The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-01-13 09:35:41

PERPADUAN

PERPADUAN

MPU11012

MASYARAKAT MAJMUK

DAN PERPADUAN

AHLI KUMPULAN :
- NURFATIN NAJWA BINTI YUSAIMI ( J04STS21F019)
-NURUL NADIRA BINTI MUHAMMAD SUFIAN ( J04STS21F021)
- SHARIFAH NOR ZANARIAH BINTI MOHD KHAIRUNIZAM

(JO4STS21F023)

01 PENGENALAN
02 OBJEKTIF

03 KEPELBAGAIAN BUDAYA
MASYARAKAT

KANDUNGAN 04 KONSEP PERPADUAN DAN
INTERGRASI YANG WUJUD DI
05 MALAYSIA
06
07 KONSEP PERPADUAN DAN
INTERGRASI YANG WUJUD DI
MALAYSIA
CONTOH USAHA KE ARAH
PERPADUAN

USAHA MENGEKALKANNYA

PENGENALAN

 MALAYSIA TERDIRI DARIPADA PELBAGAI
LAPISAN MASYARAKAT . SEJAK 31 OGOS 1957,
PENDUDUK MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SEPERTI KAUM
MELAYU , CINA , INDIA , IBAN DAN KADAZAN
TELAN HIDUP BAGAI AUR DENGAN TEBING .
WALAUPUN MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA
RAMBUT SAMA HITAM , HATI LAIN – LAIN ,
NAMUN MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM
INI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAN DAMAI .
OLEH ITU , PELBAGAI PIHAK PERLU MEMEGANG
PADA KEKUATAN JATA NEGARA , YAKNI “
BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU ‘” UNTUK
MENGERATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA .

OBJEKTIF

● DAPAT MELAHIRKAN NEGARA YANG AMAN DAN DAMAI

● DAPAT MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM

KALANGAN MASYARAKAT MAJMUK

● DAPAT MENYATUPADUKAN PERPADUAN ANTARA KAUM

● DAPAT MENINGKATKAN PENGETAHUAN MELALUI BUDAYA

KAUM MASING “

01 KEPELBAGAIAN BUDAYA
MASYARAKAT

1) MAKANAN

KEBANYAKAN KEBUDAYAAN DARI MALAYSIA DAN KAWASAN SEKITARNYA
TELAH BANYAK MEMPENGARUHI MASAKAN MALAYSIA SEPERTI PENGARUH
YANG KUAT DARI MASAKAN MELAYU , CINA , INDIA , THAILAND , JAWA DAN
IBAN . SETIAP KAUM DI MALAYSIA MEMPUNYAI MAKANAN IDENTITI KAUM
MEREKA YANG TERSENDIRI.

SEBAGAI CONTOH , MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU IALAH LEMANG
, KETUPAT , RENDANG , DODOL , NASI LEMAK , NASI KERABU DAN BANYAK
LAGI , MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA PULA IALAH JIAOZI , TANG YUAN
, CHEE CHEONG FUN ,CHANG SHOU MAIN DAN SEBAGAINYA . CONTOH
MAKANAN KAUM INDIA IALAH BRIYANI , TOSAI , PUTU MAYAM , TIKKA
MASALA , SIPPI , CHITTU ,UNUNDAI DAN SEBAGAINYA

WALAUPUN SETIAP KAUM MEMPUNYAI MAKANAN IDENTITI KAUM MASING
– MASING TETAPI MASYARAKAT DARI KAUM LAIN JUGA BOLEH MENCUBA
MAKANAN KAUM – KAUM LAIN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA , SEBAGAI
CONTOH HAMPIR SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA MENJADIKAN
MAKANAN ROTI CANAI DAN NASI LEMAK SEBAGAI SARAPAN PAGI
WALAUPUN MAKANAN TERSEBUT DATANG DARI KAUM YANG BERLAINAN .
HAL INI MENUNJUKKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA YANG
TIDAK BERSIKAP PERKAUMAN DAN TIDAK HANYA MAKAN MAKANAN YANG
BERASAL DARI KAUM MEREKA SENDIRI

