MPU 23032
PENGAJIAN ISLAM
SESI SEMASA
SESI 2 : 2021/2022
TAJUK TUGASAN
PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH
ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
NAMA PENSYARAH
MADIHAH IZYANA BINTI MAHADI
NAMA PELAJAR 25DDT21F1108
IRDINA BATRISYIA BINTI ROSLI 25DDT21F1130
AIN SYUHADA BINTI ISMAIL 25DDT21F1132
NOR SYAFIQAH SYAHIRAH BINTI USRI
LINK FLIP
https://anyflip.com/oxmas/gncf/
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN…………………………………………………………………………...3
2.0 OBJEKTIF …………………………………………………………………………………..4
3.0 PENGENALAN....………………………………………………………………………...4-5
4.0 DEFINISI.……………………………………………………………………………………5
4.0.1 ICT .………………………………………………………………………………...5
4.0.2 DAKWAH …………………………………………………………………………6
5.0 KEPENTINGAN DAN HUKUM DAKWAH……………………………………………...6
5.1 KEBERKESANAN ICT DALAM DAKWAH……………………………………….…….7
5.1.1 PERBANDINGAN DAKWAH MENERUSI ICT DAN BUKAN ICT………7-8
6.0 FAKTOR PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI…………….8
7.0 STRATEGI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH…………………………………...9
8.0 CABARAN KETIKA MENYAMPAIKAN DAKWAH………………………..………....9
9.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEBARAN DAKWAH…………………………………..10
10.0 MISI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH………………………………………...10
11.0 KESIMPULAN …………………………………………………………………………...11
PROSES KERJA TUGASAN………………………………………………………………....12
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS………………………………………………….…..13-14
RUJUKAN ……………………………………………………………………………….....15-16
2
1.0 PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami
sekumpulan menyempurnakan tugasan E-folio yang bertajuk Peranan ICT terhadap
perkembangan dakwah Islam dalam era globalisasi bagi subjek Pengajian Islam MPU23012
ini dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan E-folio ini akan memberikan banyak manfaat
kepada pembaca dari segi pengetahuan berkaitan tajuk ini.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah saya Puan Madihah Izyana binti Mahadi yang tidak jemu
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan dalam membuat tugasan E-folio ini mengikut
format dan kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak tugasan dan
memberikan teguran agar memperoleh hasil kajian yang cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang turut
membantu menyiapkan tugasan E-folio ini dalam masa yang telah ditetapkan. Mereka telah
memberikan kerjasama yang amat memuaskan dalam mencari maklumat yang berkaitan
tugasan ini. Perkongsian mereka amatlah bermakna dalam menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalas budi kalian.
Sekian, Terima kasih.
3
2.0 OBJEKTIF
Objektif kajian berkaitan tajuk ini ialah kita dapat mengetahui definisi ICT
dan dakwah serta kepentingan dan keberkesanan dakwah melalui ICT terhadap masyarakat
di negara kita. Selain itu, kita juga dapat mengetahui isu yang berlaku, faktor-faktor, strategi
dan cabaran dalam menjalankan dakwah secara berhadapan mahupun melalui media sosial.
Seterusnya kita jelas mengetahui cara-cara, langkah-langkah dan misi yang dilakukan para
pendakwah dalam menyebarkan dakwah mereka. Dengan itu, kita dapat menyimpulkan
peranan ICT terhadap perkembangan dakwah Islam dalam era globalisasi ini.
3.0 PENGENALAN
Mutakhir ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
merupakan perkembangan yang amat penting dalam mencapai taraf negara maju. Ledakan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) begitu cepat berlaku khususnya di negara
Malaysia. ICT merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam seiring
dengan perkembangannya. Oleh sebab itu, umat Islam tidak boleh terlalu leka dengan
mengabaikan perkembangan dalam bidang teknologi sebaliknya perlu menguasai ilmu ini.
Dengan ini, sebagai daie yang proaktif sewajarnya memanfaatkan semaksimum mungkin
teknologi maklumat ini untuk kesinambungan gerak kerja dakwah yang lebih efisyen dan
efektif.
