The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhana ahmad, 2021-09-09 21:52:06

PANTUN KIASAN

PANTUN KIASAN

PANTUN KIASAN
TINGKATAN 2
Oleh
Cikgu Norfarhana Binti Ahmad

PANTUN MAKSUD PANTUN

Tikar pucuk tikar mengkuang, Rangkap 1: Perbuatan membazir adalah suatu amalan yang
Alas nikah raja Melayu; merugikan.
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai, Rangkap 2: Orang yang merantau selalunya akan merendah diri
Burung dekut meniti batang; apabila berada di tempat orang.
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang. Rangkap 3: Sebelum menginginkan sesuatu yang dianggap
Tebang gelam tebang kenanga, mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita
Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, lebih dahulu.
Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit, Rangkap 4: mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap, Rangkap 5: Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri
Budak-budak melempar burung; serta memandang rendah lernadap orang lain.
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung. Rangkap 6: Jangan suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak
Air surut memungut bayam, seberapa.
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai anak merbah, Rangkap 7: Pendirian manusia sering berubah-ubah.
Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah, Rangkap 8: Perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai
Inikan pula hatinya orang. kesabaran dalam diri.

Rotan siput rotan berlingkar, Rangkap 9: Orang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat
Anak itik patah kakinya; asalnya semula.
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya. Rangkap 10: Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang
tentu ada sebabnya.
Raut bilah pembatang taut,
Kail berada dalam raga; Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai
Tidak sudah seluang melaut, keupayaan.
Akhirnya balik ke tepi juga.
Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit, janganlah hendak melawan
Sangkut terendak dekat beranda, orang yang lebih banyak pengetahuannya.
Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.

Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Suasa bertahil emas berbungkal,
Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.

Dang Nila memangku puan, Rangkap 13: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum
Berembang buah pedada; lagi diperoleh.
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada. Rangkap 14: Jika semasa masih muda sudah malas, apatah lagi
setelah usia tua; sedangkan semasa makmur tidak senang, apatah
Hari hujan puyuh mendengut, lagi semasa susah.
Mendengut marl sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.

Berilah saya pisau raut, Rangkap 15: Seseorang yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya.
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Laksana gadis Menteri Bogor, Rangkap 16: Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat
Bijak membilang ayam betina; untuk bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia. Rangkap 17: Seseorang yang mempunyai rupa paras yang elok tetapi
tidak berbudi bahasa.
Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan
2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif
sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

Persoalan

(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
(h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu juga apabila semasa makmur tidak
senang, apatah lagi semasa susah.
(i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
(j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa Contoh

1. Hiperbola. • Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.

2. Inversi • Ikan busuk jangan dibuang;
• Gila apakah ikan di laut.

3. Penggunaan unsur alam. ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga;
4. Peribahasa • Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;

5. Personifikasi •nyawa menangis di pintu kubur.

6. Repetisi • tikar (rangkap 1, baris 1);

7. Sinkope • Kilat memancar hujan tak lalu;

8. Simile • Macam melukut di tepi gantang;

NILAI & PENGAJARAN

Nilai Pengajaran
1. Nilai berjimat cermat Kita mestilah mengelakkan diri daripada
2. Nilai kesabaran melakukan pembaziran.
3. Nilai berbudi bahasa Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan
kemarahan dalam diri
4. Nilai merendah diri Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita
5. Nilai keinsafan. akan dipandang mulia oleh masyarakat.

Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila
merantau ke tempat orang.
Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan
dosa.


Click to View FlipBook Version