2) PAKAIAN

SETIAP KAUM MEMPUNYAI PAKAIAN TRADISIONAL MEREKA YANG
TERSENDIRI YANG MENJADI IDENTITI KEPADA KAUM MASING – MASING ,
PAKAIAN TRADISIONAL INI DIPAKAI SETIAP HARI PADA ZAMAN DAHULU
TETAPI SETELAH BERLAKUNYA PERUBAHAN ZAMAN , PAKAIAN INI HANYA
DIPAKAI PADA HARI PERAYAAN DAN MAJLIS – MAJLIS TERTENTU . PAKAIAN
TRADISIONAL SETIAP KAUM IALAH BERLAINAN DARI SEGI JENIS STYLE DAN
SEBAGAINYA,

PAKAIAN TRADISIONAL BAGI KAUM MELAYU IALAH BAJU KURUNG BAGI
PEREMPUAN DAN BAJU MELAYU BAGI LELAKI . MANAKALA PAKAIAN
TRADISIONAL BAGI KAUM CINA IALAH CHEONGSAM BAGI PEREMPUAN DAN
SAMFU BAGI LELAKI DAN PAKAIAN TRADISIONAL BAGI KAUM INDIA IALAH
SARI DIPAKAI OLEH PEREMPUAN MANAKALA KURTA DIPAKAI OLEH LELAKI .

MASYARAKAT MALAYSIA BOLEH JUGA MEMAKAI PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM LAIN . CONTOHNYA PADA HARI RAYA AIDILFITRI , MASYARAKAT CINA
DAN INDIA BOLEH MEMAKAI BAJU KURUNG DAN MENYAMBUT PERAYAAN
TERSEBUT BERSAMA – SAMA DENGAN KUNJUNG MENGUNJUNG KE RUMAH
TERBUKA KAUM MELAYU . HAL INI MENUNJUKKAN , SEMUA MASYARAKAT DI
MALAYSIA BEBAS UNTUK MEMAKAI PAKAIAN KAUM LAIN SELAGI PAKAIAN
TERSEBUT MENGIKUT BATAS – BATAS YANG TERTENTU

02 KONSEP PERPADUAN
DAN INTERGASI YANG
WUJUD DI MALAYSIA

1)MAKSUD

PERPADUAN IALAH PENYATUAN , DAN DARJAH SERTA JENIS PENYATUAN YANG DIPAMERKAN SESEBUAH MASYARAKAT
ATAUPUN KUMPULAN DAN JIRAN MEREKA . IA MERUJUK KEPADA SEMUA PERHUBUNGAN SOSIAL YANG MENGAITKAN
MANUSIA . ISTILAH INI LAZIMNYA DIGUNAKAN DALAM BIDANG SOSIOLOGI ATAUPUN SAINS KEMASYARAKATAN

ASAS PERPADUAN BAGI SESUATU MASYARAKAT BERBEZA . DALAM MASYARKAT RINGKAS ATAU BIASA IA MUNGKIN
BERDASARKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN NILAI SALING MENGHORMATI DAN MENYAYANGI . BAGI MASYARAKAT
YANG LEBIH KOMPLEKS PULA , TERDAPAT BEBERAPA TEORI BERKAITAN FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA
PERPADUAN SOSIAL ATAUPUN MASYARAKAT

MENURUT KAMUS BAHASA MELAYU TERBITAN FAJAR BAKTI SDN BHD , PENDIDIKAN BERMAKSUD SESUATU PROSES
BELAJAR DAN JUGA MENGAJAR , PERPADUAN ATAU SOLIDATIRY DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI SATU PROSES YANG
MENYATUPADUKAN SELURUH MASYARAKAT DAN NEGARA SUPAYA SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK
SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA PERASAAN CINTA DAN BANGGA AKAN TANAH AIR

DI SAMPING ITU JUGA , DEFINISI PERPADUAN MENURUT KAMUS DEWAN 1994 MENTAKRIFKAN SEBAGAI PENGGABUNGAN ,
PELEBURAN , PERSESUAIAN , KECOCOKAN DAN PERIHAL BERPADU IAITU BERGABUNG MENJADI SATU , SEPAKAT DAN
SEBAGAINYA . PERPADUAN ATAU USOLIDARITY INI JUGA DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI SATU PROSES YANG
MENYATUPADUKAN SELURUH MASYARAKAT DAN NEGARA SUPAYA SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK
SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA PERASAAN CINTA DAN BANGGAKAN TANAH AIR