Berdakwah sangat penting sebagai proses untuk menegakkan kalimah Allah
SWT dan memelihara kesucian serta kemuliaan ajaran Islam agar terus berkembang untuk
seluruh umat di dunia. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam al-Qur’an yang
bermaksud
“ Serulah manusia ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan
itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui
akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah an- Nahl : Ayat 125)
4
Sebelum berkembangnya ICT, agama Islam disebarkan melalui dakwah yang
menggunakan kaedah konvensional seperti ceramah, syarahan dan seminar yang
disampaikan terus secara lisan kepada individu atau masyarakat. Penyampaian dakwah
dilakukan di pondok-pondok serta madrasah yang dibina sendiri. Pendakwah juga terpaksa
melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Disamping itu, penggunaan bahan-bahan dakwah
adalah terhad, iaitu hanya menggunakan kitab-kitab lama. Ada ketikanya terpaksa
mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada segenap pelusuk masyarakat (Yusoff
Mohamad: 2000).
Selepas berlakunya ledakan teknologi maklumat seperti kemudahan
mengakses internet menjadikan dakwah lebih meluas dan cepat tersebar. Penggunaan ICT
tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membantu memudahkan aktiviti dakwah dan
memastikan agar dakwah Islam tidak ketinggalan serta berkembang seiring dengan
kemajuan teknologi yang dicapai.
4.0 DEFINISI
4.0.1 ICT
ICT atau dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi
merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat
ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan
menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan
maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.
Teknologi maklumat merujuk kepada segala unsur teknologi yang ada kaitan dengan
proses mengendali informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam
bentuk teks, imej, video dan audio.
ICT yang berkaitan dengan teknologi maklumat dalam Islam berkait
dengan penyimpanan-penyimpanan dan pengurusan maklumat dalam pelbagai
peralatan atau perantaraan kerana ia menjadi tuntutan penting bagi umat Islam. Ia
penting dalam tuntutan ibadah, mengetahui waktu ibadah, penyampaian dakwah
secara berkesan dan sebagainya. Komunikasi juga berkaitan dengan penekanan Islam
tentang kepentingan dan keperluan silah atau komunikasi antara manusia.
5
4.0.2 DAKWAH
Dakwah berasal daripada istilah Arab, iaitu Da’a, Yad’u, Da’watan.
Antara pengertian dakwah dalam bahasa Arab yang paling masyhur ialah meminta
tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan
melaung.
Dr. Yusuf al-Qaradawi pula memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang
lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala
ketetapannya di muka bumi ini,mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri,
permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala
kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi
hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang
dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan
berjihad di jalan-Nya.
Secara umumnya, Dakwah merangkumi beberapa rangkaian berikut :
i. Dakwah mengandungi usaha, aktiviti atau kegiatan manusia; yang dilakukan
oleh pendakwah, supaya diterima oleh sasaran dakwah.
ii. Dakwah mengandungi pengajaran, iaitu isi penyampaian mesej dakwah.
iii. Dakwah dilaksanakan berpandukan manhaj dan uslub yang dirancangkan.
iv. Dakwah disalurkan melalui media tertentu.
5.0 KEPENTINGAN DAN HUKUM DAKWAH
Hukum berdakwah terbahagi kepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu Kifayah.
Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulama menyatakan hukum berdakwah adalah
wajib bagi setiap individu. Dalam erti kata lain, ianya merupakan sesuatu yang tidak dapat
ditinggal dan dikecualikan. Al-Quran dan Al-hadis ada mengungkapkan tentang kewajiban
tersebut, antaranya:
Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah
orang-orang yang beruntung.”
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu ada dalam berdakwah (Rukun Dakwah):
1. Maudhu’ al-Da’wah / Topik utama dakwah.
2. Al-Qaim bi al-Da’wah (Al-Da’ie) / Para pendakwah
3. Orang yang menerima dakwah / Penerima dakwah
4. Uslub Al-Da’wah / Pendekatan dalam dakwah
6
5.1 KEBERKESANAN ICT DALAM DAKWAH
5.1.1 PERBANDINGAN DAKWAH MENERUSI ICT DAN BUKAN ICT
Kalau dilihat perkembangan dakwah Islam dari dahulu sehingga kini,
ternyata bahawa para pendakwah dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan
sesuatu media tertentu, dan tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media
tertentu saja yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh
dunia ini.
Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan
dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan masyarakat, secara bersemuka atau
menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan
perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi
filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aktiviti
dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet.
Oleh yang demikian, dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi
maklumat (ICT) telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi. Dilihat kepada
perkembangan Internet umpamanya, perbezaan nisbah kuantiti laman web dan blog
agama selain Islam, telah mengatasi bilangan web dan blog Islam itu sendiri. Justeru
itu,telah menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak
laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi, Hasrizal
Jamil dan lain-lain lagi.
