara terus. Saya telah menawarkan diri untuk menjadi
salah satu AJK semasa perkhemahan dilansungkan. Saya telah menawarkan diri untuk
memegang jawatan sebagai AJK persediaan tempat.
9
Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tarikh : 7 Julai 2021
Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet
Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni
Kehadiran : 82 orang
Nama ahli yang tidak hadir : Tiada
Perjumpaan seawal pukul 8 pagi diadakan melalui medium Google Meet setelah pelajar
mengisi kehadiran yang telah disediakan di Google Classroom. Perjumpaan kali ini
memerlukan fokus yang tinggi kerana jurulatih menerangkan tentang perkhemahan yang
akan berlansung secara atas talian dan juga aktivti-aktivti yang akan dilaksanakan secara
terperinci. Hal ini penting untuk diambil perhatian bagi mengelakkan kekeliruan terhadap
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan berlansung. Tambahan lagi, ujian
amali akan diadakan semasa kami melalui perkhemahan ini. Maka, fokus yang tinggi penting
bagi memberikan peserta gambaran awal tentang apa yang akan dihadapi semasa
perkhemahan. Carta Organisasi perkhemahan juga dibaiki semula oleh setiausaha dan
beberapa jawatankuasa baru dibuka kepada ahli yang tidak mempunyai jawatan. Setelah
AJK yang baharu berjaya dipilih, carta organisasi baharu telah dibentuk.
Refleksi
Selaku pelajar yang terlibat dengan perkhemahan, saya melakukan beberapa catatan
tentang aktiviti yang akan dijalankan seperti kawad kaki, memasak, membina gadjet dan
lain-lain. Ini penting untuk diberikan perhatian kerana jurulatih memberitahu bahawa setiap
ujian akan membawa markah sebanyak 10%. Tambahan lagi, kebanyakan aktiviti yang
dijalankan merupakan satu ilmu baru yang mempu membantu kami semasa keadaan
kecemasan. Maka, pendengaran secara aktif penting untuk memahamkan saya tentang
aktiviti yang akan dijalankan ini.
10
NOTA-NOTA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang
Merah yang berlatar belakangkan putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang
diterbalikkan). Lambang ini diwujudkan untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang
tecedera di masa perang dan anggota-anggota yang menjaga dan merawat mereka.
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva,
bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan
mereka menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.
Langkah tersebut diikuti oleh banyak Negara-negara Arab dan Negara-negara yang banyak
penduduk muslim. Dua pulih sembilan buah Negara sekarang menggunakan lambang Bulan
Sabit Merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh
Konvensyen Geneva.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambing tersebut. Lambing hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal
terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk
menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang
menggunakan lambing ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti. Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk
mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka.
11
PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
Melindungi nyawa dan kesihatan.
Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.
1. KESAKSAMAAN (Impartility)
Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau
pun fahaman politik dalam kegiatannya.
Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.
2. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.
3. KEBEBASAN (Independence)
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip
pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak
berkuasa awam.
4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang
tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
12
5. KETUNGGALAN (Unity)
Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah
negara.
Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
Aktivitinya meliputi seluruh negara
6. KESEJAGATAN (Universality)
Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia.
Mempunyai tanggungjawab bersama.
Saling bantu-membantu di antara satu dengan lain antara negara.
7. KEMANUSIAAN (Humanity)
Memberi pertolongan tanpa membezakan mereka yang tercedera di medan perang.
Berusaha dengan sedaya upaya di di peringkat antrabangsa dan negara untuk
mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana sahaja.
Bertujuan bagi melindungi nyawa, menjaga kesihatan, dan memastikan sikap hormat
menghormati sesama manusia.
Memupuk kefahaman, menjalin persaudaraan, kerjasama dan keamanan yang kekal
dalam kalangan manusia.
13
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang
awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen
Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh
tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No.
41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
14
LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Lambang BSMM Ukuran Lambang BSSM
Kegunaan Lambang
Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa
peperangan. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan,
iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan
Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.
COGAN KATA BSMM
“Cergas Pada Masa Aman Dan Perang”
BENDERA BSMM
Bendera BSSM Ukuran bendera BSSM
15
PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.
16
Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang
boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan
mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa
yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas
17
ASAS PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.
Jenis-jenis khemah
Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk
diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan
kesesuaiannya.
Struktur khemah
Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka dan fabrik
khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.
I. Khemah Struktur A
Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah
bersegitiga.
Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.
18
II. Khemah Hoop
Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas
dengan permukaan yang sama.
Khemah jenis ini kuat dan kukuh.
III. Khemah Rabung
Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan
untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.
IV. Khemah Dinding
Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai
dinding dan bumbung.
Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka
masanya pendek.
Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.
V. Khemah Satu Tiang
Ringan dan senang didirikan
Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.
19
VI. Khemah Ridge
Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi
sungai, jambori dan sebagainya.
Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2. Khemah ridge dua tiang
3. Khemah ridge besar
- Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
- Biasanya diperbuat daripada nilon.
- Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
- Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
- Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis
bahagian bumbung.
- Mahal.
- Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta.
- Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
- Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiza dan berat
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.
20
Mendirikan khemah
PERINGATAN yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:
Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh
dari khemah.
Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak
menggelendong.
Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak
yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.
Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
berbisa memasuki khemah.
Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum
mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan juga
kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
a) Angin
b) Kecerunan
c) Cahaya
d) Bentuk muka bumi
e) Halangan bahaya semulajadi
f) Laluan air
g) Luas tapak
21
Ciri-ciri tapak perkhemahan
Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan
semasa berkhemah.
Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah
untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat
mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika musim
kemarau.
Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk mengelakkan
binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling kawasan khemah.
Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1. Penyediaan Kraf Perkhemahan
Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.
Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan
kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.
Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum
digunakan.
Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan
kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika
berlakunya kecederaan
Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.
22
2. Keselamatan Khemah
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain
daripada memasuki khemah.
Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
Peraturan keselamatan perkhemahan
Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan,
kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti
23
ASAS KAWAD KAKI
Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama
dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.
24
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada
pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua
perbarisan.
Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia
No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSSM
1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.
25
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x
26
37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.
38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)
27
Nota tambahan
Prinsip Asas Pertubuhan
Lagu Bulan Sabit Merah
https://www.youtube.com/watch?v=SnO-cSSaiCk
Jenis-jenis ikatan
https://www.youtube.com/watch?v=b7bTJltPmz8
28
Contoh Gadjet
https://www.youtube.com/watch?v=gF9WilwEqu0
29
Rujukan
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Kuala
Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar
Sdn. Bhd.
Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York: Amherst:
Mass Publishing.
Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur:
Crescent News Sdn. Bhd.
Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Habitats and Gardens for the
Southwest. Texas: University of Texas Press.
Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human Kinetics.
Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering. Kuala Lumpur: Budiman
Publishing.
Persatuan Pengakap Malaysia. (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.
Kuala Lumpur: Persekutuan Pengakap Malaysia.
30
LAMPIRAN
Perjumpaan pertama
Link:
https://drive.google.com/file/d/1YGeh1XQu0KT0PaILEacRkny-0ra6DLSI/view?usp=sha
ring
Perjumpaan kedua
Link:
https://drive.google.com/file/d/1_0GBQfdUENzOCS9djRzkC6OaYRF0zxoX/view
31
Perjumpaan ketiga
Link:
https://drive.google.com/file/d/1oSyPKeGHCqUFNIRbFNq0Q_loZiXtSQQ5/view
32