1)MAKSUD

PERPADUAN IALAH PENYATUAN , DAN DARJAH SERTA JENIS PENYATUAN YANG DIPAMERKAN SESEBUAH MASYARAKAT
ATAUPUN KUMPULAN DAN JIRAN MEREKA . IA MERUJUK KEPADA SEMUA PERHUBUNGAN SOSIAL YANG MENGAITKAN
MANUSIA . ISTILAH INI LAZIMNYA DIGUNAKAN DALAM BIDANG SOSIOLOGI ATAUPUN SAINS KEMASYARAKATAN

ASAS PERPADUAN BAGI SESUATU MASYARAKAT BERBEZA . DALAM MASYARKAT RINGKAS ATAU BIASA IA MUNGKIN
BERDASARKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN NILAI SALING MENGHORMATI DAN MENYAYANGI . BAGI MASYARAKAT
YANG LEBIH KOMPLEKS PULA , TERDAPAT BEBERAPA TEORI BERKAITAN FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA
PERPADUAN SOSIAL ATAUPUN MASYARAKAT

MENURUT KAMUS BAHASA MELAYU TERBITAN FAJAR BAKTI SDN BHD , PENDIDIKAN BERMAKSUD SESUATU PROSES
BELAJAR DAN JUGA MENGAJAR , PERPADUAN ATAU SOLIDATIRY DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI SATU PROSES YANG
MENYATUPADUKAN SELURUH MASYARAKAT DAN NEGARA SUPAYA SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK
SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA PERASAAN CINTA DAN BANGGA AKAN TANAH AIR

DI SAMPING ITU JUGA , DEFINISI PERPADUAN MENURUT KAMUS DEWAN 1994 MENTAKRIFKAN SEBAGAI PENGGABUNGAN ,
PELEBURAN , PERSESUAIAN , KECOCOKAN DAN PERIHAL BERPADU IAITU BERGABUNG MENJADI SATU , SEPAKAT DAN
SEBAGAINYA . PERPADUAN ATAU USOLIDARITY INI JUGA DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI SATU PROSES YANG
MENYATUPADUKAN SELURUH MASYARAKAT DAN NEGARA SUPAYA SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT DAPAT MEMBENTUK
SATU IDENTITI DAN NILAI BERSAMA SERTA PERASAAN CINTA DAN BANGGAKAN TANAH AIR

2) PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI

NASIONAL

MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG UNIK . RAKYATNYA TERDIRI DARIPADA PELBAGAI ETNIK DAN KAUM .
MALAHAN , KEPELBAGAIAN INI ADALAH KEKUATAN YANG MEWARNAI CORAK NEGARA INI . TIDAK HAIRANLAH MALAYSIA
MENJADI MODEL SEBUAH MASYARAKAT MAJMUK KEPADA MASYARAKAT YANG LAIN . OLEH ITU PERPADUAN DAN
INTERGRASI NASIONAL ADALAH SATU KEPERLUAN BAGI MENJAMIN RAKYATNYA HIDUP DALAM SUASANA AMAN DAMAI .
PERPADUAN NASIONAL UMUMNYA MERUJUK KEPADA PENYATUAN BERBAGAI – BAGAI KELOMPOK YANG MEMPUNYAI LATAR
BELAKANG SOSIAL DAN KEBUDAYAAN YANG BERBEZA . USAHA KE ARAH PERPADUAN DAPAT DILIHAT MELALUI PENYATUAN
SABAH , SARAWAK DENGAN NEGERI – NEGERI SEMENANJUNG . SELAIN ITU , USAHA TERSEBUT JUGA BOLEH DILIHAT
MELALUI USAHA KERAJAAN MEMBASMI KEMISKINAN TANPA MENGIRA KAUM DAN MELETAKKAN KUMPULAN ETNIK YANG
BERLAINAN LATAR BELAKANG DI SATU KAWASAN PERUMAHAN YANG SAMA.