Laman web dan blog seumpama itu, sudah tentu mampu menyampai dan mengisikan
ruang-ruang maklumat mengenai Islam. Para pendakwah mestilah melengkapkan diri
dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran komputeran. Lebih-lebih lagi,
kemahiran tersebut akan dapat dipertingkatkan untuk menghalang dan menjawab
segala fitnah, tohmahan dan tuduhan penghinaan kepada agama Islam.
Jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan
televisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan
sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan
yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.
Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan kemajuan media yang
lebih canggih dan diterima umum dan sekarang mereka berada dalam era yang
dikenali sebagai era multimedia. Malaysia sendiri telah menerima kehadiran
teknologi ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk
menjayakannya. Penguwujudan Koridor Raya Multimedia adalah bukti nyata
penerimaan tersebut.
7
Melihat kepada sejarah lalu dan penerimaan umat Islam dalam
menggunakan berbagai media yang wujud di sepanjang zamannya, maka penerimaan
multimedia sebagai alat berdakwah pada masa ini bukanlah suatu yang salah dan
ditegah, malah adalah wajib selagi penggunaannya selari dengan ajaran Islam yang
mulia.
Jadi, yang pentingnya ialah kesedaran umat Islam bahawa Islam tidak menghadkan
kepada umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan
dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.
Kemahiran menggunakan ICT didalam penyampaian mesej dakwah
akan memberikan impak yang cukup besar kepada orang yang menerima dakwah.
Lantaran itu, penggunaan seperti komputer riba, LCD, Audio dan pelbagai program
komputer seperti power point dan sebagainya juga merupakan wasilah kearah uslub
dakwah yang berkesan.
Pakar-pakar psikologi pendidikan berpendapat bahawa, pendengaran hanya
memberikan 70% sahaja kepada hasil penerimaan pengajaran, berbanding mereka
yang menggunakan pendengaran dan penglihatan akan menghasilkan 100%
penghasilannya. Di samping itu, penglihatan melalui pendekatan tayangan LCD akan
dapat merangsang mata dari mengantuk,membuka fikiran dari beku dan memberikan
fokus dari khayalan.
6.0 FAKTOR PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
Faktor perkembangan dakwah Islam dalam era globalisasi adalah
perkembangan teknologi semasa yang semakin lama semakin bertambah maju. Dunia pada
hari ini padat dengan penggunaan ICT. Penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan di
seluruh dunia yang pesat, bukan sahaja dalam kalangan golongan dewasa malahan kalangan
warga emas serta kanak-kanak turut menggunakan ICT sebagai satu keperluan.
Perubahan arus masa yang menyebabkan penggunaan ICT dalam dakwah sangat penting
kerana jika dilihat dari perspektif yang berbeza, banyak faedah yang dapat kita guna dari
kemudahan ICT dalam berdakwah. Dakwah dapat disebarkan secara meluas dan cepat, jika
kita menggali tentang kemudahan ICT, pendakwah boleh menyampaikan dakwah dalam
pelbagai bentuk, bukan sahaja penulisan, malah dalam bentuk video, syarahan atau jalan
cerita. Hal ini dapat memudahkan penyampaian dakwah secara berterusan kerana video atau
penulisan yang dimuat naik ke laman sosial dapat dibaca atau diulang banyak kali.
Walaupun begitu, ulama didapati berbeza pendapat tentang hukum
menyampaikan dakwah di kalangan umat Islam. Golongan pertama berpendapat hukumnya
adalah wajib iaitu fardu 'ain kepada setiap individu Muslim yang akil baligh.
Pandangan ini adalah berdasarkan hujah ayat 108 Surah Yusuf yang bermaksud:
“Katakanlah inilah jalan (agamaku), aku dan orang-orang yang mengikuti- ku mengajak
(kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk
orang-orang yang musyrik”.
8
7.0 STRATEGI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH
Strategi dakwah melalui internet dapat dikembangkan melalui perencanaan
yang matang dengan lembaga yang bekerja secara profesional. Pemanfaatan teknologi
komunikasi melalui internet dapat mendorong dinamika Islam dan memperkukuh ketahanan
nilai-nilai Islam dalam aktiviti dakwah yang akomodatif.
Dakwah menghadapi tantangan besar karena beragamnya tantangan dan intensitas perubahan
zaman yang setiap kali memunculkan pertanyaan, kajian baru, dan mengingat beragamnya
kebutuhan maupun kepentingan manusia yang kini cenderung lebih kritis.
Akibat keluasan informasi, maka dakwah yang multi disiplin menjadi sangat
dibutuhkan. Maka dalam era ini, peluang berdakwah menjadi besar karena jasa IPTEK dapat
dipakai dengan memanfaatkan IPTEK sebagai instrumennya. Melalui internet, dakwah akan
menjadi suluh yang tampil memainkan peranannya, baik sebagai penyeimbang, penyaring
maupun sebagai pemberi arah hidup yang serba kompleks.
