The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qt.littlezikaj, 2021-04-25 00:37:06

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Page |0

BUKU SKRAP DIGITAL

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

MENTERI BELIA DAN SUKAN

SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN

SEORANG YANG LANTANG BERKARISMA DAN BERWAWASAN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI AISHAH BINTI MOHD JOHAIRI

SMA KOTA TINGGI

BIODATA DIRI

NAMA: SITI AISHAH BINTI MOHD JOHAIRI
KELAS: 4 SIDDIQ
ALAMAT E-MEL:

[email protected]
NAMA SEKOLAH: SMA KOTA TINGGI
ALAMAT SEKOLAH: JALAN ANGGUR TAMAN
KOTA JAYA 81900

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

BIODATA TOKOH PEMIMPIN
PENDIDIKAN TOKOH

KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI
PENUTUP/KESIMPULAN
SUMBER RUJUKAN

PENDAHULUAN

Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (lahir 6 Disember 1992) merupakan
ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga ialah Ahli
Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga
pemecatan beliau pada 2020. Selain itu, Syed Saddiq juga ialah bekas Juara Debat Asia.
Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) da-
lam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu.[2] Beliau ialah

menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Ra-
zak pada usia 28 tahun.

Butiran peribadi .

NAMA: Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

TARIKH LAHIR: 6 Disember 1992

TEMPAT DI BESARKAN: Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia

HUBUNGAN

 Sharifah Mahani binti Syed Abdul Aziz (IBU)
 Syed Abdul Rahman bin Syed Abdullah Al-Sharoff (BAPA)
 Sharifah Amani Syed Abdul Rahman (KAKAK)
 Syed Salleh Syed Abdul Rahman (ABANG)
 Syed Abdullah Syed Abdul Rahman(ABANG)

PENDIDIKAN

I .MAKTAB TENTERA DIRAJA
II .UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYA (UIAM)
III. Malaysia Kabinet Kabinet Malaysia 2018

Semasa beliau menuntut diMalaysia Kabinet Kabinet Malaysia 2018, beliau telah ber-
tanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara
Debat Asia.;
Pada September 2017, beliau menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira
RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif
dalam politik. Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 ta-
hun, Syed Saddiq
sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini menolak tawaran Biasiswa
Chevening untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.

Pekerjaan
I. AHLI POLITIK(2017)

II. AHLI PERBAHAS(2017)

KERJAYA

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14
bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.Beliau dilantik se-
bagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jam-
aluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun. Pelantikan ini
menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik
Malaysia, sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Sebagai Menteri Belia dan
Sukan, Syed Saddiq ingin menolak umur pengundian yang lebih rendah, atau
kelayakan untuk mengundi di Malaysia, dari 21 hingga 18 tahun. Beliau mahu
ia dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15. Walau bagaimanapun, be-
liau telah bersetuju bahawa perlu mempunyai program pendedahan politik un-
tuk golongan muda di Malaysia. Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul
Azwan Harun, bersetuju dengan Syed Saddiq bahawa individu yang berusia 18
tahun cukup dewasa untuk mengambil bahagian dalam proses politik.Beliau
pernah muncul dalam filem dokumentari M for Malaysia yang ditayangkan

pada 2019

Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia.

Pendebat Terbaik Asia (3 kali berturut-turut)

Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)

Individu Asia pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)

Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)

Page |0

SUMBANGAN

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan nazar untuk membotakkan
kepalanya apabila sasaran sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba buat
pelajar di kawasan Parlimennya tercapai.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

SEORANG PEMIMPIN PERLU MEMPUNYAI PERSONALITI YANG MAMPU
MEMPENGARUHI ORANG RAMAI SERTA BERSEDIA DITEGUR ATAU DKRITIK OLEH
ORANG LAIN. KEKUATAN,KEIMANAN DAN KEYAKINAN ADALAH ASPEK PENTING
SEKALI GUS MENJADI SATU KEKUATAN APABILA DIUJI DENGAN PELBAGAI CABA-
RAN.PEMIMPIN YANG BAIK TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA ATAU CEPAT MENGALAH
KERANA DIA YAKIN ALLAH SENTIASA BERSAMANYA.HAL INI DEMIKIAN KERANA PEM-
IMPIN YANG BAIK MEMPUNYAI DAYA FIKIRAN JAUH KEHADAPAN DAN BERWAWASAN
. JUSTERU, MEREKA AKAN SENTIASA DIPANDANG OLEH MASYARAKAT SEKELILING
SEBAGAI SEORANG YANG MEMPUNYAI NILAI KEYAKINAN

 Bekerjasama

Seperti yang kita sedia maklum, kerja yang bermutu adalah hasil daripada ker-
jasama yang baik. Sebagai seorang pemimpin, nilai kerjasama yang baik perlu
ada dalam sanubari. Arahan tidak cuma dikeluarkan tetapi seorang pemimpin
perlu bekerjasama dengan orang bawahan tanpa mengira peringkat. Dengan ini
pemimpin akan disegani dan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai pem-

impin.

 Dedikasi / Tekun

Dedikasi dengan tugas kepimpinan tanpa mengira penat atau lelah. Sifat atau
nilai ini akan menjamin seorang pemimpin akan terus istiqamah dan tanpa
jemu memimpin sesuatu organisasi atau institusi ke arah kecemerlangan.

Pepatah “Genggam bara api, biar sampai jadi abu”. Jika nilai ini tersemat pada
setiap pemimpin, maka institusi tidak akan mengalami kegagalan

 Berdisiplin

Nilai disiplin adalah suatu nilai yang amat sinonim dengan kepimpinan. Tung-
gak kejayaan sesebuah organisasi adalah terus menerus berlandaskan kepada
disiplin,baik di peringkat rendah malah juga di peringkat tertinggi. Patuh dan
mengamalkan secara berterusan segala arahan, peraturan dan ketetapan yang
dikenakan oleh sesuatu organisasi. Perkara ini yang dinamakan disiplin dan

pemimpin yang berdisiplin tidak akan lari dari perkara ini..

PENUTUP/KESIMPULAN
Kesimpulanya, saya dapati dalam hasil kajian ini ialah saya dapat kenali pasti siapa sebenarnya
parlimen /tokoh sukan negara. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa sumbangan dan jasa SYED
SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN .Justeru saya dapat tahu tentang latar belakang beliau
justifikasinya , saya berasa berbangga terhadapnya malah saya berasa bangga menjadi rakyat
makaysia . syed saddiq tidak pernah berputus asa dengan kerjaya beliau sekarang.

SUMBER RUJUKAN
1. www.wikipedia.com.my
2. www.bernama.com
3. www.hmetro.com.my
4. My.littletask.blogsot.com


Click to View FlipBook Version