MANAKALA KONSEP INTERGRASI ADALAH LEBIH LUAS . IA DIKATAKAN SATU PROSES YANG ABSTRAK . SATU PENYATUAN
YANG SEBATI DAN BERPANJANGAN . INTERGRASI MERUPAKAN SATU PROSES YANG MENYATUPADUKAN PELBAGAI
KELOMPOK DALAM MASYARAKAT MELALUI SATU IDENTITI . EKORAN KEJADIAN 13 MEI 1969 , KERAJAAN MULA MENUMPUKAN
USAHA – USAHA DAN STRATEGI – STRATEGI KE ARAH MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL . RINGKASNYA , PERPADUAN DAN
INTERGRASI NASIONAL ADALAH MATLAMAT BAGI NEGARA MALAYSIA . KONSEP PERPADUAN SANGAT PENTING DALAM
USAHA MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG TEGUH DAN BERSATU PADU ,. SECARA TIDAK LANGSUNG ,
PERPADUAN DAPAT MENJAMIN KESELAMTAN NEGARA , KESTABILAN EKONOMI , POLITIK DALAM JANGKA MASA PANJANG .
BAGI MEMANTAPKAN LAGI PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT PELBAGAI ETNIK DAN KAUM , KERAJAAN TELAH MEWUJUDKAN
BEBERAPA STRATEGI MELALUI PENDEKATAN EKONOMI , POLITIK DAN PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT –
MATLAMAT PERPADUAN

PERPADUAN POLITIK

1. Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem ‘kerajaan campuran’ dari
segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum
dan diperkembangkan lagi melalui sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti
‘Perikatan’ yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti
komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga
tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaancampuran
pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud.
Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh
menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon
yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan
aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat

PERPADUAN EKONOMI

1. Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertaisemua bidang
dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaantelah mengambil langkah
dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar- dasar ini
diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-
dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup
rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat
menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih
membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat
melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan
meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

PERPADUAN SOSIAL DAN KEBUDAYAAN

1. Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan
diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi
bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan,
keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati
wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akan
membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat
mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni.
Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan
yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar
Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan,
kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari
perayaan-perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan mencapai
perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat
terulung negara.

PERPADUAN PENDIDIKAN

1. Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat
kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula
sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan.
Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib,
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk
perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk
memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan
adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai
rakyat Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini.
Hanya menerusi pendidikansaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan
sejak kecil hinggalah dewasa

03 CONTOH USAHA KE
ARAH PERPADUAN

CONTOH USAHA KE ARAH PERPADUAN

DAN USAHA MENGEKALKANNYA

1. Kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi
mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa
sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga Integrasi kaum
dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan
negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang
2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap
penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara
.

EKONOMI

1. Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar
antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum
serta etnik. Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan
cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping itu juga agensi
kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif
terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan
juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB.
Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA ,
KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial
kaum bumiputera.

Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan
dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera
Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka
memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik
kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan
tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana
keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara
berkelompok membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.

SOSIAL

Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah
dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga
telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di
Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama
juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan
untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah
mubaligh .Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum
lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan. Satu daripada penanda
aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di
samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta
bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada
kawasan atau rakyat yang tidak

04 USAHA MENGEKALKAN
PERPADUAN

USAHA KERAJAAN

Usaha pihak kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan
kaum utama Malaysia.Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti ini dijalankan semua lapisan masyarakat
daripada pelbagai kaum dapat hadir untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah dan aneka minuman. Pada
ketika ini, masyarakat pelbagai kaum dapat berkenal-kenalan, beramah mesra, dan bersuka ria tanpa rasa
prajudis dan buruk sangka.Sebagai contoh Program Rumah Terbuka sempena Aidilfitri peringkat kebangsaan
yang dihadiri oleh puluhan ribu masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai jenis makanan, kuih-muih, buah-
buahan serta minuman dapat dinikmati oleh pengunjung sambil menyaksikan persembahan budaya daripada
pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan lain-lain lagi.Kesannya masyarakat
berbilang bangsa dapat merapatkan perpaduan sekali gus mengekalkan keamaman dan
kesejahteraan.Jelaslah bahawa program rumah terbuka merupakan agenda perdana yang merupakan
serampang dua mata, iaitu dapat meraikan sesuatu perayaan bersama-sama di samping menjadi wahana
untuk intergrasi nasional.Oleh hal yang demikian, setiap kaum yang menyambut hari perayaan masing-masing,
wajarlah menganjurkan aktiviti rumah terbuka dan menjemput kaum-kuam lain untuk turut meraikannya.

Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana tak bergelora, demikian bunyinya kata bidalan yang membawa erti
bahawa di mana-manapun manusia tidak terlepas daripada krisis dan tidak sependapat. Begitu jugalah dengan
masyarakat Malaysia yang berbeza dari segi agama, bangsa, budaya dan bahasa.Oleh hal yang demikian,
aktiviti yang berbentuk semangat cinta akan negara perlulah dirangka. Dalam konteks ini program Sambutan
Hari Merdeka sangat bertepatan untuk menyatupadukan hati-hati rakyat Malaysia. Semasa aktiviti ini, rakyat
berbilang bangsa dapat bekerjasama dan bersatu padu untuk menjayakan program sambutan hari
merdeka.Persembahan sempena hari merdeka seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi puisi dan
ceramah mampu untuk meniup semangat patriotik dalam diri masyarakat berbilang bangsa. Malaysia Prihatin
yang merupakan tema Hari Kebangsaan 2020 adalah manifestasi semangat cinta akan negara lebih daripada
segala-galanya.Dengan kata lain, demi untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara Malaysia
rakyat sanggup melupakan perbezaan pendapat , ideologi, bangsa, dan budaya, sebaliknya merapatkan
hubungan dan kerjasama. Jelaslah bahawa sambutan hari merdeka merupakan satu wahana yang sangat
penting untuk menanam perasaan cinta akan negara sekali gus dapat menghindarkan anasir-anasir yang cuba
memecahkan hubungan baik antara kaum di negara kita ini.

USAHA MASYARAKAT

Aktiviti bergotong-royong juga merupakan suatu program yang sangat relevan dianjurkan bagi mewujudkan
semangat perpaduan dan mengekalkan kesejahteraan. Kita sedia maklum bahawa masyarakat kita pada hari
ini sangat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka keluar pagi dan pulang malam, sudah tiada masa
untuk duduk bersantai lebih-lebih lagi berborak-borak dengan jiran tetangga.Oleh hal yang demikian,
masyarakat setempat sewajarnya prihatin dan sedar dengan budaya nafsi-nafsi yang tidak sihat ini. Oleh itu,
ketua masyarakat dan ahli jawatankuasa di sesuatu kawasan perlulah merangka aktiviti yang boleh
menyatukan komuniti di tempat mereka.Sebagai contoh, penduduk di sesuatu kawasan perumahan
menganjurkan Program Gotong-Royong Muhibah, dengan menjemput semua penduduk setempat untuk sama-
sama membersihkan kawasan taman perumahan mereka.Dengan cara ini sudah tentu masyarakat berbilang
bangsa, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain akan turun padang untuk sama-sama menjayakannya.Sambil
bergotong-royong mereka boleh berbual-bual bercerita latar belakang masing-masing serta bantu-membantu
antara satu sama lain.Memupuk semangat teloransi yang tinggi, walaupun masyarakat kita berbilang bangsa,
agama dan budaya.

Aktiviti rukun tetangga juga merupakan suatu usaha yang baik bagi mewujudkan perpaduan
kaum.Sebagai contoh kes pecah rumah kerap berlaku di kawasan perumahan yang
masyarakatnya bersikap individualistik dan mengamalkan budaya tidak mahu menjaga tepi kain
orang. Hal ini menyebabkan penjenayah begitu berani memecah masuk rumah dan mencuri
barangan.Sekiranya aktiviti rukun tetangga diamalkan sudah tentulah masyarakat dapat
bekerjasama membuat rondaan terutama pada waktu malam. Impaknya bukan sahaja dapat
mengurangkan kejadian pecah rumah malahan semangat perpaduan juga dapat
ditingkatkan.Ironinya juga perpaduan kaum dapat direalisasikan kerana semangat bekerjasama,
bantu-membantu antara kaum yang dijelmakan dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung keamanan
dan kesejahteraan dapat diwujudkan di kawasan yang komunitinya berbilang bangsa dan agama.

SEKIAN ,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version