8.0 CABARAN KETIKA MENYAMPAIKAN DAKWAH
Tidak dinafikan banyak yang perlu kita risaukan sekiranya ICT sebagai
sumber utama dalam semua sektor penting di dunia. Antara cabaran yang perlu kita lalui
dalam menyebarkan dakwah melalui ICT adalah penemuan surah-surah atau hadis-hadis
palsu yang dimuat naik ke internet.
Perkara ini tidak asing lagi, sedangkan isu semasa boleh dipalsukan inikan pula hadis-hadis
yang tidak semua orang tahu. Di Internet, terdapat banyak laman web yang menampilkan
gambar-gambar porno yang tidak sepatutnya disebarkan. Jelaslah mengapa ramai anak muda
pada masa kini rosak akal fikiran mereka. Siapakah yang harus kita salahkan? Ibu bapa,
Negara, atau ahli politik?
Selain itu, kefahaman seseorang individu terhadap sesuatu itu bukan hanya
terletak pada kehebatan teknologi, tetapi pada mutu, kandungan, cara atau kaedah
penyampaian yang menarik.
Sebagai contoh, ulama Malaysia yang berasal dari Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus.
Siapa sahaja yang tidak mengenali beliau? Beliau terkenal dengan
penyampaian dakwah yang menarik, beliau menggunakan kaedah penyampaian dakwah
yang santai tetapi tepat menyebabkan ramai anak muda tertarik dengan kaedah penyampaian
beliau yang tidak membosankan. Pendakwah masa kini tidak mempunyai ilmu yang mantap
dalam bidang ICT yang diperlukan pada masa kini. Jika kita lihat dengan teliti, pendakwah
pada masa kini masih berminat dengan penyampaian dakwah secara bersemuka kerana
mereka beranggapan ICT ini tidak mempunyai apa-apa kebaikan atau faedah kepada mereka.
Hal ini menjadi masalah kerana masyarakat pada masa kini mudah terpengaruh dengan apa
jua yang ditayangkan di media sosial.
9
9.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEBARAN DAKWAH
Antara langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan dakwah
menggunakan ICT pada era globalisasi ini adalah dengan menguasai media social. Maksud
menguasai media sosial adalah pendakwah juga perlu mendalami ilmu mengenai ICT supaya
mereka bukan sahaja dapat berdakwah malahan dapat membendung masalah-masalah seperti
penyebaran hadis atau surah palsu dan lain-lain.
Pendakwah haruslah bersifat lebih terbuka dan cenderung berfikir ke arah yang lebih agresif.
Pendakwah mestilah kreatif dalam menyampaikan dakwah dalam pelbagai bentuk. Banyak
manfaatkan internet dan media baharu dalam aktiviti berdakwah, ini yang dikatakan cara
berdakwah dengan kreatif.
Pendakwah boleh melaksanakan permainan seperti sesi soal jawab tentang
agama bersama-sama dengan masyarakat secara atas talian. Dalam proses pembelanjaran,
masyarakat banyak melakukan akses internet bagi mendapatkan maklumat. Inilah peluang
utama yang pendakwah perlu rangkul kerana apa yang disampaikan oleh pendakwah dapat
dijadikan sebagai sumber rujukan. Pendakwah masa kini perlu berdakwah dengan aktif
secara digital dan perlu ‘terjun’ atau memasuki dalam media digital. Pendakwah perlu
menyambut baik media elektrik seperti internet sebagai salah satu wadah yang baik dalam
berdakwah.
10.0 MISI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH
Menyampai dan mengisikan ruang-ruang maklumat mengenai Islam. Para
pendakwah mestilah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran
komputeran. Lebih-lebih lagi, kemahiran tersebut akan dapat dipertingkatkan untuk
menghalang dan menjawab segala fitnah, tohmahan dan tuduhan penghinaan kepada agama
Islam.
Jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan televisyen sebagai media
dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang
disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan
penontonnya.
10
11.0 KESIMPULAN
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah
sangat penting dan amat perlu dimanfaatkan semakmsimum mungkin. Program memberi dan
meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam kalangan pendakwah dan
ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan.
Manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim
dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat dicapai. Suatu
mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi memastikan
kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta
menepati pada golongan sasaran.
Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar- pakar Muslim dalam pelbagai bidang
dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah diusahakan.
