TOKOH PEMIMPIN JOHOR
SYED AHMAD BIN SYED JAMAL
1929-2011
BIODATA DIRI
NAMA: ZIKRA HASANAH BINTI ZAKARIA
KELAS: 4 ABQORI
ALAMAT E-MEL: [email protected]
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH
AGAMA KOTA TINGGI
ALAMAT SEKOLAH: JALAN ANGGUR TAMAN
KOTA JAYA ,81900
KOTA TINGGI JOHOR
PENGENALAN
BIODATA
PENDIDIKAN
KERJAYA
SUMBANGAN
NILAI KEPIMPINAN
PENUTUP/KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN
Sebagai budayawan yang mempunyai cara pandangan dan falsafah kesenian Melayu yang
halus, beliau menterjemahkan pengalaman ini melalui bukunya yang bertajuk ‘Rupa dan
Jiwa’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa menjadi karyawan tamu dan penyelidik di
DBP pada 1991-1992, beliau telah melukiskan pengamatannya terhadap unsur-unsur
kesenian dalam nilai-nilai dan kebudayaan Melayu. Beliau juga cuba menggarapkan semula
aspek rupa dan bentuk sesuatu unsur kepada seni rupa Melayu ini diolah dengan pengalaman
bahasa seni yang bersifat sejagat melalui bentuk, gaya, gerak dan corak
BIODATA DIRI SYED AHMAD
NAMA : SYED AHMAD BIN SYED JAMAL
TARIKH LAHIR: 19 September 1929
TEMPAT DI BESARKAN : di Bandar Maharani, Muar Johor
TARIKH MENINGGAL: 30 Julai 2011 (umur 81)
BELIAU MENINGGAL DI KG PUSU,GOMBAK
PENDIDIKAN
Sekolah tambatan rendah tahun 1936-1938
Sekolah tambatan tinggi 1939
Ngee heng English school 1940
Bukit Zahra English school
Enlish collage johor bahru 1949
Melanjutkan pelajaran di luar Negara birmigham school of architecture 1950
Chelsea school of art ,London 1951-1955
Institute of education London university
Perguruan Ilmu Khas sehingga Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas
sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai
pensyarah dilanjutkan di Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum
kembali semula mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960
Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States
Department . Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab 1972.
Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan
Pelajaran Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre
untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii.
Sekembalinya ke tanah air, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga
1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas
rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983
hingga 1991
SUMBANGAN YANG DIBERI
Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional,
realis, impresionis dan ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong
Syed Ahmad Jamal berkarya stail ekspresionis abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang
berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap
pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait),
sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas
terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad.
Penggunaan awal tulisan Jawi dalam karya
"Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan
Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis
khat cat minyak atas kanvas.
Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu
"kesenian Malaysia bermula sekarang!"
merupakan indikator penting kepada sebuah
era baru seni lukis moden Malaysia pada
zaman itu.
Sebagai seorang seniman yang sentiasa
mengambil sikap (sehingga ke akhir
hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam
sosok fizikal yang kelihatan gentleman, tetap
mempunyai pendirian teguh bila
memperkatakan tentang isu-isu yang
berlegar dalam sfera sosial dan politik
negara mahupun dunia.
Kebangkitan pelajar dan pemberontakan
tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial
sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia,
termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama
yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
Amanah dan Jujur
Sebagai seorang pemimpin yang baik, sikap amanah serta jujur perlu diterapkan agar pemimpin
sentiasa dihormati oleh orang yang dipimpin. Sikap amanah dapat mengelak seorang pemimpin
daripada melakukan penyelewengan dalam pentadbiran. Semua tugas pentadbiran dilaksanakan
dengan baik tanpa berlaku apa-apa masalah
Ikhlas
Ikhlas membawa maksud tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sampingan demi kepentingan
sendiri. Sebagai pemimpin yang baik tujuan pentadbiran atau kepimpinan hanyalah untuk
kebaikan semua yang terdapat atau tergolong dalam struktur pentadbiran atau organisasi yang
dipimpin
Bertanggungjawab
Nilai ini dapat menjamin seorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab kepimpinannya
dengan telus. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggunjawab juga, seorang pemimpin
akan bertanggungjawab ke atas setiap tindak tanduk serta arahan yang dikeluarkan
terhadap yang dipimpin. Baik buruk setiap akhiran daripada kepimpinan beliau harus
diterima dengan terbuka.
Sebagai budayawan yang mempunyai cara pandangan dan falsafah kesenian Melayu yang
halus, beliau menterjemahkan pengalaman ini melalui bukunya yang bertajuk ‘Rupa dan
Jiwa’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa menjadi karyawan tamu dan penyelidik di
DBP pada 1991-1992, beliau telah melukiskan pengamatannya terhadap unsur-unsur kesenian
dalam nilai-nilai dan kebudayaan Melayu. Beliau juga cuba menggarapkan semula
aspek rupa dan bentuk sesuatu unsur kepada seni rupa Melayu ini diolah dengan pengalaman
bahasa seni yang bersifat sejagat melalui bentuk, gaya, gerak dan corak.
SUMBER RUJUKAN
1) WWW.WIKIPEDIA.COM MY
2) www.faizal siddiq.blogspot .com
3) Mimbarkata .blogspot.com
HASIL KARYA SENI SYED AHMAD