11
PROSES KERJA TUGASAN
MINGGU 1 • Menerima tugasan daripada GOOGLE MEET
pensyarah
• Memilih tajuk tugasan
• Membuat perbincangan bersama
ahli kumpulan
• Membuat pembahagian tugasan
MINGGU 2 • Mencari maklumat dan sumber GOOGLE
rujukan berkaitan tugasan GOOGLE CLASSROOM
• Membuat report tugasan
• Membuat semakan pertama
bersama pensyarah
MINGGU 3 • Menyiapkan bahagian masing- WORD
masing
• Melengkapkan report tugasan
MINGGU 4 • Menghantar tugasan akhir GOOGLE CLASSROOM
kepada pensyarah
12
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS
NAMA TUGASAN BUKTI
• Menjalankan
perbincangan di
telegram
• Membahagikan tugasan
IRDINA BATRISYIA kepada setiap ahli
BINTI ROSLI kumpulan
25DDT21F1108
• Memberi idea untuk
membuat tugasan
• Menulis penghargaan
dan pengenalan
• Memberi definisi (ICT
& Dakwah)
• Menghuraikan
kepentingan dan
keberkesanan dakwah
• Menyediakan report
tugasan mengikut
rubrik dan format yang
ditetapkan
• Menghantar tugasan
lengkap kepada
pensyarah
13
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS
AIN SYUHADA BINTI • Membantu menjalankan
ISMAIL tugasan
25DDT21F1130 • Menghuraikan isu dan
faktor
• Menghuraikan cabaran
dakwah
• Menghuraikan cara-
cara/Langkah-langkah
berdakwah
• Menyediakan sumber
rujukan
• Menyediakan bahan dalam
bentuk word untuk
dimasukkan ke dalam
efolio
NOR SYAFIQAH
SYAHIRAH BINTI USRI • Memberi strategi untuk
25DDT21F1132 berdakwah
• Menghuraikan misi
dakwah
• Membuat kesimpulan
keseluruhan tajuk
• Menyediakan sumber
rujukan
• Menyediakan bahan dalam
bentuk word untuk
dimasukkan ke dalam
efolio
14
RUJUKAN
Internet
Helmi.dbs(2016). CONTOH FOLIO 1. Dilayari pada 2016, di Portal CourseHero:
https://www.coursehero.com/file/16613234/CONTOH-FOLIO-1/
Abdul Rahman Ab Hadi(2016). PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN
DAKWAH DI MALAYSIA. Hlm 1-4. Dilayari pada 2016, di Portal Acamedia:
https://www.academia.edu/5553130/PERANAN_ICT_TERHADAP_PERKEMBAN
GAN_DAKWAH_DI_MALAYSIA
Dawilah Al-Idrus(2020). KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM
DAKWAH. Hlm 10-12 Dilayari pada 3 Disember 2020, di Portal Blogger:
https://core.ac.uk/download/pdf/12006937.pdf
Ftinfrhana28(2021). PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DI
MALAYSIA. Hlm 4-5. Dilayari pada 23 Disember 2021, di Portal Anyflip:
https://anyflip.com/koyvb/rpyl/basic
Kurator Berita(2015). CABARAN DAKWAH ISLAMIAH DALAM
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MASA KINI. Dilayari pada 3 Disember 2015, di
Portal Rasmi JAKIM: https://www.islam.gov.my/en/berita/504-cabaran-dakwah-
islamiah-dalam-perkembangan-teknologi-masa-kini
Abdullah(2011). CABARAN DAKWAH MASA KINI. Dilayari pada 12 Januari 2011,
di Portal Blogger: http://dinnulislami.blogspot.com/2011/01/cabaran-dakwah-masa-
kini.html
15
RUJUKAN
Internet
Profesor Madya(2021). DAKWAH SECARA DIGITAL PERLU DIPERHEBAT.
Dilayari pada 23 Julai 2021, di Portal Cinta Minda:
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1984341
Cara-cara berdakwah(2015). CARA-CARA BERDAKWAH. Dilayari pada 13
Januari 2015, di Portal Facebook:
https://www.facebook.com/1528798430704174/posts/3-strategi-berdakwah-melalui-
mediaseperti-yang-kita-tahu-dakwah-berasal-dari-per/1530756620508355/
Murniaty Sirajuddin(2014). PENGEMBANGAN STRATEGI DAKWAH MELALUI
MEDIA INTERNET. Dilayari pada 1 Disember 2014, di Portal Open Journal
Systems: https://journal3.uin-alauddin.ac.id/index.php/Al-Irsyad_Al-
Nafs/article/download/2550/2390
16